Followers

rantau ku sayang

Monday, June 30, 2014

Nikmatnya Hidup di Malaysia, Hendak Haji Pun Kerajaan Bantu Rakyat!!


Begitu besar nikmat yang diperolehi oleh umat Islam di negara ini.

Hinggakan soal ibadah fardu pun dibantu oleh kerajaan yang memerintah.

Jangan disoalkan semua itu adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai rakyat segala kemudahan itu boleh dinikmati oleh kita selama-lamanya.

Belum tentu sesebuah kerajaan yang memerintah itu mampu menyediakan segala kemudahan.

Belum tentu juga rakyat disesebuah negara itu akan menikmati apa jua yang disediakan oleh sesebuah kerajaan. 

Dan belum tentu juga rakyat yang hidup di negara sebuah negara kaya raya dan kononnya jaguh demokrasi boleh hidup aman damai dan beribadah sepertimana yang disediakan oleh negara kita.

Itulah nikmat yang kita umat Islam dapat di negara kita lebih lima dekad hasil sebuah pemerintahan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Di negara-negara lain, rakyatnya terpaksa menyembunyikan keimanan demi mempertahankan akidah dan maruah.

Ada sesetengah negara, beriman pada Allah dan Islam dianggap sebagai musuh negara, pengganas dan dihina bahkan dihalau dan dibunuh.

Di Malaysia, syukur alhamdulillah kita masih aman damai. Islam dijaga dan kerukunan dengan kepercayaan-kepercayaan lain terpelihara. 

Di Malaysia, hendak berbuka puasa, bersahur dan duit raya pun ada disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Semuanya kerana pemerintah beristiqamah mendaulatkan ibadah dan sunnah. 

Tapi itupun masih lagi ada segelintir manusia yang kufur dan lebih suka menjadi penghasut memecahbelahkan perpaduan ummah. Mereka lebih suka jadi talibarut yang menyampaikan suara-suara hati sumbang minoriti yang tidak bertanggungjawab. Semuanya kerana undi, kuasa dan kedudukan.


Ramadhan ini marilah kita insaf dan menyedari bahawa tanpa kerajaan yang bertanggungjawab belum tentu nikmat-nikmat yang kita perolehi ini akan kekal. Berubah belum tentu akan lebih baik dan lebih senang.

Belum dapat kuasa dah berantakkan baling-baling kerusi. Dapat kuasa nanti mungkin berantakan negara dibaling-baling bom. Nauzubillah! 

Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman 

Masjid Abidin Agih 2,000 Bekas Bubur Lambuk

Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk perasa makanan laut disediakan kepada orang ramai oleh Masjid Abidin di sini yang menjadi tarikan tahunan setiap kali sambutan Ramadan sejak tahun 2009.

Imam Besar Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz berkata Masjid Abidin akan menyediakan bubur itu secara percuma setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini untuk diagih kepada orang ramai bermula 3.30 petang.

“Hari ini dan seterusnya, kami masak sembilan periuk yang boleh dihidangkan purata 2,000 bekas setiap hari dan sebanyak 50 petugas Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) dan kariah Masjid akan membantu memasak bubur lambuk seawal 8 pagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria mengagihkan juadah Bubur Lambuk Rakyat kepada orang ramai di luar masjid.

Aizi Saidi berkata penyediaan juadah, dengan ramuan ikan, udang dan sotong, tersebut diketuai oleh seorang tukang masak dikenali sebagai Pak Awang dari Wakaf Mempelam di sini.

Beliau berkata hampir 100kg beras digunakan setiap hari untuk menyediakan bubur lambuk dengan anggaran kos setiap bekas adalah RM2.33.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata hampir RM100,000 diperuntukan oleh pihak masjid dibantu kerajaan negeri untuk menyediakan bubur lambuk kepada orang ramai dalam bulan Ramadan ini.

Katanya keistimewaan bubur lambuk yang disajikan oleh Masjid Abidin ini lazimnya menjadi tumpuan setiap kali sambutan Ramadan sehingga orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan juadah berkenaan.

Beberapa hotel di sekitar Kuala Terengganu turut tidak melepaskan peluang pada hari pertama puasa dengan menyediakan juadah bubur lambuk diberikan kepada orang ramai antaranya Hotel Tabung Haji & Convention serta Hotel YT Midtown.

Pengarah Jualannya, Natasha Noorbaya Yusoff, berkata pihaknya menyediakan lebih 100 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan bagi menghargai dan mengeratkan hubungan bersama komuniti di sekitar hotel selain amal jariah pada bulan mulia ini.

“Pengagihan bubur lambuk ini mula dilakukan pada pukul 4.30 petang di hadapan hotel setiap hari sepanjang Ramandan, katanya.

KEBENARAN telah terbukti bahawa BLACKOUT 505 adalah CIPTAAN PAKATAN RAKYAT

Realiti sebenar di sebalik HIMPUNAN BLACKOUT 505 Pakatan Rakyat.
Seluruh negara dihasut untuk berdemostrasi membantah keputusan PRU13.
Namun kini, dengan izin Allah Yang Maha Adil maka KEBENARAN telah terbukti bahawa BLACKOUT 505 adalah CIPTAAN PAKATAN RAKYAT 

Pas sorok isu Lotfi demi nama baik

“Ianya isu dalaman yang boleh jejaskan nama baik parti, itulah sebabnya kami tak dedahkan perkara tersebut,” tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyertaaan seorang bekas pemimpin Dewan Ulama Pas, Lotfi Ariffin yang menyertai perjuangan di Syria namun dirahsiakan daripada masyarakat sebelumnya dan hanya didedahkan media baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan ke atas bekas ahli Pas tersebut telah pun diambil dan pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. “Pihak kami tidak mahu sebarkan perkara ini kepada media, ianya boleh memberi kesan kepada parti,” katanya. Mengulas semula insiden tersebut, beliau mengesahkan laporan hanya diterima oleh pihak Pas Pusat semasa dalam mesyuarat bulan Mei tahun ini dan hanya setelah Lotfi ke Syria. “Penglibatan beliau dalam jihad di Syria diketahui sejak April dan kami dapat laporan mengenai perkara tersebut dari ahli kami sendiri dalam mesyuarat pada bulan Mei, susulan dari laporan yang kami terima, kami siasat dan jumpa bukti beliau memang sudah ke sana untuk berjihad. “Pada waktu laporan diterima, kami tidak berjumpa dengannya, dia sudah berada di Syria,” jelasnya. Beliau juga menegaskan pihaknya tidak pernah bersemuka dengan Lotfi sejak daripada itu. Terdahulu, negara dikejutkan dengan kenyataan seorang bekas ahli Pas, Ustaz Lotfi Ariffin menyertai perjuangan di Syria.

Dakwaan tersebut dibuat susulan dengan penemuan gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria yang dimuat naik ke media sosial. Sehubungan dengan itu, pihak Pas Pusat menjamin akan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli Pas yang didapati memberi kerjasama atau menyertai sebarang aktiviti dan perjuangan jihad. 

Dap Dakwa Hj Hadi Khianat Apabila Terima Najib.


Presiden Umno melawat Presiden Pas.Sebelum ini Presiden Umno membantu Presiden Pas yang jatuh sakit di Turki.
Presiden Umno memerangkap Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan agar pihak kedutaan membantu sepenuhnya Presiden Pas malah kesemua bil perubatan yang mencecah ratusan ribu ringgit di tangungung oleh Kerajaan BN.
Ini semua menyakitkan hati Dap dan Anwarinas..Kerana bagi mereka Pas dan presidennya tidak patut dilayan sebegitu rupa memandangkan standartnya pada pendapat mereka hanya kelas tungangan semata mata.
Pisau kata ” moga Hj Hadi cepat sembuh” 

HIMPUNAN LGBT "PINK DOT" SINGAPURA DITERUSKAN KETIKA ORANG ISLAM MENYAMBUT PUASA


SINGAPURA: Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT yang kini menjadi acara tahunan di republik itu.

Perhimpunan yang dinamakan “Pink Dot” tetap diadakan meskipun mendapat tentangan keras dari beberapa kumpulan konservatif agama.

Kumpulan LGBT terbabit membanjiri kawasan tumpuan di sebuah padang dengan memilih warna merah jambu bagi mencerminkan pergerakan kumpulan itu.

Turut diadakan sudut ceramah untuk mereka menyuarakan hak dan tuntutan mereka.

Penganjur berkata mereka menjangkakan lebih 20 ribu hadir di perhimpunan tahun ini.

Jurucakap kumpulan itu Paerin Choa berkata perhimpunan itu bukan bertujuan untuk membantah dan menuntut hak mereka semata-mata tetapi mengharapkan kumpulan itu dapat diterima masyarakat di republik itu.

 Perhimpunan itu semakin besar skala penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2009, dimana pada asalnya hanya dihadiri lebih 2,500 pengikut LGBT.

Para peserta mengenepikan desakan oleh kumpulan Kristian dan Islam yang membantah penganjuran perhimpunan seumpama itu yang dianggap bercanggah dengan nilai agama.

Seorang paderi kanan Lawrence Khong berkata lebih 10,000 pengikut Gereja Baptist yang dihadirinya menentang penganjurannya atas alasan ia satu keruntuhan moral dan menghakis nilai kekeluargaan.

Khong juga lantang menentang  usaha untuk meminda Seksyen 377A, Kanun Jenayah negara itu yang menetapkan  hubungan seks sesama lelaki dianggap satu tindakan jenayah dan boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Meskipun peruntukan itu telah diperkenalkan sejak zaman pemerintahan British lagi, ia dilihat tidak dilaksanakan secara ketat oleh pihak berkuasa.

Khong juga membidas tindakan kerajaan Singapura memberikan ruang untuk perhimpunan “Pink Dot” itu diadakan, selain menuntut kerajaan memberikan penjelasan mengenai pendirian mereka.

Paderi itu turut melahirkan sokongan terhadap satu lagi perhimpunan berasingan yang diadakan oleh kumpulan Islam yang dipimpin oleh Ustaz Noor Deros.

Perhimpunan yang dinamakan “Perhimpunan Pakaian Putih” itu diadakan untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada nilai asal yang dipupuk oleh Islam.

Pihak kerajaan Singapura dilihat cuba tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, sebaliknya menggesa debat mengenai LGBT tidak disuarakan secara terbuka.

Kerajaan PAP, berkata seksyen 377A harus dikekalkan berikutan nilai masyarakat negara itu yang masih konservatif dan tidak menerima perhubungan sejenis.


Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah institut berkaitan polisi keatas 4,000 responden mendapati hampir 78 peratus berpendapat hubungan sesama jenis adalah satu kesalahan.

MEXICO KEMPUNAN KE PUSINGAN SUKU AKHIR!!!

Perlawanan ketiga bagi pusingan kalah mati menyaksikan pertembungan diantara Mexico bertemu Netherland (Belanda) yang bermula jam 12 malam tadi, waktu Malaysia.

Kedua - dua pasukan memulakan saingan sengit dengan beberapa peluang dilihat menyebelahi Mexico. Namun pada separuh masa pertama, dua - duanya seri 0-0.

Awal babak kedua bermula, pemain Mexico, Giovano Dos Santos berjaya membocori gawang gol Belanda pada minit ke 48 menewaskan Jasper Cillessen.
Belanda pada awalnya buntu dengan sebarang jaringan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 88 hasil jaringan Wesley Sneijder.

Pada minit ke 90, waktu masa tambahan Belanda dianugerahkan dengan sepakan penalti selepas pemain Mexico mengasari Arjen Robben dalam kotak penalti.

Hasil jaringan penalti dari Klaas Jan Huntelar yang menggantikan Robin Van Persie menggegarkan gawang gol Mexico dan membawa kemenangan kepada pasukan The Orange. 

Air Selangor: Zuraida Tuduh Khalid Abai Rakyat

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh tidak mengendahkan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor.

“Beliau sudah nyatakan jaminan tapi gangguan bekalan air masih berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan Ampang dan Gombak,” kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Ahad.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk Ampang berhadapan dengan pelbagai isu bekalan air bersih yang tidak berkesudahan sejak tahun lalu.

Katanya gangguan bekalan air menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

“Isu ini timbul apabila masalah air tidak diuruskan dengan baik. Kami sudah penat untuk dengar penjelasan tentang apa yang sudah dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

“Beliau perlu nyatakan dengan jelas langkah yang telah dan akan dibuat untuk menanganinya,” katanya.

Tambah Zuraida, jaminan yang diberikan kerajaan negeri berhubung masalah air dilihat umpama janji kosong kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah membangkitkan mengenai isu air sejak PRu-13 yang lalu. 

Gadis Melayu silap pilih jantan lampias nafsu sebelum puasa.

Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi.

Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri.

Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut 

MALAYSIAN INSIDER MENYERANG @Zahid_Hamidi ISU KEPALA LEMBU RUMAH RAYER !!


Selepas Malaysiakini memfitnah PM , kini giliran  portal pro pembangkang Malaysian Insider menyerang Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu diletakkan di rumah Adun DAP RSN Rayer semalam .

Sunday, June 29, 2014

MPKj roboh gerai tapak Ramadan 100 peniaga...Mana Wan Azizah Nih?


KAJANG: Hasrat lebih 100 peniaga untuk menambah pendapatan pada bulan Ramadan tidak kesampaian selepas gerai dibina di tapak bazar Ramadan persendirian di Taman Kajang Raya dirobohkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Tindakan itu diambil kerana tapak itu tidak mendapat kebenaran MPKj dan kerajaan negeri untuk dijadikan pusat penjaja.

Dalam operasi oleh MPKj pada Jumaat, pihak berkuasa tempatan merobohkan 64 unit khemah penjaja.

Turut dirobohkan ialah bangunan surau dan tandas di tapak bazar berkenaan.Pemilik tanah tapak berkenaan, Sam Ong meminta pihak berkuasa tempatan memberikan kebenaran kepada peniaga yang sudah melabur modal untuk berniaga di tapak itu.

Kejadian itu menyebabkan peniaga terlibat tertekan kerana semua modal bagi memulakan perniagaan itu diperoleh menerusi skim mikro 1 Bazar Ramadan yang diumumkan perdana menteri baru-baru sudah dibelanjakan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penguasa Kiosk Melayu Hulu Langat, Mohammad Hanapiah berkata, antara alasan MPKj merobohkan tapak itu adalah kerana ia terlalu hampir dengan ‘uptown’ Jalan Reko Kajang.

"Jadi kita amat kecewa pihak majlis dah roboh habis semua dan buka habis semua khemah-khemah kita jadi peniaga-peniaga kita yang ada 334 orang ini di mana depa nak meniaga ni baru lagi dua hari lagi mereka dah nak berniaga di bazar Ramadan, dengan pinjaman dah keluar, siapa nak ganti nak bayar mereka punya pinjaman ni yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini?" soalnya.

Pihak peniaga menyifatkan tindakan MPKj itu tidak wajar kerana mereka sudah membayar RM600 kepada penganjur tapak bazar Ramadan tersebut.

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah... 

Khalid tiada kuasa penuhi jaminan bekalan air tidak terganggu lagi...Pulak Doh

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku gagal mengotakan janji tidak akan berlaku gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kerana “tidak berkuasa” menyelesaikan isu itu.

"Boleh jika nak salahkan kerajaan negeri. Tapi mereka kena tahu ada atau tidak kuasa kerajaan negeri untuk selesaikan?

"Kerajaan negeri tidak ada kuasa penuh terhadap SYABAS. Orang yang nak buat kenyataan kena faham bahawa kerajaan negeri mencuba,” katanya.

Khalid merujuk pada proses kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi melaksanakan rancangan penstrukturan semula perusahaan bekalan air di Selangor yang belum selesai.

Beliau menjawab kritikan Penasihat Air Selangor, Tony Pua, yang menyelarnya kerana gagal memenuhi jaminannya sebelum ini bahawa tiada masalah air akan berlaku lagi dalam tempoh 5 hingga 6 bulan akan datang.

"Persoalannya kenapa kerajaan negeri memberikan jaminan tetapi kini berkata 'tidak boleh mengawal Syabas'?

"Adakah kerajaan negeri mendapat jaminan dari SYABAS sebelum memberikan jaminan kepada umum?" soal ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Kritikan Pua itu dipacu oleh pengumuman SYABAS baru-baru ini bahawa bekalan air akan terganggu di beberapa kawasan Lembah Klang.

Khalid menyifatkan kritikan DAP melalui Tony Pua terhadap isu catuan air di Selangor sebagai “tidak membina dan tersasar”.

"Kerajaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

"Saya kesal kritikan yang dilakukan pemimpin khususnya daripada DAP ini yang tersalah sasar.

"Ini kerana kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya SYABAS bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri masih belum dapat memasuki premis SYABAS untuk meneliti dokumen, data dan butiran mengenai industri air Selangor.

Sejak Selasa lalu dianggarkan 758,976 rumah kediaman di lima kawasan sekitar Lembah Klang mengalami masalah tekanan air rendah dan terputus bekalan berikutan penurunan paras air di Empangan Sungai Selangor dan masalah gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Pua juga adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Air kerajaan negeri Selangor yang dilantik Pakatan Rakyat bersama Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS dan Rafizi Ramli dari PKR.

Seperti lazimnya, Khalid menyalahkan SYABAS yang keberatan bekerjasama dengannya bagi mengelakkan masalah gangguan bekalan air terbaharu ini.

"Saya pernah minta Setiausaha Kerajaan Negeri adakan mesyuarat dua hari sekali mengenai status penyaluran air Selangor. Kita panggil pihak SYABAS, SPAN dan kementerian.

"Malangnya pihak SYABAS tidak ada yang datang. Lima orang pegawai tertinggi mereka tidak datang seperti Tan Sri Rozali dan Datuk Roslan termasuk PRO mereka,” katanya.

Bagaimanapun Pua mendakwa gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri. 

Kedudukan MB Selangor keputusan bersama dalam Pakatan - Anwar

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pakatan pembangkang bahawa kedudukan Menteri Besar Selangor bukan hak mutlak individu, tetapi ia adalah bersandarkan keputusan bersama gagasan berkenaan.

"Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

"Saya dengan tegasnya menyatakan bahawa semua Ahli Dewan dan pemimpin-pemimpin parti mesti menghormati peraturan mengenai isu ini.

"Kedudukan Menteri Besar bukan agenda, juga bukan hak mutlak sesiapa pun, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat bersama-sama antara PKR dan PR, dengan persetujuan Sultan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Anwar dilihat sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini yang menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan dari kedudukannya walaupun jika tidak memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khalid pagi tadi berkata keputusan pemilihan tidak relevan untuk dijadikan ukuran untuk meneruskan jawatan Menteri Besar kerana dia masih kekal ADUN Pelabuhan Klang dan itu juga melayakkannya untuk mengetuai kerajaan Selangor.

Khalid berkata demikian berikutan desakan dan kritikan yang memuncak terhadapnya dari rakan-rakan dalam PKR dan DAP, yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya dalam mengendalikan isu air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu rampasan kitab Bible.

Umum kini mengetahui Khalid berdepan dengan 'ancaman' PKR untuk menggantikan jawatannya menerusi satu gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang' sehingga menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang diadakan bagi membolehkan tujuan tersebut direalisasikan.

Namun, ia tidak kesampaian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya menjadi calon PRK tersebut untuk membolehkannya menjadi pengganti Khalid, dikira ‘hilang kelayakan’ setelah dijatuhi hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, beberapa tahun sebelumnya.

Minggu lalu, pemimpin PAS dan DAP‎ Selangor secara terbuka menyatakan penolakan mereka terhadap Khalid kerana bimbang Selangor akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) jika Khalid terus menerajui kepimpinan negeri itu.

Tekanan ke atas Khalid semakin bertambah apabila Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman turut menggesa beliau mengundur diri atas sikap gemar membuat keputusan bersendirian dan sering membelakangkan parti.

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan Ini

Model pakaian Muslimah,Felixia Yeap akan mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadhan ini sempena hari ulang tahun kelahirannya.

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Militan: Anggota Rela, Tentera Laut Ditahan

Seorang anggota Rela dan kakitangan Angkatan Tentera Laut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan tempatan.

Anggota Rela berkenaan pernah ditahan di Kuala Kangsar pada 25 Jun dan dua hari selepas itu dia kemudiannya ditangkap oleh pegawai Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Dengan penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang, sejak operasi khas dilancarkan pada 28 April.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya anggota Rela yang ditahan itu merupakan pakar membuat senapanag buatan sendiri yang telah dirampas dalam operasi sebelum ini.

"Kami juga percaya dia membekalkan peluru untuk latihan kumpulan militan berkenaan.

"Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman turut menyerbu sebuah rumah di Shah Alam pada 28 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata kakitangan tentera laut yang ditahan itu dipercayai membantu ahli kumpulan militan berkenaan menyeludup masuk ke Malaysia selepas mereka selesai latihan di luar negara. 

CCTV: Dalang Yang Meletakkan Tengkorak Kepala Lembu Di Rumah Rayer Tersebar.. Siap Joget-Joget lagi..

Dari video yang dipertontonkan ini, dapat digambarkan bahawa si pelaku bermotosikal ini memang hanya berniat untuk suka suka sahaja meletakkan tengkorak kepala lembu di rumah Adun Dap Seri Delima ini.

Tidak terpancar rasa geram dan serius dengan niat melepaskan kemarahan terhadap kebiadaban Rayer Yg melabelkan orang Umno celaka.

Mungkin orang Rayer sendiri yang melakukan kerja terkutuk ini ataupun mungkin ada pihak ketiga yang menangguk di air keruh utk melaga lagakan untuk mencetuskan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain.

Yang pastinya, orang Umno tidak buat kerja ini. Selama lebih setengah dekad kita merdeka, walau marah macamana sekalipun , perbuatan seumpama ini tidak pernah dizahirkan dengan perbuatan. 

Pua dan Liu Perlu Diajar Mengenai Industri Air - MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam dua pemimpin DAP yang menyalahkan kerajaan negeri terhadap gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa daerah di negeri itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Pengerusi DAP Negeri, Tony Pua dan bekas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu yang menuduh kerajaan negeri dan Khalid yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Sebaliknya Khalid menegaskan kedua-dua pemimpin DAP itu perlu diajar mengenai industri air di Selangor.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan negeri dalam isu tersebut, malah Khalid yang agak terkejut dengan kenyataan dua pemimpin kanan DAP itu berkata mereka gagal memahami sejarah penstrukturuan air yang telah dilaksanakan.

"Saya terkejut kerana Liu sebelum ini pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama satu penggal, dia masih tidak faham mengenai pelaksanaan penstrukturan air dan kerja yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk rakyat.

"Bagaimanapun, saya yakin Unit Perancang Ekonomi (Upen) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sangat gembira untuk mengajar Pua dan Liu mengenai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dan mengapa Syabas sering persalahkan dalam isu ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz di sini.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Pua yang menyoal mengenai janji kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi dalam tempoh lima bulan akan datang, Khalid berkata beliau mengakui agak sukar untuk memastikan tindakan ia tidak berlaku kerana Syabas tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air yang lain.

"Menurut perkiraan kami, bekalan air di empangan dan sungai mencukupi. Bagaimanapun sekiranya bekalan air di loji rawatan yang dimiliki Syabas gagal berfungsi, adalah sangat sukar untuk memastikan bekalan air cukup untuk menampung keperluan rakyat.


"Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mengambilalih aset air (Syabas) mereka dalam tempoh enam bulan anda boleh melihat pusingan catuan air. Namun mereka (pemimpin DAP) menggunakan cara ini untuk menyalahkan kerajaan negeri dan diri saya sendiri," kata Khalid.

Pua dalam satu kenyataan pada pagi Sabtu, berkata gangguan bekalan air yang berlaku selepas kerajaan negeri berjanji tidak akan berlakunya gangguan bekalan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah tersebut.

"Apabila bekalan air terganggu beberapa hari selepas kerajaan negeri berjanji tiada lagi gangguan bekalan akan berlaku, tidak ini menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan semua Exco Kerajaan Negeri seperti orang bodoh?," katanya.

Tiong Lai Mula Tugas Rasmi Sebagai Menteri Pengangkutan


Sehari selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Pengangkutan yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini terus turun padang bagi memulakan tugas rasmi pertamanya.

Tiong Lai telah menyertai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada  majlis perasmian Kompleks Parkir Bertingkat 'Park n Ride' Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang, di sini pagi ini.

Beliau bersama-sama Timbalan Perdana Menteri melawat kompleks tersebut dan beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri majlis itu.

Presiden MCA itu yang ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, jawatan menteri yang diberikan kepadanya merupakan satu tanggungjawab yang berat dan amat penting untuk membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memajukan negara.

"Saya memang telah bersama Perdana Menteri apabila beliau memperkenalkan pelbagai pelan transformasi tetapi pada masa itu saya adalah Menteri Kesihatan, dan sekarang saya berada di Kementerian Pengangkutan. Saya rasa misinya sama.

"Misinya adalah untuk menjayakan transformasi negara, oleh itu saya akan pastikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang telah ditetapkan Kementerian Pengangkutan dapat dilaksanakan dengan baik dan cepat," kata Liow.

Najib pada Rabu lepas mengumumkan pelantikan baharu lima wakil MCA dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam barisan jemaah menteri dan timbalan menteri termasuk menamakan Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan.

Menyentuh jawatan baharu yang dipegangnya, Tiong Lai berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang sebelum ini memangku jawatan Menteri Pengangkutan, pada Isnin ini bagi berbincang tentang isu-isu berkenaan pencarian pesawat MH370.

Katanya, perbincangan itu akan melibatkan semua perkara termasuk tugas-tugas jawatankuasa yang ditubuhkan selain meningkatkan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang lebih tiga bulan lalu.

"Kami akan bincangkannya kerana seluruh operasi ada empat jawatankuasa daripada kementerian berbeza...jadi bukan semuanya daripada Kementerian Pengangkutan tetapi juga Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal menuju Beijing, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepasdari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, kementerian juga akan menjalankan siasatan berhubung kemalangan di tapak pembinaan projek aliran transit massa (MRT) jajaran LRT Kelana Jaya, yang menyebabkan kecederaan kepada sepasang suami isteri.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan orang ramai dan tindakan tegas akan diambil jika kejadian itu didapati disebabkan oleh kecuaian pihak kontraktor.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, suami isteri tersebut, yang menaiki sebuah kereta, cedera apabila ditimpa bahan binaan LRT yang jatuh ke jalan raya di tapak pembinaan MRT, Jalan Lapangan Terbang Subang, dekat sini. 

Saturday, June 28, 2014

Guna kalimah Allah dalam gereja bermuslihat agenda kristianisasi

Kedegilan pihak gereja yang tetap bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dilihat mempunyai 'muslihat' atau agenda kristianisasi, kata Pengerusi Ulama Muda Umno (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman.

Menurut beliau, dari segi perbahasan ilmiah, kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian atau agama lain selain Islam, seperti dalam perbualan.

Namun, katanya, berdasarkan perbahasan keadaan semasa, penggunaan kalimah Allah seperti yang diingini oleh penganut Kristian iaitu untuk upacara keagamaan di gereja, dilihat tidak sesuai dan lebih cenderung kepada agenda kristianisasi.

"Tapi selepas itu, kita pergi ke sudut yang kedua, iaitu fiqh al waqi'

"Maksud Fiqh al Waqi ini ialah situasi semasa. Kalau situasi semasa di Selangor kita dapati menggunakan kalimah Allah yang biasa guna ialah orang Islam..

"Jadi bila digunakan orang yang bukan Islam, kita dapati di situ ada sedikit seperti masalah yang berbentuk muslihat. Sebab Kristian ada gerakan kristianisasi. Antara caranya, beginilah (guna kalimah Allah di gereja)," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam akhbar terbitan mingguan The Herald.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh anggota, mencapai keputusan majoriti 4-3 itu, yang difahamkan ini kali pertama panel sebesar itu mendengar sesuatu permohonan rayuan.

Bagaimanapun, penganut Kristian khususnya di Selangor tetap bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka di gereja, walaupun Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri ini telah memaktubkan ianya adalah dilarang.  

Presiden Majlis Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Jagir Singh dalam satu portal sebelum ini pernah membidas enakmen tersebut dengan mengatakan penggunaan kalimah Allah di gereja hanya di kalangan penganut Kristian saja, dan bukan untuk sebaran kepada penganut Islam.

Mengulas mengenai perkara itu, Fadlan yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al Quran dan Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, itu hanyalah alasan pihak berkenaan yang mahu menjustifikasikan perbuatan mereka.

Oleh itu katanya, pihak berkuasa agama negeri perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan implikasi yang lebih buruk terhadap akidah umat Islam.

"Dalam beberapa kes sebelum ini di beberapa gereja di Selangor dan Kuala Lumpur, ada program yang dibuat dalam gereja, ada penganut Islam yang berada di dalam.

"Ini satu benda atau ancaman kepada orang Islam.

"Amat penting supaya rakyat Malaysia mentaati, tak kira agama mana sekalipun, bila ada pemimpin, kita ikut apa garis panduan yang diletakkan pemimpin. Kalau ada bantahan, elok guna saluran yang dibenarkan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menyeru agar pihak berkuasa negeri, kerajaan dan NGO Islam agar bekerjasama memperbanyakkan wacana perbincangan bagi memberi kefahaman kepada orang Islam dan orang bukan Islam, khususnya berkaitan enakmen dan undang-undang yang berkaitan, demi mengelakkan salah faham dalam tuntutan beragama.

PAKATAN PANAS TELINGA BACA SINDIRAN TUN MAHATHIR!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilihanraya tidak menerima kemenangan pihak lawan.

Menurutnya, kerajaan pilihan rakyat mestilah dihormati bukannya dijatuhkan.

"Negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya.

"Selagi mereka tidak sanggup kalah dalam pilihanraya, selama itulah demokrasi tidak akan berjaya di negara mereka. Jika negara Arab ingin menjadi demokratik, pilihan rakyat melalui undi mestilah dihormati," katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog Chedet, hari ini.

Jelasnya, demokrasi tidak mudah untuk diamalkan ekoran terlalu banyak syarat yang perlu dilaksanakan.

"Syarat terbesar ialah institusi pentadbiran yang ada mestilah terima pemerintahan parti yang menang. Sewaktu pilihanraya, anggota pemerintahan bebas mengundi sesiapa saja. Tapi setelah kerajaan didirikan, mereka hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat.

"Syarat ini dikenakan kepada pasukan polis dan tentera. Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.

Tegasnya, perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata bukan sahaja menjadikan negara itu tidak demokratik malah tidak stabil.

Malah katanya, demonstrasi besar-besaran dan lain-lain tindakan ganas menghalang pemerintah sehingga akhirnya kerajaan jatuh akan sia-sia ekoran ia mengakibatkan ketidakstabilan negara dan ekonomi.

"Di negara maju dan demokratik, yang kalah terima kekalahan dan terima kedudukan sebagai pembangkang. Mereka menunggu pilihanraya akan datang untuk bertanding sekali lagi. Mereka mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi keputusan pilihanraya dihormati," katanya. 

GURU SEKOLAH AGAMA DAN DIA JUGA PEMIMPIN PAS, TAPI MULUT DAN LIDAHNYA PENUH DENGAN HASUTAN!!!

Dengan menggunakan kedudukan dan jawatannya, MAT RAZALI BIN MAT LAZIM yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tun Mustapha, Papar, Sabah, memanjangkan fitnah dan hasutan yang tidak mendatangkan sebarang faedah melainkan keburukan.

MAT RAZALI BIN MAT LAZIM yang berasal dari Besut, Terengganu juga merupakan AJK PAKSI SABAH dan pengkuliah tetap PAKSI. PAKSI atau Pusat Khidmat Sosial Islam adalah NGO tajaan PAS.

Lelaki ini setiap minggu akan memberikan ceramah dan kuliah agama. Namun Ceramah dan Kuliah Agama itu hanyalah namanya sahaja, sedangkan yang sebenarnya adalah CERAMAH DAN KULIAH HASUTAN serta FITNAH yang tidak henti-henti. Hanya tajuk ceramah yang baik tetapi apabila dia mula membuka mulut, tidak ada satu kebaikan pun yang keluar.

Agama orang ini adalah mengutuk semua dasar-dasar kerajaan dan tanamkan sifat benci jemaah yang hadir mendengar majlisnya kepada kerajaan, kepada pentadbir sekolah tempat dia mencari rezeki dan memusuhi pihak keselamatan terutama sekali CAWANGAN KHAS PDRM yang seringkali dikatakannya sebagai pengkhianat negara, manakala anggota-anggota Cawangan Khas PDRM pula adalah MUNAFIQ.

Beranggapan orang di Sabah semuanya jahil-jahil dan boleh diperdayakan dengan cerita-cerita murahannya, MAT RAZALI BIN MAT LAZIM seharusnya dikenakan tindakan oleh Kementerian Pelajaran kerana orang ini bukan sahaja tidak layak sebagai seorang guru, bahkan dia sebenarnya adalah pembohong sepanjang masa, ditambah pula dengan tingkat pengetahuannya yang terlalu rendah.

Tidak itu sahaja, Kerajaan Negeri Sabah seharusnya menggunakan kuasa autonominya dengan menghalau dan menghalang orang itu daripada memasuki Sabah buat selama-lamanya.

Kebencian terhadap PDRM khususnya pasukan Cawangan Khas yang banyak terlibat dalam memastikan keselamatan di Sabah, merupakan elemen utama yang ditanam oleh golongan yang bersekongkol dengan musuh terutama sekali lanun-lanun Sulu, sepertimana enam orang lanun Sulu yang baru ditangkap dan diberkas oleh polis dua hari lepas.

Menurut sumber, MAT RAZALI kurang memberikan perhatian kepada kerjanya. Di sekolah tempat dia ditugaskan, dia lebih banyak mendakyah guru-guru lain untuk menyertai PAS dan menjadi tukang kempen dan juru propaganda kepada Pakatan Rakyat.

Agak aneh juga memandangkan Jabatan Pelajaran Sabah tidak mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap MAT RAZALI sekalipun prestasi kerjanya tidak memuaskan langsung. Begitu juga dengan JAHEAINS - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan JAKIM Sabah turut berdiam diri dengan aktiviti PAKSI di Sabah tanpa mengambil sebarang tindakan atau sekurang-kurangnya bermuzakarah dengan ustaz-ustaz ajaran songsang seperti MAT RAZALI LAZIM ini.

Apakah kerana kebanyakan pegawai-pegawai dalam JAHEAIS dan JAKIM merupakan penyokong PAS, maka mereka memejamkan mata dan memekakkan telinga? Kalau tidak, bagaimana orang seperti MAT RAZALI LAZIM ini boleh mendapat tauliah penceramah daripada badan agama Islam di Sabah sedangkan agama yang diajarnya adalah mengutuk dan mencerca serta memaki hamun?

Kali terakhir dia berkuliah adalah pada 22 Jun 2014 jam 8:30 sehingga 11:00 pagi di Surau Riadus Solihin, Taman Austral Park, Kota Kinabalu yang dihadiri oleh 30 orang ahli PAS dan pelajar kawasan sekitar. Tajuk ceramahnya adalah PENAWAR HATI BAGI YANG LALAI.

Malangnya, tidak ada satu perkara pun membabitkan PENAWAR HATI BAGI YANG LALAI diperkatakan dalam ceramahnya, sebaliknya yang diceramahkannya adalah kutukan terhadap Kerajaan dan CERCAAN terhadap Cawangan Khas PDRM yang dituduhnya menghalang kerja-kerja dakwah Islam di Sabah.

Dakwah Islam yang dimaksudkan oleh MAT RAZALI adalah mengembangkan dongeng dan fantasi ajaran agama songsang yang cuba disandarkan kepada Islam. Ini adalah kerana, baru-baru ini JAHEAINS mengeluarkan surat meminta NGO-NGO Islam melaporkan aktiviti-aktiviti mereka atas sebab-sebab keselamatan.

Justeru, MAT RAZALI menanggapi arahan tersebut sebagai kerja Cawangan Khas PDRM Sabah yang telah memberikan nasihat kepada JAHEAINS.

Orang yang tidak kenang diuntung serta mengharapkan musuh asing menyerang dan menakluk Sabah itu, perlu dikeluarkan dari Sabah dan dikenakan hukuman setimpal! 

PAS Pecat Ahlinya Yang Pergi Berjihad Di Bumi Syria...



PAS pusat telah membuat keputusan untuk memecat salah seorang ahlinya yang pergi berjihad di bumi syria, menurut setiausaha agung pas, stopa ali, berkata, pas pusat memecat ustaz lotfi kerana pas berpendapat, ustaz lotfi menyokong keganasan dan pas pusat menolak dan tidak menyokong sebarang bentuk keganasan seperti yang di sertai oleh ustaz lotfi.

Sebenarnya pas bukan tidak menyokong apa yang ustaz lotfi buat tu, tapi pas menerima ugutan dari sekutunya iaitu dap supaya memecat orang-orang yang terlibat dalam perjuang jihad bagi membantu umat islam si syria, maklum lah cina tetap cina, mereka tidak senang dengan sifat keberanian orang melayu/islam.

Jadi ustaz lotfi ini menjadi mangsa ketakutan pas kepada sekutunya dap.

ANWAR UBAH TAGLINE KEPADA PARTI REFORKERUSI

Laman sosial pro PKR, ‘Archidea Cronixx’ (aq) mencadangkan parti menukar slogan ‘Reformasi’ kepada ‘Reforkerusi’ memandangkan insiden membaling kerusi sangat sinonim dengan pemilihan parti itu.

“Boleh aq tukaq tagline REFORMASI ke REFOKERUSI untuk KEADILAN ?,” kata ‘aq,’ laman sosial yang dilihat cenderung membela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain mencadangkan penukaran slogan, ‘aq’ turut memberitahu PKR sedang cuba untuk mengesan identitinya kerana membuat beberapa pendedahan apa yang sedang berlaku dalam parti sejak mutakhir ini.

Petikan dari laman sosial ‘Archidea Cronixx’ seperti berikut :

‘KENALPASTI’ ARCHIDEA CRONIXX ?

Sejak lewat mlm td aq terima mesej2 whatsapp dan panggilan rakan2 seperjuangan yg memberikan info bahawa aq sedang “dikenalpasti” oleh pimpinan Keadilan terutamanya DS Anwar Ibrahim, mengapa ya ?
Adakah kerana hanya ”posting” aq di FB inikah yang menyebabkan DS ingin ”kenalpasti” aq yang marhein nie ?

Atau..

Adakah dengan arahan untuk “kenalpasti” aq ini maka aq perlu menghentikan segala ”posting” kebobrokan dalaman KeADILan terutamanya dalam Pemilihan Parti 2014 ?

Sekiranya DS fikir aq akan ”tunduk” itu adalah satu kesilapan besar, semangat aq lahir kerana DS adalah idola & inspirasi aq selama bertahun lamanya sehingga mlm aq dan pejuang marhein digelar sbg ”pengkhianat” semata-mata kerana meluahkan ketidakpuasan hati melalui serahan memorendum.

Ertkata ”Lawan Tetappppp Lawan” sudah sebati dalam diri aq dan adakah kerana pimpinan menuju kearah kehancuran maka aq perlu ”diamkan” diri ?

HIPOKRIT DALAM PKR ?
Presiden Parti keADILan Rakyat pun bersikap “HIPOKRIT” ???

Mana tidaknya pada mesyuarat biro politik pada 27 Mei 2014 yang lalu jelas saudara Malik Husin “mencampakkan” sampul surat berisi wang RM3000 di atas meja dan menjelaskan beliau telah di sogok dengan wang tersebut dari pejabat Timbalan Presiden..

Siapakah Timbalan Presiden yang disebutkan beliau ?

Beliau sebagai berkata sanggup menerima cacian dan maki hamun dalam mempertahankan parti tetapi tidak akan sanggup menerima rasuah !!!

Sambil menunding kepada YB Xavier “…please tell your boss saya ada maruah dan prinsip”…

Presiden sebagai pengerusi mesyuarat dan Ketua Umum juga berada pada mesyuarat tersebut dalam…

Bukti jelas tatapi apa tindakannyang telah diambil ???
Senyap dan minta semua Ajk jangan memanjangkan kejadian tersebut diluar..

Ini kah kepimpinan yang perlu kita sanjung?

Ahli biasa dibuat macam hamba abdi…

Pemimpin berkongsi buat kejahatan.. 

Ikon Wanita Muda Yang Cantik Menjadi Taruhan DAP Selepas Dyana Sofya

Sebagai sebuah parti yang berteraskan cauvinistme Cina, DAP bijak mengatur langkah untuk mengambil hati orang-orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Setelah mereka hampir berjaya dengan formula yang mereka gunakan di PRK Teluk Intan dengan memperkenalkan gadis Melayu bernama Dyana Sofya, DAP tidak berpaling lagi. Formula yang sama akan turut digunakan pada masa hadapan.

Ini dapat dilihat melalui sessi pengenalan ahli baru DAP yang dikenali sebagai Rara Othman. Satu ketika dahulu beliau dikenali sebagai gadis BERSIH. Beliau adalah penyelaras segmentasi wanita muda SAMM. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. Setelah lama memerhati, semalam beliau menyertai DAP. Bukan calang-calang gadis kalau Ahli Parlimen DAP Segambut, YB Lim Li Ping sendiri turun padang untuk menerima borang keahlian.

Pastinya Rara akan merupakan salah seorang calon yang bakal mewarnai PRU14 yang akan datang. Formulanya mudah, cantik, bertudung, berpelajaran pastinya tiket yang mudah untuk menarik pengundi-pengundi Melayu. Namun teringat kata-kata seorang sahabat CTS ketika PRK Teluk Intan, Rakyat hendak memilih Wakil Rakyat, bukannya Ratu Cantik.

Syabas Tidak Pasti Bila Krisis Air Selesai....Aikkk Syabas Sudah Dibawah Kerajaan Selangor..Apa Sudah Jadi Ni?

Dalam pada rakyat diminta tidak bimbang dengan bekalan air sepanjang mendepan musim El Nino, namun lain pula yang berlaku dan dialami sesetengah penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kira-kira 758,976 kediaman di lima wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan terjejas, demikian jelas Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Menurutnya, secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rizab bekalan air kurang dari satu peratus atau negatif apabila berlaku permintaan berlebihan.

"Syabas jangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan. Ia bergantung kepada bila loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, beberapa kawasan sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih diurus Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass) dan LRA Sungai Langat yang diurus Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Beberapa kawasan sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) diurus Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

"Kes ini disebabkan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air itu. Ini yang menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu.

"Walaupun LRA SSP1 beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Priscilla berkata, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun lalu, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) dikurangkan Splash berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

"Pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

"Bagi membantu mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan yang masih terjejas, Syabas terus menggerakkan lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," katanya.

KEMENTERIAN KEWANGAN WAJAR SAMAN BERITA FITNAH LULUS KASINO KEDUA

Tersebar meluas FITNAH macai PR di media sosial yang menuduh kerajaan BN meluluskan kasino ke 2 berikutan tuduhan oleh Azmin Ali di Keadilan Daily .

Pastinya tuduhan jahat ini teraraha kepada Kementerian Kewangan dan ia dinafikan oleh Timb Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai "BERITA FITNAH , MOF TIDAK PERNAH MELULUSKAN LESEN KASINO KEDUA "

GPB sarankan Kementerian Kewangan segera SAMAN kepada media pembangkang ini kerana menyebarkan berita berniat jahat & mencemarkan imej kementerian. 

Penipuan Dalam Pemilihan : Ahli PKR Saman JPP

Belum pun reda kekecohan pemilihan ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Raja, hari ini anggota cabang PKR Ampang bercadang memfail saman ke atas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) atas tuduhan menipu.

Anggota cabang Ampang mendakwa penipuan undi berlaku ketika proses pengundian melibatkan calon penyandang, Zuraidah Kamaruddin.

“Ada yang tak kena dengan keputusan undi dan kami yakin terdapat penipuan. Kami tak mahu cakap banyak, sebaliknya biar mahkamah yang tentukan.

“Kalau kita bertegang leher, masalah ini akan menjadi lebih parah dan memalukan parti,” kata seorang ahli cabang, Ali Hassan.

Katanya, saman akan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan sekumpulan anggota cabang akan berada di mahkamah pada pukul 3 petang semalam.