Followers

rantau ku sayang

Tuesday, October 29, 2013

WAJIB BACA DAN SEBARKAN.. ISU KALIMAH ALLAH.. ADAKAH MEREKA SEDARI ATAU TERLEPAS PANDANG ATAU JAHIL


Fakta yang tidak pernah didedahkan oleh PKR terutama sekali PAS...

- PETIKAN ayat terkandung dalam BIBLE yang mengandungi perkataan God dan Lord cuba kita perhatikan bila petikan tersebut diubah kepada kalimah ALLAH dan apa akan jadi..??

1.) for God so loved the world , that he gave his only begotten son , that whosoever believeth in him should not perish , but have everlasting health - ( john 3:16 )

- kerana ALLAH kasihkan dunia , dia mengurniakan satu - satu ANAKNYA agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah , tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan.. - ( john 3:16 )

2.) And lo , a voice from heaven saying " This is my beloved son , with whom i am well pleased " ( matthew 3:17 ; mark 1:11 )

- "Nah , suatu suara dari syurga berkata " inilah ANAK yang AKU sayangi dan sentiasa senangi " ( matthew 3:17 ; mark 1;11)

3.) Truly you are the son of God ( matthew 14:33 )

- " sesungguhnya engkaulah ANAK KEPADA ALLAH " ( matthew 14:33)

Lihatlah pada tiga ayat BIBLE diatas yang kesemuanya menyatakan bahawa "GOD" mempunyai "SON". Bila diterjemahkan perkataan GOD kepada ALLAH maka ia bermakna ALLAH SWT mempunyai anak.. Ini adalah salah mengikut ajaran islam dan boleh mencemarkan kesucian agama islam..

Sudah lupakah PARA MEREKA yang menyokong penggunaan ALLAH untuk BIBLE kepada surah AL - IKHLAS yang bermaksud bahawa " ALLAH SWT tidak beranak dan tiada pula diperanakan " adakah mereka ini sanggup mengadai maruah islam demi kepentingan kuasa politik..??

DAP menyarankan pengunaan ALLAH dalam BIBLE tidak akan menanggung apa - apa.. sebaliknya orang islam dibawah panji - panji DAP yang mengakui sesetengah ulama dan buka ulama telah hampir MENYESATKAN UMAT DENGAN PENDAPAT JAHIL MEREKA...

fahami , kaji dan perhalusi...

Sunday, October 27, 2013

TAKSUB TAHAP GABAN - BESAR BETUL GAMBAR NIK AZIZ DALAM DEWAN SOLAT? DAH MACAM SYIAH YANG PENGKAFIR SAHABAT TU JER...


Taksub? Mungkin itu ayat yang sesuai di letakkan kepada puak-puak ni. Sedangkan gambar pemimpin negara pun kami tak gantung kat rumah, inikan pula masjid. Usah kata gambar, kalender yang ada gambar YB dan logo BN atau UMNO pun CAB koyakkan demi memastikan masjid bebas dari pengaruh politik.... Apa pun kami berharap Nik Aziz dapat menegur perbuatan penyokongnya ini kerana jelas bertentangan dengan syarak.

Cukup-cukuplah gambar-gambar pemimpin digantung di ruangan premis kerajaan dan swasta. Tak usahlah jadikan ruang solat kita penuh dengan gambar. Tak perlu kita ikut cara Kristian yang gerejanya penuh dengan gambar dan patung-patung. Apa pun CAB harap gambar berkenaan tak di aspirasikan dari gambar diatas ini.
Tapi entahlah, buatnya memang Nik Aziz tu suka bangat atau  rela diri dipuja selain Allah ketika si surau atau masjid...Tak dapek den nak nolong doh!!!

Sunday, October 20, 2013

UMNO NS Wujudkan Aktivis Parti

CAB ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan atas kemenangan dalam melayakkan diri berada dibarisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ranking ke-11 merupakan tahap yang baik buat beliau.
Apapun, CAB ingin menyatakan sokongan dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang akan dibuat dalam memperkasakan lagi parti keramat orang melayu ini.

Dikalangan mereka ada yang duduk di kedai kopi dan bertemu dengan orang awam dan mereka menjadi ‘loud speaker’ menerangkan dan menjelaskan kepada orang ramai malah juga menangkis apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dibuat sepenuh masa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan akan mewujudkan 1 unit keahlian dan pendaftaran pengundi bagi memperbanyakkan aktiviti penambahan keahlian UMNO dan juga mengalakkan untuk pendaftaran pengundi.

Hampir 100,000 orang yang layak mengundi dan 90% merupakan bangsa Melayu yang cukup 21 tahun.

Negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen, jika kita tidak berdaftar kita tidak boleh berbuat apa-apa, malah kita kalah sebelum masuk gelanggang. Jadi, marilah kita menyambut baik cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan ini demi memantapkan lagi parti dan memperkukuhkan penyatuan dalam parti bagi menghadapi PRU14 yang dilihat lebih mencabar dan perlu diambil perhatian dari sekarang.

Friday, October 18, 2013

Anwar Mengaku Kalah...Sokong Keputusan Mahkamah

Berkat Rahmat Allah SWT, isu kalimah suci akhirnya bertemu penyelesaian dengan hak mutlak kepada umat Islam..Namun disebalik itu, Anwar Ibrahim turut mencelah dalam rimbunan rakyat untuk membuat kenyataan di mana kononnya Pakatan Rakyat menyokong penuh 200% keputusan mahkamah.

Bila dah jadi macam ni, barulah Anwar dengan kenyataanya, kononnya mempertahankan kalimah suci itu, walhal dulunya dia dan kroni bangangnya lah yang lantang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam gereja..

Keling pun tak berbelit macam Anwar ni..Klik sini

Thursday, October 10, 2013

Sapo Dah Salam Ambo, Hulurlah Sepuluh Hinggit...

Isshhhhh orang tua nie sambil-sambil salam pun kutip duit derma!!!!! Duit tu pi mana ekkk!!!! Kenyangkan ahli pas yang seperti anjing kelaparan! Kalau 10 henget yang bagi banyak tu kalau yang bersalam!!!! Tapi poknik nye pasal tak kan nak bagi 10 henget kot!!!!
Mana ekkk duit derma tu disalurkan!!!!kikikikikikiki

Poknik nammpak dah mula melobi calon pilihan hatinya di DUN Sg.Limau nanti..Tapi, kutip duit dari penyokong menjadi ketetapan setiap ceramah Pas.. CAB tak nak campurlah tapi cuma nak tahu sesangat, kemana hala tuju  duit derma penyokong yang ikhlas tu??

Kes macam ni tak nak audit ke???

Tuesday, October 8, 2013

Rafizi Muka Tak Malu Masuk TV1...Apehal???

Eh!!! Betul ke apa aku tengok kat TV1 ni?????  Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan dari PKR masuk tv1, stesen tv kawalan kerajaan la!!! 

Laa...orang-orang PR kata kerajaan tak sporting sebab tak bagi ruang untuk orang-orang PR masuk tv kerajaan. Ni apa????? 

Korang ni rupanya penipu ek?....Rupa-rupanya Kerajaan Umno ni begitu terbuka amalan demokrasinya, tak macam Anwar dan Lim Guan Eng yang selalu HALANG Utusan dari buat liputan sidang media atau apapun kenyataan yang diorang cakap. 


Apalagi bila Dun Pulau Pinang bersidang. Utusan dengan RTM kena banned dari buat liputan secara langsung. Nape takut......tengok Umno......ade takut?????? Hahaha.....kantoi kan.....

Monday, October 7, 2013

‘Tak takut bersuara kerana sayang parti’



KOTA BHARU – Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak takut untuk mengkritik syarat berkempen pada pemilihan Umno kali ini yang disifatkannya agak ketat kerana sayangkan parti.

“Adakah Umno tidak boleh bersuara? Parti apa tidak boleh bersuara? Saya sayangkan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan calon anggota MT dan exco pergerakan tiga sayap Umno di Bangunan Umno Negeri di sini hari ini.

“Inilah dia seronoknya Umno, bila nak pemilihan kita boleh berjumpa kawan-kawan. Keluarga Umno ini besar seluruh negara. Saya cakapkan ini adalah pandangan dan rungutan daripada bawah,” katanya.
p/s" Pemimpin yang berani bersuara untuk parti, untuk bangsa dan agama sebegini yang CAB respek dan hormati..

Friday, October 4, 2013

Tahaluf Siyasi PAS Cuma Pelakon Ekstra Jer..


Pas disifatkan sebagai hanya pelakon tambahan ketika melaksanakan tahaluf siyasi bersama sekutunya Parti Pakatan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, pelaksanaan konsep tersebut tidak pernah memberi kesan positif kepada ummah dan negara sama ada dari sudut politik mahupun agama.

"Pas sepatutnya sedar akan statusnya saling tak tumpah seperti pelakon tambahan dalam drama politik pembangkang yang selalu akur kepada sutradaranya iaitu DAP dan PKR"..

CAB: Macam hampeh!!

Thursday, October 3, 2013

Pok Nik Bahagio Bersamo Artis Daripado Ulamak!!

Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis.Umum mengetahui,golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan.Begitu juga dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Kini lain pula ceritanya, dimana artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup untuk dijadikan contoh.Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Nik Aziz dan partinya,Nik Aziz mengambil langkah populis dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti mereka.

Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS.Mereka menggunakan artis untuk menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki mereka.

Secara tuntasnya,Nik Aziz kini lebih selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding guru-guru pondok dan ulama yang selama ini menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS.Jangan kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama seperti mana perjuangan PAS yang terdahulu.