Followers

rantau ku sayang

Monday, May 26, 2014

MENTERI LETAK JAWATAN, SALAH GUNA DANA HAJI!!!


Gempar!!! Ini macam baru boleh respek beb. Baru la kita boleh salute dengan pemimpin tu. Bila buat salah, terus ambik tanggungjawab dan letak jawatan.

Ada skandal je, terus berani mengaku dan ambik keputusan yang cukup matang untuk letak jawatan. Bukan macam sesetengah pemimpin kat Malaysia ni.

Nak pulak dikalangan pembangkang. Ada yang dah kantoi pun masih jugak tak nak mengaku. Orang siap buat tuduhan, tak de pulak dia nak ambik tindakan.

Sebaliknya, dia hanya nafi, nafi dan terus nafi. Lepas tu dok sibuk maki hamun orang kata orang saja buat cerita fitnah. Mengkala dia nak hentikan fitnah tu, tak de jugak dia buat. Setakat pandai nafi je, budak sekolah tadika pun pandai!!!
 JAKARTA: Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali hariini meletak jawatan sebagai menteri kabinet selepas didakwa terbabit dalam skandal penyalahgunaan dana haji.

Suryadharma yang juga Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), membuat keputusan itu dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Naib Presiden Indonesia, Boediono di Istana Bogor, Jawa Barat pada Selasa.

Suryadharma adalah tokoh berprofil tinggi terbaharu, yang didakwa terlibat dalam rasuah seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia kerana terbabit dalam skandal melibatkan agensi pengurusan dan pengendalian dana haji bagi 2012–2013.  

Sebelum ini, KPK dalam kenyataan mendakwa terdapat keraguan dalam urusniaga bernilai AS$20 juta (RM64 juta) yang merangkumi dana kerajaan serta wang simpanan umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima itu.  


Dakwaan tersebut menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan rakyat kerana majoriti dari 234 juta penduduk negara itu adalah penganut agama Islam.

KALAU "ORANG UMNO CELAKA", YAMMY PUN CELAKA JUGA LA YE???


Selepas berjaya membangkitkan kemarahan orang Melayu diseluruh Malaysia, nampak gayanya Si ADUN Celaka tu mula merubah rentak kenyataan dia.

Sebelum ini, Si ADUN Celaka tu cuba nak ubah perkataan yang dia sebut sewaktu membahaskan ucapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pada ketika itu, dia sebut 'Melayu Celaka'. Tetapi perkataan 'Melayu' tu mula berubah bila dia berdiri di pentas ceramah sewaktu kempen PRK Bukit Gelugor.

Si ADUN Celaka tu kata, dia tak sebut lansung 'Melayu'. Sebaliknya dia hanya kata 'Orang UMNO Celaka'. Dan perkara itu turut disokong oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Maknanya, bila Si ADUN Celaka tu kata 'Orang UMNO Celaka', dia turut memaksudkan Ibu kepada calon DAPigs yang bertanding di PRK Teluk Intan pada ketika ini.

Semua orang tau yang Ibu kepada Gundik Kit Siang tu juga seorang ahli UMNO. Ianya turut diakui oleh Si Gundik Kit Siang tu sendiri dalam kenyataan dia hari ini.

Jadi betul la kesimpulan yang dibuat. Sekiranya Si ADUN Celaka tu kata 'Orang UMNO Celaka', ianya termasuk la dengan Ibu kepada Si Gundik Kit Siang tu sekali.

Mungkin kerana tersedar dengan kesilapan tersebut, maka Si ADUN Celaka tu sekali lagi cuba untuk mengubah kenyataan yang dia buat sebelum ini. 

Sekarang, Si ADUN Celaka tu kata orang Pulau Pinang dah biasa di-Celaka-kan setiap hari. Malah dia sendiri pun sering menggunakan perkataan Celaka tu pada kawan - kawan dia.

Bagi Si ADUN Celaka tu, perkataan Celaka tu tak memberi maksud apa - apa pun pada kawan - kawan dia. Sebab itu ianya dah menjadi kebiasaan bagi dia menyebutnya.

Pulak dah!!! Sekarang habis semua orang dalam Pulau Pinang pulak di-Celaka-kan oleh Si ADUN Celaka tu. Dia anggap orang Pulau Pinang ni semuanya tak de adap agaknya.

Boleh pulak dia kata perkataan Celaka tu tak memberi sebarang maksud? Agak - agak la. Kalau ye pun dia tak lulus Bahasa Melayu, jangan la tunjuk sangat kebodohan diri sendiri.

Gamaknya, masa dia bercakap dengan Si Guan Eng pun selalu jugak la kena Celaka dengan Si ADUN Celaka tu. Nak pulak bila Si Guan Eng tu memang Celaka pun.

Kot kalau dia nak men-Celaka-kan kawan - kawan dia, itu dia punya pasal la. Malang la bagi kawan - kawan dia yang hari - hari kena Celaka dengan Si ADUN Celaka tu. Tapi jangan pulak dia nak men-Celaka-kan orang lain sesuka hati dia je!!! Agak - agak la wei!!!

UMNO PUNCA KEKECOHAN 'PESTA BUIH PKR'???


Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Bantahan Pemilihan PKR mendapati, majoriti huru hara yang tercetus dalam pemilihan PKR 2014 sehingga menyebabkan 32 Cabang terpaksa mengadakan pemilihan semula, adalah dilakukan oleh ejen-ejen UMNO.

Termasuk yang berlaku di Sarawak walaupun UMNO tidak ada di negeri tersebut. (?)

Ini berikutan dakwaan beberapa orang saksi yang mengesahkan bahawa mereka tidak mengenali ramai dikalangan yang mencetuskan kekecohan tersebut dan berasa yakin mereka adalah ahli PKR kerana baju yang dipakai sahaja.

Sedangkan asal usul mereka dari Ranting mana, tidak dapat dipastikan. Logiknya, ahli PKR adalah majoriti terdiri dari orang-orang bijak pandai yang tidak mungkin terlibat dalam hal-hal seperti ini. (Huh? Bijak sangat ke?)

Kalau mereka Melayu, mereka adalah Melayu yang ada class, kalau India, mereka adalah India yang tinggi kastanya dan kalau cina, mereka adalah peniaga serta usahawan berjaya.

Jadi perangai macam orang tidak bertamadun ini sudah pasti tidak akan berlaku. Melainkan berlakunya campur tangan luar atau secara berterus terang, campur tangan UMNO.

Berdasarkan itu sahaja, maka kesimpulan dibuat bahawa mereka ini adalah ejen - ejen UMNO yang sengaja dihantar untuk menimbulkan kekecohan dalam pemilihan PKR di semua cabang yang diarahkan untuk pengundian semula.

Atas sebab yang sama, PKR akan membuat laporan polis bagi menyiasat perkara ini.  Semua bukti dalam bentuk gambar, video dan sebagainya telah dikumpulkan dan akan diserahkan kepada polis bila diminta kelak.

UMNO juga diminta menghentikan semua bentuk campur tangan dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan dan menumpukan kepada masalah parti itu yang lebih banyak.

Heh! Kesimpulannya mudah je beb. Semua ahli PKR ni kiranya BODOH belaka sebab tak kenal ahli sendiri. 

Setakat orang pakai baju pun diorang senang - senang je boleh kena tipu, nampak sangat la BODOHnya. Kalau dah dasar BEBAL tu BEBAL la jugak!!! Tak payah la diorang nak salahkan orang lain pulak!!!

#BN4TlkIntan: DAP takut rakyat tahu GST untungkan rakyat, peniaga DAP lari cukai


Poster-poster di atas berbunyi bawah GST tiada lagi SST yang 12% tapi hanya 6%. Harga barang patut bertambah murah.

Jawapan yang begitu pasti menjelaskan dan menyukakan hati rakyat yang selama ini telah dibohong oleh Pakatan Rakyat.

Lalu dipotong banner-banner. Demokrasi kepala banna pembangkang ni.

Mungkin juga penyokong DAP terlibat kerana peniaga-peniaga penyokong DAP telah naikkan harga barang atas alasan GST. Maka penerangan sedemikian akan buat pembeli marah pada peniaga DAP.

Peniaga DAP ini sepatutnya boleh dapat rebate dari GST dan tidak lagi berhadapan dengan sistem sekarang yang ada elemen double taxation .

Masaalahnya mereka perlu daftar pada jabatan Hasil Dalam Negeri untuk dapatkan rebate dan seterusnya kena bayar cukai. Peniagaa DAP ini tidak dapat lagi berpura-pura berhujah menuntut maccam-macam sebagai pembayar cukai kerana jumlah yang bayar cukai tak ramai.

Mangkok-mangkok DAP ini tak sedar bahawa cukai yang dibayar bbaik orang DAP atau syarikat pro DAP tak sebanyak mana.

Sebanyak 75% pendapatan cukai datang dari GLC. OLeh itu jangan cakap banyaklah perompak negara DAP!!!

Dengar video berikut:



INI CERMIN KHAS BUAT NIK AZIZ!!!


Memandangkan sebelum ini Si Nik Aziz tu suruh UMNO cerminkan diri sendiri, maka kali ini kita bagi dia pulak satu cermin yang istimewa untuk menjadi tatapan.

REALITINYA, PAS perlu terima hakikat bahawa mereka yang GAGAL menjelaskan Hudud kepada Bukan Islam. Mereka yang GAGAL mentarbiayah orang mengenai Hudud.

Biar pun PAS dah wujud sejak hampir 60 tahun yang lalu dan menjadikan Hudud sebagai agenda utama, namun malangnya PAS tetap GAGAL nak menjelaskan mengenai Hudud.

Sebelum ini pun kita dah bangkitkan isu mengenai keGAGALan Si Nik Aziz tu sendiri melaksanakan Hudud di Kelantan sewaktu dia berkuasa.

Maka sekarang kita dedahkan pulak keGAGALan PAS mendidik ahli bukan Islam parti tersebut mengenai isu Hukum Hudud. Sewajarnya sebagai seorang pemimpin yang waras, Nik Aziz perlu muhasabah diri sendiri. Jangan setakat pandai tunding jari pada orang!!!
 Bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw berkata beliau menerima perlucutan jawatannya dalam sayap PAS itu tetapi kecewa dengan cara ia dilaksanakan.

Hu berkata, keputusan menggugurkannya itu tidak demokratik dan tidak mengikut ajaran Islam yang menyarankan muzakarah dibuat terlebih dahulu.

“Masalahnya perubahan itu harus dilakukan secara demokratik, (supaya) betul-betul mencerminkan nilai suci-murni yang termaktub dalam agama Islam, iaitu semangat muzakarah, semangat rendah diri dengan semangat hormat-menghormati melakukan segala perubahan yang kita perlukan.

“Saya kecewa bukan dengan parti. Parti itu tidak bersalah. Yang ada masalah pimpinan yang membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

"Adakah mereka sedar perubahan (kepimpinan DHPP) itu dilakukan mengikut apa yang saya katakan saya tadi ataupun kerana sesuatu agenda tersembunyi.


“Pada saya kalaulah kita tidak bersikap berterus terang dalam membuat satu keputusan, kita tidak ikhlas dalam menjalankan tugasan kita sebagai pemimpin, jadi organisasi kita pimpin itu ke mana hala tujunya?” katanya.
Bayangkan. Bila orang tak sehaluan dengan mereka, mereka tuduh sebagai KAFIR. Bila dikalangan ahli sendiri tak dapat terima perjuangan mereka, terus dipecat. 

Mana letaknya tarbiyah dan dakwah PAS kepada orang bukan Islam kalau begitu cara yang mereka lakukan? Mana perginya istiqomah PAS selama hari ini? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buang masa je dan tak mendatangkan faedah lansung!!!

TAK SELESAI LAGI KES SAMAN NURUL IZZAH???


Huh! Inilah yang orang kata, 'Cakap siang pandang - pandang, Cakap malam dengar - dengar'. Lain kali nak bercakap, biar terang. Jangan sampai orang salah faham.

Lepas tu bila diminta diberi penjelasan, dia buat tak tau je. Semua tu pancing nak ambik tindakan terhadap orang lain la tu. Walhal, dia yang sengaja mengundang fitnah.

Sebenarnya, Si Nurul Izzah ni dah malu yang amat bila dia menyamakan kedudukan orang Melayu Islam dengan bangsa lain. Dia lupa yang Melayu di Malaysia ni semuanya Islam.

Maka bila ada yang buat dakwaan kata dia menyokong orang Melayu di Malaysia ni diberi kebebasan untuk beragama, mula la dia menggelupor. Nak jawab balik tak reti.

Soalannya mudah je. Adakah Si Nurul Izzah tu sokong atau tidak orang Melayu diberi kebebasan beragama sedangkan dia tau orang Melayu di Malaysia ni semuanya Islam?

Dia hanya perlu jawab 'YA' atau 'TIDAK'. Ya, kalau dia sokong, Tidak, kalau dia membantah. Habis cerita. Nak jawab soalan macam tu pun sikit punya susah ke?

Yang dia nak bagi jawapan sampai siap main pusing - pusing satu dunia buat cerita yang bukan - bukan sapa suruh? Sekarang sibuk la pulak nak saman orang. Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la Nurul woi!!!
 KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ditetapkan untuk mediasi pada 2 Julai ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Aziz dan Utusan.

Azhana ketika ditemui pemberita berkata, mediasi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya kedua-dua pihak berkenaan gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan dua hari bermula 21 Ogos depan untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 23 November 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman tersebut dengan mendakwa Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.


Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 November 2012.

Calon DAP Ramkarpal singh secara konsisten menentang hudud...PAS Masih Menyokongnya

Namun itu tidak menjadi masalah bagi PAS yang sanggup mempergunakan kaum wanitanya untuk menjadi alat dan kaldai DAP, sehinggakan sanggup membiarkan mereka makan ditepi jalan macam peminta sedekah sebagai peraih undi. Inikah Perjuangan Islam PAS...??? ....amat-amat mengecewakan.
Sedih dan Kecewa ini bukan kerana DAP menang besar. Tetapi Kecewa kerana melihat umat Melayu Islam senang diperbodoh-bodohkan bangsa lain.

Pemimpin PAS lah paling tidak berguna. Jual agama demi wang dan kuasa politik.