Followers

rantau ku sayang

Friday, October 31, 2014

Kebodohan Khalid Samad Semakin Terselah...Bina Susah Tak Bina Pun Susah


Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN - Baling) hari ini bertikam lidah mengenai penubuhan kilang mencetak al-Quran di Shah Alam.

Menurut Khalid, masalahnya bukan kerana negara ini kekurangan naskah al-Quran tetapi kerajaan BN tidak mengikut apa yang terkandung dalam kitab suci Islam itu.

 

“Berani Buat Berani Tanggung, Tak Usah Nak Mengabui Rakyat” – Syed Ali


Anwar juga kata beliau, tidak perlu bersusah payah untuk ‘menyalak’ di depan khalayak kononnya akan terus berjuang walaupun didapati bersalah meliwat.
Dalam nada sinis beliau berkata, perjuangan orang yang buruk moralnya tidak akan memberi manfaat kepada rakyat.
“Nak berjuang apa lagi, selama ini pun berjuang bukan untuk rakyat, tetapi berjuang untuk selamatkan diri dan keluarga, perjuangan agenda peribadi kerana gila kuasa,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.
Beliau mengingatkan Anwar walaupun kemungkinan dirinya ‘;terlepas’ dari pengadilan dunia tetapi di akhirat kelak pasti akan mendapat pembalasan.
“Maknanya, kalau kita tak buat salah, buat apa nak takut, buat apa nak adakan perhimpunan haram nak beritahu diri tak bersalah, ini perbuatan orang yang tidak takut kepada pembalasan Tuhan,” tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi, belum ada lagi pemimpin politik yang terbabit kes liwat diterima rakyat, kalau ada pun hanya segelintir yang berkepentingan.
“Buat apa nak menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak heret oprang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau,” tegasnya.
Menurut beliau, orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah terbaik dan sempurna.
“Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih,” tegasnya lagi.
Katanya, Anwar tidak sewajarnya memperalatkan orang ramai termasuk para mahasiswa supaya turut bersimpati terhadap nasib dirinya.
Beliau berkata, tindakan Anwar mengheret sebilangan mahasiswa Universiti Malaya (UM) supaya bersimpati dengan nasibnya amat memalukan.
Beliau kesal kerana segelintir mahasiswa turut terpedaya dengan ‘lakonan akhir’ Anwar malam tadi (Isnin).
Katanya, tindakan tersebut bukan setakat mencemarkan nama baik universiti berkenaan malah turut mengecewakan orang ramai kerana kampus telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi.
“Saya kasihan tengok Anwar, menyalak ke sana ke sini untuk beritahu konon dirinya bersih, sepatutnya gunakanlah mahkamah mempertahankan diri,” ujarnya.
“Terimalah hakikat, terima ketentuan Allah S.W.T, kalau tak buat, buat apa nak takut, tak payah nak bagi tahu kononnya diri tidak bersalah
Tambah beliau lagi, Anwar juga seharusnya belajar untuk menerima kenyataan dan bukannya berterusan menyalahkan pihak lain,.
“Saya harap Anwar boleh terima apa jua keputusan mahkamah, kerana semua itu adalah ketentuan Illahi,” tegasnya.
Beliau turut menasihati penyokong Anwar supaya bersikap terbuka dan rasional apabila menerima keputusan yang akan diputuskan oleh mahkamah.
“Tak payah nak buat kecoh, terimalah realiti sebenar bahawa Tuhan itu tahu segala-galanya,” ujar beliau.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan akhir Anwar berhubung sabitan kes liwatnya terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dikekalkan atau beliau dibebaskan.
Anwar yang kini dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta seorang penjamin dijatuhi hukuman tersebut pada 7 Mac lalu.

Video....Penyokong Saiful dakwa penyokong Anwar dapat RM300

 

Antara sebab kenapa PKR tak gelarkan Ketua Muslimah pada Ketua Wanita PKR.


Datang dari jauh sampai ke Putrajaya tetapi Masjid dikawasan tu susah nak pergi...Janganlah kita nak menunjuk nunjuk sehingga rambut pun berjuntai.Memang lah nak solat dimana mana pun boleh tengoklah tempat dan keadaan...lah.

Azeez Rahim Balun Kaw Kaw Tian Chua...


