Followers

rantau ku sayang

Tuesday, August 2, 2011

Setakat ketuk dan tulis siapa pun boleh Sdr Aspan !!! berikanlah Formula , siapa pun boleh cari salah orang.

Setakat mengetuk Key Board dan menulis  bahawa rakyat benci Rasuah , salah kuasa dan juga memainkan sentimen rasis dan juga menulis bahawa Najib kini membiak kan  kroni bagi membantu beliau  untuk pilihan raya kelak. Siapa yang tak boleh tulis begitu.

Siapa yang tidak tahu apa yang Aspan cuba tonjolkan dan cuba menonjolkan diri hebat dalam pentadbiran dan politik, Saya juga boleh tulis  jika setakat mahu menyalahkan orang lain. Mana bloggers yang tidak tahu menyalahkan orang lain. semua bloggers boleh menyalahkan pemimpin pemimpin khususnya jika pemimpin itu popular.

Aspan Alias  selama ini ingat apa, kerajaan tidak mahu menghalang apa yang beliau tulis , Rasuah salah kuasa dll. Kerajaan juga  berikhtiar dan cuba menghapuskan gejala yang disebutkan oleh Aspan itu.Kenapa Aspan tidak menulis formula untuk menangani isu isu yang disebutnya itu yang boleh memastikan  sifar rasuah , Sifar salah kuasa sifar permainan rasis. Hebat jika formula Aspan dapat diterima pakai oleh kerajaan dan kerajaan Malaysia akan menjadi sifar rasuah dll kerana tidak ada satu  kerajaan di dunia ini yang sifar rasuah sebelum ini. Mungkin Aspan akan berjaya melakukannya.

Aspan terlalu kuat mendesak sekarang dan banyak sangat rahsia yang cuba dikorek dan terlalu banyak isu yang dimainkan untuk menarik perhatian pemimpin tertentu bahawa Aspan Alias hebat dan Aspan Alias b oleh jatuhkan pemimpin ternama. Tak cukup di blog Aspan sanggup naik ke pentas makan malam DAPig yang menghidangkan kerbau pendek bersama  Anthony Loke  di Tampin baru baru ini. Bukan apa harikan nak raya, mana lah tahu kot kot ada yang takut dan dapat durian runtuh.

Aspan Alias  , biasanya orang kalau takut kerana salah tapi kalau orang itu betul mereka tidak akan takut. Penulis juga mahu berpesan lah kepada kawan kawan , tak payah lah buat kerja kerja macam itu, bila tak dapat apa yang dimahukan , mula lah memburukkan pemimpin berkenaan. tak kemana kesudahan nya.Cuba Najib jadikan Aspan kroni, korang rasa Aspan nak ke  tulis buruk pasal Najib.

8 comments:

  1. Aspan ini banyak dah pemimpin bantu dia , malas nak bising tapi dia nak sampai kaya raya, mana nak tahan beb. Semua dia gigit kembali , Rais juga dia gigit,apa sgt nak heran ngan penulis mcm Asopan ini, kata UMNO tapi sebiji perangai pembangkang.

    ReplyDelete
  2. dio nikan , idup dio nak ugut org atasan yo, Najib dio kato x baiki sebab tak jadikan dio kroni, mentang mentang dio boleh menulis , jgn lah guna keistimewaan yang Allah SWT bagi utuk cari duit ugut org. kalau nak cari slaah org den pun boleh. bangang punya aspan, kato dio duk ateh pentas DAP kek Tampin semalam , UMNO apo lai.... gantung yo org tua bangang ini.

    ReplyDelete
  3. wa sbg ahli Umno merasa amat malu & amat tersinggung atas sikap saudara aspan yg konon sorg ahli veteran dari Umno snggup bsengkokol ngan Dap....tgk gaya mcm nak sangat mjatuhkan kpimpinan Tok Mat...apa masalah ni...???

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Apa kabar semua, selamat berpuasa, tak salah kira aku masuk kegelangang ini bagi tujuan untuk kebaikan kepada semua pihak,En Aspan saya sudah kenal lama, tetapi baru hari ini aku terbaca atikel tentang beliau nie... jika bolih tolong hubungkan aku dengan beliau, supaya senang aku berbincang dengan beliau... Andak Rasul Pilah...

    ReplyDelete
  5. Kebelakangan ini Aspan banyak bagi peluru kat pembangkang khususnya di dlm FB, Bumiputera Berjaya (FB pembangkang banyak guna artikel Aspan dan Quote bloggers UMNO) Aspan perlu keluar dari UMNO jika teruis menikam UMNO dari belakang.

    ReplyDelete
  6. dia bak iklan diri la tu ... mana tau kot2 ada orang nak beli...

    ReplyDelete
  7. nak bertanding tiket pembangkang lah tu,..

    ReplyDelete
  8. Adik dia ada jawatan dalam UMNO di area area Kuala Pilah dgr khabar dah muloa tabur wang , ada yg dia nak beli tuh dalam pemilihan UMNO nanti.

    ReplyDelete