Followers

rantau ku sayang

Friday, November 15, 2013

PAS Ada Telor Ke Nak Laksanakan Hudud Di Kelantan?



CAB sebenarnya begitu setuju bila saja Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan telah bersedia untuk melaksanakan hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu pun sekiranya Kerajaan PAS sanggup menguat-kuasakan undang-undang tersebut.

Menurut ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad pihaknya sudah mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam. Namun CAB yakin bahawa kerajaan Kelantan tidak akan berani melakukan hudud di Kelantan kerana takut kehilangan kekasih awal dan akhirnya iaitu DAP dan takut kehilangan sokongan kaum Cina.

Apa yang kita boleh nampak, hudud yang dicanangkan oleh PAS hanya bermusim setiap kali hendak PRU saja. Rakyat yakin kalangan PAS hanya menipu untuk melaksanakan hudud kerana sejak dari sebelum merdeka lagi dan telah lebih 23 tahun memerintah Kelantan semua yang dicanangkan 'kencing' jer..

Jangankan hukum hudud, bayangnya pun tidak nampak. Rakyat masih ingat bagaimana pembohongnya Presiden PAS Hadi Awang dulu sebelum dapat memerintah Terengganu dengan berkata "Sebelum ayam berkokok jika PAS dapat memerintah Terengganu hudud akan dilaksanakan".. - Hampeh!!

Namun setelah lima tahun memerintah Terengganu jangankan hudud, apa pun tarak... kini dah semakin jauh apatah lagi Kerajaan UMNO telah mendapat mandat di Terengganu..

CAB yakin PAS tidak akan dapat melaksanakan hudud dan tidak akan melaksanakannya.
Gong sudah dipalu dik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.. Apa macam sekarang Kerajaan Negeri Kelantan??? Belum apa-apa kelab penyokong dah bantah...apa cer?
PAS ada telor ke nak laksanakan hudud...hehehe..

No comments:

Post a Comment