Followers

rantau ku sayang

Saturday, March 30, 2013

DAP menganggap kaum India adalah kaum yang paling hina yang boleh dibeli dan ahli India mereka bangkit menentang !

Kalau orang Melayu masih tak sedarkan diri lagi masih tak nampak permainan politik DAP , tak tahu lah. Mereka ini hanya mementingkan bangsa mereka sahaja. Parti ini sememangnya adalah sebuah parti rasis tetapi hanya bijak berjanji untuk memujuk kaum lain untuk kepentingan parti mereka.
Mereka memandang rendah bangsa bangsa lain dan kini mereka berjaya bersatu dan menjadi teguh kerana perpecahan bngsa lain khususnya perpecahan bangsa Melayu. Mereka ini sebagai batu api memperkudakan PAS dan PKR untuk memecah belahkan bangsa Melayu dan apabila Melayu berpeca kuasa mereka bertambah teguh dan mereka menjadi keras kepala. 
Bagi mereka kaum India  , adalah satu kaum yang boleh dibeli. Hina sungguh kaum ini di mata mereka. Baru baru ini ahli mereka sendiri membidas  Pengerusi DAP , Datuk Ngreh Koo Ham yang menganggap kaum India sebagai kaum yang boleh dibeli.
Baca laporan utusan malaysia.
Perbuatan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta arak terus mendapat kecaman daripada ahli parti itu sendiri. 

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, David Dass Aseerpatham berkata, masyarakat India terutama ahli DAP menganggap kata-kata Koo Ham itu satu penghinaan yang besar terhadap mereka.
Menurut David Dass, sikap berdiam diri Koo Ham berhubung kenyataan penghinaan itu boleh dianggap sebagai pengakuan beliau memandang rendah kaum India.

“Kami tidak boleh lupa kata-kata Ngeh Koo Ham itu dan kaum India termasuk ahli-ahli DAP sendiri menganggap ia sebagai satu penghinaan yang besar terhadap kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP Cawangan Taman Desa Dahlia, Richard Francis dan Setiausaha cawangan berkenaan, S. Karthiyaini.

Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN's sarees, Milo, mutton curry & beers (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

David Dass turut membidas pemimpin tertinggi DAP terutama daripada kaum India yang mengambil sikap berdiam diri terhadap kelakuan Koo Ham itu.

“Dahulu mereka begitu lantang dalam isu novel Interlok sehingga membawa isu itu ke persidangan Parlimen sedangkan hanya ada satu perkataan dalam novel itu yang dianggap menghina kaum India.

“Sebaliknya, dalam isu Koo Ham ini, ia jauh lebih menghina kaum India tetapi pemimpin DAP diam membisu seribu bahasa," jelas beliau.

Sehubungan itu, David Dass mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya jangan bersikap memilih bulu dengan bertindak terhadap Koo Ham.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit dan sedar mengenai kelakuan orang yang dianggap sebagai pemimpin mereka. 

‘Tanya pada diri sendiri, adakah calon seperti ini yang hendak kita pilih untuk mewakili kita?" soalnya. - UTUSAN

CHEGU BARD MERAJUK DAN TAK KISAH JIKA TIDAK TERCALON. ASYIK KENA MAIN DENGAN ANWAR !!!

Sian tenguk Chegu Bard yang sungguh malang nasibnya sentiasa di mainkan oleh Anwar Ibrahim. Aku hairan juga dengan Chegu Bard ini yang tiba tiba terpaksa lari jauh dari Rembau , jauh dari seterunya dan melupakan sumpahnya untuk bertanding mana saja Khairy Jamaluddin bertanding.

Hari ini Chegu Bard terpaksa lari tak cukup tanah  mencari kawasan yang selamat buat nya di Kedah atau Pulau Pinang. Malang sungguh Chegu Bard ini apabila senarai calon bocor , nama  Chegu Bard tidak disenaraikan  sehingga Chegu Bard terpaksa mengalah dan merajuk membawa diri dengan hanya menawarkan diri sebagai pencacai untuk mendapatkan simpati dari Anwar yang sememengnya tidak berminat dengan Chegu Bard ini.

Chegu Bard pernah kecewa setelah mencanang kononnya isterinya ada pertalian darah dengan Anwar Ibrahim ketika pertandingan AMK Malaysia . Nak ngAku sedara lah konon. Sungguh mengaibkan apabila Chegu Bard terpaksa mengaku saudara dengan Anwar Ibrahim tetapi Anwar buat tak tahu saja dan endorse si katek tu walaupun si katek sebelum itu sudah mengistiharkan tidak mahu bertanding AMK.

Akhirnya Chegu Bard kencundang kerana Anwar Endorse Shamsul Katek. Hari ini Chegu Bard  kena lagi dan etrpaksa menulis  untuk menagih simpati dari Nuar Ibrahim .

petikan dari blog Chegu Bard.


SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.

Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.

Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR

Friday, March 29, 2013

Anthony Loke mahu tipu Melayu Negeri Sembilan ?

Sebagai orang Melayu dan orang Islam kita tidak sepatutnya tertipu dengan politik bermuka muka oleh DAP dan politik berpura pura antara DAP dan PAS. Kita perlu ambil Singapura sebagai satu tauladan yang baik apbila Lee Kwan Yew bermuka muka baik kepada orang Melayu sewaktu  pilihanraya untuk dapatkan undi Melayu.

Lihatlah nasib orang Melayu Singapura ketika ini, mereka tertindas di bumi mereka sendiri yang kini tergadai kepada bangsa Cina dan melayu kini menjadi mainoriti   rakyat yang  tiada suara di Singapore .Loke  See Fook atau nama  kristiannya Anthony Loke juga adalah pelakon yang baik. Beliau pernah mahu mengheret pihak Istana berpolitik untuk memecah belahkan orang Melayu. Mujur pihak Istana tidak sebodoh mereka sangkakan .

Aspan Alias  seorang penulis blog Melayu dibeli untuk  memujuk orang Melayu dari penulis penulisna Aspan yang mendewakan DAP.

Di sini saya akan lampirkan tulisan Rocky Bru yang membuktikan Loke  benci kepada institusi raja raja kita.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Loke Siew Fook, did you write that about our Sultan?



update: "No, I did not," says Loke.
The YB has left a strong denial in my comment box, which I am reproducing here:-

Dear Mr Rocky,

I strongly deny the allegation that I have written the article to insult the Sultan of Perak and Raja Nazrin. I have no prior knowledge whatsoever on that particular blog http://sjsandteam.wordpress.com/

My ONE and ONLY blog is lokesiewfook.blogspot.com

I have NEVER written anything that insult the Royalty, Malays or Islam in my life. There is an effort to slander DAP Youth and myself and spread lies that we are anti-Islam and anti-Royalty.

I do not know who is behind that blog and I have nothing to do with it.

As a responsible blogger, I hope you can first verify the facts before making any assumptions. I will be lodging a police report today to deny the article and I hope you can publish my explanation to clear the air later. Thank you.
12:08 PM
Original article:
This is the second time in less than 5 hours that I'm naming on my blog the DAP Socialist Youth's national leader, Loke Siew Fook (pic).

This time, it is about allegations made over the weekend by some blogs that Loke, who is also MP for Rasah, had called the Sultan of Perak and son Raja Nazrin by some unsavoury names in a posting dated Aug 6 on the blog The Might of the Pen.

The blog has since been deleted. But not before My Anger ["This is Downright Sedition"] and Melayu Bersatu ["DAP hina Sultan Perak and Raja Nazrin pulak"] had saved the "evidence" in pdf file.

Click here to read what Loke was supposed to have written about the Sultan Perak and Raja Nazrin on the blog. I hope Loke will come out and clear his name soonest.


Thursday, March 28, 2013

MB: Adun perlu terus berkhidmat kepada rakyat walaupun Dun terbubar


Mohamad Hasan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), negeri ini perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran DUN secara automatik, esok.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh  menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.

"Walaupun tempoh Adun sudah berakhir tidak bermakna mereka tidak boleh meneruskan khidmat kepada rakyat. Mereka boleh berbuat demikian  mungkin bukan sebagai Adun tetapi sebagai pemimpin masyarakat.

"Mungkin pusat khidmat Adun tidak lagi sesuai tetapi kita di Barisan Nasional masih ada pusat khidmat parti yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau yang juga Adun Rantau berkata semua Adun terutama daripada Barisan Nasional (BN) perlu memainkan peranan itu bagi memastikan masalah  rakyat dapat diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.

Sementara itu Adun Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata sama ada bergelar 'Yang Berhormat' atau tidak, selaku anggota dan pemimpin dalam parti politik, khidmat terhadap rakyat perlu diteruskan.

Katanya jika ia tidak diteruskan hanya kerana status 'Yang Berhormat' telah tamat, ia mungkin akan mendatangkan kesulitan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

"Sepanjang terlibat dalam politik saya pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun dan beberapa penggal tidak ada jawatan itu, tapi saya tetap meneruskan khidmat kerana itu memang tugas orang politik," katanya.

Bagi Adun Labu Datuk Hashim Rusdi pula khidmat terhadap rakyat walaupun selepas pembubaran DUN tidak ada bezanya kerana tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.

"Kita sebagai bekas wakil rakyat pun perlu meneruskan khidmat kepada rakyat kerana rakyat sudah mengenali kita sebelum ini sebagai wakil mereka," katanya. - Bernama

Tuesday, March 26, 2013

Jangan layan khabar angin Khairy MB baru Negeri Sembilan.


