Followers

Thursday, 27 September 2012

Beranikah Mahfuz Jahit Mulut Nik Aziz Dan Karpal?

Sebagaimana maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan seorang “loyalist” yang begitu setia dan sangat menghormati pada pemimpin tertinggi yang pernah menjadi “boss”nya.
 
Itu tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau dilihat begitu taat dan sangat patuh kepada sebarang dasar atau arahan yang diberikan padanya sama ada perkara tersebut susah atau senang, Najib tidak pernah merungut atau gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
 
Kita semua tahu bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan “mentor” atau “guru” kepada Najib di mana beliau mendidik Najib sejak bertugas di dalam barisan kabinet kerajaan.
 
Namun begitu, mungkin gentar dengan suara Tun M yang begitu lantang membantu dan menyokong kepimpinan Najib, PAS telah menghantar Naib Presidennya yang paling bodoh untuk menjadi “batu api” di antara “Sifu” dan “anak murid”nya itu.
 
Mahfuz baru-baru ini mendakwa bahawa Najib tidak berani untuk “menjahit” mulut Tun M dan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap sebarang kenyataan mantan Perdana Menteri itu berkenaan isu politik negara.
 
Mahfuz berkata, kononnya kenyataan Tun M itu dilihat menghentam Najib dan kepimpinannya.
 
Persoalannya, apakah Mahfuz lupa bahawa Tun M baru saja menegaskan bahawa Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang baik dan negarawan genius itu memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak?
 
Apakah Mahfuz cemburu dengan kekuatan yang ada pada Najib apabila Tun M dilihat begitu banyak membantu secara langsung dan tidak langsung, serta sering menjadi penasihat yang setia kepada kepimpinan Najib?
 
Saya yakin bahawa Najib tidak pernah terlintas pun untuk menjahit mulut Tun M, sebaliknya saya yakin Perdana Menteri itu sangat berterima kasih atas sokongan dan nasihat dari seorang mantan Perdana Menteri yang disegani oleh kawan dan lawan itu.
 
Berbanding di dalam PAS, Mahfuz sepatutnya melontarkan persoalan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada dia berani untuk menjahit mulut Mursyidul Am, Nik Aziz, yang dilihat semakin celupar mendendangkan lagu songsang di dalam partinya.
 
Sedangkan Nasharuddin Mat Isa yang hanya bekas Timbalan Presiden PAS pun tidak ada sesiapa pun yang berani jahit mulutnya dari terus menerus mengkritik PAS yang terpesong dari landasan perjuangan sebenar, inikan pula nak menegur Nik Aziz.
 
Itu belum lagi disebut bagaimana PAS begitu takut untuk menjahit mulut Karpal Singh dan kepimpinan DAP yang jelas menolak serta menghina Islam dan begitu kebal “memkeldaikan” PAS sewenang-wenangnya selama 4 tahun!
 
Apakah PAS berani menjahit mulut DAP dan PKR yang jelas menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah secara terbuka di media? PAS tak kisah kehilangan maruah begitu mudah?
 
Sewajarnya Mahfuz menjaga mulutnya sebelum dijahit oleh Nik Aziz, Abdul Hadi atau Mat Sabu memandangkan perkara-perkara yang keluar dari mulut Ahli Parlimen Pokok Sena itu begitu bodoh dan tidak melambangkan seorang pemimpin yang bijak.
 
Mahfuz sebenarnya perlu menjaga mulutnya agar kata-kata yang terbit darinya tidak menjadi liabiliti besar dan memalukan kepimpinan PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang tolol dalam memperkatakan sesuatu isu.
 
Mahfuz perlu sedar bahawa begitu ramai para penyokong PAS yang penat kerana terpaksa mempertahankan kesalahan mulutnya yang “busuk” bagaikan “longkang najis” serta menjadikan PAS sebagai bahan gelak ketawa dan sindiran rakyat.
 
Atau Mahfuz begitu bodoh untuk berfikir dan menilai tentang diri sendiri, dan sebaliknya cuba menyerang seseorang yang jauh lebih bijak dan berIQ lebih tinggi darinya. Saya harap Mahfuz pergi ke kedai dan beli cermin paling besar untuk dirinya…

Thursday, 20 September 2012

Mahfudz Tunjuk Lagak Macam Dia MB Kedah



Setahu aku lah, MB Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tapi bila aku baca Sinar hari ini, rasa macam Mahfudz Omar pulak yang pegang jawatan tuh.

Mahfudz keluarkan kenyataan bahawa Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah apa yang penting calon tu mestilah lebih kredibel dari anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon tanpa rujuk kepada dulu kepada Dato’ Seri Azizan.

Soalnya, mana kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz?  Apakah benar mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau atau tidak?

Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat.

