Followers

rantau ku sayang

Monday, April 30, 2012

AWAS HIMPUNAN ALA BERSIH 0:3 DI JIBOI MALAM ESOK

AWASI ANAK ANAK ANDA JANGAN  BENARKAN MEREKA MENYERTAI HIMPUNAN ALA BERSIH 3:0 DI JIBOI ANJURAN SAMM MALAM ESOK : KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI KLIK SINI  sila sebarkan.

Friday, April 27, 2012

BERUK-BERUK ANWAR" 12MLM 27/04 DAH KECOH HURU-HARA KAN DATARAN MERDEKA, DBKL BAGI AMARAN KERAS..!!!!


Kita tahu yang perhimpunan bersih3.0 akan di adakan pada 28.04.2012. Tapi hari ini start pukul 12mlm tadi mereka dah berkampung di dataran merdeka bagaikan 1 pesta.
Apa mereka semua ni tak ada otak ke nak berfikir secara matang, bukannya mereka dapat apa pun,
tak sedar ke yang mereka ni hanya diguna dan diperkudakan oleh pembangkang yang akan menipu mereka.
Ketua pengarah DBKL telah pun keluarkan AMARAN.. baca dan lihat foto di bawah.

Seperti mana yang telah dijangkakan kawasan Dataran Merdeka akan ditutup seluruhnya mulai jam 6:00 petang esok, 12 jam lebih awal dari dijangkakan. Saya sudah menjangkakan tindakan itu akan diambil memandangkan ada cadangan untuk berhimpun dan bersolat serta munajak di tempat itu malam esok yang kemudian akan bersambung sampai ke petang Sabtu.

Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah DBKL lewat petang ini memaklumkan dataran itu ditutup mulai esok (27 April) dan akan dibuka semula kepada umum pada 29 April.

Penutupan itu mengesahkan bahawa DBKL berkeras untuk tidak membenarkan lokasi awam yang dibawah bidang kuasanya itu digunakan untuk himpunan Bersih - Duduk dan Bantah.

Sehubungan itu belum ada penjelasan dari pihak Bersih ekoran susulan DBKL itu. Apakah pihak penganjur akan menerima tempat berhimpun lain seperti mana yang ditawarkan DBKL dan dijanjikan oleh polis atau tetap akan berkumpul di situ dan sedia menghadapi apa-apa juga risiko.
Pihak Bersih sebelum ini tetap berkeras untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Sekiranya tidak ada tolak ansur ini ia bakal menyaksikan pertempuran sengit di antara pihak penguasa DBK yang berkembar dengan polis dengan para peserta himpunan. Sudah pasti kombinasi DBKL dengan polis agak menyukarkan para peserta untuk bergerak.

Besar kemungkinan juga mula malam esok juga jalan-jalan untuk menuju ke pusat bandar ditutup dan pengakutan awam seperti LRT dan komuter ditutup buah sementara waktu.  Begitu juga jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur ditutup dan kenderaan diragui membawa peserta Bersih akan diperiksa dan dihalau pulang.

Sekiranya ini berlaku maka jelaslah kata-kata mans Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin tidak boleh dipercayai langsung. Kata-kata dan janji itu untuk memberi kebenaran dan berhelah di sebalik keselamatan hanya helah dan lelocon sahaja. Tindakan sedemikian tidak menguntungkan kerajaan sebaliknya menjadikan orang ramai marah dan makin tidak mempercayai kerajaan.

Masih belum dapat digambarkan apakah yang akan berlaku pada tengah hari lusa (28 April) apabila para peserta akan mula menyusuk masuk ke pusat bandar. Apakah mereka akan dikepong, dan ditangkap kemudian ditempatkan di satu kawasan seperti mana Bersih 2.0.  Sehingga ini tidak ada maklumat yang pihak polis dan DBKL menyediakan mana-mana kawasan untuk dijadikan kem tahanan Bersih.

