Followers

rantau ku sayang

Friday, June 24, 2011

Ko nak apa lagi jang .........???nak kasut naik ko muko....???ni dah sampai dalam umah dah....!!

Kita ada Menteri Besar yang beradat dan yang berbudi bahasa yang sayangkan bangsa. Buat apa kita nak bagi kuasa kepada DAP. Belum dapat kuasa dia baik baik dengan orang Melayu , sudah dapat kuasa dia akan jadi kurang ajar. Tak perlu lah kita hendak tukar kerajaan konon. Tipulah kalau kata Negeri Sembilan tidak membangun di bawah kepimpinan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Biar saya ulangkan sekali lagi " Haji " Bukan Anthony, nak tukar "Haji" ini kepada Anthony buat apa.??????

Bangunlah rakyat Negeri Sembilan, DAPig ini buang air besar pun lap pakai tissue saja. Kalau mereka datang rumah kita mereka akan lap dengan tissue saja. Tenguk lah cara pemimpin DAP ini masuk rumah orang Melayu. Tenguk lah ..... Ini ke yang kita mahu. Jangan lah jadi bangang  nak ikut PAS yang gila kuasa itu. Masuk rumah orang Melayu pun pakai kasut , belum lagi yang masuk surau tak pakai pakaian sopan lagi.

Hinanya Badrul di mata Anwar Ibrahim dan Tak Mungkin Bard akan sertai DAP !!

Ramai yang tertanya tanya dan menjadi ramalan serta teka teki bagi pengamal politik Negeri Sembilan apabila kebelakangan ini Badrul Hisham, Ketua Cabang PKR yang kini menyepi dari arena politik Negeri Sembilan. Ada di antara penyokong beliau meramalkan bahawa  Badrul Hisham akan mengumumkan kemasukan beliau dalam DAP tidak lama lagi. Banyak yang meramalkan demikian apabila kebelakangan ini Badrul banyak memuji DAP dan dalam cakap cakap beliau membayangkan beliau kecewa dengan PKR .

Beliau juga banyak menyindir dan seolah olah mempertikaikan ADUN  PAS Taufik dan juga dua lagi ADUN PKR, Rashid dan Aminuddin Harun juga . Namun penyokong Rashid pula meramalkan bahawa  Badrul tidak mungkin akan menyertai DAP kerana DAP adalah komponen Pakatan Rakyat. Ramai juga yang meramalkan bahawa  Bard akan menyertai parti Zaid Ibrahim KITA.

Bard tidak perlu risau akan kepopulariti parti KITA kerana sekiranya Bard bertanding bawah tiket mana mana parti sekali pun beliau akan kalah juga. Bard mungkin  selesa dengan peranan sebagai pembangkang sahaja. Ramai juga yang meramalkan  bahawa  kerjaya Bard sebagai  seorang politikus telah berakhir sebaik sahaja beliau tewas ketika merebut kerusi Ketua AMK kepada Shamsul yang  pada mulanya sudah tidak mahu bertanding Shamsul yang tidak berkempen berjaya mengalahkan Bard walaupun Bard menjual nama Anwar Ibrahim sebagai bapa saudaranya dibelah isteri. Ini sungguh memalukan Bard apabila Anwar tidak menyokong beliau dan mengarahkan perwakilan jangan memberikan undi kepada Bard. Begitulah hinanya Badrul di mata Anwar Ibrahim.

Saturday, June 18, 2011

Tahniah Negeri Sembilan, Sejarah terukir kembali setelah 54 tahun kita tidak pernah menjuarai Tilawah Al Quran

Sejarah terukir lagi apabila buat pertama kali dalam sejarah Negeri Sembilan selama lebih dari 54 tahun tidak pernah lagi mana mana  Qari atau Qariah dari Negeri Sembilan menjadi johan Tilawah Al Quran. Tahun ini adalah tahun yang amat bertuah sekali kerana Qari dari Negeri Sembilan, Amirahman Abas telah mencatat satu sejarah yang tersendiri apabia menjadi johan  tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54.

Sementara itu ,  qariah Johor, Suraya Abu Hassan muncul johan bagi wanita tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54.Tahniah kepada Negeri Sembilan khususnya Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada Negeri Sembilan dan khususnya telah memertabatkan taraf anak anak Negeri Sembilan di satu tempat yang paling tinggi, setidak tidaknya berdiri sama tinggi dengan mereka yang berjaya.

Semoga Negeri Sembilan terus gemilang dan mencapai banyak lagi kejayaan.

Salam perjuangan.

: Anak Desa.

Friday, June 17, 2011

PAS dan Anwar Ibrahim mahukan Rakyat hidup dalam Ketegangan dan Rusuhan kaum agar mereka boleh berkuasa..

Helah mengadakan Himpunan Bersih 09 hb Julai 2011 oleh Mat Sabu Naib Presiden semata merupakan serampang tiga mata PAS,PKR dan DAP adalah dengan mengharapkan negara menjadi kucar kacir dan pehak tentera akan mengambil alih pemerintahan negara seterusnya mengistiarkan darurat.

Mereka akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan rakyat pula.Semuanya ini mereka ambil dari idea Anwar Ibrahim selepas keluar dari penjara dengan mengadakan reformasi dan buktinya pada PRU 12 lepas pembangkang menang banyak kerusi.

Anwar Ibrahim dan PAS tidak suka rakyat Malaysia bersatu, Anwar mahu bangsa Cina dan India  bencikan orang Melayu dan orang Melayu bencikan bangsa Cina dan India tetapi mereka pula akan tampil menyokong bangsa ini dan menjadi hero dikalangan kaum ini.Apabila rakyat tidak bersatu mereka petualang akan menghasut rakyat membenci kerajaan dan seterusnya mengatur strategi untuk merampas kuasa melalui kononnya gerakan rakyat. 


Anwar dan PAS tidak sukakan slogan dan konsep satu Malaysia. Konsep ini berjaya  menyatukan semua kaum di Malaysia. Najib berjaya menjadikan  1 Malaysia sebagai wadah penyatuan berbilang kaum di mana Anwar dan PAS pula mahu kaum ini membenci Melayu.Anwar dan PAS terus memfitnah 1 Malaysia dan mengaitkan  ianya dengan syarikat Yahudi untuk dibenci oleh orang melayu yang fanatik yang sememangnya tidak suka kan Israel.

Kenapa  Anwar dan PAS sakit hati dengan 1 Malaysia.

Anwar dan PAS mahu rakyat Malaysia bencikan perpaduan. 1 Malaysia hanya lah satu konsep perpaduan seperti  juga Muhibah yang pernah dipupuk  untuk menyatukan rakyat Malaysia  setelah berlaku nya peristiwa berdarah 13 Mei.

Benci 1 MALAYSIA samalah dengan bencikan perpaduan.Bila rakyat bersatu mereka petualang2 amat susah untuk menghasut dan susah untuk merebut kepimpinan yang telah memenangi hati rakyat.

Juak-juak Pakatan ini terus  marah kepada penerimaan rakyat dan buktinya di  Selangor mereka nampaknya semakin marah kepada 1 Malaysia.

Anwar dan PAS suka melihat rakyat hidup dalam ketegangang , kalau boleh Anwar dan PAS mahukan rusuhan kaum berlaku dan berlakunya perpecahan antara kaum dan orang Melayu yang menyokong beliau akan mendapat memberikan sokongan dan berpihak kepada kaum lain dan mereka akan mendapat undian untuk menewaskan Bastisan Nasional yang mana di dominasi oleh UMNO.

Kuasa Melayu akan pupus dan hak keistimewaan Melayu serta ketuanan Melayu serta raja raja kita akan tidak akan wujud lagi dan jadi lah Anwar Ibrahim atau Hadi awang sebagai Presiden Boneka Malaysia yang pertama.

Selepas rancangan mereka gagal memburukkan 1 Malaysia melalui isu APCO di Parlimen , kini mereka gunakan pulak kuasa yang ada mengharamkan 1 Malaysia di Selangor melalui papan iklan dan banner .

Pengunaan Helah APCO agar rakyat membenci kerajaan.

Anwar pula digantung dari menghadiri Parlimen kerana menipu mengenai APCO dan 1 Malaysia.
Nazri Aziz telah mendedahkan bahawa ada surat surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Mungkin Anwar cemburu dengan slogan yang dicipta oleh Najib berjaya dan Anwar juga boleh berbangga dengan slogan 16 Sept yang pernah di sandiwara kan dulu yang kononnya  Putrajaya  ditangan mereka dan saudagar mimpi ini menjadi Perdana Menteri .

16 sept adalah satu slogan penipuan yang paling besar dan satu penipuan yang paling jijik Anwar pernah lakukan untuk menipu rakyat Malaysia.

Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, diMalaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.

 Itulah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar. Namun, Anwar boleh hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu dibawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?

