Followers

rantau ku sayang

Wednesday, May 23, 2012

BERSIH 3.0: Saman...jangan tak saman, Ambiga ni!

Kerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.
Turut disaman Ahli Jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu, Hishammuddin Rais, bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut.

Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini

Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:
  • Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
  • Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan
  • Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratus.

Akibat daripada kegagalan tersebut, kata saman tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut saman tersebut, kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.

Sunday, May 20, 2012

CABAR ANWAR SAMAN GHANI HARON JIKA ANWAR TIDAK NGURAT LELAKI INI DAN MINTA GAMBAR LUCAH LELAKI INI

"Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar sedang 'mengurat' lelaki itu sejak tahun lalu sehingga ke hari ini. Saya boleh bongkarkan siapa budak ini, anak siapa dia, pernah belajar di mana serta jurusannya," kata Abdul Ghani Haron.

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan hubungannya dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipercayai meminta pelajar tersebut mengirimkan 'gambar luar biasa' kepadanya.

Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haron mendakwa 'gambar luar biasa' itu adalah gambar seorang lelaki dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang yang dikenali oleh Ketua Pembangkang itu melalui laman sosial.

"Kita mendesak Anwar tampil menjelaskan perlakuannya yang meminta lelaki tersebut menghantar gambarnya tanpa berpakaian dan turut meminta bekas pelajar itu jangan segan silu menghubungi beliau," kata Abdul Ghani.

Menurutnya lagi, Anwar dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa beliau tidak pernah mengenali bekas pelajar terbabit dalam apa-apa rangkaian sekalipun.

"TIBAI akan mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi ceramah-ceramah akan datang.

"Saya yakin Anwar kenal siapa lelaki ini kerana beliau telah berkali-kali menghubungi bekas pelajar terbabit dalam pelbagai rankaian telekomunikasi," kata Abdul Ghani.

Thursday, May 17, 2012

KALAU TUNKU AZIZ NILAINYA HANYA 50 RIBU DI MATA DAP BERAPA NILAI ASPAN ALIAS RM50 KOT

RM 50 Ribu, Harga Maruah Orang Melayu Dalam DAP...


Hanya 50 ribu, upah untuk tengku abdul aziz bekas naib pengerusi dap untuk menutup mulut dari menceritakan segala kepincangan dalam dap.

Untuk rekod, tengku abdul aziz sepatutnya di sambung penggalnya sebagai senator dalam satu perjumpaan pemimpin tertinggi dap, tapi selepas rusuhan bershit dan kelantangannya mengkritik perhimpunan haram itu, maka penggal senatornya tidak di sambung, malah guan eng dan berberapa ekor pemimpin dap menghantam tengku abdul aziz.

Untuk menutup mulut tengku abdul aziz, guan eng mengarahkan si melayu celup, zairil khir johari, setiausaha politik beliau menalifon tengku abdul aziz dan memberi offer duit 50 ribu supaya dia menutup mulut dari menceritakan keburukan dan kepincangan pentadbiran dap.

Haa..haa... nilai bekas penasihat Bank Negara dan bekas Naib Presiden Tranparency International hanya 50 ribu sahaja di mata cina rasis tu, kalau nilai tengku abdul aziz rm 50 ribu, berapa pulak nilai melayu yang jadi pencacai dalam dap...?

Thursday, May 10, 2012

Report Polis: Guan Eng hasut India benci UMNO?


Berhubung kenyataan yang didakwa Guan Eng yang berbaur perkauman dan hasutan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, membuat laporan polis.

Azhar yang juga Ketua Pembangkan DUN Pulau Pinang yang digantung baru-baru ini berkata kenyataan Lim menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan boleh berlaku perbalahan kaum serta mengancam keharmonian negara.

"Saya buat laporan polis hari ini atas nama ADUN Penaga dan saya mahu polis menyiasat kenyataan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana ia merupakan satu hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai di sini.

Yang turut hadir peguam Azhar, Abu Bakar Sidek dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN-ADUN UMNO.

Lim sebelum ini dipetik sebagai berkata: "Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam".

Ketua Menteri itu bagaimanapun berkata, beliau membuat kenyataan itu bagi merujuk kepada insiden perobohan rumah berhala yang terletak dalam kawasan pelabuhan Pulau Pinang oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) baru-baru ini.

Azhar berkata ayat 'terancam' yang digunakan oleh Lim adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan berunsur hasutan kepada kaum India agar membenci orang UMNO iaitu orang Melayu.

"Walaupun kenyataan itu dibuat semasa Persidangan DUN dan Lim mempunyai imuniti, tetapi ia telah didengar secara langsung oleh orang ramai dan kenyataan berkenaan berbaur hasutan.

"Perkara ini bukan boleh dimain-main kerana ia melibatkan hasutan dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat berhubung kenyataan Lim," katanya.

Wednesday, May 9, 2012

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan Bersih3.0 adalah tanggungjawab agama.
Rahim berkata demikian dalam Berita Utama (prime news), muka 8 akhbar New Straits Times hari ini.
Dalam berita bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir', Rahim berkata,bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya 'mengelirukan' rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong UMNO akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai Pas.
rahim
"Dia juga berkata UMNO itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat Pas sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong Bersih, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan 'sebelah mata'.
nikazizbersih
Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat Bersih 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur Bersih 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai 'pelawak'.
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda Pas Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.

Sunday, May 6, 2012

Chegubard mabuk menipu! Tengok ni...

HOT NEWS !!! KANTOI !!! CHEGUBARD MABUK DI PORT DICKSON ??? WAJIB BACA !!!


Chegu Bard mabuk di Port Dickson ??? biar betul chegu bard ni.dia mabuk minum apa yek ??? agaknya Chegu Bard ni mabuk samsu cap pokok kelapa kot !!! yang saya pelik sangat-sangat ni Mana ada Ex ADUN MIC Port Dickson yang namanya Dato' Chandra ??? nak kencing rakyat malaysia ker ??? cuba pergi tanya rakyat kat Port Dickson tu.mana saya tahu semua ni ??? kita lihat gambar di bawah


walaupun dah lama cerita ini,kepada Chegu Bard,jangan memalukan Rakyat Malaysia yer !!! lain kali kalau tak tau nama tanya dulu,berkenalan.Jangan asyik nak fitnah jer.muahahaha...

KANTOI !!!

Sumber: Badut Rakyat

Friday, May 4, 2012

TENGOK LA VIDEO : Anwar dan Azmin adalah dalang utama disebalik keganasan yang berlaku.

                       
       Anwar, Azmin Arah Peserta Demo Gempur Penghadang Polis

Sehingga kini Anwar dan Azmin masih enggan mengakui yang mereka berdua terbabit secara langsung mempengaruhi peserta demonstrasi Bersih 3.0 supaya merempuh benteng yang didirikan oleh pihak polis.

Bagaimanapun mengikut beberapa laporan keadaan sebenar sebelum berlakunya rusuhan jelas menunjukkan Anwar dan Azmin adalah dalang utama disebalik keganasan yang berlaku.

Menurut laporan MStar Online, Anwar dalam ucapannya kepada peserta demo Bersih 3.0 di Masjid Negara telah menyeru secara terbuka supaya peserta demo membebaskan Dataran Merdeka.

Manakala dari satu rakaman video di Youtube, Anwar dan Azmin dilihat berbalas isyarat diikuti dengan laungan, "masuk", "masuk" yang kemudiannya selepas itu  menyaksikan rempuhan dimulakan dan suasana perhimpunan mula menjadi kelam kabut.


Bila berlaku rusuhan dalam perhimpunan anjuran mereka tiap kali itulah Anwar dan pemimpin pembangkang akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kerapkali mereka menuding jari kononnya ada 'agen provokator' ataupun melepaskan beban kesalahan terus ke bahu pihak polis. Walhal tukang provok yang sebenarnya ialah Anwar dan Azmin.

Mahkamah telahpun mengeluarkan perintah larangan memasuki Dataran Merdeka, jadi apa perlunya untuk Anwar menghasut rakyat melanggar undang-undang?

Sebagai pemimpin politik, Anwar dan Azmin tidak wajar menunjukkan contoh yang buruk terhadap rakyat tapi jika begini sikap Anwar usahlah berharap untuk menawan hati pengundi. Undi tidak bertambah melalui perhimpunan dan rusuhan sebaliknya yang berlaku rakyat makin meluat dengan pembangkang.  
 
         VIDEO KLIK SINI:ANWAR ARAH REMPUH 3.0