Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip berkata cubaan Anwar bersama kabinet 16 Septembernya pada waktu itu menunjukkan kepada umum bagaimana rakus dan tidak bertanggungjawabnya Ketua Umum PKR itu untuk mendapatkan kuasa.
Menurut beliau kabinet 16 Sept yang hari ini tinggal kenangan dan diyakini akan menjadi lipatan sejarah buat selama-lamanya kepada Anwar dan sekutu pembangkang lain yang sehingga ke hari ini masih termimpikan Putrajaya.
“Dalam pada kita menyambut hari kebangsaan dan hari Malaysia pada 16 Sept ini, janganlah kita lupa kepada kabinet 16 Sept Anwar yang dicanang di seluruh dunia. Tarikh itu kena ingat kerana ianya merupakan cubaan untuk menjajah pemikiran kita semula.
“Alhamdulillah…setelah sekian lama kita bebas daripada penjajahan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir manusia yang berhati busuk cuba menjajah pemikiran kita rakyat Malaysia. Biarlah kabinet 16 Sept itu terus terpahat bersama Anwar,” katanya.
Tahun ini merupakan “ulangtahun ketiga kabinet 16 Sept” Anwar apabila beliau mencanangkan seluruh ceruk negara dan dunia bahawa pada tarikh tersebut sejurus pilihan raya umum pada 2008 yang lalu bahawa beliau bersama kuncu-kuncunya akan mengambil alih Putrajaya.
Mengulas lebih lanjut, Zahid seterusnya mengucapkan ”tahniah” kepada rakan-rakannya di dalam pakatan pembangkang yang masih setia menjadi pencacai dan pengampu kepada manusia hipokrit yang bernama Anwar Ibrahim.
Ini kerana katanya sungguhpun ditipu dalam peristiwa 16 Sept lalu, mereka masih taat dan sanggup menjaid pak turut kepada Anwar yang hanya mementingkan nawaitu untuk menjadi Perdana Menteri.
“Bayangkan pada tarikh yang dianggap keramat oleh puak-puak pembangkang pada waktu itu, sudah ada yang tempah ‘bush jacket’ dan sebagainya kerana gara-gara ditawarkan sebagai anggota jemaah kabinet 16 Sept.
“Almaklumlah…..dikatakan sudah mendapat perkenaan Yang Dipertuan Agong dan Panglima Tentera bersama mereka……..Alahai kesiannya,” kata beliau.
Sumber - Media UMNO
No comments:
Post a Comment