Followers

rantau ku sayang

Sunday, September 28, 2014

Dua ADUN PAS “broker dan barua”dapat sambutan wira dari DAP


Digelar pengkhianat serta broker dan barua oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

unnamed“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh Kalau Dah Tahu Buat Tunggu Lagi?


Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.

"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.



"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS. 

Saturday, September 27, 2014

MEMANG SAH MB BARU NI MABUK KETUM!!!


Dasar manusia tak sedar diri sungguh Menteri Besar Selangor yang baru ni ye. Jenis orang yang tak mengenang jasa, memang macam tu la perangai dia gamaknya.

Sudah la sebelum ni dia naik jadi Menteri Besar pun diatas sokongan dan dokongan PAS. Itu pun dia masih tak reti nak hargai dan ucap terima kasih jugak ke?

Pun dia masih lagi nak tikam parti tu dari belakang dengan mengurangkan kuota lantikan Exco seperti yang telah dipersetujui sebelum ini? Memang tak tau malu betul.

Bukan setakat itu sahaja. Malah Si Menteri Besar yang baru tu telah memberikan lebihan kerusi kepada parti dia sendiri. Itu menunjukkan dia juga mengamalkan KRONISME.

Kalau sebelum ini, bukan main lagi dia menghentam pimpinan parti dia yang dituduh menjadikan KRONISME dan NEPOTISME sebagai amalan biasa.

Tapi hakikatnya, dalam masa yang sama, dia pulak yang tunjuk perangai MUNAFIK secara terbuka. Dia jugak yang mengamalkan KRONISME dalam pentadbiran dia.

Mungkin Si Menteri Besar yang baru tu lupa bahawa komposisi PKR dalam Rejim Pakatan Selangor tu kini melebihi dari orang lain yang lebih banyak menang dalam Pilihan Raya lepas.

Dia lupa bahawa jawatan dia juga boleh dikira sebagai salah satu bahagian dalam komposisi Exco tu juga. Maka sekarang PKR bukan ada 4 orang wakil. Tapi diorang ada LIMA!!!

Adakah itu menunjukkan bahawa parti tu mengamalkan Keadilan dan menghargai parti - parti lain yang dah menang lebih banyak kerusi dalam PRU yang lalu?

Jika kita lihat semula, sokongan rakyat lebih banyak diberikan kepada PAS dan DAPigs. Maka sebab itu diorang dapat jumlah kerusi yang lebih besar dari PKR.

PAS dan DAPigs masing - masing dapat 15 kerusi. Manakala PKR hanya setakat ada 13 kerusi je. Tapi diorang pulak nak tunjuk KONONnya diorang ni lebih besar dari orang lain.

Tapi, kalau dah jenis manusia yang mudah lupa daratan macam puak - puak PKR tu, memang payah la nak bercakap apa pun. Orang jenis tak sedar diri ni, baik campak dalam longkang je lagi baik!!! Jadi pemimpin pun setakat pandai menyusahkan orang je!!!

SELEPAS KG BUAH PALA,KINI KG PULAU TIKUS PULA BAKAL RANAP


Seorang warga emas memegang kad manila yang tertera sejarah perkampungan Siam di Lorong Burma ketika berada dihadapan rumah warisan Siam datuknya yang dibina lebih 160 tahun yang lepas.

Sebanyak 17 buah rumah kediaman dan perniagaan masyarakat Siam di kampung berkenaan yang terletak di belakang Balai Polis Pulau Tikus telah diminta untuk dikosongkan bagi projek pembangunan hotel.

Perkampungan Siam ini wujud setelah Siam dan Burma mula menetap di negeri ini hampir 200 tahun yang lalu.Tanah ini telah diberikan kepada komuniti Siam dan Burma oleh Syarikat India Timur bagi pihak Queen Victoria pada 1845.


Namun penduduk dan perniagaan komuniti di kampung berkenaan tidak mahu mengosongkan perkampungan berkenaan. Mereka merayu kepada Five Star Heritage Sdn Bhd memberi kepentingan kepada warisan budaya kampung mereka.

Lebih 50 masyarakat Siam di perkampungan Siam itu membuat bantahan semasa aman supaya pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah mereka hari ini. 

Video...Neelofa Terima Hidayah dari Al Quran

 

Friday, September 26, 2014

PRKPengkalanKubor : BN Menang Dengan Majoriti Besar...

Tahniah untuk semua jentera Barisan Nasional yang bertugas.... 

Hadi Mahu Empat Exco PAS Dikekalkan Dalam Barisan Baru


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kepada Menteri Besar Selangor yang baru Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan empat exco dari PAS di dalam senarai exco yang akan dihantar kepada Sultan Selangor hari ini.

Hadi membuat keputusan tersebut sungguhpun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar keempat-empat exco PAS tersebut sebagai pengkhianat kerana kekal menjawat jawatan tersebut pada penghujung era pemerintahan Khalid.

"Presiden kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberitahu Azmin mengenai hal ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Empat exco PAS yang dimaksudkan adalah ADUN Sabak Sallehin Mukhyi, Dr Halimah Ali (Selat Klang), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Iskandar Abdul Samad (Cempaka).

Keempat-empat exco ini telah meletakkan jawatan mereka semalam sebagai menghormati perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang menamatkan pemerintahannya, isnin lalu.

Menurut mereka, lantikan ke dalam barisan exco merupakan pilihan Khalid dan kini menteri besar baru telah mempunyai barisan exco sendiri yang akan diumumkan kelak. 

Suara Tun Pada Pemimpin Mesti Tegas, Berani, Beriltizam - Tun M


Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.
  
"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," katanya dalam ucaptama bertemakan 'Kepimpinan dan Pengurusan Krisis' pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
  
Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.
  
"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya.
  
Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia untuk campur tangan dan menghapuskan sebarang amalan buruk. 
  
"Ini menuntut kepimpinan yang kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan," katanya. 

Wednesday, September 24, 2014

Ustaz Kazim Elias Sindir Anwar Ibrahim Pasal MB Selangor

 

Video Saksikan lah.....Undilah Haji Mat Razi Untuk Pengkalan Kubor

 

Lagi Panas Ni.....Empat Exco Selangor letak jawatan


Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan serta-merta semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau  letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.

"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau dalam pada itu berkata Pas Selangor sebenarnya menjadi penyelamat  utama dalam krisis menteri besar hingga berjaya mengelakkan berlakunya pilihan raya negeri.

"Empat Exco Pas yang terus kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid sebenarnya membawa semangat dan prinsip PR sepanjang tempoh krisis berlaku.

"Empat orang Exco ini pada hakikatnya menjadi penyelamat dan menghalang dari berlakunya pilihan raya negeri kerana kita tetap kekal mendengar arahan Pas Pusat dan terus bersama kerajaan menteri besar (kini bekas), sekali gus menyelamatkan kerajaan negeri.

"Mereka juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan jika ada Adun Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

"Akhirnya, kemelut menteri besar ini sudah berakhir dan saya  bersyukur ia berakhir dengan baik," katanya.

Beliau merujuk empat Exco Pas yang meletak jawatan itu melibatkan Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan beliau sendiri yang kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid.

Semalam, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid di Istana Alam Shah.

Iskandar turut menzahirkan kesediaan Pas dalam bekerjasama dengan Mohamed Azmin dan yakin mampu bekerja dengan baik demi kebajikan dan kemajuan rakyat.

Sementara itu, Sallehen berkata, beliau tiada masalah jika bukan lagi Exco dan menyifatkan semua Adun Pas yang lain juga mempunyai kredibiliti masing-masing terpilih untuk menggantikannya.

“Saya seronok kalau nama saya digugurkan. Kuasa memilih barisan Exco adalah terletak pada menteri besar dan ia terpulang sama ada Azmin ingin mengekalkan empat Exco Pas yang lama atau melantik yang baharu.

“Cuma dalam parti saya rasa masih akan tetap mengekalkan Exco yang sedia ada sebab masing-masing sudah ada perancangan dan elok untuk meneruskannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar, di Istana Alam Shah, semalam.

Sementara itu beliau menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai jahil dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat kenyataan mendakwa empat Exco Pas sebagai ‘pengkhianat’ kerana tidak meletak jawatan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor menyaksikan “belang” sebenar pemimpin tertinggi PKR dan DAP.


Kemelut yang berlaku semasa krisis Menteri Besar Selangor menjadi medan ujian kesetiakawanan mereka. Sehingga malam ini tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi PKR yang turun untuk membantu calon PAS di PRK Pengkalan Kubor.

Krisis Menteri Besar Selangor telah menyaksikan buat pertama kalinya PAS tidak akur 100% terhadap arahan PKR dan DAP. Kita dapat lihat percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu Menteri Besar Selangor. Banyak bilangan “U-turn” yang telah dibuat oleh PAS sehingga mereka dilihat sebagai terlalu “bodoh” ,”lemah” , “pengecut” dan tidak berpendirian.

Ekoran dari tindakan PAS membelakangkan keputusan PKR dan DAP dalam krisis Menteri Besar Selangor inilah yang telah membuatkan pemimpin tertinggi DAP dan PKR telah bertindak seolah-olah memboikot PRK Pengkalan Kubor. Kelibat mereka masih lagi gagal dilihat di sekitar Pengkalan Kubor.

Sebelum ini rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PAS sekadar dijadikan sebagai “toilet” oleh DAP dan PKR. Dengan kata lain sesungguhnya PAS hanya dipergunakan dan diperkudakan demi kepentingan DAP dan PKR. Segala kerja “kotor” yang tidak ingin dan tidak mampu dilakukan oleh PKR dan DAP akan digalas oleh PAS.

Dalam sebarang demonstrasi jalanan yang dibuat oleh pakatan rakyat sebelum ini PAS lah yang dikerahkan bagi menyediakan jentera untuk merempuh pasukan polis, baring tengah jalan, melaung-laung dan memekik-mekik walaupun demo itu bermotifkan kebebasan lesbian, biseksual, gay dan transgendar (LGBT) yang jelas bertentangan dengan prinsip PAS.

Begitu juga dalam isu Kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible versi Melayu. Walaupun dikalangan ahli PAS sendiri menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible namun pemimpin tertinggi PAS “terpaksa” mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan oleh Kristian dengan “berlapikkan” ayat selagi tidak disalahgunakan.

Semasa arak dirampas oleh Hassan Ali daripada dijual di kawasan Melayu yang majoritinya merupakan pelajar-pelajar Melayu UiTM, PAS telah tunduk kepada tekanan dari DAP dan PKR untuk memecat Hassan Ali disamping “mengarahkan” agar arak tersebut dipulangkan.
Kita Cuma berharap agar PAS tidak terus membiarkan maruah dan kehormatan mereka “dipijak” sewenang-wenangnya demi kerakusan sebuah kuasa untuk menakluk negara. Mereka perlu fikirkan kepentingan agama, bangsa dan negara. PAS perlu mencari kekuatan untuk memulihkan semula maruah diri mereka. 

Tarik ker...sultan Tak suka lu...


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memutuskan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, beliau menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Berikut adalah kenyataan penuh Wan Azizah:

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini berikutan perkembangan terbaru perlantikan menteri besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1.      MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2.      MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3.      Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4.      Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

5.      Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi. 

6.      Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan. 

ALI DITAHAN SEMULA SEBAIK SAJA DIJAMIN


Aktivis Ali Abd Jalil ditahan semula oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan sebaik sahaja dijamin di Mahkamah Shah Alam sebentar tadi.

Polis tidak menyatakan dengan spesifik mengapa Ali ditahan semula tetapi berkata beliau dibawa ke Johor untuk membantu siasatan.

Peguam Ali New Sin Yew berkata, tiada sebab bagi polis menahan anak guamnya yang sudah membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 jika ia untuk siasatan kerana menghasut.

“Jika beliau dituduh kerana memuat naik mesej berbentuk hasutan di Facebook, saya tidak tahu mengapa beliau dibawa ke Johor. Beliau tinggal di sini. Ini merupakan satu gangguan,” kata New kepada pemberita di luar mahkamah hari ini.

Ali tiba di mahkamah jam 3 petang ini, diiringi New dan polis, serta membayar ikat jamin.

Bagaimanapun, sebaik saja membayar RM8,000 ikat jamin, New memberitahu wartawan anak guamnya ditahan semula dan dihantar ke Johor.

“Polis tidak sebut secara jelas kenapa Ali dihantar ke Johor walaupun komen Facebooknya dibuat di Kuala Lumpur,” kata New.

Semasa meninggalkan kawasan mahkamah, Ali sempat bercakap dengan kira-kira 20 aktivis dan penyokong yang berkumpul di luar pintu masuk utama kompleks mahkamah.

“Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja,” kata Ali disambut sorakan dan tepukan.

Ali  yang ditahan reman di penjara Sungai Buloh selepas didakwa kerana menghasut, mendakwa dia dipukul seorang pegawai penjara.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada malam pertama dia ditahan pada 8 September.

Difahamkan laporan polis dibuat oleh abangnya di balai polis Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.

Ali memberitahu keluarganya dia dipukul sewaktu mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh.

Dia pertama kali masuk penjara pada 8 September, dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang dikatakan menumbuk, menampar dan memukulnya mengunakan baton dan paip getah di dalam sebuah bilik kosong.

Ali bagaimanapun mendakwa kejadian itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya dan dia tidak dapat memaklumkan sesiapa perkara itu kerana dia tidak dibenarkan berjumpa sesiapa sebelum Jumaat, apabila dia bertemu New.

Dia yang didakwa kerana menghasut pada 8 September berhubung posting Facebook yang dibuatnya pada Januari berkata, seorang lagi warden mengugutnya mengatakan banduan lain juga akan memukulnya.

Ali, yang juga bersama pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU), dituduh membuat posting yang mengandungi kenyataan berunsur hasutan dalam laman Facebook bernama “Kapitalis Bangsat” dalam tiga komen berasingan, dituduh memperkecilkan Kesultanan Johor dan menyeru supaya ia dimansuhkan. 

Apa nak jadi dengan Nik Aziz ni....Ucapan Doanya

 

Mari teropong di sebalik tindakan Khalid tutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor


'Seronok Faekah nak tunjuk kuasa semalam. Biarlah, hari terakhir...'.Itu kalimah ringkas yang agak sinis ditulis Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Seri Setia,Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad di laman twitter beliau pagi Selasa.

Hal yang dimaksudkan ialah keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor Isnin,yakni pada hari akhir Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar tutup Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang yang beliau tujukan ayat itu tentulah pada Faekah Husin yakni Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Ini kerana beliau yang keluarkan kenyataan media memberitahu mengenainya.

Faekah ialah orang kuat Tan Sri Khalid Ibrahim.Sebelum pegang jawatan CEO MBI beliau ialah Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar itu.

Beliau memang vokal dalam mempertahankan Khalid dan diketahui umum ramai kalangan pimpinan PKR geram padanya.

Dari satu sudut keputusan ini memang nampak lawak sikit.

Bunyi macam Khalid ' pecat' Anwar sebelum langkah keluar.

Ibarat kata orang yang hari ini nak berhenti macam nak ' kasi ajar' tutup pejabat kawan itu.

Sebaliknya orang yang ganti Khalid Menteri Besar ialah Azmin Ali.Sudah tentu sebagai orang kanan Anwar - kalau mahu- beliau boleh petik jari buka balik Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jadi ia dilihat sebagai satu keputusan tidak bermakna dan macam orang lepas geram kerana sour grape.

Mungkin Nik Nazmi nak perli Faekah 'nak tunjuk kuasa' pada hari akhir.

Setakat ini tidak tahulah bagaimana kedudukan Faekah sebagai CEO MBI.Apakah kekal atau tidak.

Faekah sebelum ini sudah umum keluar PKR kerana hilang kepercayaan pada parti itu dalam isu jawatan Menteri Besar.

Namun ada kalangan pemerhati politik yang baca tindakan Khalid itu dari sudut lain.

Mereka merasa ia tindakan simbolik untuk lenyapkan kewujudan Anwar secara rasmi dalam pentabiran Selangor.

Ini dikatakan mungkin juga ada kaitan dengan beberapa tindak tanduk Ketua Umum PKR itu yang terus menerus melanggar titah Sultan Selangor dalam isu Menteri Besar.

Juga mungkin tentu ramai nak tengok samada Azmin akan lantik semula bos politiknya itu dalam arus pentabiran pimpinanya.

Istana baru-baru ini dikatakan membayangkan Sultan tidak mahu Menteri Besar yang ' remote control'.

Ini yang dikatakan antara faktor yang buat nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail tergelincir.

Kini sudah pasti ramai yang akan mula teropong samaada Azmin Menteri Besar yang ' bebas' urus sendiri negeri ikut akujanji sumpah jawatan depan Sultan Selangor.

Sementara itu ketika ditanya mengenai hal ini semasa sidang akhbar di Istana Alam Shah selepas angkat sumpah jawatan,Azmin kata beliau akan meneliti alasan kenapa Khalid tutup pejabat Penasihat Ekonomi Negeri itu sebelum buat apa-apa keputusan mengenainya.


BERIKUT IALAH KENYATAAN FAEKAH HUSIN ISNIN


MMKN PUTUSKAN PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR DITUTUP

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang merupakan pusat sehenti dan memiliki pegawai-pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

FAEKAH HUSIN

KETUA PENGAWAI EKSEKUTIF

MENTERI BESAR SELANGOR PEMERBADANAN (MBI) 

PERANGAI JAHAT PENGHASUT MELAYU SAMA MELAYU SUDAH BERMULA?


DAP yang telah menyokong pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mahu Azmin bertindak memecat empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS yang dianggapnya sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat. 

HOT! Anwar Risau Azmin Bakal Kuasai PKR dan Pakatan?


Anwar nak jadi MB Selangor sebab sumber kewangan yang mudah untuk beliau guna dalam perjuangan politik beliau. Bila beliau gagal, diletak pulak proksinya sebagai penganti. Hasratnya hanya mahu menguasai Selangor supaya mudah beliau mendapat wang. Tak kiralah secara bulanan, ataupun melalui projek.

Anwar sekarang dalam keadaan yang tertekan dan menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Jika Azmin dilantik sebagai MB Selangor, Anwar pasti risau kedudukan beliau sebagai KETUM dan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Sudah pasti Azmin mempunyai kuasa kewangan yang kuat dan mampu menjaga diri sendiri. Dirisaukan akibat kuasa kewangan yang besar, Anwar tidak lagi mampu membendung Azmin dan Azmin bakal merampas kuasa dalam parti PKR.

Sebagai panglima perang Anwar yang paling lama dan masih setia. Sudah tentu kemahiran memberontak dan rampasan kuasa yang dihalalkan Anwar, bakal Azmin praktikkan kelak.

Kita hanya perlu tunggu dan lihat..

Ternyata perubahan kuasa di Selangor bakal menyaksikan lanskap politik yang akan berubah didalam pucuk pimpinan PKR.

UMNO Selangor juga perlu persiapkan diri untuk menghadapi serangan dari MB baru. Kerana Azmin benar-benar orang politik yang terlatih, berbanding Khalid Ibrahim lebih kepada pengurusan.

Kalau UMNO Selangor masih mengekalkan rentak lama, dan barisan yang sudah dua kali gagal dalam PRU. Nescaya kali ni, kemungkinan besar, UMNO Selangor bakal ditanam hidup-hidup.

RESOLUSI TIDAK IKHLAS PENUH KEBENCIAN-DENDAM-KESUMAT


RESOLUSI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN BERHUBUNG PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pada hari ini, 22 September 2014 berikutan perkembangan terbaru perlantikan Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah resolusi yang telah diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut:

1. MPP mengambil maklum bahawa pada 22 September 2014, pihak Istana telah mengutuskan satu surat memaklumkan kepada Saudara Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN akan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ke atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau telah juga dijemput untuk upacara angkat sumpah pada 23 September 2014.

2. MPP melahirkan rasa yang amat kesal dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak Istana terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memenuhi kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dengan sokongan majoriti 30 ahli Dewan Negeri. MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

3. Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan.

4. Walau bagaimana pun, MPP juga mengambil kira keperluan menyelesaikan isu perlantikan Menteri Besar Selangor ini secepat mungkin demi menjaga kepentingan rakyat.

5. Makanya, MPP telah memutuskan untuk menghormati permintaan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau menarik diri dari dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Berikutan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar Saudara Azmin Ali dikemukakan sebagai calon Menteri Besar supaya pencalonan Saudara Azmin Ali itu adalah dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi.

6. Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa. MPP menegaskan juga bahawa proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) di masa hadapan.

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN