Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 2, 2013

NEGARA ISLAM PAS HANYA GIMMIK SYAITAN POLITIK DALAM PAS SAJA

Tindakan Pas memainkan semula isu negara Islam dalam usaha menarik sokongan pengundi Melayu, menyebabkan semakin ramai pemimpin DAP tampil membantah parti tersebut.

Selepas mendapat kritikan daripada pemimpin tertinggi DAP, ketua-ketua cawangan parti itu turut menyertai bantahan tersebut dan terbaharu, Naib Pengerusi Cawangan DAP Taman Ehsan, L.P. Selvam pula berkata, semua calon Pas perlu ditolak kerana dikhuatiri akan menyekat kebebasan bukan Islam di negara ini. 
 
Menurut mereka, Pas sebenarnya hanya berminat bekerjasama dengan DAP bagi mendapatkan undi orang Cina dan India sahaja. Jika mereka menang besar, Pas akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan negara Islam dan bagaimana nasib kami yang bukan Islam, sudah terlalu banyak polisi yang bertentangan telah dilaksanakan oleh Pas sejak 2008.
 
Sehubungan itu, DAP menyeru setiap pengundi supaya menentang dan memboikot calon Pas dan tidak membenarkan mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
Bagi DAP, walaupun niat pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian berikutan krisis itu, mereka tidak mahu pengundi bukan Islam memperjudikan masa depan negara demi mengubah kerajaan.
 
Inilah yang perlu difahami oleh rakyat bahawa memang niat mereka untuk menubuhkan kerajaan baharu, namun jika Pas tetap berdegil dengan agenda Islam mereka, DAP dan PKR tidak perlukan parti itu.
 
 Namun, dek kerana inginkan undi, masih ramai lagi pemimpin tertinggi dalam DAP yang 'hipokrit' kerana masih bekerjasama dengan Pas.  Pimpinan tertinggi DAP yang membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas sangat mementingkan diri sendiri walaupun tahu pendirian Pas yang tetap berdegil dengan agenda mereka. 
 
Ramai akar umbi dan penyokong kecewa dengan sikap pimpinan tertinggi DAP dan sampai bila-bila pun mereka tidak akan menyokong sebarang agenda Pas, malah kini ramai calon-calon DAP  berkempen menceritakan tentang bahaya jika mengundi Pas.
 

Sementara itu, pengasas cawangan DAP Pelabuhan Klang dan Pandamaran, A.Deliganu ada berkata, usaha menubuhkan negara Islam Pas tidak akan tercapai. 
 

"DAP tidak akan sesekali tunduk kepada permintaan Pas. Kita hidup dalam negara sekular, tindakan bagi melaksanakan hukum hudud Pas dan penubuhan negara Islam langsung tidak boleh diterima pakai.

"Pas harus lebih sensitif dengan perasaan pengundi yang bukan Islam, jika mahu sepakat dalam menawan Putrajaya, jangan ikut 'kepala' masing-masing," katanya. 
 
Nah! Tentunya kalian sudah nampak permainan kuasa antara juak-juak pembangkang ini yang memperkatakan sesuatu dmei kepentingan peribadi. Apakah masih ada keyakinan kita terhadap kewibawaan PR dalam menjadi sebuah pakatan yang telus dan sejahtera? Lu fikirlah..lain kalilah..

OLEH: CILI KERING

JANGAN PERASAN NAK TAWAN NEGERI SEMBILAN : INGAT KAMI BODOH SEMUA KE???

Angkuhnya Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawasanya Pakatan tidak perlu bertungkus-lumus berkempen di N.Sembilan kerana ramalan nujum al-juburi ini sudah sedia maklum akan kemenangan besar menawan N.Sembilan.

Namun, disudut yang lain tidak menyedari akan tanda-tanda kejatuhan dinasti PKR begitu terserlah dengan bukti-bukti nyata apabila makin ramai penyokong-penyokong setia beliau mula mengucapkan selamat tinggal. Lalu, dimanakah logikalnya ramalan al-juburi ini?

Belum pun perang bermula beliau telah berdendang dengan lagu kononnya Sabah bakal menjadi milik pakatan. Apakah terlalu naif isunya sehinggakan begitu besar harapan menakluk jajahan?

Misalnya di Kuala Pilah, hidung tak mancung pipi kecut al-juburi tersorong-sorong.. Sana-sini terpampang poster dan banner dengan wajah peliwat yang tertulis Perdana Menteri Baru. Anak sekolah yang melihatnya pun akan ketawa kerana sedar betapa pak sheikh nuar ni tak tau malu. Belum pun dapat keputusan sudah perasan menjadi PM.

Namun, dikalangan kita masih lagi tidak sedar akan keburukan yang bakal berlaku kerana pada hakikatnya pihak pembangkang ini sebenarnya sudah merasai kekalahan yang teruk bakal melanda diri mereka. Justeru, beringatlah dan berwaspadalah akan segala kemungkinan yang bakal berlaku kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat menerima kekalahan diTOLAK oleh rakyat..Bersatu kita wahai Malaysia demi kesejahteraan masa depan.

OLEH : CILI KERING

KEPEN PAKATAN RAKYAT PALING KOTOR

Pengundi di N.Sembilan khususnya, perlu berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers pro-Pakatan yang memburukkan kerajaan dan Umno sepanjang kempen rasmi Pilihan Raya Umum ke-13.

Lim Kit Siang pernah berkata, DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat memulakan kempen secara bersih, adil dan telus.Kononnya ini adalah prinsip bersama ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Apakah sepanjang pemerintahan di lima negeri pakatan bersih dari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan?

Rakyat perlu sedar ada kempen kotor yang terus dilakukan pihak pembangkang, terutamanya cybertroopers mereka, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan. Ini adalah kempen yang tidak sihat dan bersifat hasutan yang perlu diketahui oleh semua. Kita lihat saja sepanjang proses kempen, pelbagai perkara yang tidak di ingini telah berlaku. Azali mereka ini polopor kepada sabotaj?

Walaupun golongan itu terus memfitnah dan menyebarkan berta palsu, Barisan Nasional tidak akan putus asa untuk terus berkempen dengan cara yang baik dan terhormat sebagaimana yang dilakukan sejak beberapa dekad lalu. Apa yang diharapkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan, samada yang disebarkan melalui internet atau melalui ceramah. Fitnah amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.
 
Lewat ini, BN/UMNO difitnah sebagai parti perkauman, parti cauvinis, parti anti-Islam dan sebagainya. Semua ini tidak benar dan bohong belaka. Umunya BN adalah parti politik yang sah yang menghormati Perlembagaan Persekutuan. BN menolak segala bentuk politik perkauman dan diskriminasi kaum, agama dan gender.

Selama 55 tahun berjuang untuk memastikan kita semua hidup harmoni, aman damai sebagai rakyat Malaysia yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, dan tidak perlu was-was. Inilah prinsip BN yang mengutamakan rakyat Malaysia.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia, terutamanya pengundi diharap tidaklah menerima bulat-bulat fitnah dari cybertroopers PR mahupun kepimpinan mereka ataupun golongan yang membenci kaum lain, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada 5 Mei ini.

OLEH : CILI KERING

ANTHONY SI PANAS BARAN NAK PUJUK MELAYU

Anthony oh Anthony...
Sekali lagi si rasis durjana ini menabur janji. Kali ini penduduk di Kuala Pilah pula di kencingnya hidup-hidup dengan janji bongkak mengatakan jika Pakatan memenangi kerusi di N.Sembilan, beliau berjanji akan melantik Menteri Besar dikalangan pemimpin melayu di negeri ini.

Persoalannya adakah si Anthony mahu membelakangkan perjuangan Lim Kit Siang yang sememangnya anti kepada melayu. Jangan kita diperbodohkan oleh janjinya itu. Jangan kita naif dengan apa yang telah terjadi kepada P.Pinang yang menjadi kuasa kepada kuasa komunisme yang akhirnya kita lihat apa yang terjadi kepada timbalan ketua menteri dari kaum melayu yang hanya pada pangkat dan nama tapi bukan kuasa.

Masyarakat melayu di Kuala Pilah jangan mudah cair dengan janji yang tidak pernah pasti dari DAP kerana omongan ini menjadi rujukan kita dengan apa yang terjadi sepanjang lima tahun mereka memerintah lima negeri. Usah diracuni dengan fakta kononnya kerajaan BN hanya menakut-nakutkan rakyat kerana hakikatnya kita sebagai masyarakat jati bumi melayu ini harus faham tujuan sebenar pakatan haram ini.

Jika DAP yang ditunjangi PAP di Singapura menjadi anti melayu sejak kewujudannya perlu kita tolak demi kesejahteraan sejagat. Apakah kita ingin semarakkan peristiwa 13 mei berulang kembali?

Begitu jualah dengan Parti Keadilan Rakyat yang umumnya tahu akan kewujudannya untuk pembebasan insan bernama Anwar. Kini, landasan asas parti itu jauh tersasar dengan pimpinan presiden yang hanya pada nama tetapi melukut ditepi gantang sahaja. Apatah lagi, parti ini hanya popular dengan isu moral yang menjijikkan masyarakat kita.

Manakala parti yang berselindung disebalik nama islam patut ditolak kerana perjuangan mereka tersasar jauh dari hukum. Perbezaan pendapat sesama mereka mana mungkin menjanjikan kesepakatan dalam sebuah pemerintahan.

5 mei bakal mencatatkan segalanya. Pilihan kita sebagai pengundi perlulah berlandaskan pemikiran yang baik demi anak bangsa kita. Ingatlah, sekali kita salah memilih, kerugian jualah bakal dihadapi nanti.

OLEH : CILI KERING

Tuesday, April 30, 2013

Ugutan Karpal: “Terkejut saya, pucat muka saya…” kata Dr Mahathir

drmahathir-karpal
Kalau Karpal Singh ingat dia boleh gempak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia silap orang. Ini komen Dr Mahathir mengenai tindakan Karpal yang ‘ugut’ hendak penjarakan beliau jika pembangkang menang PRU ini.

“Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis”.

Semalam Karpal yang juga Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

“Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)…fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

“DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka,” katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, Kuala Pilah, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

“Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini…buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol Abu Samah Mahat

Monday, April 29, 2013

SMS jijik pembangkang untuk menang PRU13 : MB turut terima SMS berkenaan #PRU13 #GE13 .

Dah tak ada cara lain nak menang ? kini pembangkang menggunakan kaedah fitnah untuk mendpatkan kembali sokongan kaum India yang telah sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan janji janji manis pembangkang pada PRU12 yang lalu.

Kaum India merupakan defesit bagi BN dan ini merungsingkan pembangkang kerana mereka pasti akan kalah besar pada PRU13 ini. Cuba menghasut dengan SMS jijik  dengan mengatakan bahawa kerajaan banyak membelanjakan duit untuk membina masjid , khususnya masjid di Paroi dan hanya membelanjakan  RM15 ribu sahaja untuk kuil.

Menteri Besar juga turut menerima SMS yang datang dari orang yang tidak dikenali ini.

Ini bertujuan untuk membangkitkan kemarahan kaum India. Peruntukan pembinaan masjid di terima dari Jabatan Wakaf Zakat  dan Haji (JAWHAR) dan menggunakan peruntukan daripada Pusat Zakat dan Baitulmal (MAINS).

Rakyat , khususnya kaum India jangan lah mempercayai SMS fitnah ini dan  berilah sokongan padu kepada BN.

Muslimat PAS mengenyam ???

Biasalah Muslimah PAS ,atas bawah tertutup tapi mengenyam... ini bini sapa yang mengeyam ni. tahu tak itu bukan muhrim ??? Duk dekat dekat gengam tangan kuat kuat...