Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 22, 2014

Apa Punya BODOH Nya....Kit Siang Serang Keluarga Tun Mahathir


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat telah menyerang hal keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila membezakan kredibiliti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berikutan dua anak bekas menteri itu mempunyai dua haluan yang berbeza.

Kit Siang berkata Marina yang mempunyai fikiran terbuka kerap berpendapat bercanggah dan tidak sehaluan bersama Mahathir, berbeza dengan kredibiliti Mukhriz yang dilihat lebih cenderung sehaluan bersama bapanya itu.

"Marina tidak mahu mengikut jejak Mahathir apabila dia mempunyai fikiran yang terbuka dan selalu berpendapat bercanggah dengan Mahathir.

"Anak Maharhir iaitu Mukriz sudah menjadi menjadi Menteri Besar Kedah," katanya ketika berucap pada sesi ceramah di Tokong Cina berhampiran Pasar Pekan Baru di sini, hari ini.

Sorotan itu, Kit Siang turut melebelkan pemimpin UMNO takut akan kehebatan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya selepas Mahathir telah menyifatkan ibu bapa Dyana gagal mendidik anaknya sehingga mengkhianati perjuangan UMNO dan menyertai DAP.

"Bukan sahaja Datuk Mah Siew Kiong yang takut namun orang lain pun takut kepada Dyana iaitu Najib (dan) pemimpin UMNO bahkan Mahathir," katanya. 

No comments:

Post a Comment