Desas desus yang mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin akan menjadi menteri besar Negeri Sembilan baca sini kerana  YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan akan di bawa oleh Perdana Menteri ke Kabinet tidak perlu diangkat pusing oleh rakyat Negeri Sembilan.
Seharusnya Rakyat perlu memberikan  tumpuan dan yang utama, perlu diutamakan dahulu. Kita perlu berikan tumpuan kepada Pilihanraya Umum dahulu bukan menentukan siapakah Menteri Besar Negeri Sembilan. MB yang ada ini sudah cukup untuk mentadbir Negeri Sembilan.
Jika apa yang mereka cuba sebar ini  benar bermakna kerahsiaan kerja DS Najib longgar dan rahsia mudah  bocor. Mana kita tahu siapakah calon yang diplih dan mana kita tahu Khairy bertanding di parlimen atau masih bertanding  dan mana kita tahu  Dato Seri Utama Haji Hasan akan bertandung di Parlimen.
Apakah kita sudah tahu siapa yang akan digugurkan atau siapa yang bertanding di kerusi mana.Jika ada  sesiapa yang meramalkan siapa yang menjadi Menteri Besar ,siapa yang jadi menteri sekarang , ini tentu ada yang tidak kena, Tentu yang menulis ada agenda  mereka tersendiri YANG  HANYA MEREKA SAHAJA YANG TAHU DAN FAHAM.

 Sebaiknya kita tak perlu layan artikel sebegini dan ayuh marilah kita berikan penuh tumpuan kepada PRU13 ini supaya BN menang besar. Artikel ini seolah olah mahu menbunuh  Khiary Jamaluddin. Seharusnya mereka ini mensasarkan pembangkang  sewaktu  yang kritikal ini byukan melagakan sesama orang orang UMNO. Tak perlulah cuba mengharu birukan Politik di Negeri Sembilan.
TB : RAKYAT MASIH MEMERLUKAN KHIDMAT TOK MAT DAN DIA DISAYANGI OLEH RAKYAT MARHAIEN DI NS.
 
sumber: www.tepakbersulam2.blogspot.com

Thursday, March 21, 2013

Bayi maut terkena helikopter kawalan jauh

Malang tidak berbau, jodoh pertemuan di tangan tuhan kita hanya mampu berusaha , Allah SWT yang akan menentukan. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menziarah dan Solat Jenazah Allaharham adik Nur Damia Husnina bt Banee Yamin dikediaman nya diTaman Bakawali, Ampangan pagi tadi. Dato' Seri Utama juga telah bersama sama di hospital besar untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar dan segalanya adalah ketentuan Allah SWT , Adik Nur Damia Husnina kembali juga kerahmatullha kerana Allah SWT lebih menyanyanginya.

Dato' Seri Utama , Menteri Besar dengan rasa sedih menatap wajah jenazah .

Jelas kelihatan kesedihan diwajah semua hadirin dan juga Dato' Seri Utama Haji  Mohamad  Haji Hasan.
Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan bersama penduduk tempatan yang turut menziarahi jenazah.


Bayi maut terkena helikopter kawalan jauh

Seorang bayi berusia 18 bulan maut akibat kepalanya terkena helikopter kawalan jauh yang terhempas di majlis pelancaran padang bola sepak sintetik Kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban malam tadi.

Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.


Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim berkata helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

“Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.


sila lihat berita penuh di www.n9kini.net

Barua Hishamuddin yang baruakan POLIS , ASKAR , MAHKAMAH ,TENTERA , PARLIMEN , KEHAKIMAN DLL serta menuduh Allahyarham Megat Joned Sebagai Pembunuh. Sialllll...

Nama : Barua
Ini adalah kali kedua saya terpanggil menulis pasal Hishamuddin Rais dan sebelum ini saya hanya menulis  di Face Book sahaja. Hishamuddin Rais yang saya  kenali sebagai insan kecewa yang gagal untuk mengendali kan kehidupan sendiri dan gagal mengawal perasaan dan sentiasa melihat orang lain adalah lebih hina dan rendah padanya. Beliau juga selalu memeksa orang untuk mendengar apa saja yang mahu dikatakan dan dia tidak langsung mahu mendengar apa yang orang lain kata.

Dalam tulisan terbaru Hishamuddin beliau mengulas mengenai erti barua, katanya Barua adalah satu konsep  yang memiliki pelbagai makna, Secara generik barua ialah orang perseorangan atau berkumpulan. Barua lebih rendah tahapnya  dari dari seorang pekerja yang bekerja untuk mendapatkan upah. Barua lebih rendah tahapnya dari macai. gurkha atau hamba. Ini adalah kerana barua tidak memilik nilai dan harga diri . Ciri ciri menonjol yang di miliki oleh barua ialah kebijaksanaan membodek.

Dipendekkan cerita , Hishamuddin memanggil Parlimen, Polis , mahkamah , SPR , badan kehakiman , tentera bergerak sebagai jentera daulah. Beliau menuduh jentera ini sebagai jentera yang dipergunakan oleh UMNO. dalam bahasa kasarnya semua mereka ini adalah barua UMNO.Beliau menuduh hakim boleh di dangdut kan oleh tokey judi tokey ayam dan juga tokey judi dan tokey dadah. Hina betul hakim di mata  Hishamuddin ini yang seharusnya dan selayak nya kita juga memanggilnya  sebagai bapak segala barua. Katanya ada juga pegawai polis yang menjadi tokey dangdut dan polis dibaruakan oleh UMNO tahap gaban.

SPR dikatakan sebagai penipu yang akan menipu untuk memberikan kemenangan kepada UMNO. Beliau juga menuduh Megat Joned sebagai seorang pembunuh, Rahim Thamby Chik sebagai Perogol dan kata nya barua barua ini semua bekerja dengan Tun Mahathir.

Ini adalah ulasan aku serba ringkas  mengenai tulisan Hishamuddin Rais  di dalam akhbar Suara Keadilan 109 tarikh 19 march 2013 . Muka surat 22.

Tadi aku mengulas mengenai apa yang ditulis oleh Hishamuddin Rais , di sini aku mahu menulis pasal barua sial ini yang kurang ajar dan tidak beradab. Barua ini menulis mengenai Allahyarham Megat Junid yang telah meninggal dunia tanpa bukti dan ini adalah satu fitnah yang besar. Apakah Allahyarham Megat Jonid telah sabit kesalah membunuh seperti yang ditulis oleh si barua Hishamuddin ini.

Barua ini memang barua kerana  barua ini membaruakan semua jentera kerajaan dan tanpa disedari bahawa dia hidup dibawah pelindungan polis juga tentera. jika SPR tidak adil , bagaimana PR boleh merampas  lima negeri sebelum ini dalam PRU12. Bagaimana parti barua ini boleh menjadi kerajaan barua di beberapa negeri. Saya berharap ada pihak yang akan tampil membuat laporan polis terhadap tulisan hina dan jijik si barua Hishamuddin Rais  ini. Oleh TB\

sumber : www.tepakbersulam2.blogspot.com

Wednesday, March 20, 2013

Wan Azizah Dengan Publisiti Yang Bernilai RM 5.00

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba.

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.

Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya.

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.
Tulisan kiriman Beruang Biru

Tuesday, March 19, 2013

WAN AZIZAH TUNJUK SIAPA DIRINYA. MONSTER TERSEMBUNYI UPANYA



Semalam. Semasa menonton berita .. nak tergelak tak juga. Nak simpati jauh sekali. Tapi elok sangatlah dah kena kan!!!! Apabila si faris ni sampai buat lapora  ke balai polis kerana takut keselamatan dirinya dan keluarganya terancam oleh wan azizah!!!!!

Baca lagi

FUH!!! GENGSTER JUGAK KAK WAN OMEGA NI RUPANYA!!!

Huh! Tak sangka sungguh. Disebalik kelembutan Kak Wan Omega ni tersimpan watak seorang kepala gengster yang cukup menggerunkan.

Patut la budak suruhan merangkap Setiausaha Politik Si Zuraidah Mak Lampir tu pun boleh jadi kecut buah kerandutnya bila berdepan dengan Kak Wan Omega.

Punya takut budak tu dengan ancaman Kak Wan sampai terpaksa dia buat laporan Polis untuk melindungi diri dia sendiri. Tak kira merbahaya ke tu?

Kalau kita baca kenyataan budak suruhan Si Mak Lampir tu membuktikan bahawa Kak Wan Omega ni seorang yang ganas. Kalah Ketua Kongsi Gelap wo!!!

1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera. 


2. Selaku Presiden Keadilan, Wan Azizah seharusnya juga bijak mengawal perasaannya. Di manakah terletaknya maruah dan integritinya selaku Presiden andai beliau sendiri gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap semua orang yang ada hubungan rapat dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?. 

3. Apakah Wan Azizah mahu menghukum saya, hanya kerana ikutkan tuntutan perasaan cemburu beliau terhadap saya? Jelas, ini bukan sikap seorang Presiden parti yang berwibawa dan adil. 

4. Jangan pernah perkecilkan kemampuan saya. Andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau kepada saya. Maka sekalian akan sedar betapa hipokrit dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau. 

5. Walau didesak, saya iktikad dengan pendirian saya bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin parti dan demi kelangsungan perjuangan Keadilan serta kecemerlangan pakatan dalam PRU13 akan datang - beliau harus segera meletak jawatan. 

6. Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam, seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ia adalah kebenaran yang harus parti terima. 

7. Keselamatan keluarga saya adalah prioriti - maka keupayaan saya adalah tinggi demi melindunginya. Mereka berhak untuk mendapatkan ruang privasi dan jaminan persekitaran yang selamat. Mereka tidak seharusnya dilibatkan dalam kancah politik parti atau demi kepentingan mana-mana pimpinan.

Soalnya, kenapa sampai hari ini Kak Wan Omega masih tak ambik sebarang tindakan? Kalau dakwaan yang dibuat oleh Si Jambu Mak Lampir ni tak betul, dia perlu buat sesuatu.


Paling tidak, Kak Wan Omega perlu tampil dan menjelaskan perkara tersebut kepada rakyat. Dan yang paling penting kepada ahli - ahli PKR sendiri.

Kalau isu macam tu pun puak - puak PKR tak mampu nak selesaikan, macam mana diorang nak memerintah Negara? Isu dalam parti pun tak boleh nak selesai, alamatnya, memang jahanam la Negara kalau diorang memerintah kelak!!!

Sumber : semut hitam blog

Monday, March 18, 2013

ADUN Pembangkang di NS muka tak malu bagaikan lembu punya susu sapi dapat nama !!

Harakah akhbar tak malu dan ADUN pembangkang muka tak tahu melau mengakui projekkerajaa sebagai usaha mereka.
PAS dan Keadilan Negeri Sembilan jangan lah bangga sangat dengan kemenangan 15 kerusi pada PRU 12 yang lalu kerana  10 dari kerusi itu dimenangi oleh DAPig dan PAS hanya memenangi hanya 1 kerusi dan empat kerusi dimenangi oleh PKR.

Hari ini akhbar  Harakah dengan muka tidak malunya menyiarkan satu rencana kononnya Pembangunan di Dun Pakatan Rakyat lebih baik seolah olah ADUN pembangkang yang mengusahakan pembangunan berkenaan.

Apakah mereka tidak merasa malu mengakui projek Barisan Nasional adalah atas usaha mereka ? ADUN Sikamat, Aminuddin Harun (KeADILan ) sungguh berbangga dengan projek Dewan Orang Ramai  Taman Perwira yang hampir siap dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan yang mana ia adalah projek janji ditepati oleh kerajaan Negeri Sembilan kepada rakyat  di Sikamat.

 Kerajaan pernah berjanji untuk membangunakan sebuah dewan orang ramai untuk kemudahan mereka. Selaku kerajaan yang perihatin dan menepati janji , hari ini  bangunan itu hampir siap dibina.

Dewan ini telah diluluskan pembinaan sewaktu Perdana Menteri melawat Sikamat baru baru ini  setelah permohonan dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan.

Aminuddin dengan muka tidak malunya berkata kononnya dialah  yang memohon projek berkenaan pada tahun 2008 dan hari ini  kerajaan BN terpaksa telah melaksanakan desakan beliau untuk membina sebuah Dewan untuk rakyat.

Aminuddin  sebenarnya  tidak ada melakukan apa apa pun untuk membangunnkan Sikamat tetapi hanya menyaksikan pembangunan begitu pesat dilakukan oleh kerajaaan Negeri. Beliau mengambil kesempatan ini mencanang kononya sejak dia menjadi ADUN di  DUN Sikamat banyak pembangunan berskala besar telah dilaksanakan di DUN berkenaan.

Di Paroi pula , ADUN PAS sdr Taufek berkata, projek berskala besar seperti jenjatas di hadapan sekolah kebangsaan Paroi, klinik kesihatan Senawang, Masjid Al- Taqwa Kampung Paroi, Sekolah Kebangsaan Lavender Height disapakan dalam tempuh beliau menjadi ADUN Paroi.

Dengan muka tidak malu harakah menulis kononnya  Taufik lah yang mendesak semua pembangunan ini didewan rakyat. Dia juga berkata bahawa dia mendesak agar sebuah  persimpangan bertingkat dibina di simpang  empat berlampu isyarat di -jalan Kuala Pilah - Senawang  Lebuhraya Lekas kerana kesesakan lalu lintas disana.

Betulah cakap cakap  rakyat yang sudah meluat dengan ADUN ADUN pembangkang ini bahawa mereka ini hanya pandai cakap saja.

 Apa saja yang dibangunkan oleh kerajaan mereka akan mengambil kesempatan dalam ceramah untuk mengakui bahawa pembangunan itu adalah usaha mereka sedangkan kerja mereka hanyalah berceramah sepanjang  penggal. Dalam ceramah mereka , mereka kutuk kerajaan tidak baik tidak adil tapi apabila kerajaan buat pembangunan untuk rakyat mereka mengakui itu adalah usaha mereka.

Rakyat bukan lah bodoh dan mereka sebenarnya tahu siapakah yang melakasana kan pembangunan dan siapakah yang menepati janji. Jangan lah berangan angan untuk berkuasa di Negeri Sembilan kerana silap silap PKR dan PAS akan hilang kerusi mereka pada PRU13 ini kerana janji janji manis mereka langsung tidak ditunaikan.

Sunday, March 17, 2013

Sihir Bala, Chegubard Perlu Jalani Ujian Mental


Kematian penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam secara tiba-tiba benar-benar mengejutkan ramai pihak semalam.

Di saat Pakatan Rakyat (PR) memerlukan Bala bagi merealisasikan impian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, nampaknya, hasrat itu semakin sukar untuk dikecapi.

Ini kerana, segala rahsia dan cerita yang kononnya diketahui sepenuhnya oleh Bala mengenai kematian dan kes pembunuhan model Altantuya Sharibu dibawa bersama Bala ke dalam kubur.

Dalam sibuk umum bercerita mengenai kematian mengejut Bala, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham atau mesra dikenali sebagai Chegubard telah membuat satu kenyataan yang amat menggelikan hati.

Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!

”Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,” katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Persoalannya, siapakah yang telah menyihirkan Bala?

Walhal, pihak hospital sudah menyatakan dengan terang Bala mati kerana serangan jantung.
Jika diteliti rekod kesihatan Bala, penyiasat itu pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby –SDMC pada 5 Mac lalu kerana mengalami serangan kecil sakit jantung.

Malah, kesihatan Bala juga tidak berapa baik sejak bergiat aktif dalam memberikan ceramah-ceramah bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa tempat seluruh Malaysia.

Jadi, wajarkah untuk Chegubard mengeluarkan kenyataan bahawasanya Bala telah disihir kerana dirinya didengki dalam usaha untuk mendedahkan dalang pembunuh Altantuya? Tidak masuk akal langsung!

Bala juga selalu mengadu kepada Chegubard dia sering sakit dada dan sukar untuk bernafas pada keadaan masa-masa tertentu.

Bedah siasat yang dijalankan malam tadi juga mengesahkan mendiang telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung, bukannya disebabkan disihir.

Nampaknya, Chegubard perlu untuk ke hospital dan menjalani ujian mental. Kerana, otaknya seperti tidak dapat berfikir dengan waras disebabkan rasa kecewa Bala sudah tidak ada untuk meneruskan pembohongan dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dalang kes pembunuhan itu.

Tidak hairanlah Chegubard sanggup mengeluarkan kenyataan Bala disihir hingga mati kerana kematian mengejut itu dilihat telah merugikan ramai pihak-pihak tertentu khususnya dari barisan pembangkang menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Umum mengetahui, Bala adalah seorang penyiasat yang sentiasa memberikan keterangan yang bercanggah dari segala fakta.

Malah, Bala juga sering mereka-reka cerita dan setiap kata-kata yang dikeluarkan olehnya langsung tidak boleh dipercayai.

Tidak hairanlah, kematian Bala boleh dilihat sebagai hikmah di atas segala pembohongan dan pendustaan yang dilakukannya hanya kerana semata-mata mahu mendapatkan duit dan kepentingan diri sendiri.

Nampaknya, Bala sendiri termakan sumpahnya di mana dia kini tidak lagi boleh berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita.

 Dan Bala juga tidak lagi boleh melarikan diri keluar negara seperti mana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu.

Yang hanya boleh dilakukan oleh Bala, hanya duduk diam-diam di dalam kubur dan tidak dapat meneruskan lagi pembohongannya.

Di penghujung cerita tentang kematian Bala ini, pembangkang pastinya menggunakan ‘Teori Konspirasi’ yang sama mereka lakukan setiap kali tercetusnya satu-satu isu, iaitu, kematian Bala berpunca dari UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin juga selepas ini, Chegubard akan mengeluarkan kenyataan ‘Bala Mati berpunca dari UMNO dan BN’ pula.

Friday, March 15, 2013

PENGIKUT PAKATAN HARAM SIKAMAT TERDESAK TERPAKSA TIPU PENDUDUK

Terdesak sungguh Pakatan Haram Sikamat apabila cuba sabotaj Program UMNO. Mungkin kerana telah merasakan mereka akan tewas di Sikamat , penyokong parti haram ini telah menghantar SMS dan juga memberitahu orang kampung  bahawa UMNO akan memberikan sumbangan barangan 1 Malaysia  , kesian  makcik makcik ini pagi pagi sudah  bawa kereta sorong dan bakul apabila diberitahu UMNO mahu memberikan barangan runcit 1 Malaysia kepada mereka yang datang ke program UMNO Konvoi Semarak Budi Sentuhan hati yang di adakan dekat Family Stor Sikamat.

Kesian Mak cik yang telah membawa troli dan bakul bakul menghrapkan ada barnagn 1 Malaysia untuk diberikan. Ini semua tektik mereka untuk memburukkan nama baik UMNO.

Setelah diterangkan bahawa mereka tertipu akhirnya mereka faham bahawa ini adalah satu sabotaj penyokong Pakatan Haram untuk mencalarkan nama baik UMNO yang mula mendapat tempat dihati rakyat di Sikamat. Semoga berhati hati lain kali dan pastikan  bahawa kita menerima  pesana yang benar kerana mereka in i boleh lakukan apa saja setelah terdesak


PI BALA , ikut jejak Altantuya, Mati 2.30 tengah hari tadi sakit jantung.

p-balaxx

P Balasubramanian,penyiasat persendirian yang dok buat riuh mengenai akuan bersumpahnya tentang kes Altanuya meninggal dunia akibat sakit jantung sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Mendiang yang baru-baru ini kembali dari luar negara kerana hendak membantu kempen pembangkang menghadapi PRU13 telah dimasukan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selama seminggu sejak 5 Mac lalu kerana masalah jantung.

Dia balik ke rumahnya Selasa lalu.

Ikut ceritanya dia mengaami sakit jantung semasa sedang makan di sebuah restoran dekat rumahnya di Rawang.

Dia dikatakan meninggal dunia sebelum ambulan sampai.
Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh.-

Cili api : Itu yang Anwar tak berani sumpah , sebab  kalau bersumpah ini dan tidak betul akibatnya korang tahu lah tak payah cerita kat sini. Bukan  senang nak tuduh orang membunuh ni. Besar tanggungjawab fitnah ini. Duit bukan segalanya. Tuhan nak tunjuk.

 Tapi nak cakap macam mana dia ini Penyiasat Persendirian. Tah tah gi siasat Altantuya...

KANTOI :: ARAB SPRING MAHU DIMULAKAN DI NILAI OLEH AHLI PARTI SOSIALIS MALAYSIA DI NILAI NEGERI SEMBILAN !!

Pemberontakan ala Arab Spring sudah memang dirancang oleh pihak Ketua Pembangkang dengan rapi kerana telah tidak yakin boleh mengalahkan BN dalam PRU13 secara bersih kerana peningkatan sokongan terhadap BN kian menyerlah dan kepopualriti Najib kini mengatasi Anwar. 

Peristiwa Lahad Datu ' akan terjadi di banyak  tempat lagi di Sabah untuk menghuru harakan Malaysia dan memburukkan nama baik Malaysia dan DS Najib dimata dunia  khusus nya dunia Islam seolah olah Tentera kerajaan  diangotai oleh  orang orang Islam kini berperang dengan orang Islam.

Di Negeri Sembilan  pula kita mula mengesani parti pembangkang cuba membakar sentimen keganasan dan menghasut pendatang  khususnya pendatang Vietnam  untuk mogok dan jangan hadir bekerja. Pekerja Vietnam berkenaan telah membuat laporan polis  di Balai Polis Nilai pada 14 hb March di mana dalam laporan mereka , mereka telah memaklumkan bahawa  mereka telah didatangi oleh 4 orang  lelaki India dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang menaiki  sebuah kereta Wira Hijau no pendaftaran NBT 7807. Salah seorang Lalaki India ini etlah memberika  kad nama kepada mereka dan menghasut mereka untuk mogok dan buat kekacauan.

Mereka ini seolah olah mahu mencetuskan huru hara. Apakah halnya seorang ahli Parti menemui pekerja asing untuk menghasut mereka. Ini ada kaitannya dengan serangan penganas di Lahad Datu.' Rakyat perku berhati hati apabila didatangai oleh dalang dalang parti seperti ini.

Inilah kad pengkhuanat yang cuba mencetuskan keganasan berkenaan.

OELH : CILI API BLOGGERS.

Thursday, March 14, 2013

Tian Chua Didakwa 4 Pertuduhan Berkaitan Isu Lahad Datu

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini dengan empat pertuduhan berhubung isu Lahad Datu. Empat pertuduhan itu berkaitan dengan empat kenyataan Tian Chua iaitu :

1. Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

2. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

3. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan

4. Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50 didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Tian Chua mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat hari ini.

Siapa Anwar Sebenarnya : kenapa dia suka Cokodok yang Shamsidar uli...??

Anak kelahiran Cheruk Tok Kun di Seberang Perai bukan dilahirkan dari kalangan ulama. Bapanya, Datuk Ibrahim, pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sebelum menceburkan diri dalam politik, Ibrahim, bapa Anwar, pernah menjadi attendant hospital. Barangkali mengenangkan jawatannya sebagai attendant, maka Tunku melantik bapa Anwar sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan.

Boleh dikatakan keluarga Anwar menyokong UMNO. Emak Anwar sendiri seorang pemimpin Wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai.

Menurut sumber Tok Wannya, sebelah bapanya, dikatakan dari keturunan India dan dikatakan memeluk agama Islam. Tok Wan Anwar dikatakan berkahwin dengan wanita keturunan Cina yang dibela oleh keluarga Islam. Barangkali Anwar dan suku-sakatnya boleh menerangkan lebih lanjut lagi siapakah gerangan keturunannya itu.

Janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar petah berucap. Bukankah orang keturunan India bijak bercakap walaupun Anwar tidak mempunyai lenggokan kepala seperti kebanyakan orang India? Melihat dari keturunan bapanya, bermakna Anwar adalah generasi kedua dari keturunan India campur Cina.

Itu bukan salah ibu mengandung. Mantan Perdana Menteri Malaysia juga mempunyai darah campuran. Tunku Abdul Rahman Putra ada darah Siam, Tun Razak keturunan Bugis, Tun Hussein Onn ada darah Turki, Tun Mahathir pula campuran Melayu dengan India dan Tun Abdullah pula ada campuran Cina.

Oleh itu Anwar tidak perlu gusar kerana ada titisan darah India dalam tubuhnya. Tuah dan sial seseorang pemimpin bukan terletak pada keturunannya yang punya darah campuran tetapi apakah dia dapat diterima atau pun tidak sebagai pemimpin super sohor oleh rakyat jelata yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Anwar ada matlamat dalam perjuangannya. Dia bertekad hidup atau mati mempertahankan hasratnya yang maha tinggi untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Dia akan menentang siapa saja yang bakal menjadi penghalangnya.

Dia juga sedar tidak mudah menjadi seorang pemimpin popular yang boleh diterima rakyat jelata. Ia tidaklah semudah membuat cucur kodok ala Samsidar.

Menurut Ummi Hafilda, Anwar sangat menggemari cucur kodok bikinan Samsidar, isteri Azmin Ali, kakak ipar Ummi Hafilda.

Anwar sedar risikonya tapi dia tidak gentar menghadapinya. Jiwa dan jasadnya untuk perjuangan bagi merealisasikan mimpi indahnya sebagai bakal Perdana Menteri. Kata peribahasa Melayu, “bujur lalu melintang patah”. “Alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”. Nafsu dan keazaman inilah yang membakar dirinya.

Tapi Anwar bukan tolol orangnya. Sejak di kampus Universiti Malaya dia sudah buat rancangan infrastruktur politik untuk menjadi pemimpin tersohor kelak. Kalau di Kolej Melayu dia berminat memperjuangkan Islam menurut pemahamannya, maka di kampus Universiti Malaya, suaranya yang lantang mengkritik kerajaan mendapat perhatian luar biasa bukan saja di kalangan pelajar-pelajar universiti, tetapi juga di kalangan rakyat khasnya orang Melayu.

Kerana retorikanya yang mirip Sukarno dengan wajahnya yang kacak pada waktu itu, Anwar dapat memukau para pendengar baik lelaki mahu pun perempuan.

Di kampus inilah dia dijulang sebagai pemimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan juga sebagai pemimpin PPIUM (Persatuan Pelajar-pelajar Islam Universiti Malaya). Malah dia juga dilantik sebagai Pengerusi PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya).

Ketiga-tiga pertubuhan yang dipimpin Anwar memang mempunyai impak yang kuat, bukan saja dalam kampus tetapi juga di kalangan masyarakat Melayu.

Tahun-tahun enam puluhan (1960-an) dan awal tujuh puluhan (1970-an), merupakan period perjuangan mengisi kemerdekaan khasnya dalam bidang perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan selepas 10 tahun kemerdekaan menurut Perlembagaan Negara.

Penyata Razak 1956 dijadikan landasan dalam pembentukan sistem pendidikan nasional di mana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan hingga ke peringkat universiti.
Dalam tahun enam puluhan (1960-an), lahirnya Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan yang saya pimpin, menggesa kerajaan melaksanakan Fasal 152 Perlembagaan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam pentadbiran kerajaan dan pendidikan negara.

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan, PBMUM dan PENA (Persatuan Penulis Nasional) merupakan NGO-NGO Melayu yang lantang memperjuangkan bahasa Melayu pada waktu itu.

Di kampus pula wujud “Sudut Pidato” (Speaker’s Corner) di mana para siswa boleh meluahkan pandangan mereka dalam berbagai isu di sudut pidato tersebut. Boleh dikatakan para pelajar universiti sangat peka mengenai politik nasional dan sebahagian besar dari para pemimpin mereka berpihak kepada pembangkang.

Perlulah diingat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, nasionalisme Melayu mencapai puncak perjuangannya. ITM (Institut Teknologi MARA) lahir atas kebangkitan semangat Melayu yang ingin merubah nasib anak-anak bangsa melalui pendidikan.

Atas semangat perpaduan Melayu juga maka PAS yang dipimpin oleh Datuk Asri Haji Muda, sanggup menjadi rakan perkongsian politik dalam wadah Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun “kawin mutaah” PAS dengan UMNO tidak kekal lama, namun para penyokong PAS sudah merebak sampai ke dalam kampus universiti dan juga di berbagai rancangan tanah Felda.

ABIM di bawah Anwar menjadi sebuah NGO yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut. Semangat Melayu dan Islam yang tercetus selepas 13 Mei, menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan politik dan budaya yang kuat di kalangan generasi muda pada waktu itu.

Kalau kebanyakan pemimpin PAS hanya berlegar di keliling serban mereka dan memperalatkan Islam untuk menyebarkan pengaruh politiknya, Anwar pula menyebarkan perjuangan Islam ke peringkat antarabangsa.
Melalui ABIM, Anwar mendapat perhatian dan sokongan berbagai pemimpin Islam di negara-negara Arab,

Pakistan dan Indonesia. Melalui berbagai jaringan kerjasama beliau dengan berbagai pemimpin negara-negra Barat khasnya Amerika, Anwar dianggap oleh para pemimpin Barat sebagai pemimpin Islam yang liberal.
Walaupun beliau hanya memimpin ABIM, sebuah NGO Islam, namun penghormatan dan sanjungan yang diperolehinya dari berbagai ketua-ketua kerajaan asing lebih menyerlah dari Perdana Menteri sendiri!

Anwar sedar dia tidak boleh menjadikan nasionalisme Melayu sebagai produk politik untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari ketua-ketua kerajaan asing. Tapi bila dia memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin Islam liberal, maka dengan sendirinya dia mendapat perhatian dari ketua-ketua kerajaan asing, khasnya dari kalangan Barat.

Oleh kerana Barat lebih senang berbicara kepentingan politik mereka dengan para pemimpin Islam liberal dan bukan fundamentalis yang dianggap Barat super kolot dan berbau militan.

Melihat dari neraca politik semasa, Islam boleh menjadi suatu kuasa besar dalam arena politik dunia. Dalam buku Samuel P Huntington, ‘The Clash of Civilization’, dia memperlihatkan Islam sebagai suatu kuasa yang bersaing hebat dengan kuasa Kristian. Komunisme sudah habis tenaga dan pengaruh sebagai suatu ideologi yang boleh menguasai dunia.

Tapi Islam dengan penganutnya lebih dari 1.5 bilion di dunia yang kaya dengan hasil minyak dalam perut buminya, menjadikan negara-negara Islam suatu blok politik yang tidak boleh diremeh-remehkan oleh Barat.
Anwar tahu kekuatan dan pengaruh Islam.

 Dia juga ada bakat yang luar biasa yang sukar diperolehi oleh sebahagian besar para pemimpin politik tempatan dan antarabangsa, iaitu kebijaksanaannya sebagai pemidato yang boleh memukau khalayak ramai. Ini “tangkal azimat” Anwar yang sukar ditandingi oleh para ahli politik yang lainnya.

Sebagai pemimpin politik Islam liberal, Anwar mempromosikan dirinya sebagai pemimpin Islam yang boleh dipercayai Barat dan sanggup bekerjasama dengan Barat untuk mengujudkan pengertian yang lebih erat antara golongan Islam Liberal dengan Barat, khasnya Amerika.

Untuk merealisasikan cita-cita Islam Liberal Anwar sejak memimpin ABIM, sudah membuat jalinan kerjasama dengan berbagai golongan masyarakat di Indonesia, bukan saja di kalangan gerakan mahasiswa Islam seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam), tetapi juga dengan tokoh-tokoh Islam terkemuka dari kalangan parti-parti politik Indonesia dan Muhammadiah yang pada suatu masa dahulu dipimpin oleh Amin Rais.

Jalinan kerjasama tersebut diteruskan hingga kini. Oleh kerana itu, janganlah terkejut beruk kalau Anwar mempunyai para penyokong yang kuat di kalangan masyarakat Indonesia.

Kebebasan media yang super bebas di Indonesia sekarang dieksploitasikan Anwar untuk meraih sokongan moral terhadap perjuangannya. Dengan kata lain, Anwar menjadikan Indonesia sebagai pangkalan politiknya memandangkan pengaruh Indonesia dengan penduduk-penduduknya lebih dari 250 juta penganut Islam.

Memanglah di Indonesia terdapat golongan politikus dan budayawan Islam Liberal yang pro Barat dan kebanyakan dari mereka terdiri dari sahabat-sahabat Anwar. Mereka juga mempunyai agenda politik Islam Liberal yang disenangi Barat. Jadi janganlah hairan kalau ada pertautan jiwa antara Anwar dengan golongan ini yang cuba mendapat tempat dalam politik nasional Indonesia dan juga di Malaysia.

Seperti Anwar, golongan Islam Liberal Indonesia juga berkiblat ke Amerika. Besar kemungkinan Amerika membantu golongan ini dengan harapan golongan Islam Liberal dapat menguasai kepimpinan negara Indonesia.

Bayangkan sebagai MP Permatang Pauh merangkap Penasihat PKR, Anwar mempunyai pejabat di Washington DC. Siapa yang membiayai perbelanjaan dan penyewaan pejabat itu? Anwar sendiri keluar belanja? Apakah kepentingan Anwar untuk membuka pejabatnya di Washington DC itu?

Tidak ada parti politik di Malaysia yang mempunyai pejabat di sana. Apakah kerajaan Amerika yang membiayainya? Apakah Anwar juga mempunyai pelobi-pelobi yang diupah untuk mempengaruhi kerajaan Amerika dan beberapa Senator yang berpengaruh untuk menyokong perjuangannya?

Besar kemungkinan Anwar juga menjadi orang perantara antara golongan Islam Liberal Indonesia dengan Washington.

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah menempah hubungan yang akrab dengan berbagai ahli politik Amerika termasuk juga dari kalangan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Oleh kerana Amerika mempunyai kepentingan politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang penting di Indonesia, maka besar kemungkinan golongan Islam Liberal Indonesia mengharapkan Anwar untuk mendapat apa sahaja bantuan dari Pakcik Sam.

Ada kemungkinan Anwar menjadi penasihat Washington dalam berbagai isu mengenai Indonesia dan Malaysia yang merupakan dua buah negara Islam yang penting di Asia. Boleh jadi juga Anwar mempunyai pejabatnya di Washington DC untuk memudahkan dia berurusan dengan berbagai pemimpin politik di sana, di samping melancarkan berbagai strategi politik bagi mengimbangi pengaruh kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Duta Malaysia ke Amerika.

Duta besar Malaysian yang bertaraf Menteri ini dikatakan paling dinamik dan aktif memberi gambaran politik yang sebenar kepada para pemimpin di negara tersebut dan juga di kalangan para pelajar Malaysia untuk membasuh dakyah anti kerajaan Malaysia yang dilancarkan Anwar.

Di Malaysia, juga di Indonesia, Anwar menggunakan keahliannya sebagai pemidato ala Sukarno dengan memutarbelitkan berbagai isu untuk meraih sokongan terhadap perjuangannya. Dia tahu bagaimana untuk mempengaruhi para pendengarnya.

Bercakap di kalangan mahasiswa, dia akan memperlihatkan idealisme generasi muda yang resah gelisah, inginkan pembaharuan dan berfikiran bebas.

Depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama berjiwa kerdil, Anwar dianggap sebagai seorang pejuang Islam nombor wahid yang mengatasi kemampuan intelek mereka.

Di khalayak bukan Melayu, dia akan menyuarakan hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib mereka.

Boleh dikatakan Anwar akan menabur janji, aneka ragam dan aneka warna menurut siapa yang menjadi para penontonnya.

Karismanya sebagai pemidato yang super hebat lebih kuat pengaruhnya dari penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib. Tidak ada pemidato yang lebih handal dan berpengaruh dari Anwar. Ini perlu kita akui.

Anwar seorang oportunis yang bijak merancang strategi hubungan awam untuk membuat persediaan memasuki gelanggang politik di masa depan. Oleh kerana dia terlalu bergiat dalam ABIM, PPIUM dan PBMUM, dia dikatakan hanya memperoleh ijazah BA sahaja.

Demi masa depan politiknya, dia sanggup membuka Yayasan Anda, sebuah sekolah menengah swasta di Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur di mana dia menjadi pengetuanya.

Dia memilih bidang pendidikan kerana ingin melahirkan kader-kader berjiwa Islam yang sebahagian besarnya menjadi penyokong-penyokongnya kelak. Boleh dikatakan dia membina ketokohannya sebagai pemimpin pelajar berjiwa Islam melalui ABIM dan PPIUM yang dipimpinnya.

Sebagai pemimpin ABIM, Anwar melebarkan pengaruhnya sebagai pejuang Islam di kalangan para pemimpin Islam di Timur Tengah, Indonesia dan negara-negara Barat khasnya Eropah dan Amerika Syarikat serta Kanada.

Pada zaman rejim Jeneral Zia-ul-Haq, Anwar pernah diberi pingat kebesaran negara Pakistan kerana perjuangannya sebagai pemimpin Islam.

Boleh dikatakan banyak ketua-ketua kerajaan Arab di Timur Tengah, juga Turki mengenali Anwar sebagai sahabat mereka, lebih-lebih lagi bila dia menjadi salah seorang pemimpin WAMY (World Association of Muslim Youth) untuk Asia.

Mengapakah Anwar mengambil jalan politik pembangkang melalui ABIM dan PPIUM sewaktu menjadi pemimpin pelajar? Bukankah bapanya Datuk Ibrahim pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan dan setelah meninggalkan politik menjadi jutawan selaku Pengerusi IOI?

Bukankah sebahagian besar ahli keluarganya menjadi ahli UMNO? Bukankah UMNO memberi peluang kepada keluarga bapanya untuk hidup senang-lenang sebagai jutawan? Apakah Anwar lupa jasa dan budi UMNO terhadap keluarganya?

Tapi Anwar lain dari lain. Dia sedar bapanya menjadi kaya-raya kerana UMNO dan dia juga menumpang tuah UMNO. Tapi soal menumpang tuah UMNO tidak masuk dalam neraca perjuangan politik dan kedudukan yang dia idam-idamkan selama ini. Anwar mahu jadi bakal Perdana Menteri.

Dengan apa jalan sekali pun, dia tetap menentang arus untuk mencapai cita-citanya. Seperti kata peribahasa orang Bugis, “sekali belayar biar robek layarnya, patah kemudinya, namun berpantang balik tidak sekali-kali”. Seperti kata peribahasa Melayu, “alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.” “Genggam bara api biarlah sampai jadi arang.”

Anwar kuat azamnya. Dia akan mengharungi apa saja derita, penyeksaan, pengorbanan demi menjaga kepentingan cita-cita besarnya iaitu menjadi bakal Perdana Menteri.

Dia membina imej sebagai pejuang Islam kerana pengaruh PAS menjadi semakin kuat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Selepas 13 Mei, timbul kesedaran di kalangan orang Melayu untuk bersatu padu mempertahankan kuasa politik Melayu dan hak hidup orang Melayu sebagai pribumi yang sah.

Walaupun penyertaan PAS dalam Kabinet Barisan Nasional pada tahun 1974 dianggap sebagai “kahwin mutaah”, namun ia perlu wujud dan kena pada masanya.
'
Anwar melihat perkembangan politik pasca 13 Mei sebagai politik mempertahankan kuasa, hak orang Melayu dan Islam. Beberapa orang pemimpin ABIM bersama Anwar sudah mengorak langkah menyertai PAS sebagai suatu strategi memperkukuhkan politik PAS dan ada juga yang menyertai UMNO.

Dia meletakkan orang-orangnya dalam PAS dan juga UMNO dengan harapan mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mengambil alih kepimpinan PAS dan UMNO pada suatu waktu itu.

Maka berlakulah apa yang tidak disangka-sangka. Timbul kisah kononnya ada orang kampung mati kelaparan kerana makan ubi gajah di Baling. Ini berlaku pada tahun 1974.

Berlaku demonstrasi para pelajar universiti dan ITM di Kuala Lumpur dan juga di Pulau Pinang secara besar-besaran. Beberapa orang pemimpin pelajar dan politik terlibat. Antara mereka yang ditahan di bawah ISA selepas demonstrasi tersebut termasuklah Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali (pemimpin pelajar dari ITM) dan tokoh-tokoh politik sosialis, Dr Syed Hussein Ali dan Kassim Ahmad. Dr Chandra Muzaffar, pensyarah yang juga aktivis dari USM juga ditahan.

Selama dua tahun Anwar dan Ibrahim Ali menjadi “siswa” di “Universiti Kamunting.”
Sebenarnya penahanan Anwar lebih menyerlahkan lagi imejnya sebagai pejuang Islam. Hubungannya yang baik dengan sesetengah ketua kerajaan di Timur Tengah, Amerika dan Eropah menyebabkan beliau mendapat sokongan dari berbagai kerajaan asing. Secara moral, kerajan-kerajaan asing tertentu meminta jasa baik kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar dengan segera.

Dari segi strategi politik, networking perhubungan awam dengan berbagai pemimpin negara-negara asing boleh membantu Anwar dalam percaturan politiknya. Sokongan moral atau kebendaan dari pihak asing boleh membantu seseorang pemimpin yang inginkan tekanan politik asing untuk membela dan menyokong perjuangannya.
Anwar bukan lahir dari keluarga jutawan. Bapanya bekas attendant hospital dan mendapat gelaran Datuk serta peluang bisnes yang super lumayan setelah bergelumang dalam politik dan menjadi Setiausaha Parlimen. Memang jauh beza kehidupan sebagai attendant hospital dengan kedudukannya sebagai orang korporat sekarang.

Waktu menjadi pemimpin ABIM dan Pengetua Yayasan Anda, sekolah swasta yang didirikan Anwar dengan para kabilahnya, kehidupannya sederhana, makan nasi campur di restoran Amjal Jalan Pantai Baharu dan hanya ada Volkswagen merah yang separuh uzur untuk dia berkelana ke sana sini.

Pakaiannya juga tidak begitu mahal harganya dan selalu memakai capal. Lain stail Anwar bila dia menjadi Menteri Kewangan sewaktu bersemangat UMNO dan menjadi pemimpin nombor dua tersohor selain Presiden UMNO  merangkap Perdana Menteri.

Waktu menjadi Menteri Kewangan ada orang berkata, pakaian Anwar dengan sut serta kasut buatan tangan dari Itali tidak kurang dari RM17,000 sepasang!

Mengikut beberapa orang sahabat baik Anwar, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan menjadi image consultant beliau sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Kata orang, sekali air bah sekali pasir berubah. Begitu juga dengan nasib Anwar.

Tuah ayam pada kaki, bagaimana pula dengan tuah Anwar? Dia disanjung sebagai wira oleh ribuan para penyokongnya bila dibebaskan dari “Universiti Kamunting.” Imej ketokohannya mengeruni para pemimpin politik baik yang bertaraf nasional apalagi yang berstatus kampungan.

Anwar bukan sebarang pemimpin. Kata para penyokongnya, sewaktu menjadi pemimpin ABIM, dia sudah mendapat penghormatan dan sokongan yang kuat dari sesetengah pemimpin negara-negara Arab dan juga Barat. Boleh dikatakan tidak ada pemimpin NGO yang mendapat penghormatan dan sokongan kuat dari berbagai pemimpin kerajaan asing seperti Anwar.

Bintang Anwar semakin menyerlah. Kamunting tidak menjadikan Anwar sebagai pengikut angin. Sebaliknya Kamunting mengentalkan jiwa kursaninya untuk menjadi pemimpin politik muda yang mendapat perhatian rakyat jelata.

Nama Anwar berkumandang di udara sebagai tokoh muda yang berjiwa Islam. Anwar  boleh mendabik dada dan menjerit di angin lalu bahawa akulah pejuang Islam nombor wahid yang mendapat sokongan dan sanjungan di peringkat antarabangsa.

Dia, Anwar Ibrahim, menjadi tokoh yang disenangi dan dihormati ramai baik lelaki mahu pun perempuan Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam. Anwar dalam diam-diam telah menyemai cinta kasih dengan seorang doktor mata muda yang secara diam-diam juga menaruh harapan kepada pemuda dari Cheruk Tuk Kun, mantan siswa “Universiti Kamunting: itu. Namanya Dr Wan Azizah, anak perempuan Datuk Wan Ismail, bekas Pengarah Perang Saraf.'

Ummi Hafilda, adik perempuan Azmin Ali, seorang srikandi yang tahu banyak rahsia Anwar dan abangnya berkata, Wan Azizah itu keturunan Korea dan diambil sebagai anak angkat oleh Wan Ismail.

Seperti kisah Uda dan Dara karya Usman Awang, kononnya bapa Dr Wan Azizah tidak merestui asyik masyuk antara anak gadis seorang Pengarah Perang Urat Saraf yang merancang strategi politik untuk kerajaan dan menentang musuh-musuh kerajaan, boleh jatuh cinta pada seorang pemimpin yang berpihak pada pembangkang?

Tapi cinta kasih Anwar kepada Wan Azizah tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun kecuali Allah Taala. Kedua asyik masyuk mengambil jalan mudah seperti kebanyakan pasangan yang tidak mendapat restu dari ibu bapa. Mereka menikah lari di Thailand. Kononnya Datuk Wan Ismail, bapa Wan Azizah, marah seperti singa lapar.

Siapakah yang menjadi orang tengah untuk meredakan sengketa antara menantu dengan bapa mertuanya? Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang kini bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi, mendapat jolokan Mr Clean tetapi hanya bernafas sebagai Perdana Menteri tidak sampai dua penggal.

Itu hanya secebis kisah dari kehidupan Anwar dan Wan Azizah yang taat setia kepada suaminya seperti taatnya Sita Dewi pada Seri Rama dalam hikayat Hindu yang bernama Hikayat Seri Rama. Datanglah segala ribut dan taufan politik melanda Anwar, Wan Azizah tetap di samping suami tercinta.

Kisah peribadi Anwar yang nikah di sempadan banyak tidak diketahui para penyokongnya yang terlalu kagum dengan gaya pidato anak Cheruk Tuk Kun itu. Banyak juga yang terkejut beruk bila tahu pejuang Islam ini sanggup nikah di sempadan oleh kerana tidak mendapat restu dari bapa mertuanya.

Mereka tidak menyangka seorang pejuang Islam seperti Anwar tidak dapat mempengaruhi bapa mertuanya untuk menerimanya dengan tangan terbuka.

Walaupun dia dijulang sebagai pemimpin Islam oleh ribuan para penyokongnya, namun dia gagal mempengaruhi Pak Wan, gelaran popular Datuk Wan Ismail, untuk menerimanya sebagai menantu.
Ada pula yang menganggap Anwar seolah-olah memperlekehkan bapa mertuanya yang menjadi alat kerajaan dengan cara mengahwini Wan Azizah tanpa restu bapanya di sempadan.

Setelah mendapat cucu dan Anwar menyertai UMNO dan jadi anak emas Mahathir dalam Kabinet, maka akhirnya Pak Wan menerima menantunya dengan tangan terbuka dan lapang dada, senyuman meleret sampai sedepa!

Tapi ada cerita di belakang tabir banyak orang tidak tahu. Yang maha tahu hanya Allah Taala, Wan Azizah dan Anwar. Menurut cerita dari mereka yang dekat dengan keluarga Cheruk Tuk Kun ini, kononnya Wan Azizah pernah didera Anwar hingga lebam-lebam. Apakah ini benar? Bolehkan Wan Azizah atau Anwar menafikan perkara ini?

Kalau benar, mengapakah seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan bermimpi menjadi bakal Perdana Menteri sanggup memukul isteri tercinta? Apakah Anwar dipengaruhi filem Tamil yang banyak adegan memukul isteri itu?

Mereka yang dekat dengan Anwar berkata, dia tidak pernah melihat filem Tamil yang banyak peristiwa pukul-memukul isteri itu. Apakah gerangan yang menyebabkan Anwar memukul isterinya?

Kita harap cerita ini bikinan orang untuk memperlekehkan Anwar dan Wan Azizah. Tapi alangkah baiknya kalau Anwar atau Wan Azizah membuat kenyataan akhbar bahawa dia tidak pernah memukul isteri hingga lebam dan menuduh musuh-musuh Anwar sengaja mereka-reka cerita untuk membesarkan kemaluannya.
Tidak masuk akal seorang mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan suka memukul isteri seperti yang terdapat dalam filem-filem Tamil Nadu itu.
Ada lagi kisah yang menjadi buah mulut mereka yang rapat dengan Anwar dan cuba menutup kisah demi menjaga imej “brother Anwar”, seorang pemimpin berjiwa Islam nombor wahid. Mereka yang rapat dengan Anwar dan selalu berkunjung ke kediamannya, pernah melihat Sukma Darmawan, adik angkat Anwar berbangsa Indonesia yang tinggal bersama bosnya, masuk ke bilik Anwar.

Kononnya Sukma menjadi image consultant kepada Anwar. Sebagai juru runding imej seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang juga berstatus sebagai Timbalan Presiden UMNO, maka tentulah Anwar hendak menjaga ketrampilannya. Ini era politik kegemilangannya dalam UMNO. Ini bukan era Yayasan Anda dengan Volkswagen tua dan makan nasi campur di restoran Amjal.

Kata sahabat yang mengenali Anwar, sekiranya Sukma berada dalam bilik Anwar, maka Wan Azizah tidak dibenarkan masuk. Apakah yang dilakukan Anwar bersama Sukma? Tanya Sukma, apakah dia sangat diperlukan Anwar hingga Wan Azizah sendiri tidak diizinkan masuk bilik Anwar? Apakah Wan Azizah tidak tahu memilih pakaian yang sesuai bagi suaminya yang bertaraf Menteri itu?

Sebagai isteri mithali, Wan Azizah terpaksa akur dengan kehendak suaminya walau pun ada ketikanya dia sendiri terkilan dengan sikap suaminya yang mementingkan Sukma yang dikatakan pernah berkongsi bilik dengan pemuda Indonesia itu sewaktu Anwar masih bujang dan tinggal dengan bapanya di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Rupa-rupanya setelah keluar dari “Universiti Kamunting”, bintang Anwar menjadi semakin terang. Siapa sangka seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, dengan senyuman bangganya menyertai UMNO, parti politik yang menjadi musuh politiknya di masa lalu.

Dengan sekelip mata dia disintuk limau sebagai Menteri dalam Kabinet Mahathir. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kemasukan Anwar dalam UMNO ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam satu temuramah saya dengan Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, saya bertanya, “Mengapakah Datuk Seri membawa masuk Anwar dalam UMNO dan menjadikan dia seorang Menteri penuh?”. Dengan tenang Dr Mahathir menjawab, “Kalau saya tak ambik dia masuk UMNO, dia akan masuk PAS. Dia tu pejuang Islam. Kalau dia masuk PAS, teruklah UMNO.”

