Followers

rantau ku sayang

Monday, December 22, 2014

MAMPUKAH UMNO PERJUANGKAN NASIB TANAH RIZAB MELAYU???



Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2013, makin banyak tanah rizab Melayu yang ditukar status untuk tujuan pembangunan, tidak diganti atau proses penggantiannya mengambil masa terlalu lama.

Ada kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas untuk memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing untuk membeli tanah di negeri itu. Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis dan sama luas dengan kawasan yang dibatalkan.

Hakikatnya, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Jika ditelusuri sejarah, ada wasiat Raja-Raja Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.

Satu daripada tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu menyebut: "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain."

Hakikatnya, berlaku penyusutan berkali ganda membabitkan tanah rizab Melayu dan ia tidak hanya pada sebuah negeri, malah ada negeri mencatatkan penurunan lebih 50 peratus daripada jumlah asal yang diisytiharkan tanah rizab Melayu. Keprihatinan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mewakili 284 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), kelmarin yang mahu kerajaan mewartakan tanah milik kerajaan, termasuk kuarters sebagai tanah rizab Melayu, seharusnya disokong.

Pengerusi Biro Perlembagaan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata semua tanah milik kerajaan di kawasan bandar, termasuk di Kuala Lumpur yang belum dibangunkan perlu ditukar statusnya bagi mengelak dikomersialkan untuk tujuan tertentu sehingga menghakis pemilikan Bumiputera. Jika dibiarkan, akan mengakibatkan ketidakseimbangan pemilikan hartanah antara kaum yang ketika ini kritikal, sekali gus mengancam keamanan negara. Hanya 21.9 peratus pemilikan hartanah Bumiputera di Kuala Lumpur.

Sejak berzaman lagi, pemilikan tanah yang luas menandakan kekayaan dan kekuasaan sesuatu bangsa. Malah, bangsa penjajah, baik British, Belanda dan Perancis sanggup merentasi lautan untuk mencari 'benua baharu' demi kepentingan ekonomi empayarnya. Kita pula mudah menukar status tanah demi keuntungan jangka pendek tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akan menimpa generasi akan datang. Jadikan bumi Palestin sebagai iktibar kerana daripada penjualan tanahlah menyebabkan Yahudi dapat bertapak kukuh di negara itu.

Friday, December 19, 2014

Beza Blogger Umno Dengan Blogger PR



Rupanya bukan seorang dua sahaja bogger menyokong UMNO merasa hati tertusuk sembilu apabila Presiden UMNO dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan UMNO 2014 lalu 'menggelar' blogger pro UMNO sebagai bangang. 

Dulu ada seorang politikus muda yang menggelar blogger 'Beruk', sekarang beliau sudah berjawatan dan ada memelihara beberapa ekor 'Beruk' bagi membantunya di media sosial, beliau dah jadi 'Bapak Beruk'. 

Dulu ada juga seorang Menteri Penerangan yang menggelar blogger sebagai 'Goblok'. Akhirnya riwayat beliau sebagai menteri tidak lama. Kini beliau juga aktif berblog... mungkin sudah jadi 'goblok'. 

Siapa dan apa sebenarnya blogger pro UMNO? Beruk? Goblok? atau Bangang? Inikah penghargaan yang diberikan, terutama kepada yang tidak berbayar? 

Blogger PR mendapat imbuhan lumayan dan diberikan penghargaan untuk menumbangkan sedangkan kita dicerca untuk mempertahankan. (Baca disini .. penghargaan kepada blogger pembangkang), Kita ada? 

Ada yang masih peduli kepada amaran Friendly Fire? Jika 'Bangang' turun, apakah 'Bapak Beruk' berpeluang untuk naik?

Tuesday, December 16, 2014

PAS Pilih Jalan Akhirat Ke Jalan Jahanam

DAP dengan jelas telah menolak Hudud. Malah DAP beri amaran agar PR tidak laksanakan Hudud jika menang PRU14. Berdasarkan keputusan itu, apakah PAS akan terus bertahan dalam PR? Sukar sangatkah untuk PAS membuat keputusan?

Di peringkat awal, gabungan PR cuba menafikan wujud ketidaksefahaman di antara mereka atau sedikit sebanyak cuba menggambarkan keadaan mereka seperti carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Tapi nampaknya, keadaan makin getir di antara PAS dan DAP sehinggakan ada ketikanya mereka saling memberi amaran kepada satu sama lain. Malah, baru-baru ini Penasihat DAP Lim Kit Siang menyuarakan keraguannya terhadap kerjasama politik DAP, PKR dan PAS jika akan dapat terus bertahan sehingga PRU ke 14.

Jadi, mampukah PAS pertahankan Hudud kelak demi perjuangan dunia dan akhirat, atau akan tunduk dengan desakan Guan Eng (dunia)? Sekali lagi, memetik kata-kata Datuk Dr. Mahfodz Mohamad, “Hudud yang juga dasar utama dalam PAS adalah perintah Allah SWT dan bukannya perintah Lim Guan Eng.” Persoalannya, dalam pada PAS dan DAP bertikam lidah, di manakah suara PKR? Diam membisu? Pastinya suara lantang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat (pernah dilihat) sebagai seorang Pemimpin Islamis boleh memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan Hudud. Mungkin juga sekali gus memutuskan pelaksanaan Hudud sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kelak!

Monday, December 8, 2014

Azmin 'sound' Orang Islam Agar Tutup Isu Bible


Selepas segala cara diplomasi di persetujui, kenapa masih tidak akur undang-undang di atas kesalahan yang di buat dengan tujuan tersirat membelakangkan segala peruntukan?

Jika Azmin sudah "sound" kita lihat sahaja apa kemungkinan nya selepas ini, ia tak? 
Adakah kedudukan Sultan itu di bawah taraf mereka ?

Akta hasutan kan ada, gunalah. utk cauvinis mcm ni la gunanya akta hasutan.

Mereka x pernah ikhlas nk berdamai. selagi x akur dgn kehendak mereka, mereka xkan redha, sounds familiar? kan kita org islam dh diingatkan.

Bukankah ini hasutan lagi? tentang agama plak tu, ape lagi yg lebih sensitive kalau bkn tentang agama. x guna kalau akta ada tp x digunapakai. bishop ini adalah org yg sama mahu semua agama bebas didakwahkan kepada org2 islam. bknkah ini dh melanggar perlembagaan. apa guna akta hasutan sekiranya provokasi mereka sentiasa kedengaran?

Apa jalan moderation datuk seri dlm hal ni? demi agama pn kita bertolak ansur dgn mereka yg melampau? Datuk Seri kena ingat, Nabi SAW berpesan berlembut sesama saudara, bertegas dgn kafir harbi!

Padahal kita memulangkan kembali kitab mereka yg terang2an diedarkan pada org islam pn sudah begitu pahit. mereka buat pasal lagi jgn salahkan org2 melayu kelak. apa mereka ingat mahu mencari pasal dgn mais dan jais tidak bermaksud mencari pasal dgn org melayu dan islam? jgn hanya asyik suruh org2 melayu saja bertolak ansur. diberi betis nk peha. jgn sampai pipi bengkak kene pelempang.

Golongan liberal akan melalak. MKPN akan melalak, marina akan melalak. ini sentiasa berlaku. kalau ini berterusan x gunalah apa2 akta pun.

Wednesday, December 3, 2014

PAS & UMNO Sepakat Tolak DAP



Siapa kata UMNO & PAS tidak sepakat?? Perkara ini dibuktikan di Dewan Undangan Negeri Selangor apabila kedua-dua parti menolak kerakusan dan ketamakan parti DAP yang gila kuasa mahukan jawatan baru dalam Dewan Undangan Negeri.

Mungkin isu ini adalah isu terpencil yang menyatukan pandangan parti UMNO dan PAS tetapi ianya satu permulaan baik. Kita lihat perkembangan seterusnya.

