Serangan pembangkang terhadap Hassan Malik bermotifkan politik.
Namun perkara yang paling mendukacitakan apabila sesetengah blogger
kononnya pro UMNO turut menyerang beliau gara-gara kurang atau tidak
faham langsung teori ekonomi yang berasaskan kepada penawaran dan
permintaan. Apabila kurang permintaan terhadap contohnya ayam yang naik
harga maka pembekal tidak mempunyai pilihan melainkan menurunkan harga
ayam demi mengatasi masalah lambakan ayam di pasaran.
Teori asas penawaran dan permintaan (laws of supply and demand)
menyatakan bahawa keseimbangan harga pasaran dan kuantiti sesuatu barang
berada pada titik pertemuan antara permintaan pengguna dan penawaran
pengeluar. Di sini, kuantiti yang ditawarkan sama dengan kuantiti yang
diminta adalah seimbang.
Jika harga berada di bawah titik keseimbangan di mana pengguna
meminta barang dari apa yang mahu dikeluarkan oleh pengeluar ia
dipanggil kekurangan barangan. Kekurangan barangan menyebabkan harga
naik di mana pengeluar akan menaikkan harga sehingga ia mencapai titik
keseimbangan. Jika harga barang berada di atas titik keseimbangan maka
berlaku lebihan barangan. Pengeluaran akan menurunkan harga sehingga ia
mencapai titik keseimbangan.
Isu ayam ini telah menjebak Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik
sehingga beliau telah difitnah meletakkan jawatan. Namun beliau telah
menafikan meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Laman
media sosial telah digunakan oleh blogger yang “cari makan” “hentam
orang” untuk menyebarkan fitnah yang tidak bertanggungjawab.
Sepatut para blogger yang pro UMNO berjihad secara berterusan
melaporkan kebenaran pihak pembangkang yang pro Kristian menggunakan
kalimah Allah dalam agenda memurtadkan umat Islam. Begitu juga dengan
berleluasanya pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di
negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Isu bunuh dan tembak juga
didominasikan oleh negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Ini
merupakan penanda aras berleluasa nya kegiatan kongsi gelap. Kaitan
kongsi gelap dan pembangkang juga perlu terus didedahkan demi memastikan
Negara bebas dari belenggu jenayah mereka.
Tindakan pihak berkuasa yang terlalu lambat mengambil tindakan ke
atas jenayah yang dilakukan oleh pihak pembangkang juga perlu
diwar-warkan demi keadilan semua rakyat. Oleh itu para blogger yang
menghentam kerana gagal memahami ekonomi kerana taraf pendidikan yang
tidak mencukupi perlu merujuk kepada mereka yang lebih berilmu supaya
diri sendiri tidak dimalukan.
Laporan Polis telah di buat bagi menafikan Hassan Malik meletakkan
jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Ini sebenarnya penting
demi “mengajar” mereka yang kurang “adab” dan “pelajaran”. Disamping
itu ianya juga menjadi kayu pengukur untuk tindakan yang lebih agresif
dan berani terhadap sebarang fitnah yang cuba dibuat oleh pihak
pembangkang.
Disamping itu monopoli dan pasaran dunia juga telah menyumbang kepada
berlakunya peningkatan harga barangan seperti kenaikan tarif elektrik
dan bahan bakar . Oleh kerana harga barang asas dikawal kerajaan maka
harga barangan lain bergantung kepada penawaran dan permintaan.
Pengguna mempunyai kuasa menentukan harga barangan dengan bersepakat
dalam memilih barangan untuk dibeli. Hidup kita ini selalu berkait rapat
dengan pilihan. Oleh itu pengguna perlu membuat pilihan yang bijak.
Sikap pembangkang yang mempersoalkan subsidi gula 20 sen kepada
rakyat walaupun kerajaan telah menjelaskan sebab musababnya menunjukkan
konsistennya mereka “menghentam” kita. Namun sebahagian blogger
kononnya pro UMNO gagal mengekalkan momentum sehingga menyebabkan mereka
“menghentam” sesama sendiri atau adakah mereka ini dibayar oleh
pembangkang.
Dalam keadaan pembangkang mengkritik dan memfitnah kononnya kerajaan
boros, pembangkang sendiri telah mengadaptasikan gaya hidup boros
melampau dalam keadaan negeri pembangkang mengalami defisit yang teruk.
Pembelian kereta mewah Guan Eng perlu dijustifikasikan dengan betul.
Penang mengalami defisit namun Ketua Menterinya bermewah-mewah.
Langkah-langkah kerajaan dalam mengamalkan pentadbiran yang
berasaskan perbelanjaan secara berhemah cuba ditenggelamkan dengan isu
Hassan Malik dan lain-lain lagi. Isu Kenaikkan melampau gaji adun dan
speaker Selangor inilah antara isu yang perlu terus diwar-warkan kerana
ini melibatkan wang rakyat. Segala janji untuk rakyat demi kepentingan
rakyat tidak dilaksanakan. Penindasan ke atas rakyat ini perlu dibela.
Berjihadlah dengan jalan dan niat yang betul jika kita cari keredhaan
dan keberkatan Allah. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berani
kerana benar. Jangan jadikan diri kita hamba duit.
sumber: Mykmu.net