Rupa-rupanya Mahathir juga menganggap Anwar sebagai pejuang Islam yang berpengaruh. Mengikut perhitungan politik Mahathir, Anwar boleh memainkan peranan penting dalam UMNO, memandangkan dia seorang pemimpin muda yang ada karisma, bijak berpidato dan mempunyai ribuan pengikut dalam dan luar negara.
Dilihat dari latar belakang politik, baik Mahathir mahupun Anwar, pernah menentang UMNO dan berceramah di atas pentas PAS pada suatu waktu dahulu. Jadi, tidak hairanlah mengapa Mahathir mempunyai soft spot terhadap Anwar.
Tidak hairan bin terkejut mengapa Mahathir menerima Anwar dengan tangan terbuka dan menjadikan dia Menteri walaupun baru saja menjadi ahli UMNO. Soal keahlian perkara remeh. Yang penting Anwar ada umph, ada karisma, ada pengikut yang ramai yang boleh menjamin kemenangan dan menjadi aset kepada UMNO.
Bukankah politics make strange bedfellows? Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain? Dulu jadi musuh politik, tapi selepas diberi kedudukan yang super istimewa sebagai Menteri, Anwar dijulang ke langit biru, dicium tangan, ditatang sebagai minyak yang penuh, dihadiah bunga malai, diiringi gendang dan tabla sebagai pemimpin negara yang super umph.

Beberapa sahabat karib Anwar dalam ABIM menyertai PAS seperti Ustaz Fadzil Noor (Allahyarham), tetapi Anwar pilih UMNO, parti politik Melayu yang berkuasa sejak merdeka hingga sekarang.

Apa yang dirancangkan beliau sewaktu memimpin ABIM, kini sudah nampak hasilnya. Kata Dr Mahathir, sewaktu saya interbiu beliau selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kabinet, “Waktu dia masuk UMNO dan jadi Menteri, saya sudah tahu Anwar sudah tubuh berbagai cell dalam UMNO dan juga dalam kerajaan.”

Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, tentulah Mahathir mendapat berbagai laporan mengenai Anwar dari pihak Cawangan Khas (Special Branch).

Anwar mungkin berpendapat kedudukannya dalam UMNO dan kerajaan super hebat dan kuat apalagi dia dianggap sebagai anak emas Mahathir.

Memang ada perasaan kurang senang di kalangan sesetengah Menteri Kabinet dan UMNO bila Anwar mengepak dan berkokok sebagai pemimpin yang kononnya akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mahathir juga pernah membuat kenyataan akhbar dan juga dalam berbagai ucapannya, bahawa Anwar akan menjadi pengganti beliau sebagai Perdana Menteri kelak. Sokongan kuat dari Mahathir menjadikan Anwar dan para kabilahnya mabuk kuasa.

Memang benar kata Mahathir, bahawa Anwar telah merancang untuk mengambil alih kuasa dengan meletakkan orang-orangnya dalam parti dan juga kerajaan. Sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah “dibeli” kesetiaan oleh beliau. Banyak yang mendapat saham pink form sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan perdana Menteri.

Mereka yang lama berjuang dalam UMNO dan menjadi Menteri terpinggir oleh ombak sokongan Ketua-ketua Bahagian dan Menteri-menteri Besar tertentu terhadap Anwar. Malah ada setengah pemimpin UMNO berlagak sombong sebagai juak-juak Anwar yang digamit datang, dinyah pergi. Mereka tidak segan-silu memperlihatkan gelagat sebagai juak-juak dan pengampu-pengampu Anwar yang bakal menggantikan Mahathir kelak.

Mereka dihanyut oleh mimpi yang tidak bertepi. Mereka sudah menganyam angan-angan bahawa kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, mereka akan mendapat kedudukan yang penting kerana menjadi sang setia pemimpin berasal dari Cheruk Tok Kun itu.

Sebenarnya banyak pihak dalam UMNO tidak suka Anwar menyertai parti itu. Banyak meramalkan dia akan menimbulkan berbagai masalah dalam kepimpinan parti kelak. Apakan daya Mahathir sudah menerima Anwar dan secepat kilat menjadi ahli Kabinet pula. Ini menimbulkan kejengkelan sesetengah pemimpin.
Tapi siapakah antara mereka yang sanggup menentang kemahuan Mahathir? Semua diam. Semua angguk.

Anwar tahu, berbagai Menteri dan pemimpin UMNO tidak senang dengan kehadirannya dalam Kabinet dan pimpinan parti. Dia tidak peduli itu semua. Dia ada rancangan maha penting untuk dilaksanakan dengan seberapa segera. Dia persetan dengan Sanusi Junid dan Pak Lah, Megat Junid (Allahyarham) dan lain-lain. Dia akan menentang siapa saja yang menghalang dia mencapai matlamat perjuangannya.

Mahathir juga ada agendanya yang tersendiri bila melamar Anwar menyertai UMNO. Dia juga mahu mengukuhkan kepimpinannya dalam parti dan kerajaan. Justeru itu dia menerima Anwar, dengan harapan Anwar akan terhutang budi padanya dan akan menari menurut rentak kemahuannya.

Pada hemat Mahathir, Anwar boleh menentang pengaruh PAS dan akan memberi dinamisme dalam kepimpinan UMNO. Lebih-lebih lagi Anwar mempunyai hubungan yang akrab dengan sesetengah pemimpin Arab di Timur Tengah dan juga beberapa negara Eropah dan Amerika. Dia menganggap Anwar akan kekal menjadi sang setia, lantaran dia menjadi anak emas Perdana Menteri.

Mahathir juga ada muslihatnya. Sengaja dia war-warkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri untuk melihat reaksi dari berbagai kabilah dalam UMNO. Mereka yang berhajat hendak mengekalkan kedudukan dalam pimpinan parti serta Kabinet akan tetap berpaut pada Mahathir, selagi nyawa politik dikandung badan dengan harapan Mahathir tidak gugurkan mereka dari kedudukan yang super nyaman sebagai Menteri.
Dalam menjaga kedudukan masing-masing, baik Anwar mahupun mereka yang anti Anwar, akan tunduk pada Mahathir yang menjadi bos mereka.

Buat sementara waktu, Anwar menari menurut hasrat Mahathir. Dia ingin menunjukkan kepada Mahathir, bahawa dia adalah sang setia nombor wahid seperti Laksamana dalam hikayat Hindu Seri Rama.

Dia melakukan apa saja untuk menjamin Mahathir tidak difitnah oleh puak-puak lain untuk menjatuhkannya. Risiko politik besar sekali. Anwar tidak boleh silap langkah yang boleh membawa akibat buruk pada diri dan masa depan politiknya.

Dia banyak musuh. Seperti buaya lapar, musuh-musuhnya hanya menunggu waktu untuk menyingkirkannya dari kedudukannya yang penting sebagai orang nombor dua kepada Perdana Menteri.

Dia tidak ada banyak masa untuk menunggu lama-lama, takut jawatan pentingnya dikebas orang. Dia harus fokus pada matlamat perjuangannya. Dia harus bijak bermain politik. Kata perumpamaan Melayu, “Pukul ular, ular biar mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.”

Silat dan kuntau dalam mainan politik memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, kerakusan dan kalau perlu kezaliman. Dalam politik semua boleh jadi. Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Anwar sedar, sekiranya Mahathir tetap sayang padanya dan mahu dia menjadi pengganti sebagai Perdana Menteri, tidak siapa pun yang berani menyingkirkannya dari kepimpinan parti. Walaupun dia tidak bersetuju dengan Mahathir dalam beberapa perkara, namun dia tetap memperlihatkan sokongan penuh kepada bosnya.

Kalau Mahathir menjadi Seri Rama, biarlah dia menjadi Laksamana sang setia yang tidak berbelah bagi. Dalam masa angguk-mengangguk dengan Mahathir, dia terus menerus meletakkan juak-juaknya dalam semua bahagian UMNO, kerajaan dan berbagai badan berkanun. Boleh dikatakan para penyokongnya secara aktif dan pasif terdapat dalam berbagai sektor, kerajaan dan bukan kerajaan, berbagai NGO dan juga di kalangan generasi muda di berbagai kampus universiti.

Ada orang berkata, Anwar hendak “abimkan” UMNO. Banyak rakan-rakan Anwar dalam ABIM diberi kedudukan dalam parti, kerajaan dan badan berkanun.

Memandangkan Anwar seorang pejuang Islam yang kini mendapat kedudukan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri, maka banyak pihak menafsirkan Anwar hendak melakukan reformasi dalam UMNO, dengan meluaskan jaringan ABIM di berbagai peringkat dalam parti.

Kononnya dia akan berusaha supaya UMNO dan PAS akan bergabung tenaga sebagai parti politik Melayu Islam yang super hebat dan super kuat di tanah air.

Perlulah diingat sahabat-sahabat Anwar dalam ABIM juga menyusur masuk ke dalam pimpinan PAS. Menurut beberapa pemimpin UMNO veteran, mereka yang tidak sehaluan dengan citarasa politiknya akan disingkir dari kepimpinan UMNO. Dengan kata lain, Anwar akan memilih mereka yang sehaluan dengannya untuk menerajui parti.

Ini bermakna, mereka yang menari menurut rentak tengo Anwar akan menguasai UMNO kelak kalau ditakdirkan Allah dia menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

Kalau dulu dia banyak mengecam kepimpinan UMNO yang dikatakan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan gila kuasa, tidak bermoral, mengamalkan kronisme, ampuisme dan nepotisme, maka apakah Anwar Ibrahim kelahiran Cheruk Tok Kun dari Seberang Perai, menjadi pemimpin UMNO yang super bersih, lebih bersih dari sabun feb?

Kalau UMNO dikatakan parti politik yang dipimpin oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab, mengapakah ia terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara sejak merdeka hingga sekarang?

Apakah Anwar sendiri sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, berjaya melakukan reformasi seperti yang dimimpikannya?

Tanya pada Anwar, mengapakah dia menerima pelawaan menyertai UMNO sekiranya dia sungguh-sungguh membenci UMNO? Dia pernah menjadi “siswa yang tak dipinta” di “Universiti Kamunting” selama dua tahun kerana berjuang untuk membela rakyat lapar di Baling dan ingin mengubah senario politik tanah air.

Mengapa dia tidak menyambung perjuangan yang super suci sebagai pembela rakyat melalui NGO seperti ABIM yang dipimpinnya? Mengapakah dia tidak menyertai PAS untuk menentang berbagai kemungkaran yang dilakukan para pemimpin UMNO? Mengapa dia menyertai UMNO dengan senyuman meleret, dada terbuka?

Mengapa dia memilih UMNO dengan segala sorak-sorai, renjisan air mawar, dikalung bunga malai dengan tiupan nafiri dan pukulan tabla segala? Apakah yang ada pada UMNO yang tidak ada pada dirinya? Ada deh. Dia dan kabilahnya marhaban ya marhaban, bila Mahathir menjadikan Anwar sebagai Menteri Kabinet dengan mudah tanpa perlu menjerit membela rakyat miskin yang makan ubi gajah lagi.

Kata mereka yang mengikuti liku-liku sejarah hidupnya Anwar, seperti ular menukar kulit bila disintuk limau sebagai Menteri Kabinet dengan mimpi untuk menjadi bakal Perdana Menteri.

Hanya melalui UMNO Anwar boleh mempercepatkan khayalan dan mimpinya sebagai bakal Perdana Menteri menjadi realiti. Waktu menjadi pemimpin pelajar, dia benci UMNO. Bila direnjis air mawar sebagai Menteri, maka kebencian menjadi percintaan yang memabukkan untuk sementara waktu sebelum dia mencapai cita-cita nafsu besarnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri selepas Mahathir.

Kuasa adalah inti mainan politik. Sebagai pembangkang, Anwar hanya boleh menjerit dan melolong, namun kera di hutan pun tidak panik dengan jeritan slogan sebagai mantera politiknya.
PAS dan DAP sudah lama berjuang sebagai pembangkang dan sehingga sekarang tidak mampu menumbangkan kerajaan UMNO / BN.

Justeru itu, dia mesti menjadi ahli UMNO untuk merealisasikan agenda politiknya yang terpendam. Justeru itu, dia terhutang budi pada Tengku Razaleigh Hamzah yang menyakinkan Mahathir bahawa Anwar boleh membantu UMNO untuk menentang pengaruh PAS.
Secara tidak langsung, Mahathir mengakui Anwar besar pengaruhnya di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kerana pendekatannya sebagai pejuang Islam. Pada waktu itu, Mahathir lebih bimbang terhadap gugatan PAS yang kian merebak sampai ke kampus-kampus.
Sebagai pejuang Islam, bekas tahanan Kamunting, dengan jaringan hubungannya dengan berbagai pemimpin negara-negara asing, Anwar boleh membantu kerajaan memperkukuhkan lagi kekuasaan dan kepimpinan UMNO. Ini pandangan Mahathir.
Anwar mengangguk dan tersenyum girang bila dia dijulang sebagai pemimpin muda yang berjiwa Islam untuk menangkis serangan PAS dan membela UMNO dalam apa saja keadaan.
Kata peribahasa Inggeris, “make hay while the sun shines” (jadikan rumput kering waktu matahari masih panas) dan “strike when the iron is hot” (pukul besi waktu ia masih panas). Inilah masa dan ketika yang paling baik bagi Anwar membuat cell-cellnya dalam berbagai bidang kehidupan rakyat dan juga kerajaan dan pihak swasta.

Masa berbulan madu dalam politik perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya tidak ketara bahawa dia dan juak-juaknya sedang merancang untuk mendapat sokongan rakyat, ahli-ahli UMNO khasnya, sebagai persediaan menghadapi cabaran terhadap Mahathir.

Seperti orang tidur disarung bantal, Anwar tidak lepas peluang untuk merancang strategi politiknya. Apa yang diidam-idamkan sewaktu memimpin pergerakan pelajar dan ABIM akan menjadi kenyataan. Mimpinya untuk bersemayam di Putrajaya sebagai Perdana Menteri semakin cerah, cerahnya seperti bulan purnama.

Dia sedar, hanya melalui UMNO dia boleh mencapai cita-cita yang terpendam. Bukan melalui PAS yang akan kekal sebagai pembangkang. Dia harus bersikap tolenrasi dengan PAS kerana ada sahabat-sahabat karibnya dalam parti itu yang boleh membantu melonjakkan dia sebagai bakal Perdana Menteri kelak.

Malah PAS juga menjadi modal politiknya sekiranya juak-juaknya menguasai parti itu dan mempengaruhi percaturan politik Melayu dan Islam pada masa akan datang. Pada waktu itu DAP tidak termasuk dalam perhitungannya sebagai alat  politiknya, oleh kerana DAP dianggap sebagai parti politik chauvinis Cina.

Kekuatan UMNO dan PAS ialah sokongan mutlak dari orang Melayu. Untuk menjadi bakal Perdana Menteri, seseorang tokoh mesti mendapat dukungan dari masyarakat Melayu. Tanpa sokongan Melayu, hanya mimpi yang berlabuh di Sri Perdana dan Putrajaya.

Sejak merdeka hingga ke hari ini, malah 50 tahun akan datang, politik Malaysia masih berteraskan politik perkauman. Orang Melayu sebagai pribumi tidak akan merelakan kuasa politik tanah air berpindah kepada kaum-kaum lain.

Bukan Melayu boleh berkongsi kuasa dengan orang Melayu selagi kedudukan dan kuasa politik Melayu tidak tergugat. Politik akomodasi dengan bukan Melayu sejak merdeka hingga sekarang mestilah berdasarkan hasrat keramat Perlembagaan Negara.

Setiap warganegara, tidak kira bangsa, agama, adat dan kebudayaan, mesti patuh dan terima segala aspek dari Perlembagaan Negara tersebut. Seperti kata peribahasa Melayu, “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’, “masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.”

Dari segi strategi politik, Anwar nampak bijak. Retorikanya yang berbunga janji ditabur mengikut selera para pendengarnya. Seperti penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib, Anwar melontarkan berbagai janji tentang gagasan fikirannya untuk mengkhayalkan mereka yang mendengar, seolah-olah dia boleh menjadi Perdana Menteri terbaik sekiranya mereka menyokong kepimpinannya.

Kebanyakan para pendengar terpengaruh dengan gagasan ideanya yang disampaikan dalam pidato yang penuh dramatic. Ceramah-ceramah Anwar mendapat sambutan  hebat oleh berbagai golongan masyarakat bukan Melayu.
Karismanya sebagai pemimpin, ucapannya yang dramatik menjadi mantera politik yang menyebabkan dia terserlah sebagai pemimpin dari kebanyakan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Oleh kerana terpengaruh dengan pidato Anwar, banyak yang menganggap dia layak menjadi bakal Perdana Menteri. Ucapannya yang berapi-api menjadi mantera politik, tangkal azimat untuk meruntun sokongan dari mereka yang tidak mengenalinya dari dekat.

Dia memperkenalkan “masyarakat madani” sebagai wadah perjuangan politiknya yang lebih merupakan sebagai penciptaan masyarakat majmuk Malaysia yang utopia. Dia melontarkan idea keadilan, hak asasi manusia, demokrasi, ketelusan, anti kezaliman, percambahan agama sebagai pembangunan spiritual masyarakat majmuk.

Dalam bukunya, “Asian Renaissance” (Kebangkitan Gelombang Asia), menonjolkan gagasan masyarakat madani sebagai suatu aspek dari riadah intelektual (intellectual exercise) Anwar Ibrahim yang cuba meraih sokongan dari kalangan intelektual dan inteligensia di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Menurut Datuk Jaafar Rahim, yang menterjemahkan buku ini, dia dijanjikan untuk mendapat upah yang setimpal dengan kerjanya.

Kata Jaafar Rahim, “Haram sekupang pun aku tak dapat. Anwar mungkir janji.”
Dia ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa dia dapat menyesuaikan diri dan fikiran untuk semua golongan.

Dia ingin mendekati petani, nelayan, buruh dengan menyanyikan lagu politik untuk mereka.
Di kalangan mahasiswa dan golongan profesional, Anwar memakai topeng intelektual dengan memagut kata-kata falsafah dari berbagai sumber untuk “memenderamkan” mereka bahawa dia mempunyai darjat intelektualisme yang super hebat, sesuai dengan mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.
Di kalangan ulama dan para ustaz dan ustazah, dia bercakap tentang agama dan tidak melepas peluang menjadi imam, memberi khutbah sembahyang Jumaat.

Di kalangan kaum wanita, ada pula tali pengikat dalam ucapannya untuk menambah para penyokongnya.
Pendek kata, Anwar boleh menyesuaikan diri dan jiwanya dalam berbagai golongan masyarakat dan bangsa. Ibaratkan drama dia, Anwar Ibrahim boleh berlakon berbagai watak, baik sebagai hero mahu pun sebagai ketua kruk…

Anwar bukan sebarang pelakon. Dia ada agenda yang tersembunyi. UMNO telah membuka peluang untuk dia merealisasikan agenda yang terpendam. Dia sudah menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam, menjadi imam, pembaca khutbah, sebagai pendukung demokrasi, anti kronisme, anti nepotisme, anti feudal, seorang pencinta ketelusan, pro Barat, pro Arab, pro perdamaian. Semua dilondehkannya sebagai peragaan diri dan personalitinya.

Dia juga memperlihatkan kebijaksanaannya berpidato yang boleh membara semangat para pendengarnya. Dia ada karisma, dia dianggap handsome oleh setengah pihak dan dia ada gaya serta intelek yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Semua dia dedahkan tentang dirinya. Hanya satu. Hanya satu inilah yang membimbangkannya sejak dia menyertai Kabinet Mahathir, ini yang menghantui dia dari dulu hingga sekarang dan sampai habis hayatnya.
Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.