Rakyat juga berharap agar kepimpinan PAS juga turut serta bersama parti UMNO negeri Pulau Pinang yang mengambi inisiatif untuk mengurangkan gejala negatif di negeri kerajaan DAP.

Isu ini bukan isu politik tetapi isu rakyat yang patut disokong. Dalam masa yang sama, kita tentu berasa mual dengan sikap Lim Guan Eng DAP yang cuba basuh tangan dalam isu aktiviti haram di negeri Pulau Pinang.

Baca sini:

ADUN PAS dan Umno menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua bagi DUN Selangor.

ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata tiada keperluan melantik seorang lagi timbalan speaker kerana jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS, sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tak perlu.

"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN bagi sesi pagi tamat.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Beliau yang juga ADUN Sungai Burong turut mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan itu memandangkan terdapat ahli DAP - Hannah Yeoh - yang telah menjadi speaker sekaligus membazir wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Tony berkata, pihaknya menuntut jawatan itu berdasarkan kesetiaan DAP kepada Pakatan Rakyat semasa krisis menteri besar berlaku.

Tuesday, December 2, 2014

Gelar DAP Parti Cauvinisme : Lim Guan Eng Selar KJ


Setiausaha Agung DAP, juga Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng berkata, Khairy Jamaluddin dilihat mengamalkan politik 'tidak wajar' apabila menyalahkan bukan Melayu kerana mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa Melayu. Menurut beliau lagi, “Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak raja-raja Melayu awal 90-an. Khairy menggelar, DAP parti cauvinisme kerana kejayaan DAP menarik minat keahlian anak muda Melayu.

"Bukankah kejayaan itu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinisme mahupun perkauman, sebaliknya sebuah parti berbilang kaum yang berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia?,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya, kelmarin.

Guan Eng mendakwa, Khairy mengambil jalan mudah dalam kenyataannya kerana beliau tiada sebarang jawapan terhadap isu itu.

Anak muda melayu sertai DAP? Tak salah memilih fahaman politik dan parti apapun tapi adakah DAP bersama pasukan gerakannya akan membela nasib anak melayu pada masa akan datang? Fikir-fikirkanlah, tengok saja apa dah  jadi di P.Pinang. Ada mata pandang, ada telinga dengar dan ada akal nilai.

Ceramah di Bangkok, Thailand dibatalkan


Ceramah di Bangkok, Thailand pula? Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok, Thailand minggu ini. Beliau tidak akan ke Bangkok dan dengan itu acara 3 Disember tersebut telah dibatalkan, umum FCCT hari ini.    
      
Menurut FCCT, Anwar akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya mendepani kes-kes mahkamah yang kini berlarutan terhadapnya.

Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu ini. Pasukan peguam Anwar menasihati beliau bahawa memandangkan kedudukan kes perundangan terhadapnya, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat.

Mungkinkah publisiti beliau di Malaysia sudah berkurangan sehingga mahu "meraih simpati" di luar negara pula?

Thursday, November 20, 2014

PKR Kembali Kepada Tabiat Asal Apabila Terpalit Krisis MB



Kata seorang rakan, tak ke pelik bila dia jadi YB dulu, jangan kata longkang, sampah pun dia tak ambil kisah, mana dia ambil peduli?

Tapi atas nasib dia baik, sebab Sultan tak menerima Wan Azizah menjadi MB baru dan dia terpilih, dengan jawatan MB yang dia pegang sekarang, secara automatiklah segala lakonan ala Jokowi pun muncul.

Bukan hanya turun bersihkan longkang, turun ke sawah, sembur racun serangga nak kawal denggi katanya, malah siap menjahit bagai nak tunjukkan dia adalah MB berjiwa rakyat kononnya, Kononnyalah!

Setelah Che'gu Bard membalun secara terbuka terhadap Azmin dan kebobrokan PKR yang menjatuhkan Khalid Ibrahim, rupanya dalam kem PKR ada yang panas telinga nampaknya bila si keling Xavier Jayakumar tu melenting mengatakan Badrul adalah 'pengacau tak guna' dalam PKR yang 24 jam menipu.

Adakah perang kuasa bakal terjadi lagi di Selangor? Adakah rakyat selangor sedar?

Wednesday, November 5, 2014

DR MAZA SURUH ANWAR TINGGALKAN MALAYSIA...


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata kadang-kadang beliau mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negara dan tidak lagi campurtangan dalam urusan politik negara ini.

Ujarnya, Ketua Pembangkang itu sudah lama bergelumang dalam politik dan terlalu banyak diduga dan menduga.

Pun begitu, beliau mengakui, Anwar mempunyai peranan-peranan tertentu dalam memastikan pengurusan pentadbiran negara ke arah yang labih baik.

Malah hasil pemantauan Anwar dan rakan pimpinannya dalam pakatan Rakyat menyebabkan rakyat banyak mendapat manfaat.

“Sehinggakan saya ada terfikir alangkah baiknya kalau dia pergi dan tinggalkan negara ini tidak masuk campur lagi urusan politik.

“Saya simpati dengan Anwar dari sudut usianya kalau benar dia akan masuk dalam semula sebagai orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang beliau juga menyumbang.



“Kerana ada juga yang didapati rakyat sekarang ini hasil daripada pembangkang yang menuntutnya,” katanya kepada AP ketika ditemubual eksklusif.

Dr Asri berkata demikian ketika diminta mengulas isu pendakwaan kes liwat II yang dihadapi Ahli Permatang Pauh itu.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Anwar yang masuk hari ke lima. Prosiding itu pada awalnya hanya ditetapkan selama dua hari, namun dilanjutkan atas sebab hujah pembelaan yang banyak.

Dijangka keputusan akan diketahui esok, bagaimanapun ia bergantung kepada perbicaraan hari ini.

Dr Asri berkata, beliau yakin sistem perundangan negara ini akan memutuskan keputusan dengan waras dan rasional tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak.

“Soal fakta penilaian hakim lebih tahu, sejauh mana dia menghukum perkara itu berdasarkan fakta atau berdasarkan pengaruh tertentu.

“Rakyat juga tidak bodoh mereka juga boleh menilai tidak boleh emosi daripada awal ada di sebelah pihak sahaja,” katanya.

Dr Asri yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata jika Anwar bersara daripada politik, ia memberi peluang kepada generasi baru untuk menjadi pemimpin yang hebat.

“Ada kemungkinan kalau Anwar tidak ada lagi satu mungkin akan menjarakkan lagi jurang di dalam Pakatan Rakyat itu, dan ada kemungkinan juga akan melahirkan tokoh-tokoh baru dalam politik.

“Saya mengharapkan generasi baru untuk berpolitik kita kena lupakan mimpi lama atau episod lama yang berkaitan soal peribadi dan tidak puas hati antara veteran dalam politik,” katanya lagi.

Anwar sebelum ini berkali-kali memberitahu beliau kononnya digesa rakannya daripada luar negara untuk tidak lagi kembali ke tanah air dan meninggalkan politik Malaysia.

Namun Anwar berkata beliau tetap memilih untuk ‘mengorbankan diri’ demi menuntut transformasi dalam sistem perundangan negara semata-mata demi masa depan generasi akan datang.

Malah Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pernah berkata beliau mungkin akan bersara daripada politik sekiranya Pakatan rakyat kalah dalam PRU itu, dan boleh jadi beliau akan ‘kembali mengajar’.

Namun setahun enam bulan berlalu, Anwar masih ligat berpidato di atas pentas politik sehinggalah kes liwatnya kembali dibawa kemuka pengadilan. 

Inilah Kenyataan YB PAS...Berat Berat Nih


Inilah akibat terlalu terbuka dan inilah muka2 yang merendah2kan taraf ulama dalam Pas. Kalau di takdirkan mereka menguasai Pas suatu hari ,mereka akan meminda perlembagaan Pas.mereka2 lah yg nk meliberalkan pas...terang lg bersuluh...tok guru mereka ada dlm pkr...tunggu apa lagi singkirkan mereka. 

KENYATAAN YB OSCAR LING AHLI PARLIMEN DAP SIBU...MEMANG KURANG AJAR


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengecam sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh YB Oscar Ling, YB DAP Sibu yang menyatakan sekolah agama menjadi punca pemisah kaum. Kenyataan sebegini, menyebabkan orang Melayu dan Islam akan berasa marah dan tidak tenteram seolah-olah menghina Agama Islam itu sendiri.
Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.Sudah tentu ramai Umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama.

Sepertimana yang kita ketahui, Sekolah Agama telah melahirkan ramai cendiakawan dan pemimpin yang beribawa serta ramai ahli parlimen lahir daripada Sekolah Agama. Sekolah Agama juga menjadi tunjang untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji serta mempunyai kredibiliti seorang pemimpin.

Kurikulum di sekolah agama sememangnya tidak dinafikan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, kurikulum di Sekolah Agama juga mementingkan semangat ukhuwah dan perpaduan yang diperlukan di negara yang berbilang kaum ini.

Bagi pihak pemuda negeri, kenyataan BODOH sebegini TIDAK DAPAT DITERIMA sama sekali.
Pihak kami ingin meminta supaya YB Ahli Parlimen Sibu segera memohon maaf dan menarik kembali kenyataan biadap ini. Pemuda negeri Pulau Pinang bimbang akan ada nanti tindakan luar kawalan yang boleh menggugat ketenteraman negara.

RAFIZAL BIN ABD RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang 

VIDEO YANG MENYEBABKAN ANWAR TERANSANG

Macam nilah standard peguam yang mewakili pendakwaan.  

DEWAN ULAMA' PAS JAHILKAN RAKYAT HAKIM NEGARA!


KESIAN tengok penyokong-penyokong Anwar yang sedang berhimpun di Putrajaya sekarang ini. Malah ada yang tak balik rumah pun sejak 5 hari lepas sebab nak tunggu Anwar keluar dari mahkamah dan pulang dengan kemenangan. Tapi ramai yang tak tahu, pemimpin PAS ramai yang dah meluat dengan permainan Anwar yang sanggup mempergunakan rakyat semata-mata untuk politik jubur Anwar.

Betul jugak apa yang diucapkan oleh Ustaz Mokhtar daripada Dewan Ulama' Pas Pahang. 'Islam memang hak semua tapi menetapkan hukum adalah hak ULAMA' 'Ubat memang hak semua pesakit, tapi menentukan ubat dan rawatan adalah hak PAKAR FARMASI' 'Undang-undang hak semua rakyat, tapi menjatuhkan hukum adalah hak HAKIM' Ustaz Mokhtar mendakwa yang penyokong Anwar dok gatal hentam ulamak tetapi jangan lah sampai nampak JAHIL dan JAHAT!!

 Mungkin sebab geram dengan tindakan dan kenyataan oleh orang PKR selama ini yang kerap menghentam Pas terutama dari Dewan Ulamak yang tidak menyokong perbuatan Anwar meliwat Saiful. Malah tak kelihatan pun pemimpin Pas semasa prosiding mahkamah Anwar meliwat! Bibit-bibit perpecahan antara parti dalam pakatan sudah semakin besar..... Semoga Pas kembali sedar yang selama ini mereka hanya digunakan untuk kepentingan Anwar dan menutup liwat Anwar!

Kapal selam negara buktikan keupayaan....Jangan Kita Hanya Dengar Puak Pembangkang...


Keupayaan kapal selam negara, Kapal Diraja (KD) Tun Razak melancarkan torpedo Black Shark tepat ke sasaran dengan kelajuan yang ditetapkan pada 31 Oktober lalu memberi gambaran jelas terhadap kemampuan aset negara itu dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, kejayaan melakukan pelancaran torpedo berkeupayaan tinggi tersebut diharap dapat menutup segala tohmahan jahat pihak tidak bertanggungjawab terhadap ‘kekuatan’ kapal selam negara.
Menurutnya, sesi latihan tersebut bukan sahaja membuktikan keupayaan memusnah dengan sempurna, malah penggunaan torpedo berkeupayaan tinggi iaitu Black Shark telah terbukti memberi satu kelebihan kepada kapal selam negara.