Sementara dalam siasatan dengan bantuan pihak tertentu tidak dapat diketahui apakah plan atau strategi polis untuk menghalang Bersih kali ini. Sehingga ke saat ini belum ada apa-apa persiapan dari pihak polis seperti sebelum ini. Tetapi saya yakin mulai esok, sebaik langit cerah segala tektik dan juga strategi akan dibongkar dan semua orang akan tahu mengenai nasib Bersih kali ini.

Demi menjaga kewibawanya pihak UBN akan  menggunakan apa saja kekuatan untuk mengagalkan himpunan Bersih yang bakal menjadi penyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya.

Dalam hal ini juga tidak diketahui apakah tektik dan muslihat pengajur kali ini. Strategi pihak pengajur juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga bergerak dengan penuh tektikal dan sistemetik.

Malam esok pasti media masa akan riuh rendah menyiarkan berbagai pengumuman kemungkinan juga pengumuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar himpunan Bersih dibatalkan.


sumber atikel: http://msomelayu.blogspot.com
sumber foto:http://aku-tak-peduli.blogspot.com


Thursday, April 26, 2012

Chegu Bard penipu - Hari Hari menipu

Chegu Bard ini memang penipu besar , padan lah dia  ini  sering dilaknati Allah SWT dan hidupnya sentiasa dalam kekalahan. Pengacara  kata Chegu Bard sanggup berhenti jadi chegu sebab nak berpolitik. Chegu Bard ni keluaran maktab perguruan  mana? .

Dalam ucapan Chegu Bard kata dia di simbah air sewaktu  himpunan Bersih sedangkan muka Chegu Bard langsung tak nampak. Tapi vedio menunjukkan dia ini sebenarnya penakut ;ari ikut tangga  pintu belakang hotel adalah. kami akan siarkan  gambar bagaimana dia ini menipu[u yang kononnya  dia di sembah water cannon. Di m,ana ya Chegu Bard penipu.

Kami cabar Chegu Bard siarkan di halaman blognya  bukti MB  ada  buat janji masa PRU untuk membuat  Chalet  di Pedas. Siarkan keratan akhbar dan tarikh nya, jangan cakap ada saja. Kami bagi 10 hari dan jika Chegu Bard gagal bermakna sememanglah dia ini penipu besar . Bermula dari hari ini. 26 hb April 2012, Kami akan tunggu keratan akhbar berkenaan.

Wednesday, April 25, 2012

MERAH PADAM MUKA SI NURUL IZZAH BILA KAINNYA TERSELAK.

SEKARANG KAIN NYE DAH TERSELAK ..MALU SENDIRI LA..MCM NIE KE PEMIMPIN PKR..!! PENIPU.!!
 
Tengok macam mana terdesaknya Si Nurul izzah tu nak menipu rakyat dan mendesak supaya mereka turun berhimpun BERSIH 3.0 pada hujung minggu ni.

Dia sampai sanggup menghantar surat layang dengan fakta yang tidak tepat untuk mengelirukan rakyat dan membangkitkan kemarahan mereka.

Soalnya, adakah itu tindakan seorang wakil rakyat yang bertanggunjawab? Adakah itu tugas seorang wakil rakyat dalam membela nasib rakyat seperti yang dilaungkan sebelum ini? Korang fikir la sendiri!!!

 
                               
                          HANGAT MENYENGAT!! NURUL IZZAH KANTOI MENIPU!! 
Malam semalam lebih kurang jam 11 malam, wartawan BLP menerima panggilan daripada beberapa rakan dari Flat Sri Pahang. Mereka dalam perjalanan ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan polis. Apa yang memeranjatkan ialah mereka membuat laporan polis menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai cuba untuk MENIPU pengundi di Lembah Pantai!.

Wartawan kami pergi untuk mendapatkan berita yang lebih terperinci namun, mereka meminta agar kami bersabar dan hadir sekali untuk sidang akhbar yang dijadualkan pada pukul 11.30 pagi tadi.