Dato’ Seri Azizan lebih berhati-hati nak ulas mengenai pilihanraya Kedah tetapi Mahfudz terlebih yakin dan berkuasa untuk tentukan.  Malah si Mahfudz ni juga nampak lebih berkuasa untuk menentukan calon.

Hal kat Wisma Darulaman kecoh bila EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri sampai isteri pun nak tunjuk lagak dari To’ Puan Seri, isteri MB sendiri.  Isteri EXCO ini juga dikatakan lebih suka menepek kat ofis suami dia dari berada di rumah dan sesuka hati mengarah-arah orang sekeliling.

Ada informer bagitahu yang si Mahfudz dh buat strateginya sendiri utk memanipulasi dan mempengaruhi PAS Pusat untuk letakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti.

Malanglah rakyat Kedah jika terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika  berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter yang tidak lulus SPM.

Sekurang-kurangnya, kalau Mahfudz nak berlagak jadi MB Kedah pun, usahalah nk lulus SPM dulu.  Kita pun xnak la nanti Kedah malu bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur.

Wednesday, 19 September 2012

Deklarasi Kuching PR: Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?

 
Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.  

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching.   Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1.      Kerjasama Bersekutu
2.      Perwakilan Yang Adil
3.      Kewarganegaraan
4.      Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat
5.      Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah
6.      Keadilan Dalam Isu Minyak
7.      Pembangunan Sekata

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi. 

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji.   PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut. 

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin. 

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka.  Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain. 

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama ‘undang-undang’ dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat.  Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN. 

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih.  Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin.  Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius.  Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.  

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain.

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata. 

Contohnya, ‘menolak dan menentang hudud adalah tidak sama’.  Atau ‘bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama’.  Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah ‘manifesto PR bukan janji’. 

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti.   Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya. 

Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa ‘Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai.

Tuesday, 18 September 2012

Tok Mun mahu bertanding lagi



KUALA TERENGGANU :  Bakal calon paling awal kunjungi pejabat SPR, beralih ke DUN pula 

Ketika ramai masih berteka teki bila Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan diadakan, Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof, 93, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008, sudah membuat persediaan untuk bertanding lagi. Dengan kudrat yang masih kuat biarpun usia sudah hampir menjangkau seabad, Tok Mun adalah bakal calon paling awal mengunjungi pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bandar raya ini untuk mendapatkan maklumat yang perlu sebagai persediaan untuk PRU kelak. 

Tok Mun ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, dia tidak berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen, sebaliknya mahu merubah angin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“SPR kata untuk bertanding kerusi Parlimen Tok kena sediakan duit RM10,000, tetapi untuk DUN perlukan wang RM5,000 saja. Tok pun bukan ada duit sangat, jadi Tok nak bertanding kerusi DUN saja. 

“Ketika ke pejabat SPR, Tok beritahu mereka Tok mahu bertanding menggunakan simbol yang Tok simpan (lambang kerajaan negeri Terengganu), tetapi mereka suruh Tok pilih simbol lain. 

“Jadi, jika Tok masuk bertanding PRU nanti terpaksa guna simbol yang mereka beri dan Tok pilih simbol rumah (sambil menunjukkan kertas diberikan SPR yang memaparkan pelbagai simbol). Simbol rumah saboh (sesuai) sikit,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumah sewanya di Kampung Pengadang Akar di sini. 

Tok Mun yang tinggal bersendirian di rumah yang sudah sangat usang itu, adalah calon tertua yang bertanding pada PRU Ke-12 bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan menggunakan simbol kunci, menentang calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS, Mohamad Sabu. 

Bagaimanapun, Tok Mun yang mencari pendapatan dengan menjaja kain dan jeruk buah-buahan menaiki basikal itu tewas di tangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan hanya meraih 685 undi. 

Ditanya mengapa dia bersungguh-sungguh mahu bertanding dalam PRU sedangkan untuk menyara hidupnya pun dia menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tok Mun berkata beliau mahu bercakap mewakili rakyat bagi memperbetulkan sistem pentadbiran negara yang didakwanya banyak kesilapan.

Sumber : Berita Harian

Sunday, 16 September 2012

KHATIB SESAT DI CABAR BUKTIKAN RASULULLAH SOKONG ANWAR JADI PM

Ustaz Fathul Bari cabar Musyidul dan Khatib sesat ini buktikan dakwaan mereka itu benar. Jikalau mereka tidak dapat buktikan, memanglah kedua-duanya menipu untuk memancing undi sahaja.



p/s : Jangan lah jadi orang sesat lagi menyesatkan.. Mimpi tak boleh menjadi dalil untuk mempengaruhi fikiran manusia lain.. Fuh!!! Pedas memedas..

PANAS Berapi!!! Khatib bermimpi Rasulullah Sokong Anwar???



Inilah rupa Khatib yang berkhutbah di masjid, tapi seakan-akan beliau sedang berceramah Pas. Beliau jugalah yang bercerita tentang mimpi bahawa baginda Rasulullah SAW akui Anwar Ibrahim sepatutnya jadi PM untuk cemerlangkan Islam di Malaysia.

Walaupun Khatib ini sampaikan dengan cara yang berbeza. Kononnya dari mimpi Musyridul Am Ikhwanul Muslimin, namun kita tahu apa niat sebenar Khatib totok Pas ini, hanyalah mahu umat Islam di Masjid berkenaan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam PRU yang akan datang. 

Khatib ini dipanggil Hafizul oleh orang kampung, namun nama sebenarnya ialah Mohd Halizal B. Allias. Bekas Guru Tahfiz dan tinggal di Taman Tunku Putra, Kulim. Pada hari berkenaan, beliau telah dijemput sebagai Khatib jemputan. Ini bukan kali pertama orang luar datang membaca khutbah, dah banyak kali. Dah banyak kali Pas mencemarkan mimbar Masjid dengan cerita politik mereka. 

Mungkin kali ini Allah SWT mahu tunjukkan betapa teruknya puak-puak ni, lalu mereka terKANTOI buat kali pertama!! Sampai bila mereka mahu kotorkan masjid dengan politik? Apakah mereka ingat, Islam tu mereka yang punya boleh diubah dan dibuat sesukahati?

Allah maha berkuasa.. Islam bukan parti politik dan bukan cerita untuk ke Putrajaya, Islam adalah amanah dan kehidupan yang perlu kita amal dan jaga bukan untuk dijaja!!

Pada yang belum pernah dengar rakaman audio sumbang Khatib lembu ni, sila klik video kat bawah.

Pada yang masih belum faham atau ragu-ragu mengenai perkara ini boleh baca kat SINI



McTheory : 
 Agama dengan Puak Bulan Purnama ni.. setan sungguhh!!

Undi semalam adalah terjemahan menolak .........





Salam santai, potang minggu ini. Lotih laie kot ahli UMNO Rembau yang bersidang semalam walaupun tiada pemilihan, donga eh hebat jugak borontap sepuluh ahli yang  cuba untuk dipilih sebagai G7 mewakili UMNO bahagian Rembau ke perhimpunan agung UMNO nanti.

Dalam 10 orang yang nak dipilih hanya 7, tentulah 3 tak akan terpilih. Bukan bermakna 3 ini tidak baik tapi kurang lah popular dari 7 yang dipilih.

Dongar eh antara 3 yang tidak terpilih tuh ado yang cubo buek "Come Back" sedang "test market" nak tenguk  macam mano penerimaan perwakilan UMNO terhadap dirinya.

Dengan terjemahan undian semalam, rasanya terjawab lah sudah betapa perwakilan UMNO  Rembau yang mewakili UMNO Rembau menolak salah seorang  dari 3 yang tak terpilih semalam. Bahasa kasar eh, orang dah tak nak..... Tahniahlah kepada semua yang dipilih mewakili G7 semalam.


Saturday, 15 September 2012

Khalid penakut !!! tak ada anu....

Sebelum ini riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan tidak berdaftar PR memperlekahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai bacul dan dayus berikutan cabaran debat dari Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dilayan.
 
Mereka dengan angkuh meremehkan kesibukan Dato' Seri Najib sebagai PM yang jadual tugasannya agak padat dan ketat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan tugasan Ketua Pembangkang di Parlimen yang agak longgar ruang masanya dan lebih banyak cakap tanpa kerja buat bermanfaat.
 
Disebabkan terlampau banyak ruang masa itulah yang digunapakai sepenuhnya oleh Anwar untuk membuat ceramah politik kepartian ke pelusuk negara termasuklah sempat lagi menggayakan aksi pedang bengkok di lokasi kegemarannya.
 
Rupa-rupanya gelaran bacul dan dayus yang mereka palitkan pada PM serta Kerajaan Barisan Nasional itu hanyalah polemik saja untuk menutup kebebalan dan kelemahan pakatan pembangkang.
Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor dari PKR, Khalid Ibrahim tidak semena-mena terbang ke Bangkok, Thailand pada hari sepatutnya dia berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkenaan isu hutang Talam di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.
Tiba-tiba sahaja lari ke luar negara konon ada acara sebagai alasan, untuk kurangkan rasa malu maka dihantarnya 3 orang balaci sekadar untuk mengabui mata khalayak.
 
Lagi tambah menarik perhatian ramai bila Setiausaha Politik MB yang mengiringi mereka dengan selambanya mengaku telah cilok (mencuri) dokumen sulit kerajaan negeri yang sepatutnya tidak boleh di bawa keluar dari pejabat MB. Sengal betul.
 
Pemimpin dan penyokong pembangkang juga pernah mengatakan yang PM dan BN terlalu dayus dan bacul untuk bubar parlimen serta memanggil segera PRU 13. Bunyinya macamlah geng-geng pemimpin pembangkang sudah tidak sabar untuk mengalahkan BN.
 
