Followers

rantau ku sayang

Sunday, June 1, 2014

DAPigs PUNYA PASAL, RAFIZI PULAK KENA UGUT???

"Kenapa Mak jadi mangsa Nyah???" 
Wah!!! Nampak gayanya kemelut dalaman PKR ni masih belum selesai rupanya. Banyak lagi cerita menarik mengenai 'Pesta Buih' diorang tu yang masih belum terdedah.

Jika tadi kita dah baca cerita pasal Si Ketua Penipu tu kena tengking. Kali ini, giliran Si Rafizi tu pulak kena ugut. Tapi pasal apa pulak dia kena ugut?
 KEMAMAN: Kira-kira 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kemaman mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

“Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya.
Oh! Rupanya sebab ada orang yang tak suka kalau dia jadi Ketua Cabang PKR Kemaman. Eh! Kenapa pulak orang tak suka? Kan Si Rafizi tu bagus buat kerja?

Bukan ke dia pandai Menipu Rakyat dan Menabur Fitnah tak tentu arah? Jadi, kenapa pulak ada orang tak suka pada dia? Kiranya, tak de la hebat sangat Si Rafizi tu ye tak.

Kalau kita jadi ahli PKR Kemaman pun, dah tentu - tentu kita pun akan buat benda yang sama. Kita pun akan rasa tak puas hati dengan dia. Maka sebab itulah dia diugut.

Mana tidaknya. Dah jadi Ahli Parlimen Pandan, yang dia sibuk nak jadi Ketua Cabang Kemaman buat apa? Suruh la dia bertanding dikawasan Parlimen dia. Jangan la menyusahkan orang je kerjanya!!!

DAPigs KALAH, ANWAR KENA MAKI!!!


"Jika perlu bertindak hadapi mereka yang merasuah membeli undi, pasti akan aku lakukan. Aku Malek Hussin. I will fight you!

"Memang sial siapa jua yang menabur duit beli undi nak jadi pemimpin. Kalau dia menang, jenis ini akan jadi makhluk perosak penipu rakyat."

Demikian kenyataan Ahli Jawatankuasa Panel Bantahan, Abd Malek Husin terhadap Pemilihan PKR yang dilaporkan berlaku kekecohan sebelum ini.

Selain itu, Abd Malek juga berterusan mengutuk sikap segelintir pemimpin dan ahli PKR yang gagal memahami maksud keadilan yang sebenar seperti yang diperjuangkan mereka.

Menurut Abd Malek, sepanjang mengendalikan proses pendengaran bantahan, kebanyakan yang terlibat hanya membuat tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti kukuh.

"Cakap bergegar bicarakan keadilan. Tapi bila kena batang hidung sendiri? Mana keadilan? Jangan cakap sahaja. Buktikan!

"Mengadu menuduh seseorang senang, tapi mesti buktikan dengan asas yang kukuh lagi berfakta. Lebih penting mesti beri peluang orang lain bela diri."

Tegas Abd Malek, beliau akan memastikan proses pemilihan PKR dilaksanakan dengan telus dan akan mengambil tindakan tanpa mengira jawatan atau kedudukan pelaku yang didapati bersalah.

"Bila aku adili kes dalam pendengaran, aku tak kisah siapa depan aku. Peduli apa aku dia YB, Exco apa bala. Kalau tak betul, tetap tak betul.

"Fedap (fed up) betul dengan manusia jenis kemaruk. Dia sahaja yang putih seputih-putihnya. Lawannya hitam sehitam - hitamnya. Macamlah kita tak tahu kisah sebenar!"

Cili Api: Heh! Baru dia tau ke yang pemimpin dalam PKR tu semuanya Sial belaka? Orang lain dah lama tau Malek oi!!! Nampak sangat la dia yang dah ketinggalan zaman!!!

PESANAN IKHLAS BUAT DATUK MAH SIEW KEONG!!!


Biar pun pahit tapi perlu ditelan juga. Itu ungkapan orang lama yang melihat kepada realiti semasa. Walaupun menang di Teluk Intan, tapi kita perlu sentiasa beringat.

Berpijak la dibumi yang nyata. Jangan kita bangga sangat dengan kemenangan hari ini. Itu diantara nasihat yang SH tujukan khas buat Datuk Mah Siew Keong.

Sungguh pun kemenangan semalam memberi satu kejutan budaya kepada DAPigs yang selama ini ingat diri mereka tidak tercabar, tapi kita juga perlu sedar tentang hakikat.

Realitinya, Datuk Mah hanya menang 238 undi sahaja. Ianya jumlah majoriti yang sangat kecil. Betul ada orang kata, "Satu undi pun kita dah menang".

