Followers

rantau ku sayang

Sunday, July 20, 2014

Polis Isytihar Perintah Berkurung Di 6 Daerah Esscom



Perintah berkurung diisytiharkan di Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bermula pukul 6 petang Sabtu hingga 6 pagi Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tempoh yang akan berlanjutan hingga tidak melebihi 14 hari membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurutnya yang membuat pengisytiharan itu pada pagi Sabtu, ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit.

Pramugara Hasrat Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang



"Kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang," kata pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood kepada adiknya.

Siti Noradziah, 29, berkata abang sulungnya melahirkan hasrat itu selepas insiden kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.

"Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.

"Waktu dia cakap nak meninggal dalam kapal terbang memang kita marah, ya lah siapa yang nak tengok ahli keluarga meninggal dalam insiden kapal terbang tetapi kami sekeluarga anggap itu gurauan sebab dia memang suka bergurau," katanya di kediaman ibu bapanya di Taman Chi Liung, Pandamaran, Jumaat.

Pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.

Siti Noradziah, anak ketiga daripada lima beradik, berkata sebelum bertolak ke Amsterdam, Shaikh Mohd Noor sempat pulang ke kediaman ibu bapanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka selain berbuka puasa bersama keluarga.

Beliau berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Sementara itu, ibu Shaikh Mohd Noor, Amna Mohd Sharif, 65, pula berkata beliau pernah menyuarakan hasrat agar anak sulungnya itu, yang mesra dipanggil 'Mad Noor' berhenti menjadi pramugara selepas tragedi MH370.

"Makcik pernah cakap pada Mad Noor, berhentilah kerja takut kejadian macam ni tetapi kata Mad Noor, kalau nak mati, mana-mana pun boleh mati," katanya.

Amna juga berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Shaikh Mohd Noor yang disifatkan seorang anak paling rapat dengannya.

Shaikh Mohd Noor meninggalkan seorang balu, Madiani Mahani, 42, yang juga pramugari MAS, serta lima anak berusia lingkungan 2 hingga 13 tahun, termasuk seorang anak tiri. 

Kenyataan BODOH!!!!! MH17: Puak Pemisah Dakwa Penumpang Mati Sebelum Pesawat Ditembak



Seorang pemimpin puak pemisah pro-Rusia mendakwa penumpang dan anak kapal MH17 mungkin telah mati sebelum pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis.

Ketua puak pemisah, Igor Girkin berkata, berdasarkan tinjauan anggotanya dilokasi nahas mendapati mayat yang bergelimpangan tidak berada dalam keadaan segar seperti yang sepatutnya.

Girkin berkata demikian di laman sosial kedua terbesar di Eropah selepas Facebook iaitu Vkontakte.

Bagaiamanapun bekas perisik tentera Rusia itu tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine yang merupakan kawasan konflik.

Nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia. 

MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelah



Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.

RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.

Curi Wang Dan Kad Kredit mangsa MH17




Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri.

Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama. Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.

“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Friday, July 18, 2014

Hasan Ali cabar Pas pecat Khalid?


Pas dicabar mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ekoran pelbagai kenyataan kontroversinya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, jika beliau yang sebelum ini bertindak menyuarakan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Selangor dipecat oleh Pas, tiada sebab untuk Khalid kebal daripada tindakan serupa.

Katanya, tindak-tanduk Khalid bukan sahaja mencemarkan perjuangan Pas tetapi pendiriannya yang berterusan konsisten 'menyerang' agensi agama di Selangor seolah-olah menjadi jurucakap kepada golongan yang liberalisme, pluralisme dan sekuralisme.

"Pengalaman saya sewaktu menjadi exco kerajaan negeri, Khalid dalam banyak hal menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam dan isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.

Tabahlah menghadapai dugaan dan cabaran...Semoga Allah SWT akan terus merahmati Malaysia...Takziah...