Tapi yang berlaku sekarang ialah, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Seringgit sudah pun mengesahkan bahawa Selangor tidak akan membubar DUN serentak dengan parlimen atas sebab  konon daftar pemilih belum bersih.
 
Sebelum ini beriya-iya mereka menuduh BN takut menghadapi pilihanraya, rupanya yang sebenar-benar takut, bacul dan dayus ialah mereka sendiri. Takut dilihat gelaran bacul dan dayus terpalit atas dahi sendiri, tak pasal-pasal daftar pemilih SPR pula yang dijadikan kambing hitam.
 
Andai betul daftar SPR tak bersih, yang Anwar dan balacinya yang lain memandai-mandai cabar BN bubar parlimen secepat mungkin apahal? Sangap sungguh.
 
Kalau alasan daftar pemilih SPR benar tidak bersih, dari mana pula datangnya angan-angan mat jenin untuk tawan tiga lagi negeri lain. Tak ke kontradiks namanya tu?
 
Jadi, sekarang siapa yang dayus dan bacul sebenarnya? Bukankah ia kembali terpalit pada dahi pemimpin pakatan pembangkang sendiri lebih-lebih lagi Anwar dan Khalid yang sama-sama anak Ibrahim.

Friday, 14 September 2012

Mislina Mustaffa?? Kenali beliau melalui Video Going Homeless (di sebalik watak Occupy Dataran)

Aktress dan anak seni ini mula mendapat perhatian lebih serius daripada masyarakat apabila tampil menyertai perhimpunan Occupy Dataran beberapa bulan yang lalu.

Mungkin perasaan ingin tahu yang mendalam, pihak Malaysia Kini telah mengeluarkan dua bahagian video yang memaparkan kehidupan sebenar Mislina Mustaffa hari ini.

Kami lebih tertarik dengan bahagian kedua siri video ini yang banyak memaparkan eksperimen Mislina Mustaffa yang kini hidup tanpa rumah tetap atau bergelandangan.

Mislina Mustaffa melalui video ini di’tunjuk menginap di sebuah flat yang serba kekurangan berkongsi dengan beberapa orang lain dan juga anjing peliharaan beliau — Atan (cian pado oghang bernamo Atan, setaraf anjeng).

Aktivis masyarakat ini juga mengatakan yang beliau pernah tinggal di satu satu hostel dan rumah penginapan untuk 3,4 hari sebelum berpindah ke lokasi lain sebagai satu eksperimen.



Itu mungkin gaya hidup eksperimen yang ingin Mislina Mustaffa lalui tetapi apa yang kami sendiri kurang senang adalah kata kata aktress ini yang seakan mempersoalkan agama Islam.

Anda perlu mendengar sendiri kata kata Mislina Mustaffa dalam video di’bawah untuk menyelami akal fikiran beliau tentang agama Islam dan gaya hidup manusia hari ini. Cuma, buka fikiran anda luas luas, itu sahaja. Itu pun sebenarnya kenapa kita di’kurniakan akal fikiran, bukan?




 

Mislina Mustaffa Kini Hidup Gelandangan, Persoal Tentang Kesahihan Islam


Sumber: Rotikaya.com

Wednesday, 12 September 2012

Bekas ADUN dan Exco ini bertanggungjawab menjawab dan memohon maaf isu sabotaj UMNO dan pemimpin tertinggi Bahagian Rembau

Telah berniat jahat sabotaj UMNO dan pemimpin di blog pembangkang http://www.freemalaysiatoday.com
Pada 14 hb Sept ini, UMNO Bahagian Rembau yang akan mengadakan persidangan UMNO Bahagian  yang mana akan bersidang seperti biasa-biasa kerana pada tahun ini tidak akan diadakan sebarang pemilihan jawatan baik pun di peringkat Pusat mahupun Bahagian. Selamat Bersidang kepada semua perwakilan.

Namun  perwakilan yang bersidang akan memilih ahli UMNO di kalangan mereka untuk mewakilkan UMNO bahagian Rembau ke persidangan Agung UMNO Malaysia nanti. Pemilihan dijangka akan diadakan seperti biasa cuma sudah ada desas-desus yang agak panas melanda perwakilan kerana tercetus isu agak panas sedang diperkatakan mereka kerana ada  di kalangan  mereka yang  bertanding merebut kerusi G7 ini telah SABOTAJ PEMIMPIN DAN UMNO BAHAGIAN REMBAU DI LAMAN WEB PEMBANGKANG..

Ada suara yang mempertikaikan dan berharap perwakilan tidak akan memberikan undi kepada seorang calon Veteran yang juga merupakan seorang ahli exco yang mana saya tidak perlu menyebut namanya di sini akan turut bertanding.

Apa yang dipertikaikan oleh perwakilan adalah sikap calon ini yang cuba sabotaj Parti dan juga pemimpin  UMNO  pada 12 hb Jun dan juga 13 Jun di dalam dua artikel yang cuba menghasut rakyat dan ahli UMNO. 

Pemimpin ini dengan berniat jahat dan mungkin membayar blog pembangkang dengan tujuan.

1.  Melagakan Menteri Besar dan orang orangnya dengan penyokong Isa Samad dan Isa Samad sendiri.

2. Cuba mengaitkan ramai pemimpin tertinggi Negeri Sembilan untuk bersangka buruk dengan Menteri Besar.

3.  Menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar sebagai seorang pemimpin nombor satu di Negeri Sembilan.

4. Merendahkan kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Negeri dan mewakili  kumpulan UMNO veteran tanpa keizinan untuk memfitnah dan mengaibkan Menteri Besar di laman pembangkang.

Sila baca dua tajuk tulisan ini di laman http://www.freemalaysiatoday.com bertarikh 12 Jun 2012 bertajuk Bekas ADUN UMNO: Rakyat NS tidak mahu Mohamad. dan Hasan Malik jadi sebutan MB Baru

Seperti apa yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri agar memecat dan menyingkir mana mana ahli politik yang sabotaj parti eloklah perwakilan dari Rembau ini tidak dicalonkan apa-apa juga jawatan yang dipertandingkan mahu pun untuk mewakili Rembau selaku G7.

Bekas ADUN dan Bekas Exco ini juga bertanggungjawab untuk menjawab isu ini di mesyuarat UMNO Bahagian Rembau dan perlu mempertahankan diri dan memohon maaf kepada perwakilan UMNO dan juga kepimpinan UMNO Bahagian Rembau,



Monday, 10 September 2012

BUDAK TUNJUK BONTOT : GILO MEROYAN..


Apo khaba kawan-kawan seperjuangan.. 2 hari lopeh, An ado la terbaco kek sukkhabar SINAR..front page amik kau gambar bosa budak si Ammar yang dok heboh tayang bontot eh..apo ko gilo morayan ko dio time tu?? dio khoba dio tak soda diri maso buek kojo kuang ajar tu. Konon eh xdo sapo yang pengaruh ataupun xdo sapo yang baya kek dio ni.. Logik la sikit Ammar Bontot weiiiii.. nak menipu oghang pun.. An taw musti ado dalang eh..peh tu ekau khoba ekau menyosa... pandai mintak maaf kek PM ngan rakyat.. ekau dh mintak ampun ngn Tuhan lom?? Kesian An nengok muko mak abah eh.. Malu dan terpakso megondah diri sobab kesilapan anak ehhh...  nanti kok di buek eh lagi kito ramai-ramai salai buntut eh oraittt???

Saturday, 8 September 2012

Asal lak AMK PKR Nak belasah Chegu Bard : Bacalah kalau tak caya !!

An bukan apo lah , An dah muak ngan Chegu Bard ni, Loyar buruk suko buek fitnah, fitnah merato rato, Donga ajo ado orang bukak mulut diolah yang menukuk nambah lobih lobih. Ni lah perangai Chegu Bard. Orang macam ni mano buleh selamat idup eh...

An selalu baco, Bro TB (Tepak Bersulam  lah...... budak Sogo tuh..) Dio selalu kato "abih dah"... . apo yang abih ..... Chegu Bard lah yang dah abih, lamo dah TB tulih Chegu Bard ni "abih dah"..Kali ni tak dapek laie nak selindung doh... sobab sumo orang dah tahu. Bukan orang UMNO yo, Orang PKR pun dah naik meluat dengan Chegu Bard ni. Rashid TOTO, Ampangan, tak yah nak cakap lah, sobot yo namo Bard yo, kok tak berkahak, muntah belahak tak cukup kole nak nadah eh....

Semalam Nuar Berahim datang Nogori Kito, An tak nak lah cakap pasal dio datang naik bas ko atau naik ketapi ko atau naik kotobang ko, suko dio lah. An tak nak gak cakap berapo ramai yang datang menyambut dio. Sian kan... tak ado orang. Wan Jijah bongkak bongkak mato eh..kalah lah laki sei ni kato eh ..agak eh lahhh..........  Biar lah..

Ni yang An nak cito, memang menarik, korang ado tak ponah nampak Chegu Bard ni ado samo bilo-bilo masa ajo bilo ado program Anwar. bilo Anwar datang kek N Sembilan, wal hal dulu dio kato, Nuar tuh Pak Sedara bini eh.... Pak menakan lah orang utaro cakap, maso pemilihan AMK dulu, tapi kalah gak si Bard walaupun ngaku Nuar Pak Sedaro eh... Nuar rekomen si Bantut OKU Shamsul  tuh... Kalah Bard ngan Bantut OKU Shamsul tuh walaupun bantut tuh last minute masuk bertanding tuh....

Yang An nak cakap kek sini bukan pasal Nuar tapi donga Chegu Bard ni katanya nak kono balasah  kalau dia datang kek program Nuar semalam, tapi sapo lak nak balun ni..... ????? Yang nak balun bukan orang UMNO, Yang nak balun budak budak AMK dari parti Pakatan Rakyat sendir , Lahhhhh hai...Mano poie budak budak SAMM, Tak kan tak leh pertahankan Bos !! Mano ado budak SAMM. Kik Kik Kik  SAMM tuh bard sorang yo nak gunakan landasan itu nak kutip duit. 

Lah hai , Padan lah SAMM tak buek open house kek Rombau,SAMM buek open house kek Penang. Kato eh dulu mano KJ poie dio nak ikut. Ikut lah Bard , tunggu yo nak sombolih kau kek Rombau kali ini. Berani bertanding lah kek Rombau.

Dio orang kato Chegu Bard ni banyak nipu orang guno namo Nuar, Tuh budak-budak ni marah, Dio suko janji kek orang sapo nak jadi calon dio akan telipon Nuar , bagi lah duit untuk dio buek kojo. Duit tah komano janji tah komano. Tuh Nuar dongar hal ini. Tuh dio pun marah ngan Chegu Bard sampai dia kato Chegu Bard kono bagi tompek lain  untuk bertanding bukan kek NS. Sobab Nuar tahu lotak lah mano-mano kek NS  Bard ni  akan kalah. Dio kono lari dari NS. 

Oooooo. Padan lah anak Rajo pun dah tak ado laie dah tak aktif, ni sah sah lah dah kono tipu ngan Chegu Bard. Nuar  memang tak leh angkek mato ngan Chegu Bard, Bard ni Abih dah.....

BARD WEI APOLAH KOJO KAU , IDUP NAK NIPU ORANG YO. BARD DAH TAK LEH HIDUP DAH KEK NEGERI SEMBILAN, MAMAT NI MANO ADO KOJO , TIAP-TIAP HARI NAK DUK TABUR FITNAH , KOJO TAK ADO, KOJO EH NIPU ORANG LAH, SAPO NAK BERTANDING  DIO KATO BULEH, ADO DUIT TAK ??? KOK ADO DUIT BAGI KEK DIO DUIT, DIA PAKAI LAH NAMO NUAR BRAHIM. TAPI SAMO YO DUO-DUO TUH... SEI BUKAN NIPU, KOK TAK CAYO ACU TANYO KEK ZULJIMMYKFLY . NI ORANG KUEK CHEGUBARD LAH, DIO LAH YANG CITO NI SUMO.TAK MANO LAH AN NAK TAHU.

By :  Minah Kongkang

Friday, 7 September 2012

Kaum India protes sikap biadap terhadap PM dan isteri



Seremban, 07 Sept :Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kebudayaan Masyarakat India Daerah Seremban merangkap Ketua MIC Seremban Garden Nuri Indah Bahagian Rasah, JP Negeri Sembilan dan juga ahli jawatankuasa Exco NS, En GM Kanan hari ini telah membuat laporan polis di IPD Polis Di Raja Malaysia (PDRM), di Seremban Dua pada pukul 9 pagi tadi, selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Beliau telah membuat laporan megenai seorang Model wanita sambilan yang menyerah diri di balai  polis Johor Baharu kerana menghina dan memijak gambar Perdana Menteri Malaysia dan isteri pada malam ambang kemerdekaan.

Beliau tidak berpuas hati kerana model berkenaan telah membawa pemimpin DAP bersama bagi melindunginya ketika menyerah diri. GM Kanan menyifatkan DAPig adalah dalang dan menjadi perancang kepada gadis berbangsa Tiong Hua ini biadab terhadap Perdana Menteri dan Isteri . Beliau berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajar agar peristiwa ini tidak akan berulang kembali.

Sumber : Portal Berita Negeri Sembilan

Tuesday, 4 September 2012

Gabungan Pemuda, Belia, NGO Rembau : Bantah Aksi Biadap

BUKTI REPOT POLIS


 WAKIL GABUNGAN PEMUDA, BELIA, NGO REMBAU


BERHIMPUN DI IPD CHEMBONG, REMBAU


MENOLAK SEKERAS-KERASNYA AKSI BIADAP SEGELINTIR PESERTA PERHIMPUNAN JANJI BERSIH YANG MEMIJAK DAN BIADAP TERHADAP GAMBAR PEMIMPIN DAN ISTERI KETIKA MENYAMBUT AMBANG MERDEKA.

Monday, 3 September 2012

Malam Himpunan Janji Palsu


Janji Bersih - Bendera PAS
Pada 27 Ogos, penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih melalui wakilnya Maria Chin Abdullah telah membuat kenyataan rasmi, “Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja”

 Selanjutnya kata Maria Chin lagi, “pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.”

Itu janji mereka, janji yang ditaburi untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan rakyat.
Hakikatnya, apa yang berlaku pada sejak awal malam 30 Ogos hingga pagi dinihari 31 Ogos 2012
langsung tidak menepati apa yangtelah mereka janjikan.

  


Peserta perhimpunan Janji Bersih bukan sahaja tidak bersurai selepas detik 12 tengah malam malah sehingga jam hampir 2.00 pagi 31 Ogos sebahagian besar mereka masih bersorak-sorak di tepi-tepi jalan bertentangan Dataran Merdeka dan bangunan DBKL sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas.

Beberapa ketika sebelum itu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dibiarkan sahaja menyampaikan ucapan di perkarangan bangunan DBKL sedangkan janji awalnya hanya A.Samad Said sahaja yang akan membacakan puisi.


Kelihatan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang juga penulis politik, Hishamudin Rais memberi ucapan di selang seli dengan laungan reformasi dari penyokong pembangkang yang
mendominasi himpunan tersebut.


Entah apa kaitan laungan tersebut dengan sambutan ambang merdeka kita pun tak tahu tapi ia semakin galak kedengaran sejak Mat Sabu diiringi ke perkarangan bangunan DBKL bersahut-sahutan dengan pekik lolong “hancur,hancur” dan “hidup, hidup, hidup rakyat”.


Nampak sangat sambutan ambang merdeka di malam itu bukan lagi bertujuan untuk meraikan kemerdekaan negara tapi lebih kepada untuk menjayakan kempen politik pembangkang. Orang ramai yang datang khusus untuk menyambut malam merdeka jadi kebingungan.


Paling jelik bila melihat bendera PAS dan PKR dikibarkan pada malam tersebut oleh geng-geng pemuda kuning, mengesahkan lagi himpunan tersebut sejak awal lagi bermotifkan politik kepartian semata-mata.


Walhal sejak berminggu lalu, puak pembangkang agak bising mempertikaikan tema “janji Ditepati” yang menjadi pilihan sempena sambutan kemerdekaan tahun ini. Kata mereka tema tersebut bermotifkan politik dan mencemar kemeriahan hari kemerdekaan negara
yang ke-55 tahun.

 


Tapi apa yang berlaku pada malam Himpunan Janji Demokrasi yang bertemakan Janji Bersih bukan sahaja sudah terbukti mencemari malam sambutan kemerdekaan tanahair tapi turut cuba mengubah sejarah kebanggaan panji negara apabila segelintir peserta mereka sengaja mengibarkan bendera lain ciptaan anak buah Anwar Ibrahim.


Tidak syak lagi, program malam tersebut yang dianjurkan oleh NGO proksi pro pembangkang sekali lagi membuktikan mereka hanya pandai berjanji tapi senantiasa liat untuk menepati janji, selayaknya malam tersebut digelar Himpunan Janji Palsu kerana itu lagi bersesuaian dengan tabie mereka sejak dulu-dulu lagi.


Baru jadi pembangkang yang memiliki sedikit kuasa di beberapa negeri sudah besar kepala dan pandai memungkiri janji. Patutlah rata-rata kalangan mereka cukup anti dengan tema “Janji Ditepati”.

PAKATAN HARAM NAK TULIS SEMULA SEJARAH NEGARA

                  
newfflag
KITA tahu, banyak benda pelik dibuat penyokong Pakatan Rakyat kebelakangan ini adalah kerana Pakatan haram sedang bercadang untuk menulis semula sejarah negara ini kerana mereka mahu padam nama UMNO dan Barisan Nasional dari rekod-rekod rasmi.
 
Jangan terperanjat kalau selepas Pakatan haram mengambil alih negara, nama bekas-bekas perdana menteri akan dipadamkan dari buku sejarah, nama-nama pemimpin veteran PAS dan DAP pulak yang akan menggantikan nama mereka.
 
Menukar bendera yang baru berlaku ini adalah satu daripada begitu banyak rancangan rahsia terpendam yang perlahan-lahan dikeluarkan untuk melihat reaksi rakyat, membantah atau menyokong.
 
Strategi yang dibuat ialah dengan meminta beruk dan monyet buta sejarah yang ramai dalam Pakatan ini untuk melakukan perkara tersebut agar pemimpin besar Pakatan macam Anwar, Nik Aziz, Kit Siang dan sebagainya tidak dilibatkan, biar pemimpin kecil-kecil ini saja yang kena.
Walhal dalam diam, kita percaya itu kerja mereka juga.
 
Bukti kepada kenyataan penulis ialah, bendera Pakatan ini dikeluarkan tidak beberapa lama setelah ADUN DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan haram akan menukar bendera baru setelah berkuasa di peringkat pusat.
 
Memang ketika itu lebih ramai yang marah daripada yang menyokong, malah DAP pun pura-pura gantung Manoharan 6 bulan sebelum ditarik semula selepas rayuan. Tapi Pakatan nampak, respon dikalangan budak-budak muda terbahagi 2, ada yang sokong dan ada yang tidak.
Kebetulan, kelompok ini buta sejarah dan mudah dimanipulasikan. Maaf cakaplah, bukan tidak iktiraf peranan budak-budak jenis ini tapi memang itu kesnya. Penulis percaya, golongan yang dok kibar bendera Pakatan itu hari adalah terdiri daripada golongan ini juga.
 
Penulis juga ada maklumat bahawa bukan bendera sahaja yang akan ditukar, akan ada lebih banyak perkara lagi yang ditukar, silap-silap sejarah negara pun akan ditulis semula. Tarikh merdeka umpamanya, propaganda yang sedang dimain di kalangan media sosial dan cetak pro Pakatan haram sekarang ialah tarikh kemerdekaan bukan 31 Ogos tapi 16 September.
Sila rujuk artikel penulis mengenai perkara tersebut disini.
 
Ini juga kesnya bila Mat Sabu kata komunis adalah wira negara, pasukan keselamatan yang berkorban nyawa ini sebagai musuh yang sebenarnya. Mat Sabu nak rakyat lupa jasa anggota keselamatan kerana itu akan dikaitkan dengan kerajaan BN, mana boleh, semua itu mesti dipadamkan!!!'
 
Semua ini adalah agenda rahsia Pakatan Rakyat yang mahu menulis semula sejarah negara ini seterusnya memadamkan jasa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tapi tidak mahu didedahkan sekarang kerana takut rakyat memberontak. Manoharan, Mat Sabu dan beruk 5-6 ekor yang dok kibar bendera komunis mana tu digunakan untuk ‘test market’ sahaja.
 
Kita rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini patut tolak politik Pakatan haram ini. DAP tidak nampak peluang lain untuk meletakkan orang mereka di atas dengan menggunakan Anwar. Melayu yang mudah dibuli macam Anwar bukan selalu datang.

SUMBER mykmu.net

Siapa Bekas pemimpin UMNO berniat jahat ?

1.Aku mahu mempersoalkan mengenai sikap seorang bekas exco kerajaan negeri , Negeri Sembilan yang telah berniat jahat baru baru ini dengan sengaja untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan sengaja mengeluarkan tohmahan dan fitnah terhadap MB di media baru milik pembangkang.

2.Apakah ini satu nilai nilai murni dan bijak selaku seorang bekas pemimpin dan juga bekas ADUN dan juga EXCO negeri apabila sengaja tanpa memperdulikan imej parti , imej pemimpin dan juga imej dirinya sendiri selaku pemimpin.

baca selanjutnya klik sini

Sunday, 2 September 2012

Bendera: Pembangkang Tipu, Bendera Itu Bukan Bendera Lama Malaya

Pakatan_tipu
SEJAK Jumaat, penulis mengambil inisiatif menyiasat sendiri asal usul bendera dikibar macai Pakatan haram di Dataran Merdeka pada malam sambutan kemerdekaan yang katanya adalah bendera Malaya, sebelum jalur gemilang.
 
Penulis berjaya berjumpa dengan beberapa orang lama yang masih segar ingatan mereka tentang bendera ini. Diakhir pencarian itu penulis rasa tersangat bodohnya puak Pakatan haram ini kerana jawapan kepada bendera sebenar Malaya dibawah British adalah mudah sekali – Union Jack.
 
Bukan ntah mana bendera yang mereka dakwa sebagai bendera lama Malaya seperti dibawah. Pelik betul, benda yang boleh dibuat dengan mudah macam gambar dibawah ini pun mereka mahu rakyat percaya.
Sejarah Union Jack sebagai bendera lama Malaya pun bukan terlalu sukar untuk diselidiki, lihat sahaja rakaman dan gambar upacara sambutan merdeka negara yang pertama, bendera apa yang diturunkan sebagai tanda berakhirnya penjajahan dan bermulanya kemerdekaan?
Sudah tentulah Union Jack.
Logiknya disitu, semua negara dibawah jajahan British adalah menggunakan bendera Union Jack. Walaupun setelah mereka merdeka, masih ada beberapa negara yang mengekalkan Union Jack pada bendera baru masing-masing sebagai menghormati Ketua Negara, Queen Elizabeth macam Australia dan New Zealand.
 
Mana ada negara dibawah jajahan boleh ada bendera sendiri, nampak sangat buta sejarah sesiapa yang mengatakan bendera yang dikibar macai Pakatan itu bendera lama Malaya, sejarah mana dia kutip pun penulis tidak tahu
 
Nampak sangat ilmu kelentong tak berapa nak terer. Dah kantoi sebab naikkan darah orang, mulalah cipta berita palsu yang tidak bertahan beberapa hari pun.
 
Macam mana Anwar kaki kelentong, macam itu jugalah macainya kaki kelentong juga.