Tapi itu bukan alasan untuk mereka berhenti dari menjalankan tugas yang lebih berat dimasa akan datang. Tanggungjawab Datuk Mah lebih besar dari yang dia sangkakan.

Mungkin PM dah bagi jaminan, sekiranya Datuk Mah menang, maka dia akan diberi jawatan sebagai Menteri Kabinet. Tapi itu pun bukan alasan untuk dia mendabik dada.

Kita kena sedar. Usaha untuk meraih semula sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional masih jauh dari kenyataan. Datuk Mah menang pun sebab lawan dia orang Melayu.

Langkah sumbang yang dilakukan oleh DAPigs memberi laluan mudah untuk Datuk Mah meraih 71 undi lebih dari yang dia dapat dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Kita juga perlu ingat. Termasuk Datuk Mah, dua orang pemimpin dari kalangan orang Cina hanya memperolehi majoriti mudah untuk menang.

Datuk Mah sebagai Presiden Gerakan hanya dapat undi majoriti sebanyak 238 undi. Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA hanya dapat 379 undi je.

Maknanya, kedua - dua pemimpin besar bagi parti yang mewakili majoriti Cina ni hanya dapat majoriti kurang dari 500!!! Jadi, tak de apa yang perlu dibanggakan sangat.

Sebaliknya mereka perlu berusaha dengan lebih keras untuk meraih sokongan dari kalangan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional. Jangan la dek kerana nak jawatan dalam kabinet, diorang lupa pulak tugas besar diorang ni. Takut nanti, ada jugak yang berputih mata!!!

Haron Din terkejut Abdul Hadi alami masalah kesihatan

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din melahirkan rasa terkejut apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki atas masalah kesihatan semalam.

Menurut Haron, keadaan kesihatan Presiden PAS itu sentiasa di dalam keadaan yang baik dan kejadian tersebut adalah pertama kali dilaporkan.

"Setahu saya, apabila dia mengalami sesak nafas berkemungkinan dari komplikasi jantung, ini adalah kali pertama. Selama kami berkomunikasi dan bertemu, kesihatan beliau berada terjaga dengan baik jika berbanding dengan sayalah.

"Sebelum beliau ke sana, kami ada bertemu baru-baru ini dan saya lihat keadaanya baik. Saya sentiasa berhubung dengan setiausaha politik juga, dan (diberitahu) keadaannya baik. Ini yang saya baru dengar beliau kurang sihat," katanya ketika dihubungi Antarapos, sebentar tadi.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya di laman Tweeter berkata, beliau telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Turki memberi sokongan sewajarnya bagi membantu Abdul Hadi.

"Dimaklum DS Hadi Awang diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi saya hubungi kedutaan utk pastikan DS diberi sokongan sepatutnya," kata Perdana Menteri.

Terdahulu portal Harakahdaily melaporkan, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama Hadi berkata, Presiden PAS itu dibawa dengan ambulan kira-kira pukul 8.45 malam tadi waktu Malaysia selepas mengadu sesak nafas.

Difahamkan, Ustaz Hadi kini dirawat di sebuah hospital universiti di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu keadaan bapanya stabil.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia," ujarnya. 

Penyokong DAP nyata begitu kecewa dengan kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud dengan hanya 238 undi

Penyokong DAP nyata begitu kecewa dengan kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud.Kerusi Teluk Intan berjaya dirampas oleh Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mendapat 20,157 undi berbanding peguam muda itu yang mendapat 19,919 undi.

 

APAKAH TERGAMAKNYA IBUBAPA KANAK2 SEBESAR INI MENJADIKAN ANAK2 MEREKA SEBAGAI PEMBAWA BANNER POLITIK?

APAKAH ANAK2 DIJADIKAN SEBAGAI PERISAI POLITIK?ADAKAH KANAK2 INI DI JADIKAN BEGINI UTK MERAIH SIMPATI UNDI?

TERIMA KASIH PENGUNDI TELUK INTAN, TERIMA KASIH JUGA PAS

 PENGAJARAN SUPAYA JANGANLAH EGO DAN TERIKUT-IKUT KAFIRUN DAP MENOLAK HUKUM HUDUD SECARA TERANG-TERANGAN
TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI PAS, PRESIDEN PAS DAN KEPIMPINAN PAS KERANA MEMBANTU KEMENANGAN CALON BN DI TELUK INTAN

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH PENDUDUK TELUK INTAN KERANA MEMILIH CALON BN, SELEPAS INI PENDUDUK TELUK INTAN AKAN MENDAPAT DURIAN RUNTUH SEBAGAI MENTERI PENUH

Keputusan Rasmi:
DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238