Semua persoalan terjawab apabila Setiausaha BN Lembah Pantai, Y Bhg Dato’ Sazali Kamilan menerangkan bahawa pada hari Isnin 23hb April 2012 pihak beliau telah menerima puluhan panggilan dan ada juga yang datang ke pejabat dengan membawa surat dengan letterhead dan ditandatangani oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai atau diberi nama MP Zombie oleh Penduduk Flat Sri Pahang di sini



Antara lain, kandungan surat ini:

Memulakan dengan menyatakan KERAGUAN terhadap Daftar Pemilih SPR dan mempromosikan Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012

         Memaklumkan penerima surat samaada mereka a) dibuang dari daftar pemilih, b) dipindahkan ke kawasan Parlimen lain c) disenaraikan sbg pengundi di laman web SPR tetapi tiada dalam daftar pemilih SPR

Justeru – penerima tidak lagi LAYAK mengundi di Lembah Pantai

Namun yang demikian, penerima surat pertama yang disemak oleh Persatuan Penduduk iaitu Encik Kamarudin Bin Dali melalui laman web SPR DAN melalui daftar pemilih SPR menunjukkan beliau masih mengundi di Lembah Pantai, di kawasan yang SAMA seperti sebelum ini.

Lihat gambar dibawah ini menunjukkan nama Kamarudin Bin Dali masih tersenarai sebagai pengundi Lembah Pantai. Mungkin beratus atau mungkin beribu surat yang telah diedarkan oleh Nurul Izzah.


Surat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah Anwar kepada En Kamarudin 


Semakan daftar SPR bertarikh 23 April menunjukkan Kamarudin masih pengundi di Lembah Pantai 

Semakan ini telah menaikkan kerisauan penduduk tentang tujuan dan matlamat surat ini dikeluarkan. Ketika ditanya Sdr Kamarudin merayu kepada Nurul Izzah agar menghentikan perbuatan jahat yang mengelirukan rakyat seperti ini. Ini merupakan satu PENIPUAN dan cubaan MENGELIRUKAN rakyat yang dilakukan oleh PKR dan secara khususnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. - Seterusnya.: KLIK SINI

Thursday, April 19, 2012

BERSIH 3.0: Chegubard di perlekehkan oleh puaknya sendiri?



Chegubard sekali lagi seperti di perlekehkan oleh blog pro-PR sendiri iaitu suarapakatanrakyat.com. Apabila dikatakan dia gagal menggerakkan anak muda dan mahasiswa sepertimana yang ditugaskan kepadanya pada program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 


Apa yang dimaklumkan oleh laman Suara PR tersebut, sepatutnya kehadiran yang disasarkan pada malam program itu dalam 10,000 orang tetapi yang hadir jangankan 50%, malangnya lebih kurang 5% sahaja.


Keesokannya, laman-laman web pro-PR pulak seperti biasa la. Kebanyakannya menyebarkan cerita dengan gambaran bahawa program pada malam itu mendapat sambutan ramai. Padahal, menipu saja ceritanya. Laman Suara PR sendiri pun mengaku bahawa yang datang hanyalah lebih kurang 500 orang.


Untuk pengetahuan Chegubard, ada benarnya laman Suara PR menyatakan bahawa itulah petanda bahawa ramai anak muda sudah memalingkan muka daripada memandang kamu dan juga PR. Sedar-sedar la.


Tak perlulah nak beralasankan diri tu sudah letih ke apa... Apa yang sebenarnya, pengaruh kamu tu dah abis dah Chegubard oiii!!!


Jadi, bagaimana BERSIH 3.0 boleh yakin kononnya dapat mensasarkan sehingga 500,000 atau lebih dalam perhimpunan yang sebenar nanti sedangkan untuk mengumpul 5,000 pun kita tidak mampu ni?


CAB nasihatkan penganjur BERSIH 3.0 , sekiranya program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini tu lah nak dijadikan kayu-ukur bagi perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan. Hentikan saja lah hajat di hati. Bikin malu saja tu nanti, Chegubard oiii!!!

Tuesday, April 17, 2012

HINA RAJA: Azmin Ali, Tian Chua salahkan UMNO? Samanlah Dr Rahman!

Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada tingkahlaku biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April lepas.

Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua. Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.

Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. “Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.

Berita Harian 17 April 2012

Samada Azmin mahupun Tian Chua mereka berhak menafikan dan menganggapnya sebagai cerita rekaan & propaganda kerajaan ataupun UMNO.

Tapi kenyataan penafian tersebut sebetulnya belum kukuh untuk menafikan segala dakwaan oleh Dr Rahman malah pada 13 April lepas Dr Rahman tetap tegas menyatakan kelakuan biadap membabitkan Azmin Ali, Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain itu sememangnya wujud.

Malah menurutnya, ramai saksi yang turut melihat perbuatan biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin pembangkang. Dikalangan khalayak ramai juga sukar untuk menolak kesahihan peristiwa berkenaan apatah lagi dakwaan tersebut bukannya dari ahli politik yang berkepentingan sebaliknya datang dari rakyat biasa yang cintakan tanahair dan rajanya.

Sejarah penderhakaan beberapa pemimpin pembangkang dan penyokong mereka misalnya kelakuan biadap mereka dalam isu peralihan kerajaan PR Perak tahun 2009 yang lepas juga masih segar dalam ingatan rakyat.

Demikian juga dengan langkah tidak beradat Karpal Singh yang cuba menyaman Sultan Perak tentu sahaja menjadi perbandingan logik yang sukar sekali untuk khalayak menolak kebenaran dakwaan Dr Rahman.

Cara paling mudah untuk menentukan siapa yang betul dan salah ialah mahkamah. Azmin dan Tian Chua wajib mengambil tindakan segera menyaman Dr Rahman Kadir bagi memperbetulkan keadaan jika yakin kebenaran berada dipihak mereka.

Penafian sahaja seumpama melepaskan batuk di tangga dan tidak akan mematikan perhatian umum terhadap isu tersebut.

Di pihak Dr Rahman Kadir pasti sahaja beliau tidak bermasalah menghadapi tindakan undang-undang sementelah lagi dakwaannya juga disokong oleh beberapa orang saksi yang pastinya tidak teragak-agak untuk naik turun mahkamah demi membuktikan kebenaran.

Soalnya sekarang, adakah Azmin Ali dan Tian Chua berani mengambil langkah sedemikian sedangkan mentor mereka sendiri, Anwar Ibrahim hanya berani memfailkan sahaja saman terhadap Nallakaruppan namun writ saman hingga kini masih gagal diserahkan untuk menyegerakan proses perundangan.

Monday, April 16, 2012

PANAS! Guan Eng DAP, halau penduduk keluar rumah?

Guan Eng didakwa ugut guna Akta Pengambilan Tanah 1960

Kira-kira 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong di sini, meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun melepaskan jawatan masing-masing dan keluar dari Pulau Pinang.


Penduduk terbabit tidak berpuas hati dan kecewa selepas mengesyaki Kerajaan DAP Pulau Pinang berkomplot dengan pemaju swasta ‘merampas’ tanah mereka menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, berkata kerajaan negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut menggunakan pelbagai kaedah bagi memaksa penduduk keluar dari kampung berkenaan.

“Kami disuruh keluar dari rumah sendiri sebab ingin memberi laluan kepada pemaju membina jalan raya yang menghubungkan projek pembinaan dan kami mendapati Chuan Aun atau Jeff Ooi terbabit membantu pemaju.

“Orang kampung sudah lama bersabar dengan sikap Guan Eng yang langsung tidak prihatin dengan nasib penduduk kampung dan Jeff Ooi yang berpakat dengan pemaju halau kami dari tanah sendiri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selanjutnya klik tajuk ini: Kerajaan DAP rampas tanah

Saturday, April 14, 2012

BERTAMBAH PANEH MIANG SI PENEH MIANG KENA CILI DENGAN CILI API!!

Apa saja yang ditulis oleh blog pembangkang paneh miang tentang Menteri Besar Negeri Sembilan jelas pada setiap bait bait tulisannya membayangkan  beliau adalah orang yang  kecewa dan paling menarik blog ini juga memuji diri sendiri dengan masuk dalam bakul angkat sendiri. Tak apalah.

Kita tidak hairan jika  blog itu banyak pengikut mahu pun banyak pembaca, biasa lah , jika  blog ini juga membuat fitnah atau menghentam pemimpin kerajaan pasti  blog cili api ini juga boleh menjadi popular. Tapi cukuplah sekadar sampai ke sasaran pembaca yang tepat.Kami tak perlu orang Melaka atau orang Pahang baca blog ini yang kami harapkan adalah orang Bongek dan orang Talang yang baca blog ini.

Kami tidak berniat mahu melayan sangat blog paneh miang ini kerana kami tahu kalau kami layan  bertambah suka lah dan bertambah lah dia merapu. Dia tak rugi apa kerana bagi paneh miang , Negeri Sembilan ditawan ke tangan DAP bukanlah satu kudis bagi nya sebab jiwanya sememangnya sudah lama jiwa pembangkang.

Kami tak perlu cerita berapa pemimpin DAPig membayar Paneh Miang untuk menjatuhkan atau membuat "Damage" terhadap kredibiliti MB yang kini memuncak tanpa banyak isu isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang. Itulah sebab mereka  memilih untuk menyerang dan memfitnah keluarga MB yang tidak langsung ada kaitan dengan kepimpinan MB dalam kerajaan.

Inilah bukti bahawa mereka kini terdesak dengan pembangunan yang pesat yang berlaku di Negeri Sembilan dan rakyat sedang menikmati pembangunan dan pasarana yang telah dirancang dan yang telah siap di bina oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Setakat nak hentam macam Paneh Miang ini, anak kecil hingusan pun boleh menulis tulisan tulisan yang tidak ada fakta dan kualiti ini. Kalau nak tulis pun  tulis lah tentang skandal skandal yang membabitkan rakyat , tak payah lah nak serang peribadi. Tak ado modal ko????

Apa salah dengan jalan bukit putus yang banyak berjasa sekarang kepada paneh miang yang nak balik jumpa bini selalu dan apakah lagi yang tak betul dengan jalan lurus Bukit Putus yang kini banyak jasanya kepada rakyat di daerah Kuala Pilah , Bahau dll.

Kalau mahu membangkang , bangkang lah cara yang bijak. Bagi lah cadangan yang baik untuk majukan negeri bukan mahu burukkan yang nyata baik dilakukan oleh Dato' MB selama ini. Rakyat boleh menilainya sendiri. Lihat saja Sendayan sekarang maju dan kini  giat membangun. kenapa paneh miang tak mahu "highligt" kejayaan MB.Tajuk pun dah tahu penulis  blog ini "desparate". tajuknya.Mohamad Hasan dah tak relevan sebagai Menteri Besar N9 : sejak bila pula dia dilantik bercakap untuk rakyat?? siapa yang cakap ini dan bila masanya dia dilantik untuk jadi juru cakap untuk rakyat Negeri Sembilan. terserlah lah kebodohan sebenarnya paneh miang walaupun menggunakan  nick " bongek boy".


Jangan lah di kaitkan cerita cerita  fitnah basi yang dah tak laku lagi untuk mebanyakkan lagi kutukan terhadap MB dalam tulisan korang . Pergi lah korek mano mano dulu dan baru menulis.  jangan lah drag tulisan jika sudah tak ada bahan lagi menceritakan kesah zaman dolu dolu. Nampak sangat dah tak ada isu.

Siapa saja yang pertahankan MB  akan dituduh oleh Panas Miang di bayar, sebab dia tahu siapa yang bayar dia dan dia ber syak wasangka bahawa semua orang macam dia.MB diberikan publisiti meluas di dalam Media Perdana dan  Media baru pun jadi bahan oleh mereka. Tom Mat itu MB bang..apa salah diberikan publisiti yang lebih kepadanya.Orang nak tahu dan nak lihat dan dengar,Bukan macam boss hang dari DAP itu yang hanya suka menyampuk.

Pasal KJ ini m tak payah lah nak cerita banyak sangat sebab memang sudah tahu blog pembangkang ini dari dulu sampai sekarang hentam KJ dan betapa sakit hati  paneh miang sebab KJ kini bertambah popular kerana paneh miang lah yang popular kan KJ dengan menaburkan banyak fitnah terhadap KJ sehingga ramai yang simpati dengan KJ dan meluat dengan paneh miang. BERTAMBAH PANEH MIANG LAH PANEH MIANG.

Himpunan Anti PTPTN -: Seramai lebih 500 orang Kumpulan Mahasiswa berarak.


Seramai lebih 500 orang Kumpulan Mahasiswa telah mula berarak untuk berhimpun ke Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan terhadap isu yang melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Himpunan Anti PTPTN yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Merdeka (SMM) itu diketuai Adam Adli dan Shukri Razab yang juga merupakan salah seorang anggota Badan Mahasiswa tersebut.

Perarakan dilihat bermula dari Majlid Negara sekitar 2 petang dan menggunakan Jalan di sekitar Pusat Membeli Belah Sogo sebelum tiba ke lokasi perhimpunan.

Kelihatan juga beberapa sepanduk yang dibawa sambil melaungkan ‘Anti PTPTN’ sebagai simbolik protes mereka terhadap Badan Pinjaman Pelajaran tersebut.

SMM telah memutuskan sebelum ini untuk meneruskan Perhimpunan tersebut walaupun tidak mendapat permit dari pihak Polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi.

Anggota polis trafik dilihat mengawal lalulintas dan membantu perarakan pelajar berkenaan

Sumber: N9kini.net

Wednesday, April 11, 2012

NURUL IZZAH.:!! AKSI MEMALUKAN..



Seperti yang kita semua sedia maklum, Si Nurul Izzah ni memang suka buat kerja yang memalukan. Dan Kebiasaannya, ada orang Lembah Pantai yang akan mendedahkannya.

Tapi, kali ni berbeza sikit dimana cerita Si Nurul Izzah ni dibawa jauh dari Utara Semenanjung Malaysia. Punya la jauh Si Nurul Izzah ni menipu ye tak.

Kalau tidak, kenapa pulak blog Dr. MiM nak dedahkan gambar Si Nurul Izzah yang penuh dengan kontroversi ni kan. Dah la gambar ni banyak spekulasinya. 

Malah siap timbul kontroversi pulak tu. Meh layan!!!

Foto Nurul Izzah di bawah telah menimbulkan kontroversi kepada diri beliau.

Nurul Izzah main futsal


Tapi Dato’ Raja Nong Chik bantu rakyat pindah.
TERIMA KASIH BANYAK NURUL IZZAH!! TOLONG JANGAN GANGGU KAMI SELEPAS INI. PILIHAN RAYA NANTI KAMI AKAN BER’TERIMA KASIH’ LAGI KEPADA KAMU!! - Sumber

kejam.:!! geng anuwar x mengira mangsa..liwat dan bunuh.!!

           
Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini pada Selasa dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.
Mangsa R.Rajesh, 37, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan.
Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang Isnin dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi.
Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat.
Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pada Selasa tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA