Followers

rantau ku sayang

Wednesday, April 30, 2014

Pemilihan PKR Bercelaru… Siapa Anwar Mahu Salahkan Kali Ini?

Rakyat Malaysia tentu tidak lupa tidak berapa lama dulu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin pembangkang yang paling ke hadapan mengkritik dan menghentam Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya telah gagal memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung dengan telus, adil dan saksama.

Juga masih segar dalam ingatan ramai dek kerana marahnya pada SPR maka Anwar jugalah yang ke hulur ke hilir membawa misi menyeru khalayak penyokong PKR, DAP dan PAS beramai-ramai menyertai Himpunan Blackout 505 yang katanya demi untuk menentang dan menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan yang didakwa berlaku dalam PRU-13.


Bukan setakat itu sahaja, Anwar juga beria-ia mengutuk SPR berikutan masalah dakwat kekal yang tidak kekal semasa hari pengundian PRU-13 di masa yang sama dengan lantang membuat dakwaan konon berpuluh ribu warga Bangladesh telah diimport sempena pengundian PRU-13 untuk memenangkan BN.

pemilihan-pkr-2014-haru-biru-huru-hara-gaduh-rebut-lobi-kroni

Pendek kata bagi Anwar, PRU-13 dulu sepatutnya dimenangi pakatan pembangkang PR namun disebabkan kesalahan-kesalahan yang konon dilakukan oleh SPR maka impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai urus tadbir negara ini berkecai selamanya.Tapi itu semua kisah-kisah lama dulu yang sudah 11 bulan berlalu. Tumpuan umum sekarang adalah pada Pemilihan PKR 2014 yang serba pelik.

Mana tak peliknya bila mana meskipun kelibat SPR langsung tak terlibat dalam pemilihan PKR namun proses demokrasi parti itu kelihatannya agak kacau bilau, bercelaru serba tidak kena.Inilah julung kali dalam sejarah berlaku pengiraan undi dalam bilik hotel konon kerana berlaku masalah ‘blackout’ sehingga menimbulkan syak wasangka calon lain. Hanya dalam PKR sahaja, lain-lain parti tak pernah sebegitu gila sanggup melakukan sedemikian rupa.


Juga hanya berlaku dalam PKR bila mana para penyokong calon yang kalah naik berang menterbalikkan kerusi meja, mengoyak dan menyelerakkan kertas undi seperti yang berlaku dalam Pemilihan Cabang PKR Kemaman sehingga terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei 2014. Dengar khabar Rafizi Ramli mengamuk betulkah?

Selain itu, insiden lain yang tak kurang hebatnya bila ada Cabang PKR yang melakukan proses pengundian di rumah aktivis parti. Malah ada ahli parti yang namanya ada dalam daftar pemilih tapi dilarang pula untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. Unik dan pelik.

Paling menarik bila timbul kes penipuan pengiraan undi. Yang datang mengundi kurang 40 orang tapi jumlah undi yang diterima melebihi 300 undi seperti mana dakwaan pemimpin PKR Sabah, Ansari Abdullah. Ini kalau bukan pengundi hantu Bangladesh mungkin penyokong halimunan sultan Sulu yang bersimpati dengan Anwar agaknya.

Tapi disebalik kekecohan itu sampai sekarang batang hidung Anwar langsung tak kelihatan, sepatah haram kritikan atau teguran lagilah tak kedengaran. Senyap sunyi seribu bahasa. Siapa yang Anwar mahu persalahkan dalam hal ini?

Barangkali sekarang Anwar sedang bertafakur sambil menelaah senario sementara menanti datangnya ilham untuk menghumban kesalahan pada orang lain.

Mungkinkah SPR atau UMNO akan dijadikan kambing hitam oleh Anwar berikutan kekalutan ini? Kebarangkalian itu ada kalau tabie semulajadi Anwar dijadikan sandaran.

Apapun dalam tempoh terdekat ini sama-samalah seluruh rakyat Malaysia saksikan sendiri betapa berkecamuknya PKR dalam menguruskan pemilihan parti sendiri 

Tuesday, April 29, 2014

Kata Buruk Kat UMNO Selama ini.......ANWAR Gelabah Pengundian PKR Kacau Bilau

Selama ini dikatakan UMNO yang punca masalah kepada PR...dituduh pelbagai rupa dan cara.Ambil kau sudah terkena dibatang hidung sendiri.Pemilihan PKR lagi Buruk dan lebih teruk lagi.Baik semuanya PKR....sekarang siapa buat pemilihan parti paling buruk?

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memberi layanan istimewa terhadap mana-mana pemimpin yang melakukan penipuan pada pemilihan parti kali ini termasuk calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya tindakan JPP untuk melakukan siasatan terhadap insiden pemilihan peringkat Cabang di Batang Sadong kerana PKR menentang sebarang elemen kecuaian dan penipuan.

"Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPP. Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana penipuan.

"Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melindungi penipuan. JPP tidak terikat dengan pimpinan parti. Ia badan bebas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Anwar berkata, sebaik saja hasil siasatan mendapati wujudnya kecurangan,  kecuaian dan penipuan, tindakan disiplin akan diambil tanpa mengira siapa calon yang menang.

"Sebaik saja kita dapati ada unsur penipuan, arahan untuk siasatan dilakukan, batal atau tangguh pemilihan akan dikeluarkan. Ini pendirian kita tak kira siapa calon yang bertanding," katanya.

Jelas Anwar, JPP yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Johari Abdul dan jawatankuasa aduan, Abdul Malek Hussain telah turun ke kawasan terbabit (Batang Sadong) untuk mendapatkan keterangan mengenai insiden tersebut.

"Mereka telah pergi ke Batang Sadong untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Pada Ahad, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang tersebut.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP pada Isnin menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku 'blackout'. 

Tuesday, April 22, 2014

RASULULLAH SAW TUNDUK KETIKA LALU JENAZAH YAHUDI - ANWAR IBRAHIM


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas golongan yang mempersoal tindakan memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh.

Benarkah Rasulullah SAW 'tunduk' ketika lalu jenazah Yahudi seperti yang didakwa Ketua Pembangkang itu atau hanya sekadar omongan Anwar sahaja?

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.
Berdiri karena jenazah
• Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)
• Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

Apakah ada di antara rujukan-rujukan di atas, sama dengan dakwaan Anwar Ibrahim?

Dan, apakah ada dakwaan Anwar Ibrahim yang sebenarnya tidak ada dalam rujukan-rujukan di atas?

Apakah ada perkataan 'tunduk' di dalam hadis??
Wallahualam..

Monday, April 21, 2014

KEMPEN MANDI! BERAK! KENCING! di Rumah Speaker, Exco, MB Selangor!




KRISIS AIR DI SELANGOR?... 

hanya rakyat marhaen sahaja yang mengalaminya...!!! 

EXCO, ADUN dan MB kene catu air tak?... 

JOM PAKAT RAMAI2 tumpang mandi dan berak kat rumah mereka!!! 

mereka kan pilihan rakyat selangor!!!...

Tak payah susah2 beratur dan angkat baldi...cuma bawa tuala dan sabun sahaja!!!!

Friday, April 18, 2014

RAFIZI Mulut Suka Buat Fitnah...! Akibat Selalu Buat Fitnah Sampai TERSASUL....


Mulut busok si Rafizi yang suka buat fitnah macam mulut murai, becok bukan kepalang...!Akibat selalu sangat membohongi rakyat, selalu membuat tohmahan, selalu membuat fitnah, maka tersasul-sasul apabila hendak menyebut nama YAB Datuk Seri Najib.

 

Wednesday, April 16, 2014

MELAMPAU !!! TIAN CHUA GELAR MALAYSIA CELAKA NEGARA POLIS !!!! @PDRM

RAKYAT NEWS : Naib Presiden PKR Tian Chua menyelar tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ekoran berang apabila telefon bimbit dan komputer tablet miliknya dirampas bagi tujuan siasatan diatas pertuduhan menghasut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira jam 7.30 petang semalam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Armada Petaling Jaya.

"Pasukan serbuan polis mengepung Hotel Armada seolah-olah mereka mahu menangkap penjenayah besar dan mereka memalukan saya di khalayak umum di hadapan tetamu saya.

“Kawan-kawan, saya kini tidak boleh dihubungi... Celakalah negara polis!,” katanya menerusi laman sosial Twitternya hari ini.

Pertuduhan terhadap Tian Chua bermula menerusi entrinya di twitter sebulan lalu apabila beliau menyebut akan menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh lima bulan.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau berikutan hukuman Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah diatas pertuduhan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Beberapa jam sebelum polis merampas alat elektronik berkenaan, Chua menulis mengenai Black 14, yang merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Anwar disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah. 

Tuesday, April 15, 2014

RAVI WAKIL RAKYAT YANG TAK SEKOLAH!!


ADUN Port Dickson, Ravi A/L Munusamy (PKR) hari ini terjerit-jerit mcm orang tak bertemadun meminta Dato' Samad Ibrahim, ADUN Seri Menanti untuk tarik balik ucapan 'Takziah' kepada keluarga mangsa MH 370 dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Takziah tak semestinya diucapkan ketika YB Ravi mati je...
Nampaknya Ravi kena sekolah balik dan fahami maksud sebenar TAKZIAH sebelum nak melalak macam orang pandai.

-Takziah atau belangsukawa bererti menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar. Ia berkait rapat dengan musibah kerana musibah lazim berlaku tanpa diduga dan ia kerap menimpa dalam keadaan seseorang tidak bersedia menerimanya.

Dalam keadaan seperti ini, sebahagian orang – termasuk diri aku sendiri – akan memberi reaksi yang menjauhi sifat sabar, apatah lagi untuk bersifat redha. Justeru di sini takziah memiliki peranan yang penting di mana orang lain akan menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Tidaklah seorang mukmin menghibur (bertakziah) saudaranya yang ditimpa musibah melainkan Allah Subhanahu akan memakaikan kepadanya salah satu dari pakaian kemulian pada Hari Kiamat.[1]

Monday, April 14, 2014

PKR dolak dalik isu perlaksanaan Hudud...Jangan Salahkan UMNO lagi...Ahli PAS Buka Mata Besar Sikit

Dalam pakatan pembangkang kini... DAP memang diketahui umum tolak Hudud seratus peratus manakala kepemimpinan PKR gagal menyatakan pendirian dan terus berdolak-dalik berhubung keputusan kerajaan PAS Kelantan mahu membawa usul memohon Parlimen meluluskan rang undang-undang berkaitan hudud.

Ketika diminta menyatakan pendirian parti itu sama ada mahu bersama sekutunya atau tidak, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya meminta PAS merujuk kembali kepada pendirian yang dipersetujui Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR semalam, Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan pendiriannya bahawa isu hudud tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan ia pernah dibincang dalam majlis berkenaan, yang turut diwakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan apa yang diputuskan pada majlis berkenaan wajar dijadikan rujukan untuk diterima semua rakan sekutu dalam pakatan berkenaan.

“Perkara ini (isu hudud) tidak berbangkit. Pernah sebelum ini dibincang Majlis Presiden (dan) dihadiri sendiri Datuk Seri Abdul Hadi.

“Panjang lebar (pandangan yang diberi), pendirian telah diambil pakatan (berhubung hudud) dalam majlis itu,” katanya.

DAP pula konsisten sejak awal lagi menolak hudud dan agenda negara Islam dibawa PAS.

BH melaporkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran sebelum ini turut memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan komitmen kerajaan negeri itu untuk tetap membentangkan rang undang-undang persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan atau hukum hudud biarpun menerima tentangan.

Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan kegagalan PAS menjelaskan secara terperinci mengenai rang undang-undang berkenaan kepada semua Ahli Parlimen boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Beliau berkata, PAS perlu mempunyai satu pendekatan penerangan yang terperinci mengenai isu itu dengan membabitkan semua anggota Parlimen termasuk bukan Islam.

Perlu difahami semua pihak

“Dalam isu membentangkan usul itu (di Parlimen), harus pastikan sudah wujud satu kefahaman yang sama antara semua anggota Parlimen dan jangan berlaku reaksi berbeza kerana kalau silap, buruk padahnya nanti.

“Usul seperti ini harus difahami sepenuhnya oleh semua pihak (Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam) supaya ia tidak menimbulkan pelbagai polemik yang boleh mencetuskan konflik di kalangan rakyat pelbagai kaum nanti,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pendirian DAP yang tetap menolak hudud membuktikan PAS menipu diri sendiri bahawa parti itu sudah menerima perjuangan mereka ketika menyertai pakatan sebelum ini.

Saturday, April 12, 2014

Kenapa Zaid dimaki hamun sedangkan polisi ini ditanda tangan zaman Hisham


Published: Monday December 6, 2010 MYT 3:54:00 PM
Updated: Monday December 6, 2010 MYT 5:02:55 PM

New resident pass to retain foreign talent and lure diaspora

PUTRAJAYA: A resident pass will soon be made available to highly-skilled expatriates seeking to continue living and working in Malaysia on a long-term basis, as well as former Malaysian citizens.
Unlike an employment pass, the resident pass will not be tied to an employer, can be issued for a longer period of 10 years and be renewable beyond this. Spouses of resident pass holders can also seek employment in Malaysia.

"The resident pass will also be made available to our diaspora - those originally from Malaysia - as well as their offspring who no longer hold Malaysian citizenship.

"The resident pass is one way to offer them a linkage to Malaysia and give them the flexibility to return, whether to work or be with family members," Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said here Monday when launching Talent Corporation Malaysia.

"In undertaking economic transformation, Malaysia must build both world-class companies and world-class talent. The transformation will require the efforts of both Malaysians and foreigners.

"There is broad agreement that Malaysia must look at all sources of talent, including Malaysians, our Malaysian diaspora and foreigners both in the country and abroad," he said.

This was one of two new policies Najib announced Monday aimed at attracting and retaining the best foreign and local talents, whose skills and expertise will play a vital role in the success of the Economic Transformation Programme (ETP) and for Malaysia to achieve developed and high-income status.

The Immigration Department will start receiving applications for the resident pass by April 1 next year.

The other policy, Najib said, was allowing selected students in the Public Service Department's (PSD) scholarship programme to serve their bond outside the civil service.

Friday, April 11, 2014

PENAFIAN KEJADIAN SERANGAN TEMBAK-MENEMBAK MEMBABITKAN PDRM


Penyebaran beberapa keping gambar individu yang berpakaian seragam polis di laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan berlakunya insiden tembak menembak yang berlaku di sekitar Serdang adalah TIDAK BENAR.

Gambar tersebut adalah sebahagian daripada latihan tebusan di KL Sentral dan Polis Selangor sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut yang dilihat cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan di kalangan orang ramai.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan sepertimana yang dilakukan dengan mendapatkan daripada sumber yang sahih.

Thursday, April 10, 2014

DETIK YANG DINANTI SELURUH MATA DUNIA, ANWAR DEDAH LOKASI #MH370 HARI INI

Dikhabarkan Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini. Dalam sidang media tersebut beliau akan mendedahkan lokasi misteri pesawat MH370 yang hilang sejak sebulan yang lalu.

Satu dunia sedang menanti sidang media yang dikhabarkan akan diadakan bila-bila masa.

Dalam keadaan 26 Negara dunia menyertai SAR dengan segala teknologi canggih dan segala macam pakar...belanja mencecah jutaan dollar...dan ada antara Beberapa Negara tersebut Berpengaruh didunia ini masih bersusah payah merungkai misteri kehilangan mh370.....tiba2. seorang makhluk bernama Anwar Ibrahim tahu lokasi pesawat tersebut.

Tak perlu keluar belanja juta-juta, tak perlu susah-susah pergi ke Lautan Hindi yang kedalamnya mencecah 5000m, tak perlu peralatan canggih hanya dengar dan saksikan sidang media daripada bakal banduan Anwar Ibrahim.

Apa teknologi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang menandingi teknologi canggih yang digunakan oleh pasukan pencari, mungkin teknologi inilah yang telah digunakan sehingga penyokongnya termasuk Pak Lebai Pas menyokongnya walaupun tahu salahlaku moral Anwar Ibrahim.

Wednesday, April 9, 2014

Nantikan BESOK! PENDEDAHAN LOKASI #MH370 oleh #AnwarIbrahim di #ParlimenMalaysia



Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 Besok di Parlimen.

Persoalannya kenapa di Parlimen BESOK? Kerana hanya di Parlimen sahajalah tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas Anwar apabila pendedahan itu dibuat nanti. 

Jadi, Jom kita dengar Pendedahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim buat pendedahan lokasi MH370 BESOK

Monday, April 7, 2014

DRMaza Konfrem Ulamak Bahlol #KapalSelam #SAR #MH370


Jangan Kata Bijak Pandai Bila Ada Title DR Dah Anggap Diri Tue Bijak Pandai...!!!
Bagi Macai-Macai Jangan Nak Ikut Menyalak Sangat...
Lain Kali Selidik Dulu Sebelum Nak Ikut Buat Kenyataan-Kenyataan Yang Tidak Masuk Akal...!!!

Sunday, April 6, 2014

Cina DAP Bapa Segala Penipu Bukan Khalifah..!!!


Untuk yang pertikaikan dalam BN ada cina MCA, sini jawapan dia.. 

Cina MCA dalam BN mengikut acuan dan cara pemerintahan berlandaskan undang2 yang telah ditetapkan oleh BN... Tetapi, cina DAPig memerintah mengikut undang2 yg ditetapkan oleh mereka sendiri, bukan yg ditetapkn oleh kehendak bersama PAS dan pembangkang yg lain.. 


Yang paling kelakarrrr... PAS pulak yang tunduk pada DAPig...tak ke bodoh tu?? Lantang menegak undang2 islam tapi bila DAPig bersuara, tunduk diam macam budak kecik yg berak dlm seluar.. Aku hormat kat PAS yg memperjuangkn islam dan nama parti itu ada Islam...tu je. Tapi pengikutnya byk yg fanatik je, x nmpk pun hidup cara islam. Hu ha je lebihh...propa je lebih. Cakap je byk, tp isi kosong...tin kosong mcm tin milo.. Parti PKR lak?? x yah laa... ni parti keluarga, perjuangkan org je..... bodoh sgt yg sokong parti utk selamatkn individu bkn utk rakyat sejagat.

PKR patut dikuburkn saja... Wallahualam...

Saturday, April 5, 2014

PARTI KENCING RAKYAT (PKR) : RAMAI DAH SEDAR, ANDA BILA LAGI?



Semakin ramai dah meninggalkan parti anak beranak aka parti kencing rakyat. Ironinnya bagi orang yang berakal akan fikir, apa betul ke perjuangan Parti Keadilan Rakyat demi Rakyat atau hanya memperjuangkan keluarga Anwar Ibrahim sahaja.

Friday, April 4, 2014

Lim Guan Eng kata, guru2 di Malaysia tiada kualiti jadi pendidik. So .. nak juga tanya ..

1- Dari kecil, guan eng bersekolah dimana?
2- Guru guan eng org barat? Org eropah ke? org dari negera luar ke?
3- Yg jd guru ni bkn semua berbangsa Melayu. Ada kaum cina, india dll. Dan bkn semua guru menyokong BN. Ada diantara guru2 yg menyokong PR. Jd, guan eng secara x langsung telah menghina dan mempertikaikan para guru yg menyokong PR juga.
4- Anak cucu guan eng belajar dgn guru IMPORT ke?
5- Kalo guru2 di Malaysia ni x berkualiti .. nape ekkk ramai para pelajar kita belajar hingga ke luar negara? Berjaya sambung pelajaran ke peringkat tinggi?

Hmmmm mari sama2 kita fikirkan .. 

Thursday, April 3, 2014

SEBAR HARGA MINYAK NAIK : STRATEGI DAP TUTUP KENAIKKAN TARIF AIR PENANG


Semalam, ramai yang menerima whatsapp berhubung harga minyak naik.

Ironinya, ramai seperti hanya menumpu kepada khabar angin minyak naik sahaja tanpa sedar kadar tarif air sebenarnya dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Strategi ini berjaya apabila rakyat lebih leka dengan rumus yang dicipta bagi menutup kenaikkan yang dicipta mereka.

Wednesday, April 2, 2014

Tanding Presiden PKR Lawan Bini Sendiri Merupakan Strategi Tahap Tertinggi #AnwarIbrahim Dalam Agenda Jatuhkan UMNO?


Keputusan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaing merebut jawatan presiden parti dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pemilihan pucuk pimpinan kali ini, disifatkan strategi tersendiri menjatuhkan kredibiliti UMNO.

Dalam satu pesanan ringkas melalui laman sosial kepada Astro Awani, Anwar mengakui persaingannya dengan Presiden PKR kini, Dr Wan Azizah bukanlah perlawanan namun strategi untuk melawan UMNO.

"Tak lawan, strategi sahaja hendak melawan UMNO,'' ujarnya.

Pesanan itu menutup desas-desus perselisihan di dalam PKR yang berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR akan diadakan pada 25 April hingga 11 Mei depan.

Pengundian akan dimulakan di negeri Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 25 hingga 27 April depan.

Ia diikuti negeri Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei sementara pemilihan bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Pelbagai portal pro Barisan Nasional (BN) meramalkan pertandingan Anwar dan Wan Azizah adalah merupakan persaingan di antara dua kem berbeza di dalam PKR sendiri.

Ia turut dikatakan keretakan dalaman parti rentetan kisah baru pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang dimenangi Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA.

Sementara itu, menurut sumber, persaingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dengan ADUN Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden PKR bakal membuka jalan kepada siapa Menteri Besar Selangor yang seterusnya.

Jelas sumber itu lagi, siapa di antara mereka yang menang akan dimahkotakan jawatan Menteri Besar Selangor sekali gus menutup persoalan yang menghantui rakyat Selangor selama ini.

"Kalau Azmin menang, dia jadi MB, kalau Khalid, dia `maintain' jadi MB, apa yang penting memang ada dua kem berbeza di dalam PKR yang memperjuangkan tokoh masing-masing,'' ujarnya.

Sehingga hari ini, PKR mempunyai 500,001 ahli berdaftar dan Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Kedah mencatat keahlian tertinggi.