Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 10, 2014

Rumah murah LGE tak buat, Lagi mahu roboh kg Melayu!


Satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah TIMUR LAUT kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.

Adalah difahamkan pihak pemaju, NOVA MULIA telah MENGARAHKAN PEJABAT TANAH DAERAH TIMUR LAUT agar segera mengusir penduduk Kampung Pokok Assam itu.

Ketika PRK Bukit Gelugor di mana Kampung Pokok Assam merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen itu, usaha menghalau penduduk kampung disenyapkan buat seketika. Malah penduduk kampung juga dijanjikan dengan pelbagai perkara, termasuklah dibenarkan menetap di tapak tersebut selagi mereka membayar cukai tanah.

Biarpun telah diberitahu bahawa segala janji berkenaan adalah BOHONG semata-mata, namun kebanyakan penduduk kampung optimis, Lim Guan Eng dan DAP akan mengotakan janji mereka, apatah lagi keputusan merampas tanah tersebut dan menjualnya kepada pihak pemaju, berada di tangan Kerajaan Negeri.

Dan seperti yang dijangkakan, kemenangan Ramkarpal Singh Deo, anak Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor turut membawa masalah baru kepada penduduk Kampung Pokok Assam. Mereka tetap dihalau dan kali ini, mereka dihalau seperti anjing kurap.



Itulah Bukit Gelugor ... kenapa tak undi Dato Huan? DAP hanya utamakan pemaju dan bukan rakyat....




Kenyataan anak Karpal hanya berpura-pura ...


Sebab kerajaan Pulau Pinang tak mahu bina rumah murah atau mampu milik untuk rakyat. 



Banyak lagi kerosakkan dia lakukan terhadap Pulau Pinang.




Tak cerita pula penindasan pada rakyat khususnya kaum Melayu dan India.


Dia mahu rakyat sujud padanya.

No comments:

Post a Comment