Memang benar Anwar tidak mengaku yang dia menipu tentang 16 Septembar. Namun, ramai dari ahli politik pembangkang yang tertipu sudah pon menjelaskan penipuan ini antaranya, bekas peguamnya Zulkifli Noordin dan sahabat karibnya Datuk Seri Zahrain Hashim. Anwar memang tak pernah mengaku dengan penipuan yang dia buat, jika dia mengaku maka ia akan merendahkan kredibiliti dia. Itu yang menyebabkan penyokong Pakatan Haram sentiasa terpesona dengan Anwar, termasuk lah ulama-ulama PAS.

Penipuan 16 September menunjukkan Anwar memang seorang penipu berklas tinggi. Dia tidak rasa sedikit bersalah pon dan masih lagi meneruskan penipuannya sehingga kini. Kebijaksaan rakyat Malaysia akan pasti menghukum si penipu ini di pilihanraya akan datang (itu pon jika dia masih lepas bebas ).

Pendedahan oleh bekas pemimpin PKR dan pemimpin lainnya.

 Kecaman sebuah penerbitan Internet Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti ketua pembangkang itu kini terperangkap dalam permainan penipuan yang diciptanya sendiri.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan 'orang putih' itu juga petanda bermulanya detik kelam karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sebelum ini menyinar buat sementara waktu selepas 2008.

Selain itu jelasnya, kecaman itu juga merupakan bukti kukuh bahawa Anwar adalah manusia yang bertopengkan pelbagai wajah dan baru diketahui oleh Barat.

"Akan tiba suatu masa nanti, tiada siapa pun yang akan percaya kepada Anwar kerana sikapnya yang suka menipu dan hipokrit. Malah kesan awal sudah kelihatan apabila bukan sahaja rakan seperjuangan meninggalkannya tetapi pihak Barat pun turut mengecam tindakan beliau.

"Anwar mungkin menganggap dia seorang tokoh politik hebat kerana mampu mengeksploitasi pihak lain tetapi keadaannya sekarang berlainan dan beliau terperangkap kerana semua pihak yang pernah diperbodohkannya sebelum ini mulai sedar.

"Beliau sekarang sudah ditolak oleh kawan mahu pun lawan, pergi sana pun orang tak mahu, datang sini pun orang tak ingin,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Zahrain yang juga bekas sahabat karib Anwar berkata, pendedahan 'orang putih' itu secara tidak langsung mengesahkan keakraban Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pelobi Yahudi sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan Motte kerana ketua pembangkang itu tidak pernah mengenali erti persahabatan walaupun pernah berkawan lebih daripada 30 tahun.

Katanya, erti persahabatan bagi Anwar hanyalah sejauh mana beliau boleh mempergunakan seseorang itu demi kepentingan peribadinya.

"Saya sendiri sudah mengalaminya walaupun selama 30 tahun berdampingan dengan beliau. Namun, saya yakin pendedahan terbaru ini akan membuka mata semua pihak yang sebelum ini ragu-ragu mengenai sikap sebenar Anwar,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Alimenjelaskan, pendedahan laman web berkenaan memperlihatkan kepada semua 'wajah' sebenar pemimpin pembangkang tersebut.

Menurutnya, apa yang didedahkan itu jelas membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak mempunyai pegangan apabila sering berubah-ubah pendirian mengikut keadaan.

"Pada waktu siang, dia akan jadi lain, petang pula dia akan berubah dan begitulah di sebelah malamnya pula. Apabila berjumpa dengan orang itu, dia akan cakap begini dan bila berhadapan dengan pihak lain pula, lain yang akan diperkatakan.

"Begitulah sikap Anwar. Dia boleh buat apa sahaja demi kuasa, pengaruh dan mencari populariti dan sikap ini sangat berbahaya kerana ia mampu mengancam keselamatan negara,'' ujarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka amat memahami sikap dan karakter sebenar Anwar baik di pentas antarabangsa mahupun di peringkat dalaman negara.

''Pendedahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BN.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya akan ada lagi pihak yang tampil mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Anwar.

Anwar, jelasnya, adalah pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan strategi beliau itu akhirnya umpama senjata yang 'memakan' tuannya sendiri.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata latar belakang pemimpin Bersih 2 sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa penganjur perhimpunan itu di kalangan mereka sememangnya melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian walaupun yang boleh menimbulkan kontroversi.

“Apa yang saya difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan sisu-isu kontroversi.

“Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

“Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, Wanita UMNO menentang usaha yang ingin dilakukan kumpulan terbabit dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan haram di negara ini.

“Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

“Kita ada cara untuk kita menyelesaikan sebarang masalah, bukannya membuat seperti apa yang mereka ingin lakukan itu, lagi masalah lain yang akan timbul jika perkara sebegitu dibiarkan dan boleh menjejaskan nama baik negara ini di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Hamidah berkata, rakyat negara ini perlu mengimbau kembali kepada perhimpunan haram Bersih 1 serta beberapa demontrasi jalanan sebelum ini yang banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan apa jua alasan yang diberikan oleh kumpulan terbabit untuk mengadakan demonstrasi jalanan negara itu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya lebih kepada motif politik dan usaha mengelirukan pemikiran rakyat. 

Ingatlah negara kita telah aman makmur,rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersatu janganlah kita menjadi petualang dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan semata kepentingan politik.Berfikirlah demi agama,bangsa,anak2 kecil,orang2 perempuan dan saudara mara kamu yang tidak berdaya.Fikirkanlah..

Thursday, June 16, 2011

Tak Yah lah jadi bodoh eh..............

Kalau korang rasa rasanya nak jadi hero bodoh dan macam muka tak malu ini turun lah pakai baju kuning pada 9 julai ini.

Kito orang Melayu nismilan beradab berbudi bahasa dan jalanan ini bukan budaya kito. Kita bukan suko pafda keganasan , lagipun negeri kito membangun , bukan ado yang kebulor , semua ok yo. 

Yang tak ok si Bard  tuh, gilo kuaso.Gilo nak jadi wakil rakyat. Parti eh sendiri tak nak dio. Pueh lah ngaku Anwar tuh Pak sedaro dio konon  konon nak jadi AMK. Kalah ngan si Saiful Ketot (OKU) tuh.

Kato mang Anwar yang nak dio kalah. Osah tak berguno Badrul ini.

tian chua


dr hatta ramli


kartunis zunar


chegubard

Mat Sapu.

Wednesday, June 15, 2011

PERJANJIAN SYAITAN ANWAR DENGAN DAPig N9 (ANTHONY LOKE)

Anwar Ibrahim telah membuat satu perjanjian Syaitan dengan Anthony Loke sekiranya  PKR  menawan Negeri Sembilan , tanah warisan bonda kita ini akan ternoda apabila DAPig buat pertama kali dibantu oleh pengkhianat Melayu di tawan dan di terajui oleh Anthony Loke . YAB Dato' Seri Utama Anthony Loke.

Juak Juak  DAPig akan merompak semua tanah kita kerana YAB adalah kaum DAPig , semua tanah kaum mereka akan diuluskan segera. Berpusu pusu lah kaum mereka dari luar Negeri Sembilan akan menoda tanah warisan nenda kita. Tiada lagi kuasa Melayu. Itu tidak penting kerana yang penting bagi mereka Anwar mesti jadi Perdana Menteri , UMNO yang meperjuangkan hak Melayu mesti di tumbangkan  di Negeri Sembilan.

Kita sudah hilang darah keperwiraan kita sudah hilang pencak silat setelah tertipu dengan juak juak ini. Bagi kaum juak juak ini semua akan sokong DAPig, mereka tidak heran dan takut. Mereka hanya mahu tipu orang Melayu saja, Mahu tipu orang Melayu gunakan orang yang terdesak yang mahu sangat jadi kerajaan yang mahu jadi pemimpin. KUDAKAN MEREKA. Mereka ini PAS dan PKR.

Sebelum dapat kuasa mereka sanggup lakukan apa saja. Janji dapat kuasa dapat singkir Melayu dan Islam. Inilah penjajahan  alaf baru.... bangun lah bangsa ku, Kita tolak Rashid , Kita Tolak Taufik Kita halai  Badrul kita tolak semua  DAPig dan PKR serta PAS di Negeri Sembilan , Undi PAS undi PKR sama dengan UNDI DAPig. Jangan gadaikan maruah Agama ,bangsa dan negara.

WAHAI ANAK ANAK NEGERI SEMBILAN , KITA NAK KENA PANJAT PEJABAT DAPig  MINTA BIASISWA KITA KENA JUMPA DAPig MINTA BANTUAN KEBAJIKAN KITA KENA SUJUD KAT DAPig. DAYUS KAH KITA ? PONDAN KAH KITA ? MEMANG KO TAK BOTOLO KALAU BUMI NENDA INI KORANG SORAHKAN KEK DAPig INI. JANGAN JADI PENGKHIANAT.

Tuesday, June 14, 2011

DAP mula tipu orang Islam dengan mainan ayat Quran dalam ceramah.

DAP kini sudah mula memujuk dan menipu orang Melayu , orang Islam di Negeri Sembilan apabila mereka diajar oleh pemimpin PAS negeri sembilan untuk melancarkan dan menyelitkan sebaris dua ayat Quran untuk menipu orang Negeri sembilan yang kononnya DAP dah faham Islam dan tak lama lagi ramai lah yang akan masuk Islam. Adun DAP Chuah , Chai Tong Chai dah mula belajar melancarkan perkataan dari al Quran.

Inilah cara Lee Kwan Yew lakukan ketika menipu orang Melayu di Singapura. Sekarang apa jadi dengan orang Melayu di Singapura. Cita cita besar DAP mahukan beberapa kerusi dari kawasan orang Melayu dan merampas Negeri Sembilan dari kepimpinan orang Melayu. Jangan lah mahukan menang sorak tapi kampung digadaikan. Kita bukan rakyat yang bodoh yang mahu gadaikan tanah air tumpah darah kita ke bangsa DAPig.

Dia perkara yang perlu kita lihat di sini dan perlu menitik beratkan isu ini.

1) Singkir saja sesiapa yang mahu memecah belahkan UMNO dalam UMNO Negeri Sembilan , kita tidak punya masa lagi untuk bercakaran dan perlu rapatkan saf untuk menawan kembali semua ADUN yang terlepas pada PRU12 ketika Tsunami Politik yang lalu.

2) Kita tolak kuasa DAPig, pastinya kaum mereka akan memberikan mereka undi yang solid dan mereka mengharapkan orang Melayu untuk mengundi mereka atau mengundi PAS mahupun PKR untuk memberikan mereka kuasa di Negeri Sembilan.

Mahukah anda mempunyai Menteri Besar yang dipanggil YAB Dato Seri Utama Anthony Loke ? Fikirkan lah....

Wednesday, June 8, 2011

DUN Pilah Ukuran Sokongan Bangsa Cina Kepada BN.

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan bahawa beliau dan beberapa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri telah melakukan simulasi keputusan pilihanraya. Menurutnya, BN perlu bekerja keras di DUN Pilah. Disamping mengekalkan prestasi di 4 DUN yang kebanyakannya pengundi Melayu.

Barisan Nasional memerlukan 20% undi bangsa Cina manakala 80% undi  bangsa Melayu sekiranya hendak mengekalkan DUN Pilah. Seperti yang diketahui bahawa pengundi Cina adalah bersifat tekad dan nekad kerana mereka memiliki kelebihan ‘dominant power’.

Manakala, BN memerlukan 50% undi dari bangsa India bagi menentukan kemenangan.

Merujuk kepada laporan SPR pula, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.

“Daripada keputusan penyelidikan pula, sebanyak 73% sokongan rakyat kepada kerajaan adalah tidak berbelah bahagi. Namun apabila disentuh berkaitan parti, BN hanya memenangi 56% sokongan sahaja. Perkara ini perlu diambil berat dan punca yang berlaku perlu dicari.” Tegasnya lagi.

Dato Seri' Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga menyeru agar ahli-ahli parti mengenepikan agenda pribadi, tidak berpuak-puak dan fokus kepada agenda memenangi PRU ke 13 untuk BN kekal memerintah.

Sudah sampai masanya Bilik Gerakan diwujudkan dan kajian sikap dikemaskinikan kerana PRU ke 13 semakin hampir.

Oleh yang demikian, Program Berfokus dan Bersepadu adalah sangat perlu sekali. Negeri Sembilan tiada pilihan lain iaitu perlunya mempertahankan kerusi yang ada. Dalam masa yang sama perlu mengambil semula kerusi yang kalah dalam PRU 12.






Tuesday, June 7, 2011

Yusarman Yusof didakwa atas 21 pertuduhan

Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.

Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.

Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.

Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pada 5 petang 22 April lepas, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada 9 malam 19 April lepas dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan dibantu Jasmi Buang manakala Yusarman diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan Yusarman diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan kes.

Sunday, June 5, 2011

Setelah tolak ulamak , PAS akan diserapkan ke dalam DAP

Mula mula kami tak percaya kata kata bahawa DAP akan ganti PAS. setelah melihat apa yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini baru kami percaya bahawa PAS akan digantikan oleh DAP setelah PAS sanggup tolak ulamak dan gantikan dengan kumpulan Ardogan pro kaki liwat.

PAS kini berubah dan telah jauh lari dari perjuangan sebenar.PAS kini sudah menjadi parti politik seklular.UNDI PAS sama dengan UNDI DAP.undi DAP sama seperti tolak Islam dan Melayu.

’Brand Loyalty’ vs ’Consumer Voters’ – antara dilema dan faham, cabarannya???


Memetik dari Ucapan Perasmian oleh MB, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2010/2011. Pemuda dan Puteri disarankan untuk  berganding bahu  bagi menyumbangkan buah fikiran mereka kepada parti kerana corak  anak muda kini berfikir  tidak sama dengan mereka yang lahir sebelum merdeka.

Cabarannya ialah; kita berhadapan dengan pemuda pemudi yang tidak mempunyai pengalaman mengecap erti  kemerdekaan dan yang mungkin tidak tahu tentang sejarah kemerdekaan,. Persepsi mereka berbeza kerana mereka melihat apa yang mereka akan dapat berdasarkan apa yang ada dihadapan mereka. Mereka tidak ada ’brand loyalty’ atau sokongan kepada satu jenama.

Golongan ini sangat mudah untuk di bawa ke kanan atau ke kiri atau lebih tepat sebagai ’Consumer Voters’. Bagi mendapatkan undi mereka, kita perlu mendapatkan kepercayaan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

UMNO/BN berada di dalam persimpangan perjuangan. Dimana ianya diperhatikan dan kini dinilaikan oleh pengundi-pengundi. Sekiranya tersilap percaturan dan silap perhitungan ianya akan menjerat parti. Beliau mengingatkan sidang perwakilan agar sama-sama berganding bahu, bangkit, menegakkan amanah Melayu dan Islam. Melipat gandakan gerak kerja bagi menambah daftar pengundi.

Merujuk kepada laporan SPR, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.

Berkaitan dengan isu-isu semasa, Menteri Besar menegaskan bahawa pembangkang tiada modal. Segala dakyah dan fitnah yang disampaikan oleh pembangkang cuma menutup kelemahan mereka. Mereka mengaburi mata masyarakat supaya masyarakat melihat UMNO/BN lemah dan mereka kuat.

Di dalam Muktabar PAS yang berakhir semalam juga melihatkan PAS tidak lagi mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP bagi menguasai Putrajaya. Ini terbukti dengan pemilihan pucuk pimpinan parti apabila tiada lagi berasas barisan para ulamak.

Beliau juga menegur agar diperbaiki sikap emosi yang ada dalam diri, menggunakan teknologi yang ada serta memajukan institusi parti agar seiring dengan zaman. Tidak perlu takut dengan omokan pembangkang.

Formula mengekalkan kemenangan tiada lain iaitu Melayu perlu bersatu, Melayu perlu kuat, Melayu perlu mengutamakan perpaduan. Tidak perlu jadi hero yang hanya bersifat sementara. Lalu, jadilah pejuang parti. Ianya akan kekal dan mengambil masa yang lama. Jangan jadi melukut di tepi gantang.

Friday, June 3, 2011

Twitter Wardina mahu jadi ahli Parlimen untuk terus masuk syurga bersama Bob Lokman

Wardina mahu  juga jadi macam Bob lokman  ambil jalan mudah untuk ke syurga. Mungkin bila bertanding bawah tiket PAS dia boleh membersihkan segala dosa dosa silam dan tersu masuk syurga macam  Bob Lokman.  MASUKLAH WARDINA KAMI MEMANG TUNGGU PUN.

Mazlan Aliman Pengkhianat FELDA

Kenali Mazlan Aliman

Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor.

Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai . Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.

Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .

Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .

Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .

Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan . Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !

Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang. Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.

Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .

Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .

Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .

Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?

Kenapa Mazlan begitu kuat menentang FELDA?

Mudah saja , dalam fikirannya selagi ada Felda yang banyak berjasa ini membantu peneroka - peneroka ini di seluruh negara maka sukar bagi parti PAS untuk menembusi kubu kuat BN ini dalam pilihanraya kerana Felda merupakan kawasan majoriti Melayu .

Jelas di sini , Mazlan Aliman adalah bukan pejuang sebenar untuk peneroka tetapi sebenarnya talibarut besar dari PAS untuk memecahbelahkan masyarakat Felda .