Program Permata Negara (Permata) bukan diwujudkan khusus untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya penubuhan pusat itu sejajar dengan keperluan alternatif terhadap pendidikan awal kanak-kanak., tegas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

"Isteri kepada mana-mana pemimpin kebiasaannya mempunyai minat terhadap sesuatu perkara.

"Tanpa disengajakan, isteri kepada perdana menteri kita sangat berminat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sama ada penubuhan Permata adalah sebagai 'tailor made' untuk menaikkan nama Rosmah.

Bagaimanapun Tian berkali-kali cuba mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila menyifatkan bahawa program Permata adalah 'tailor made' untuk isteri Perdana Menteri.

Kenyataan Tian turut disokong oleh beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang).

Tidak berpuas hati dengan sikap wakil rakyat pembangkang itu, Abdul Azeez sebaliknya menyifatkan mereka sebagai 'busuk hati' kerana menyerang isteri perdana menteri ekoran kerja amalnya itu.

Program Permata yang dinaungi Rosmah adalah sebuah agensi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

Menerusi Bajet 2015, kerajaan memperuntukan sebanyak RM711 juta bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak yang turut diagihkan untuk Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan Tabika Perpaduan. 

PEGUAM ISLAM TAKUT BELA ANWAR? ANTARA HUKUM AGAMA DAN DUNIA


Dalam perhatian tertumpu kepada keputusan yang bakal di buat oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar nanti kita terlupa mengenai barisan peguam Anwar ini.

Di ketuai oleh bekas hakim iaitu  Gopal Sri Ram tetapi di mana sebenarnya peguam-peguam kanan Melayu yang dulu gah membela Anwar!!


Rakyat khususnya orang Melayu yang berakal harus berfikir kenapa peguam-peguam kanan Anwar pergi meninggalkan Anwar dan tidak mahu membela beliau lagi yang adapun hanyalah di belakang tabir saja bukan sebagai pembela hadapan.

Adakah peguam-peguam kanan ini tidak lagi mahu bersubahat dengan Anwar dan takut pada hukum hakam Agama Islam.

Beliau turut mempersoalkan di mana perginya peguam-peguam Melayu Islam.  Sedangkan bukan Islam pun tahu akan hukum hakam Islam mengenai liwat kenapa tidak kita yang sememangnya Islam ini?

Apapun tahniah kepada peguam-peguam Islam yang mula celik dan peguam-peguam Islam yang sudah lari dari bersubahat dengan insan bernama Anwar Ibrahim.

ANWAR MELIWAT - Sampai Masanya Giliran Shafee Pula...Jeng...Jeng


Mukadimahnya mudah , jangan pula ada pihak yang masih lagi menuding jari kepada mana-mana pihak kononnya Anwar Ibrahim tidak diberikan ruang yang secukupnya untuk membela diri dalam kes rayuannya terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang memutuskan beliau sebagai bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Sejak 28 Oktober yang lalu , pihak mahkamah sudah pun menunjukkan tahap profesionalnya dengan membenarkan barisan peguam Anwar untuk mengemukakan hujah masing-masing sehingga berlanjutan ke hari ini.Anwar yang diwakili oleh 14 orang peguam rasanya sudah mendapat secukupnya ruang dan berdasarkan keputusan terkini mahkamah telah membenarkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyampaikan hujahnya pada pagi esok (Jumaat).

Tak cukup dengan itu , pada hari Isnin nanti pasukan peguambela diberikan sekali lagi peluang untuk menjawab hujah-hujah daripada pihak pendakwaan.

Kalau diambil kira keputusan diatas sememangnya manusia bernama Anwar tidak perlu lagi menuding jari kepada sesiapa kerana sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada beliau semenjak kes ini dibawa kemahkamah.

Sesuatu yang membuatkan Anwar gementar kini adalah Shafee , Ketua pihak pendakwaan yang dikira sudah pun melenyapkan sebahagian daripada impian Anwar untuk terus kekal bebas.

Shafee dalam kenyataannya semalam jelas konsisten dan memberikan tumpuan terhadap perjalanan kes ini dan beliau menyatakan bahawa TIADA perkara baru dalam hujah peguam bela Anwar , atas sebab itu beliau yakin mahkamah akan mensabitkan hukuman terhadap Anwar.

Dalam perkembangan yang sama, Shafee berkata, adalah hak mantan Hakim Persekutuan Gopal Sri Ram untuk mengwakili Anwar dan pihak pendakwa tiada sebarang bantahan.

Sehingga hari ini hujah peguam Anwar hampir sama dengan hujah mereka baik di mahkamah tinggi mahupun mahkamah rayuan malah beliau yakin bahawa Mahkamah Persekutuan bukan sahaja mempertahankan hukuman Mahkamah Rayuan, akan tetapi akan menambahnya sesuai dengan seksyen 377B kanun keseksaaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.

Satu kenyataan yang amat digeruni oleh Anwar memandangkan jika apa yang disebut oleh Shafee itu berlaku maka Anwar pastinya akan terus lenyap dalam arus politik negara dan beliau sudah boleh melupakan segala hal melibatkan politik waima kedudukan parti PKR sekalipun. 

Thursday, October 30, 2014

PENYOKONG PKR REDA, BIARLAH ANWAR DIPENJARA UNTUK BETULKAN KESALAHANNYA


Biar Anwar Berehat Demi Kembalikan Aura Sebuah Perjuangan

Selama lebih 12 tahun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dalam kes liwat yang dihadapinya… Kali ini saya berharap agar Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh. Bukan kerana saya benci Anwar, bukan kerana saya tak suka Anwar, bukan kerana saya marah dengan Anwar… Beribu tulisan saya sejak 1998 membela Anwar… tapi lihat, akhirnya saya sendiri jadi mangsa kerakusan mereka yang pegang kuasa.

Mereka yang menyorok belakang tabir ketika Anwar dipecat dulu kini tampil mengatakan merekalah pejuang sejati, walhal kembali selepas diterajang dek parti. Mereka ambil alih perjuangan selepas melihat PKR kuat. Ketika parti lemah mana mereka semua ini. Pernahkah mereka rasa nikmat REFORMASI?. Sekarang .. biarkan mereka semua ini lalui zaman itu. Barulah mereka sedar pengorbanan orang-orang lama….

Maka, bagi saya perjuangan keadilan itu lebih bermakna dan terasa auranya bila Anwar kembali ke dalam…. bila Anwar di luar, terlalu ramai pencacai dan penjilat yang mengampu dan merosakkan minda Anwar hingga banyak keputusan yang dibuat mutakhir ini menyinggung hati dan perasaan rakan seperjuangan.

Biarlah Anwar di dalam untuk beliau bermuhasabah dan PKR kembali berubah tidak lagi tersasar dari matlamat perjuangan asal. Soal Anwar salah atau tidak dengan Saiful biarlah HAKIM AKHIRAT yang tentukan, tapi berehat itu lebih baik dari terus menjadi mangsa provokasi yang mendatangkan kontroversi itu sebenarnya.

Mohd Shukri Mohd Ramli
CMK@Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat 

Gambar di hadapan Istana Kehakiman hari ini agak berbeza dari semalam

 Anwar Ibrahim tidur di banglo mewah, penyokong merempat di tepi jalan.

Cubaan Tian Chua Rempuh Sekatan Polis Dimaki Ahli PKR


Beberapa individu yang mengenakan 'vest' berlambang parti PKR mengherdik Naib Presiden parti Tian Chua ketika cuba merempuh sekatan polis di hadapan Istana Kehakiman hari ini.

Tian Chua yang berarak dari arah Masjid Besi Putrajaya ke Istana Kehakiman sebagai protes terhadap pertuduhan liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaubagaimanapun gagal membolosi sekatan tersebut.

Salah seorang dari ahli PKR yang berada di barisan hadapan pagar sekatan berpaling ke arah Tian Chua memarahi Ahli Parlimen Batu itu dengan berkata "jaga status kita," dengan nada marah.

Tian Chua yang terkejut kemudiannya cuba menenangkan pemuda tersebut.

Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
 

Bangangnya YB Cakap Begini....‘Air Mani Boleh Jumpa, Tapi MH370 Tak Boleh Pula’ – Hannah Yeoh


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyerang Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa merancang Kes Liwat 2 apabila mendakwa pimpinan parti itu menjumpai kesan air mani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sedangkan kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang tidak mampu dicari.

Hannah Yeoh berkata, beliau tidak dapat mempercayai apabila kes liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR itu dihadapkan di Mahkamah dan menggunakan cara yang sama bagi menjatuhkan Anwar dengan mempenjarakan beliau.

“Perkara ini sukar dipercayai di Malaysia malah juga kawan-kawan kita di luar negara termasuk pada media antarabangsa di mana dalam negara ini, kita mampu menemui sperma yang kecil akan tetapi kita tidak boleh cari sebuah pesawat besar.

“Apabila kes yang melibatkan Saiful dan Anwar berlangsung, saya tidak boleh percaya dengan mata dan telinga di mana mereka menggunakan cara yang sama terhadap Anwar.
“Cuba anda semua bayangkan bahawa semua menteri, badan kehakiman dan semua pihak terlibat sama bagi menyelesaikan kes yang dihadapi oleh ketua umum.
“Untuk pengetahuan anda semua usaha dan tenaga yang sama yang dilakukan oleh kerajaan didalam kes Datuk Seri Anwar.

“Oleh itu kita semua perlu pantau Barisan Nasional (BN) dan kerajaan bagi memastikan mereka lakukan tugas sebaiknya selaku kerajaan persekutuan,” katanya ketika berucap di Padang Stadium Mini 3K di sini, malam tadi.

Program yang disertai 500 penyokong pembangkang itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping.
Beliau menjelaskan, terlalu banyak kesalahan dan tuduhan yang dilemparkan oleh kerajaan UMNO/BN terhadap Anwar dan ianya telah dapat dibuktikan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh para pelajar di bawah bimbingannya.

“Saya minta pelajar saya membuat satu kajian kerana kerajaan BN suka menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim segalanya yang berlaku di Malaysia.“Jadi minta mereka buat kajian bagi mendapatkan berapa banyak kes yang mereka menyalahkan Anwar.

“Dalam hasil kajian singkat mereka dapat hasilnya seperti ‘Selangor Residence Agree Anwar Is Responsible Of Political Crisis’, ‘Mahathir Blame Anwar On Going Crisis in Selangor’, ‘Anwar Is The Man Behind On Menteri Besar Crisis’ di mana MCA mengatakan hantar guru bangsa Cina ke sekolah jenis Cina juga salah Anwar. Malah televisyen juga mengatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu juga salah Anwar dan banyak lagi yang mereka mengaitkan dengan beliau,” katanya.
Beliau menambah, tiada keadilan yang diberikan di dalam kes liwat Anwar kerana segala keputusan yang dilakukan pada hari sama berlangsungnya perbicaraan bagi menghalang beliau menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang lalu.

“Keadilan tidak hanya disampaikan, keadilan seharusnya juga dirasai dan dilihatkan.
“Kita berkumpul pada hari ini kerana orang ramai tidak dapat melihat keadilan didalam kes Anwar. Kes beliau terus dibicarakan dan dilakukan keputusan pada hari yang sama. Keputusan mahkamah tersebut hanya untuk mencegah beliau daripada bertanding sebagai calon PRK DUN Kajang yang lalu,” katanya lagi. 

Wednesday, October 29, 2014

Apabila si bodoh bercakap tentang Islam...


ISLAM DIJADIKAN AGAMA DAN ALLAH SWT DIJADIKAN TUHAN apabila mereka terdesak untuk menyelamatkan diri dari terbunuh dalam peperangan politik negara.

Rakyat yang mereka tipu melalui Pilihanraya menagih janji untuk dibela dan dijaga tapi malang mereka (PR) hanya tahu menyalak kerajaan.

Mereka tidak mampu memerintah kawasan apatahlagi negara tanpa Anwar Ibrahim yang terpaksa mereka pertahankan dengan tiga empat kerat manusia yang tidak berakal.

Bukti jelas, lihat saja apa yang berlaku semalam dan hari ini apabila anjing-anjing upahan membawa anjing-anjing yang tak tahu apa menyalak di UM dan PUTRAJAYA.

Aku tidak salahkan mereka kerana mereka dengan apa cara sekalipun terpaksa selamatkan Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi pencatur (Tuan Anjing) yang mengarahkan apa yang perlu mereka buat. 

Khairy hentam Malaysian Insider cuba gambarkan Ali dan Alvin sebagai hero


Kalau nak putar ini cerita pun janganlah sampai hendak memperbodohkan orang.Semua orang tahu apa yang aktiovis pembangkang,Ali Abdul Jalil yang lari ke Sweden buat dan apa yang blogger seks,Alvin Tan yang lari ke Amerika buat.
Seorang hina institusi raja secara terbuka dan soerang lagi hina agama Islam dengan aksi daging babi dan perangai tidak bermoral langsung.

Namun portal pro pembangkang,Malaysian Insider nampak macam nak tonjolkan mereka sebagai hero yang teraniya.

Ini yang buat Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut mempersoalkan ' mainan' portal itu.

Dalam posting di laman facebooknya Isnin,Khairy menulis :

Saya ada masalah besar dengan artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro-Pakatan ini (baca dibawah).

Artikel ini bermula dengan: "Keputusan Ali Abd Jalil dan Alvin Tan mencari suaka politik berbanding berdepan dengan sistem keadilan bagi kesalahan mereka merupakan simptom peningkatan kekecewaan anak muda berhubung tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik, kata penganalisis."

Ini memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu ini terpaksa lari dari Malaysia, mencari perlindungan di luar negara sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan yang tidak membernarkan kritikan dan kebebasan bersuara. Sebab itu ditulis tentang "tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik."

Mari kita semak semula kes-kes Ali dan Alvin ini. Apakah kes mereka ini merupakan kritikan politik? Apakah mereka ini musuh politik kerajaan? Wajar kita semak semula segala details berkenaan kes mereka sebab mengikut spin artikel ini, mereka adalah pelarian politik yang menentang kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan bersuara.

Dalam kes Alvin, ramai yang sedia makulm bahawa beliau didakwa di mahkamah bukan kerana mengkritik kerajaan tetapi kerana telah muat naik gambar 'bak kut teh halal' yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Gambar tersebut boleh dilihat dibawah.

Dalam kes Ali pula, memang betul beliau mengkritik UMNO tetapi beliau didakwa di mahkamah bukan kerana itu tetapi kerana komen tentang institusi Raja. Antara komen beliau, mahu raja dihapuskan dan Sultan rasa negara ini "kepala bapak depa punya." Tulis "kami berani mati," ini baru kena dakwa di mahkamah terus lari.

Tengok permainan portal pro-Pakatan ini? Tak sebut langsung apakah kesalahan sebenar dua orang ini. Memberi gambaran seolah-olah mereka ini hero anak muda yang menentang kerajaan atau polisi kerajaan. Sengaja cuba tutup fakta-fakta kes dimana mereka didakwa kerana menghina perkara-perkara yang sensitif.

Nak jadikan mereka ini ikon orang muda? Nak kata mereka ini contoh bagi orang muda di Malaysia? Saya rasa majoriti anak muda Malaysia lebih suka melihat dua orang ini tidak kembali semula ke tanahair. 

Wibawa mahkamah: Anwar talam dua muka, kata Khairy


Ketua Pemuda Umno  Khairy Jamaluddin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhenti mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman atau mengaitkan kerajaan kepada tuduhan liwat yang dihadapinya.

“Kerajaan tidak memaksa Anwar buat apa yang beliau dituduh buat kepada Saiful. Anwar sendiri dituduh buat perkara itu, jadi kenapa nak dibicarakan kredibiliti kerajaan?,” kata Khairy dalam Facebooknya.

 “Seorang individu dituduh buat satu kesalahan, satu negara kena tanggung isu ini daripada usaha untuk memburukkan imej negara di mata dunia sampai demonstrasi sana-sini yang cuba dianjurkan oleh penyokong-penyokong Anwar," kata beliau.

Khairy berkata dalil Anwar bahawa badan kehakiman hanya boleh dianggap bebas dan adil jika beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak masuk akal.

Beliau  berkata sebelum ini Anwar meletakkan segala kepercayaan dalam sistem perundangan negara apabila menyaman beberapa pihak termasuk beliau (Khairy) sendiri.

“Bagi Anwar, hanya keputusan yang memihak kepada beliau boleh membuktikan mahkamah kita bebas dan adil. Ini logik apa? Patut dia terima apa sahaja keputusan. Jangan cakap hanya satu keputusan sahaja yang boleh diterima,” kata beliau.

“Sudah banyak kali Anwar bawa kes saman malu ke mahkamah, termasuk dua menentang saya. Bila timbul kes saman malu yakin pula beliau dengan institusi kehakiman kita. Banyak juga kes yang beliau menang. Yang itu beliau boleh terima sebagai bukti kebebasan institusi kehakiman. “ tegas Khairy.

Khairy menggesa Anwar untuk tidak lagi bersifat hipokrit dengan hanya menerima keputusan kes yang memihak beliau dan menolak yang lain sebagai tidak adil dan dipengaruhi kerajaan.

“Saya tak tahu macam mana lagi mahkamah kita boleh memberi peluang yang secukup-cukupnya pada Anwar,” kata beliau.

 “Bagi yang tak ingat, kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos, 2008. Ya, 2008. Bukan kes yang dibawa secara ekspres tapi diberi masa bertahun-tahun. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. 67 kali. Kebanyakkannya atas permintaan peguam Anwar,” kata beliau.

“Apa sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara. 

Rayuan liwat: Shafee nampak relaks hadapi pasukan peguam bela Anwar


Panjang cerita...asalnya semua menduga keputusan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diketahui selewat-lewatnya petang Khamis.Ini kerana prosiding kes itu asalnya ditetapkan dua hari Selasa dan Rabu saja.
Namun berdasarkan rentak perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu terhadap bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan yang bermula pagi Selasa di Mahkamah Persekutuan Putrajaya silap haribulan ia boleh lajak sampai hari Jumaat.

Apapun setakat ini keputusan yang telah dibuat ialah perbicaraan akan dilanjutkan sampai Khamis.

Ia diumumkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang juga ketua penal lima hakim yang mengadili kes rayuan berkenaan.

Beliau menyatakan demikian sejurus sebelum perbicaraan berehat pada sebelah tengahari.

Lanjutan itu kerana untuk memberi masa kedua-dua pihak peguam pembela dan peguam pendakwa berbalas hujah.

Perbicaraan sebelah pagi sampai ke petang bertumpu kepada penghujahan oleh ketua pasukan peguam bela Anwar,Datuk Seri Gopal Seri Ram.

Ketua Pasukan peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui wartawan memberitahu giliran beliau berhujah dijadualkan awal pagi esok Rabu tetapi mungkin pada lusa,Khamis.

Menurutnya pihak mahkamah menunda kes ini sehari lagi iaitu sehingga Khamis.

Beliau tidak tolak kemungkinan ia boleh berlanjutan sampai Jumaat.

"Ini kerana, selepas saya berhujah, mereka (pasukan peguam bela) perlu menjawab hujah saya," katanya.

Sekalipun pasukan peguam bela Anwar tampil dengan pelbagai hujah setakat ini,Shafee nampak relaks sahaja.

"Kita mendengar hujah mereka... hujah yang mana kita sudah jangka. Bukan perkara yang kita tidak jangka. Jadi, kami rasa... kita sudah dapat jawapannya," katanya.

Beliau memberitahu pasukannya sudah bersiap sedia dengan pelbagai isu yang berbangkit dan juga isu yang tidak berbangkit sebelum ini oleh pasukan peguam bela.

"Seperti yang anda tahu ini adálah rayuan terakhir. Jadi banyak isu yang akan timbul dan juga isu yang tidak pernah berbangkit sebelum ini,"katanya.

Kelibat Shafee di sekitar mahkamah memang mencuri perhatian ramai.

Beliau yang dilantik khas oleh pejabat Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwa kurang disenangi oleh pasukan Anwar.

Sebelum ini mereka tiga kali cuba menerusi proses mahkamah mengugurkan beliau dari pasukan pendakwa.

Setelah beliau tampil mengetuai pasukan pendakwa dan menerusi hujah-hujahnya,Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Mahkamah Rayuan pada hari itu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatas Anwar kerana bersalah meliwat Saiful.

Pengurusan UM lapor polis....Inilah Cara ANWAR Budaya Merosakkan Minda Pelajar


Inikah Pemimpinan PKR nak jadikan Rule model kepada rakyat Malaysia?Kawasan hak orang lain senang senangnya dilanggarnya...apa tah lagi apabila dapat kuasa Negara...Masyallah Boleh bayangkan lah.

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan penyokong fanatik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kampus selain turut merosakkan pagar pintu masuk utama universiti itu semalam.

Ketua Unit Media dan Koprat UM Izzad Zalman Abd Kadir berkata, laporan polis itu dibuat bagi menuntut siasatan dilakukan polis berhubung tindakan penyokong fanatik Anwar yang didakwa menceroboh ke kawasan kampus tanpa mendapat kebenaran pihak universiti.

"Program yang dianjurkan tidak mendapat kebenaran pihak universiti. Dan pihak kami akan menjalankan siasatan dalaman serta mengambil tindakan ke atas mahasiswa yang menyertai program pidato itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihak universiti sudah mengeluarkan amaran kepada pelajar dan kakitangan universiti untuk tidak menyertai program tersebut sebelum ini dan mereka sedia maklum mengenai tindakan yang akan dikenakan sekiranya ingkar.

Izzad Zalman berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut yang akan dilakukan polis dan sedia bekerjasama dalam membantu siasatan. 

Saman fitnah: Kes Hadi berlangsung di Terengganu...Teruk Betul Lah Ahli PKR Saman Presiden PAS


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ingin mengikuti perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi, pagi ini.

Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya seawal jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya.

Sementara itu, Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul yang juga Ketua AMK Dungun.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal hadir bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul sebagai plaintif pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada PRU13 lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden Pas itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda. 

Tuesday, October 28, 2014

PINTU PAGAR UM DIROBOH BAGI BAGI BERI ANWAR MASUK DAN BERCERAMAH TANPA PERMIT


Bahalul punya DAPig 
Memang tidak diroboh... Tetapi tetap berlaku jenayah pecah masuk.

Hebat sungguh pelajar-pelajar universiti di Malaysia hingga sanggup menghalang polis daripada melakukan tugas mereka sehingga menyebabkan pintu pagar masuk utama Universiti Malaya (UM) roboh.Semua ini gara-gara mempertahankan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang akan ditentukan nasibnya esok hari di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Kepada pihak pentadbir UM, tiada cara lain kecuali mengambil tindakan ke atas pelajar yang terbabit dalam membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kampus tanpa persetujuan universiti.

Jelas, Anwar Ibrahim kini terdesak untuk meraih simpati rakyat dan pelajar dalam usaha meyakinkan bahawa tiada keadilan keladanya dalam kes liwat ini biarpun mahkamah usdah lebih 100 kali tertangguh.

GAMBAR PAGAR PECAH DAN ANWAR CEROBOH KE DALAM UM MALAM INI!






Monday, October 27, 2014

Hari Perhitungan Buat Anwar Ibrahim


Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?

Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.

Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.

Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan"perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan".

Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.

"Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita," kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.

Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29 Okt.

Ditanya sama ada Mahkamah Persekutuan akan terus membuat keputusan selepas mendengar rayuan itu seperti yang dilakukan Mahkamah Rayuan dalam perkara berkaitan rayuan pendakwaan atau sama ada panel hakim yang bersidang akan membuat penghakiman pada tarikh lain, Ramkarpal Singh berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.

Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, memberi terus keputusan lisan selepas mendengar rayuan itu selama dua hari.

Ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan itu, Ramkarpal Singh menjawab "semakan bergantung kepada keputusan mahkamah".

Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sungguhpun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, umumnya perkara ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.

Dalam rayuannya, Anwar akan diwakili sepasukan peguam terkemuka diketuai Datuk Sulaiman Abdullah yang mengambil alih sebagai peguam utama berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Pada 14 Okt, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah orang yang sesuai dan layak mengetuai pasukan pendakwaan, sekali gus menamatkan usaha ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara 'fiat' (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.

Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.

Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.

Panel itu turut memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika membela diri dalam dakwaan liwat merupakan penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan dan untuk Anwar berjaya dalam pembelaan dirinya, menjadi kewajipan padanya untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal dakwaan itu.

Bagaimanapun, Anwar tidak langsung menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, kata panel itu.

"Beliau tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat masuk dan keluar dari kondominium pada masa yang dinyatakan. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa beliau dilihat memasuki lif untuk ke tingkat lima kondominium dan kemudiannya beredar dari situ," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.