Followers

rantau ku sayang

Monday, February 11, 2013

Sabotaj parti tidak berulang

Sabotaj parti tidak berulang
Mohamad (tengah) pada sidang media di Seremban 2, semalam.

 Badan Perhubungan Umno negeri yakin penubuhan Jawatankuasa Disiplin Umno yang akan dilantik di setiap bahagian bagi memantau perilaku ahli, boleh memastikan insiden sabotaj parti di negeri ini tidak akan berulang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Umno negeri menyokong pelantikan wakil dari setiap bahagian itu sebagai persediaan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) akan peroleh kemenangan lebih besar pada pilihan raya berkenaan.

“Sebelum ini jawatankuasa disiplin peringkat pusat hanya mengambil tindakan ke atas ahli yang mensabotaj parti selepas Pilihan Raya Umum.

"Kini, sesiapa yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa ini akan menjadi mata dan telinga parti untuk memantau pergerakan ahli. Jika terdapat bukti mana-mana ahli menyebelahi, menyokong pembangkang atau menjadi promoter dengan membawa pemimpin parti pembangkang di kawasan mereka, jawatankuasa disiplin peringkat bahagian akan menghantar laporan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk diambil tindakan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Wisma Gagah Satria di Seremban 2, dekat sini, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, kekalahan BN di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen di negeri ini pada PRU12 adalah berpunca daripada sabotaj ahli sendiri dan bukannya kekua-tan pembangkang.

“Tahun 2008, kita kalah banyak bukan sebab pembangkang tetapi sebab ‘sepak gol sendiri’, sabotaj parti dan memboikot calon. Mereka sakit hati calon kegemaran mereka tidak terpilih dan sebab itu mereka undi parti pembangkang sebagai tanda protes,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu menjadikan parti sebagai keutamaan dalam membuat pilihan pada PRU kelak bukannya calon.

“Lihatlah parti dalam membuat pilihan kelak kerana hanya parti sahaja yang dapat membentuk kerajaan.

“Calon cuma mewakili parti dan dalam tabii manusia, akan ada yang tidak suka pada calon. Saya harap orang ramai tidak terlalu memikirkan calon, tapi fikirkanlah parti yang akan menubuhkan kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment