Followers

rantau ku sayang

Saturday, May 31, 2014

PRK Teluk Intan: Jangan Perjudi Masa Depan..Undilah Calun Barisan Nasional

Debaran semakin memuncak dalam penentuan 'finale' satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertaruhan BN menurunkan seorang calon yang tewas dua kali berturut-turut di dalam pilihan raya terdahulu tetapi mempunyai banyak pengalaman manakala DAP mencalonkan muka baharu yang masih mentah tetapi mungkin mempunyai aura tersendiri yang boleh mempengaruhi pengundi.

Berdasarkan kempen, ceramah dan 'walkabout' yang dilakukan kedua-dua parti sejak hari penamaan calon, Dyana dilihat lebih popular dalam strateginya untuk memperkenalkan dirinya kepada khalayak.

Populariti itu dinilai berdasarkan rasa ingin tahu rakyat Teluk Intan terhadap calon bukan anak tempatan yang belum lagi membuktikan khidmatnya di sini. Kecantikan dan personaliti ceria Dyana turut menjadi 'magnet' penarik perhatian ramai.

Pembangkang turut berusaha menumpukan pengundi muda dan pengundi luar yang mempunyai kekuatan dalam pengundian.

Calon DAP itu bijak merencanakan strategi dengan membawa tokoh-tokoh pembangkang yang berpengaruh untuk turut serta di dalam kempennya.

Nampak perbezaan ketara dari segi sambutan kempen terutama ceramah yang dianjurkan pihak Dyana sekiranya ada atau tanpa penglibatan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat baik DAP, PKR mahupun PAS.

Walaupun sekadar ceramah kelompok tanpa pemimpin-pemimpin pembangkang, sekiranya Dyana benar-benar mempunyai potensi untuk menjadi wakil rakyat pilihan ramai, sudah tentu sambutannya turut menggalakkan tetapi malangnya tidak.

Jika ditoleh pula kepada calon BN, mungkin Mah sedikit tenggelam dari segi kempennya di tempat-tempat awam tetapi Presiden Gerakan ini juga mempunyai strategi tersendiri untuk meraih sokongan pengundi.

Mah memegang gelaran 'orang lama' bukan semata-mata disebabkan jurang usia 26 tahun antara beliau dan calon DAP itu.

Hal ini kerana Mah sudah pun dikenali di Teluk Intan menerusi baktinya kepada rakyat sejak menjadi ahli parlimen di sini selama dua penggal.

Malah khidmatnya masih berterusan selepas tewas di tangan Seah Leong Peng dan M. Manogaran kedua-duanya dari DAP selama dua penggal berturut-turut.

Oleh itu, Mah lebih menumpukan pendekatan yang lebih dekat di hati rakyat, menerusi kunjungannya dari rumah ke rumah di samping memberikan penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan pengundi.

Sebagai Presiden Gerakan, parti komponen BN, Mah mempunyai kelebihan untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat.

Sebarang rancangan dan cadangan untuk kepentingan rakyat Teluk Intan lebih mudah disuarakan menerusi peranan yang dibawa Mah dalam parti di peringkat kebangsaan.

Berdasarkan tinjauan, rakyat Teluk Intan masih memerlukan khidmat Mah yang sudah pun terbukti pengalamannya sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun), ahli parlimen, timbalan menteri dan kini presiden parti.

Dalam tinjauan juga, penyokong-penyokong DAP sudah tentu akan memilih Dyana kerana reputasi parti dinaunginya itu meskipun keupayaannya sebagai wakil rakyat masih menjadi tanda-tanya.

Dahulunya Dyana diperkatakan sebagai calon 'underdog' tetapi beliau dilihat semakin kuat memperoleh pengaruhnya manakala calon BN pula yang dilabel sebagai 'underdog'.

Siapa pun calon 'underdog', kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Dalam manifesto DAP, Dyana menyuarakan banyak pembangunan lebih berpusat di sekitar Kuala Lumpur dan sekiranya dipilih wakil rakyat, beliau akan melawan pemusatan itu agar pekan-pekan seperti Teluk Intan boleh dimajukan.

Namun apabila ditanya berkali-kali mengenai apakah idea pembangunan beliau, Dyana tidak tidak menjawab, sebaliknya hanya menunding jari kepada kerajaan BN yang didakwanya tidak mengotakan janji di Teluk Intan.

Calon itu lebih mempersoalkan sesuatu isu lapuk sedia ada seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), rasuah dan salah guna kuasa yang akan dibangkitkan di Parlimen.

Nampaknya, Dyana sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat hanya akan melawan dasar kerajaan dan membantah itu ini daripada mengemukakan idea baharu yang lebih segar untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang masih muda sepatutnya menggunakan kelebihan itu untuk memancing pengundi di Teluk Intan terutama golongan sebayanya dengan idea-ideas original dan kreatif.

Dyana tidak perlu 'mengulang tayang' atau 'cut and paste' (potong dan tampal) perkara atau isu yang sering kali dimainkan oleh wakil-wakil rakyat lain sama ada pembangkang mahu pun BN.

Malulah kalau orang baharu lagi muda tidak kreatif.

Tidak dinafikan, Mah bukannya calon popular dalam pilihan raya kecil ini jika dibandingkan dengan Dyana, tetapi apabila dilihat  manifesto calon BN itu untuk rakyat Teluk Intan, ianya lebih 'berisi'.

Ia lebih bersifat eksklusif, inklusif dan kreatif menerusi idea baharu untuk kebajikan rakyat Teluk Intan dan pembangunan di kawasan parlimen itu.

Cadangan beliau untuk meletakkan Menara Condong Teluk Intan supaya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) begitu jelas ia lain dari yang lain.

Walaupun ada pihak hanya melihat cadangan itu hanya akan memberi keuntungan sektor pelancongan di Teluk Intan, tetapi kesannya jauh lebih hebat.

Jika ia direalisasikan, Teluk Intan bukan sahaja akan lebih dikenali sebagai pusat pelancongan bahkan akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat.

Maksudnya, setiap apa yang dibentangkan oleh Mah dalam manifestonya lebih bersifat 'semua dalam satu', secara spesifik sama ada tersurat atau tersirat, kesemuanya memberi faedah kepada rakyat secara menyeluruh.

Malah tindakan Dyana untuk melawan pemusatan di ibu negara dilihat lebih berhasil menerusi idea Mah dalam manifestonya seperti penubuhan universiti dan pengiktirafan menara condong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis bersedia untuk memberikan jawatan dalam Kabinet kepada Mah sekiranya Presiden Gerakan itu memenangi PRK Teluk Intan.

Itu jaminan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) buat Mah dan seluruh rakyat di Teluk Intan.

Difahamkan kemungkinan kekosongan jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan diisi Mah sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Jika Dyana yang dipilih, beliau akan terus membangkitkan isu-isu nasional di parlimen tanpa sebarang pengkhususan buat kepentingan rakyat di Teluk Intan.

Hari mengundi PRK Teluk Intan pada Sabtu ini bakal memperlihatkan rakyat memperjudikan nasib mereka dan kawasan itu.

Siapa pun calon yang dipilih itu hak dan keputusan lebih 60,000 pengundi kerana pilihan rakyat bertunjangkan demokrasi.

Sama ada mempunyai pengalaman dan pengaruh mahupun tidak, antara Mah dan Dyana yang bakal dipilih ini diharapkan tidak memperjudikan nasib rakyat yang menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap mereka. 

Prk Teluk Intan : Jentera Pas Kelantan & Terengganu Pulang Awal, Kecewa Dengan Dap

Apa sudah jadi dengan rakan sekutu DAP iaitu PAS sudah pulang awal ni...habis habis DAP tandanya ada masalah tu.

Sedar Lah Pengundi Teluk Intan..... Bila India tuntut janji PRU, AP DAP suruh tanya Dato Mah


Masyarakat India Telok Intan bukan orang berada dan memerlukan sokongan dan bantuan kerajaan. Kini mereka sudah menyesal memberi undi kepada dua ahli Parlimen DAP berturut-turut dan serik dari ditipu lagi.

Pada pukul 5 petang tadi, sekumpulan 20 orang penduduk Ladang Seri Intan telah berdemo di jalan masuk ke ladang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap dan janji-janji kosong wakil rakyat DAP.

Sudah 2 kali berturut-turut mereka memilih pembangkang tetapi berkali-kali kita ditipu dan janji dimungkiri.

DAP punya sokongan dari taukeh-taukeh dan hartawan dan mampu. Tapi berdolak dalih dan larikan diri lepas pilihanraya.

Mana janji DAP untuk menaik taraf kuil Hindu, bantuan kepada keluarga miskin dan sumbangan komputer untuk sekolah Tamil? Bukan saja itu, calun DAP menipu wang peribadi juru-juru kempen dan pengundi.yang membantu DAP semasa PRU yang lepas.
Bila kaum India ini menuntut, AP DAP hanya suruh minta pada Dato Mah.

Rasanya tiada muka comel boleh meredakan kemarahan mereka.

Usaha sekumpulan penyokong India DAP dari KL mengedar 15,000 keping VCD di kawasan PDM majoriti India untuk mengungkitkan kemarahan mereka dengan isu kuil dan sekolah Tamil pun belum tahu mengubah arah sokongan kepada DAP.

 Dengan calun yang telah jadi bahan lawak kerana video Lim Kit Siang merampas mikrofon telah tersebar ke estet, rasanya jumlah besar kaum India mahu kembali kepada BN.

Baik undi Dato Mah. Selama ini pun, Dato Mah tak pernah mengecewakan kaum India. Pastinya mereka tidak mahu ditipu DAP untuk kali ke 3 dari calun yang cakap pun tak dibenarkan. 

Haron Din Seru Ahli PAS Teluk Intan Jangan Undi Dyana

Renunglah wahai orang Pas..ini ulamak anda yang bercakap...

Tuesday, May 27, 2014

Alahaiiii MP PAS....Agak Agak Lah Nak Undi Pun.... Semuanya Di Halalkan

NAK TENTANG, NAK CEMUH, NAK MAKI, NAK SUMPAH SERANAH HUKUM HUDUD? DIHALALKAN, SELAGI ANDA MENENTANG UMNO-BN!!!

 Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang, petang tadi enggan mengulas kenyataan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan yang menyatakan beliau tidak akan mengundi menyokong Hudud Pas jika menang.

Sejurus selepas ucapan ringkas yang disampaikan oleh calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud, Hadi bingkas bangun dan enggan melayan sebarang soalan walaupun telah diminta oleh para wartawan yang membuat liputan.
“Tak apa, tiada PC (sidang akhbar) saya perlu pergi ke tempat lain” katanya ketika ditanya oleh wartawan Suara.TV di Taman Cicely sebentar tadi.

Hadi yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut langsung tidak menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur sehingga menyebabkan Dyana terpingga-pingga.

Beliau hanya mampu berkata perkara tersebut tidak ada isu apabila diminta mengulas berkenaan pendirian parti itu berhubung kenyataan Dyana Sofea mengenai hudud sebelum ini.

“Tak ada isu, cukup-cukuplah, perkara itu tiada isu” ujarnya lagi.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Dyana sebelum ini dikatakan berkata dia sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina.

Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Seterusnya apabila ditanya mengenai kenyataan bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kecewa dengan perlucutan jawatannya dalam sayap PAS itu, Hadi hanya menjawab dia tidak dipecat.

“Tak pecat, cuma lantik baru” ujarnya lagi.

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Hu berkata, keputusan menggugurkannya itu tidak demokratik dan tidak mengikut ajaran Islam yang menyarankan muzakarah dibuat terlebih dahulu.

Alahaiii Mat Sabu...Janganlah Racuni Fikiran Orang Melayu!!

Pertambahan undi Melayu untuk calon DAP, Ramkarpal Singh Deo dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor disifatkan satu kemenangan besar buat Pakatan Rakyat.

"Kita berbangga apabila undi melayu meningkat dalam PRK semalam. Orang Melayu di Bukit Gelugor tidak mudah terpengaruh dengan politik Umno BN.

"Satu kejayaan besar apabila unit peti undi di situ tidak pernah menang tetapi kali ini ia menyebelahi Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS, berkata, PRK Bukit Gelugor menyaksikan 869 undi dari Kampung Melayu telah berjaya diperoleh DAP berbanding 433 yang menyokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

Difahamkan, Kampung Melayu merupakan salah satu daripada dua kawasan majoriti pengundi Melayu yang gagal diraih undi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jelas Mohamad, kemenangan ini juga menunjukkan kebencian rakyat terhadap isu perkauman & pembaziran yang dibawa oleh Umno BN.
"Dalam keadaan rakyat miskin, kerajaan pula boleh membawa masuk dua ekor panda yang menelan kos puluhan juta ringgit, bagi rakyat ini adalah pembaziran," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.
Selain tanpa penyertaan Umno dalam PRK ini, bagi Mohamad tiga calon lawan DAP yang kehilangan wang deposit juga memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat.

"Kemenangan ini sekaligus menjadi referedum rakyat menolak pentadbiran Umno BN," tambahnya. Dakyah umno yang selama ini menggambarkan seolah2 bahawa DAP adalah Parti 'Rasis' ternyata telah ditolak Rakyat.
Ini adalah merupakan Isyarat Jelas buat Umno agar jangan memainkan isu perkauma yang ditolak oleh semua bangsa termasuklah Melayu.

Dyana 'bersilat' nak jawab pasal PERKASA...INilah Padah Kalau Nak Berbohong

Dyana Sofya Mohd Daud, terpaksa 'bersilat' sakat menjawab soalan wartawan selepas gambar beliau dan ibunya dalam majlis Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tersebar di media sosial.

Calon DAP Parlimen Teluk Intan itu akhirnya mengaku yang ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dalam NGO berhaluan kanan yang dimusuhi DAP itu.

Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan PERKASA pada 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, pada masa itu ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan PERKASA.

"Ya, ketika itu beliau terbabit dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA," katanya.

Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web PERKASA dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada 2008.

Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.

"Saya tidak pasti sama ada beliau adalah anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu...ibu saya seorang ahli UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terbabit dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.

Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.

Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

Hamidah mendakwa sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli PERKASA.

Musa Hitam kecewa sikap PAS....Kuatnya PAS Berbohong, Kata ISLAM?

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri,  Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas.

"Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima.

"PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

"Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya.

Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut.

Musa sebelum ini pernah mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini.

Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu, Musa yang juga ahli panel, peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pas sudah hilang kelayakan perjuangkan Islam

Parti Pas telah hilangkan kelayakan secara rasmi pada 26 Mei 2014 untuk memperkatakan apa apa perjuangan Islam lagi  di Malaysia

Saya minta semua ahli pas dan pemimpin lebai ustaz ustazah pas serta para penyokong mereka selepas ini tidak perlu lagi membangkitkan isu hukum Islam hukum fasiq hukum munafiq hukum kufur dalam modal politik puak suci modal makian modal kutukan  menentang Umno dan Isteri pemimpin orang Umno

Jelas Dyana sofya melanggar hukum Allah dan Rasul kerana tidak memakai tudung tetapi kalian tidak keluarkan dalam harakah bahawa seorang calon perempuan Islam wajib menutup aurat tanda mengikut hukum Allah dan kalian tetap  tetap sokong dan kempen untuk beliau agar menang dalam PRK Teluk Intan

Sekian

KENAPA HADI AWANG 'MALU' NAK SEBUT PASAL HUDUD???


Huh!!! Tak boleh diharap lansung! Kenapa dengan orang pun Si Hadi Awang ni nak malu sedangkan diorang kata Hudud ni Hukum Islam? 

Sepatutnya dia tak perlu nak rasa malu bila ditanya pasal Hudud. Sewajarnya dia boleh jawab bila ada orang tanya dia pasal isu tersebut sebelum ini.

Kalau Si Hadi Awang tu nak malu, dia patut malu pada Allah sebab sejak berpuluh - puluh tahun memperjuangkan isu tersebut, PAS tak mampu nak menjelaskannya.


Malah PAS dilihat GAGAL mendidik bukan sahaja masyarakat dikalangan Bukan Islam agar memahami mengenainya. Tetapi turut GAGAL mendidik pemimpin mereka sendiri.

Sebaliknya PAS hanya menjadikan isu Hudud tu sebagai bahan Politik untuk meraih undi dari kalangan orang Melayu seperti mana yang didedahkan oleh DAPigs. Jadi, Si Hadi Awang tu patut malu pada diri dia sendiri, bukannya dengan orang lain!!!
Teluk Intan – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba mengelak dari menjawab sebarang soalan ketika ditemui di majlis ceramah dan minum petang bersama jentera petang tadi.

Sejurus selepas ucapan ringkas yang disampaikan oleh calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud, beliau bingkas bangun dan enggan melayan sebarang soalan walaupun telah diminta oleh para wartawan yang membuat liputan.

“Tak apa, tiada PC (sidang akhbar) saya perlu pergi ke tempat lain” katanya ketika ditanya oleh wartawan Suara.TV di Taman Cicely.


Hadi yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis tersebut langsung tidak menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur sehingga menyebabkan Dyana terpingga-pingga.

Beliau hanya mampu berkata perkara tersebut tidak ada isu apabila diminta mengulas berkenaan pendirian parti itu berhubung kenyataan Dyana Sofea mengenai hudud sebelum ini.

MEROSAKKINI MULA MENGGELUPOR DISAMAN PM!!!


Hahaha!!! Inilah bahananya bila suka sangat buat kerja yang tak berfaedah. Penyudahnya terkena batang hidung sendiri. Baru diorang tau langit tinggi ke rendah.

Dalam masa yang sama, kita boleh lihat betapa rendahnya mentaliti puak - puak Pakatan Haramjadah tu bila isu saman Merosakkini ni pun dijadikan bahan kempen.

Diorang boleh pulak buat dakwaan kata KONONnya tindakan Datuk Seri Najib memfailkan saman terhadap Merosakkini tu sebagai usaha untuk 'Menekan Kebebasan Media'.

Baru sekarang diorang nak buat tuduhan KONONnya tindakan tersebut sebagai satu langkah untuk 'Menutup Mulut' dari mendedahkan Kebenaran kepada rakyat.

Yang selama ini pemimpin Pakatan Haramjadah tu buat apa kejadahnya? Yang diorang selak sakan menyaman Utusan, NST dan lain - lain akhbar tu kenapa?

Bukan ke itu juga boleh dianggap sebagai satu tindakan untuk 'Menekan Kebebasan Media' dan cubaan untuk 'Menutup Mulut' dari mendedahkan Kebenaran kepada rakyat?

Sebagai contoh, kes saman Si Nurul Izzah tu terhadap Utusan berkaitan kenyataan yang dia sendiri buat dalam satu forum mengenai Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu.

Masa tu, tak nak pulak puak - puak Pakatan Haramjadah tu tuduh kata Si Nurul Izzah tu cuba untuk memberi tekanan kepada Kebebasan Media?

Nah!!! Sekarang diorang pulak yang kena main. Baru Datuk Seri Najib nak ambik tindakan saman, diorang dah mula menggelupor tak tentu arah. Jangan sampai ada yang terkencing dalam seluar sudah la!!! Pandai buat, pandai la lu orang tanggung sendiri!!!
 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menjelaskan bahawa notis tuntutannya terhadap Malaysiakini baru-baru ini bukan sebahagian agenda untuk menekan media.

"Saya ingin tegaskan: (tindakan) ini tidak membayangkan agenda yang lebih tersusun.


"Ia bukan sebahagian usaha menekan media; ia juga bukan cubaan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan," katanya sewaktu merasmikan majlis anugerah media anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) 2014 di Kuala Lumpur malam ini.

MUSA HITAM KECEWA DIPERGUNAKAN OLEH PAS!!!


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kecewa dengan sikap PAS yang menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

Musa berkata, tindakan PAS itu mengambarkan parti tersebut tidak percaya dengan kekuatan yang ada mereka hingga terpaksa menggunakan nama beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pemidato di program 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' Jumaat lepas.

"Saya tak tahu menahu langsung atas soal ini. Tidak ada apa apa jemputan. Kalau ada pun pasti saya tak terima.

"PAS nampak nya tak percaya daya penarik sendiri sehingga guna nama saya," katanya kepada Astro AWANI menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Poster 'Himpunan Keadilan Untuk mu Memali' yang meletakkan nama Tun Musa Hitam sebagai salah seorang pemidato.

Musa mendakwa sudah dua kali PAS menggunakan nama beliau untuk menarik orang ramai ke program politik anjuran parti itu.

"Sudah dua kali mereka guna nama saya sebegini. Dulu dalam Pilihan Raya Umum lepas dan sekarang nak menarik orang ramai ke majlis politik mereka. Hentikan lah amalan berbohong sebegini," katanya.

Nama Musa pada awalnya disenaraikan sebagai salah seorang pemidato di program sempena memperingati peristiwa Memali namun disaat akhir dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak terlibat dalam program tersebut.

HARI TU HARAM, HARI NI HALAL BELAKA!!!


Heh! Kalau tengok muka Si Hadi Awang tu pun kita boleh nampak macam dia meluat dengan Si Gundik Kit Siang tu. Bak kata orang Perak, "Tak sior teman menengoknya".

Tapi disebabkan nak jaga Politik punya pasal, terpaksa la Si Hadi Awang tu berlakon dan bermain wayang depan Si Gundik Kit Siang tu. Maklum la, dia kan ahli Politik.

Jadi sebab tu la depan Si Gundik Kit Siang tu dia puji minah tu melambung - lambung. Dalam hati siapa tau beb. Kita tak tau macam mana bengkak hati Si Hadi Awang tu.

Mana tidaknya. Belum apa - apa lagi Si Gundik Kit Siang tu dah memalukan PAS dengan menolak cadangan perlaksanaan Hudud yang selama ini menjadi agenda utama PAS.

Mana mungkin Si Gundik Kit Siang tu tak tau mengenai perkara tersebut. Adalah satu yang mustahil kalau dia tak tau pasal asas perjuangan PAS sejak sekian lamanya.

Maka sebab itulah Si Hadi Awang tu keluarkan kenyataan sebelum ini yang jelas menyindir Si Gundik Kit Siang tu dalam diam mengenai isu yang sama.

Cuba kita tanya Si Gundik Kit Siang tu. Kenapa dia pilih DAPigs dan tak pilih PAS untuk memperjuangkan ideologi Politik dia? Dah tentu dia akan bagi alasan sebab Hudud.

Sebagai seorang Melayu yang Liberal, tu pasal la dia pilih DAPigs untuk memperjuangkan ideologi dia selama hari ini. Kalau dia pilih PAS, sudah tentu dia tak mampu nak buat.

Sama jugak la yang berlaku kepada "Blogger DAPigs Melayu" tu sebelum ini. Kalau tanya dia pun, sudah pasti dia akan sebut benda yang sama. Tak mungkin dia akan masuk PAS.

Sebab sebelum ini PAS dah meng-KAFIR-kan dia secara terang - terangan sewaktu dalam UMNO. Tu sebab la dia tak masuk PAS. Malah, mungkin dia pun anggap PAS ni Sesat.

Jadi, tak payah la PAS nak bermuka - muka sangat dengan puak - puak DAPigs ni. Pusing la kot mana sekali pun, DAPigs akan tetap memusuhi Islam dan Melayu secara terang - terangan. Tak payah la diorang nak menipu rakyat!!!

Datuk Seri Nalla Kasi Warning Sama Rayer Tambi... "Harimau Tidur Lu Jangan Kasi Cucuk..."


 

BEKAS PELAJAR UITM MENGUTUK DYANA....

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang mempertikaikan peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikutuk oleh pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas pelajar universiti terbabit. Calon DAP itu dilihat semakin terdesak kerana sanggup mempolitikkan isu pendidikan ini demi untuk membolehkan kemenangan berpihak kepada DAP.
Tindakan beliau telah menyebabkan ramai bekas-bekas pelajar UiTM tampil mengutuk Dyana yang mempolitikkan isu pendidikan sebagai satu bahan politik kotor mereka bagi meraih simpati pengundi bukan melayu disini.

Menurut Bekas Presiden Persatuan Diploma Perbankan UiTM Segamat, Mohammad Shazrul Zulkifle berkata UiTM ditubuhkan bagi membantu mengubah hala tuju orang Melayu bagi bersaing dalam industri kewangan dan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu. "Jika nak menjadi anggota Parlimen, Dyana Sofya sepatutnya membuat kajian tentang isu lebih relevan seperti ekonomi bukan menyentuh peranan UiTM," katanya.

Bagi bekas penuntut jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan, UiTM Segamat, Johor, Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim berkata sebagai bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM, calon DAP itu sepatutnya sedar bahawa penubuhan UiTM yang dibuka kepada Bumiputera termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

"Dia (Dyana Sofya) tidak patut libatkan UiTM dalam politik untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan saya tidak nampak sebarang keperluan untuk UiTM dibuka kepada kaum lain berikutan terdapat 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang dibuka kepada kaum lain. "Kenapa gunakan UiTM dalam kempen politiknya? Tindakan beliau Mempolitikkan UiTM membuatkan kami sebagai bekas penuntut sangat terasa hati," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) A.Prakash berkata beliau selaku anak jati Teluk Intan tidak bersetuju dengan pemilihan Dyana Sofya yang dilihat belum cukup matang untuk mewakili kawasan itu di Dewan Rakyat. Beliau berkata wanita itu dilihat hanya menjadi 'boneka' DAP yang jelas mempergunakannya untuk mendapat simpati daripada pengundi Melayu khususnya.
"Sebagai anak Teluk Intan saya berpendapat ramai lagi pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai calon, kerana Teluk Intan memerlukan pembangunan. "Tindakan DAP meletakkan calon yang tidak berpengalaman ini boleh merugikan Teluk Intan kerana mereka akan cuba mempolitikkan isu perkauman," katanya. 

Dyana runtuhkan perpaduan Melayu dalam sekelip mata

Kejayaan DAP menjadikan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah suatu penjajahan politik yang memberi mesej cukup halus kepada rakyat negara ini terutama orang Melayu bersemangat patriotik.

Walaupun, pada pandangan sesetengah pihak menganggap tidak salah untuk peguam muda itu bersama DAP, tetapi hakikatnya DAP berjaya mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan partinya.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, berdasarkan fakta itu, DAP secara dalam senyap telah menggunakan formula berbaik dengan Melayu tertentu bagi menarik sokongan umat Islam, sekali gus memberi laluan kepada mereka untuk memecah belahkan perpaduan Melayu.

“Sudah pasti DAP melihat Dyana yang mempunyai semua ciri yang tepat untuk menjadi pelapis kepimpinan muda dalam parti itu sebagai umpan terbaik bagi mereka mengurangkan sokongan Melayu terhadap UMNO.

“Sebab itu, apa yang berlaku hari ini, kita lihat DAP tidak pernah berputus asa mencari jalan untuk mengembangkan pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu kerana mereka telah berjaya mempengaruhi Dyana untuk menyertai parti itu.

“Dengan hanya mengumpan jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Penasihat DAP, Dyana dan keluarganya terus lena dalam buaian mimpi. Sedangkan perbuatan itu adalah mimpi buruk bagi orang Melayu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Zulkifli yang juga seorang peguam berkata, DAP sanggup mengorbankan satu dua kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diisikan kepada orang Melayu kerana hasil yang bakal diperolehi nanti adalah besar dan berbaloi.

Katanya, pemimpin lain dalam DAP tidak pernah mempunyai sikap iri hati atau tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti itu kerana mereka tahu apa yang dilakukan itu adalah untuk masa depan DAP.

“Malangnya, sesetengah orang Melayu apabila melihat DAP memberi kepercayaan kepada Dyana untuk menjadi calon Parlimen Teluk Intan, sudah hilang pertimbangan dengan terus menyokong parti berkenaan.

“Padahal orang Melayu tidak sedar, inilah sebenarnya permulaan kepada bangsa kita menuju kehancuran dan membuktikan orang Melayu mudah dijadikan mangsa dan berada dalam genggaman bukan Melayu,” katanya.

Beliau menjelaskan, Dyana yang kini berumur 27 tahun adalah seorang graduan lulusan UiTM, manakala ibunya, Yammy Samat merupakan bekas pimpinan Wanita UMNO Bahagian dan bekas Ketua Wanita Perkasa yang pertama.

“Secara logiknya kenapa Dyana tidak memilih parti UMNO, Pas atau PKR atau memilih NGO Islam seperti Perkasa, ABIM atau ISMA untuk bergiat dalam politik serta aktivis?.

“Atau beliau lebih senang memilih DAP kerana tiada larangan untuk tidak memakai tudung, boleh sewenang-wenangnya menolak dan menentang pelaksanaan hudud, kemudian bebas mendesak UiTM supaya dibuka kepada bukan Melayu?,” katanya.

Kata Zulkifli, perbuatan dan tindakan Dyana itu sebenarnya telah merobohkan tembok perkauman, di samping menurut tuntutan DAP mahu hak istimewa Melayu dan Bumiputera dihapuskan atau disamaratakan untuk kaum Cina.

Katanya, Dyana, keluarga serta penyokongnya boleh bertepuk tangan bersorak gegak gempita dengan perbuatannya memihak kepada DAP.

“Sebagai anak Melayu beragama Islam dan lahir daripada perut Melayu serta makan daripada tangan bangsa Melayu, kini bangkit menentang bangsa dan syariat agamanya sendiri di atas pentas parti yang paling rasis, extremis dan pelampau perkauman.

“Beliau dianggap sebagai neo-Melayu yang patut menjadi contoh untuk menguat dan mengukuhkan Melayu, tetapi malangnya Gen-Y ini telah meruntuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama dalam sekelip mata,” katanya. 

Monday, May 26, 2014

MENTERI LETAK JAWATAN, SALAH GUNA DANA HAJI!!!


Gempar!!! Ini macam baru boleh respek beb. Baru la kita boleh salute dengan pemimpin tu. Bila buat salah, terus ambik tanggungjawab dan letak jawatan.

Ada skandal je, terus berani mengaku dan ambik keputusan yang cukup matang untuk letak jawatan. Bukan macam sesetengah pemimpin kat Malaysia ni.

Nak pulak dikalangan pembangkang. Ada yang dah kantoi pun masih jugak tak nak mengaku. Orang siap buat tuduhan, tak de pulak dia nak ambik tindakan.

Sebaliknya, dia hanya nafi, nafi dan terus nafi. Lepas tu dok sibuk maki hamun orang kata orang saja buat cerita fitnah. Mengkala dia nak hentikan fitnah tu, tak de jugak dia buat. Setakat pandai nafi je, budak sekolah tadika pun pandai!!!
 JAKARTA: Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali hariini meletak jawatan sebagai menteri kabinet selepas didakwa terbabit dalam skandal penyalahgunaan dana haji.

Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), membuat keputusan itu dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Indonesia, Boediono di Istana Bogor, Jawa Barat pada Selasa.

Suryadharma adalah tokoh berprofil tinggi terbaharu, yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia kerana terbabit dalam skandal melibatkan agensi pengurusan dan pengendalian dana haji bagi 2012–2013.  

Sebelum ini, KPK dalam kenyataan mendakwa terdapat keraguan dalam urusniaga bernilai AS$20 juta (RM64 juta) yang merangkumi dana kerajaan serta wang simpanan umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu.  


Dakwaan tersebut menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan rakyat kerana majoriti dari 234 juta penduduk negara itu adalah penganut agama Islam.