“Black Shark merupakan satu senjata baharu kapal selam yang merupakan hasil perkongsian kerjasama dua buah negara iaitu Itali dan Perancis. Malah tembakan yang dilakukan pada 31 Oktober lalu adalah yang pertama kalinya bagi torpedo Black Shark sejak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar.

“Dalam latihan yang dilakukan di perairan Laut China Selatan itu, KD Tun Razak berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna apabila memusnahkan struktur feri yang diubah suai untuk tujuan penembakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan rasmi Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian ke Markas Angkatan Kapal Selam TLDM di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di sini hari ini. Yang turut hadir, Duta Perancis di Malaysia, Christophe Penot; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar dan Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Abdul Rahman Ayob.

Dalam pada itu, Abdul Rahman ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, Malaysia merupakan negara kedua membeli torpedo Black Shark selepas Chile.

“Selepas itu baharu negara lain beli torpedo berkenaan. Berdasarkan rekod, negara itu banyak menggunakan torpedo Black Shark jenis latihan tetapi belum pernah menggunakan torpedo Black Shark untuk peperangan. Secara tidak rasminya, Malaysia atau TLDM boleh ditakrifkan sebagai negara pertama membuat penembakan torpedo Black Shark konfigurasi perang setakat ini,” jelasnya. 

HADI BAKAL TERSINGKIR DALAM MUKTAMAR PAS AKAN DATANG...TANDA BERAKHIRNYA KEPIMPINAN HAJI HADI...


Presiden PASMA; Pahlol Razi telah memberikan beberapa hint atau petunjuk bahawa kepimpinan ulama yang belajar ilmu agama secara bersanad akan berakhir tak lama lagi.

Presiden PASMA itu juga menyatakan Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup dengan kata lain secara tersirat dia boleh ditumbangkan atau digantung bahkan boleh disingkirkan dari parti PAS sendiri.

Mungkin kita masih ingat di kala arwah Ustaz Azizan; mantan Menteri Besar Kedah masih hidup, Pahlol Razi adalah dalang utama menjadi duri dalam daging kepimpinan ulama di Kedah.

Hingga arwah merajuk dan terasa hati dengan tindakan Pahlol Razi dan juak-juaknya yang getik nak rampas kepimpinan MB kedah.

Kemelut dalaman perebutan kuasa MB di Kedah menyebabkan PAS tumpas di negeri jelapang padi itu.

Setelah PAS tewas, Pahlol terus mengkritik arwah hingga membawa kepada sakit berpanjangan, malang sekali bila kaki arwah terpaksa dipotong akibat komplikasi serius kencing manis, geng-geng Pahlol terus mengatakan ia kifarah akibat dosa-dosa arwah Ustaz Azizan mentadbir Kedah.

Tuesday, November 4, 2014

DISEBALIK CERITA PROJEK KIDEX RM 2.2 BILLION projek Lebuh Ekspres Kinrara- Damansara

NURUL IZZAH DULU BANTAH DAN MENUDUH TAN SRI KHALID BAGI PROJEK PADA KRONI
UMNO. Sekarang apa sudah jadi ni...cakap tak serupa bikin ...BODOH

SEKARANG TAK BANTAH KERANA DAH DAPAT PADA KRONI PR KE? 

Monday, November 3, 2014

Rayuan liwat Anwar hari kelima...mahkamah diberitahu Saiful sudah tidak tahan lagi


Lupakan kalau membuat ramalan keputusan rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat diketahui Selasa.Nampaknya kemungkinan itu sudah tiada langsung.Perbicaraan mahkamah ditangguhkan tengahari Isnin selepas ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyampaikan hujah beliau.Beliau akan sambung lagi hujahnya esok Selasa.

Shafee yang ditemui wartawan selepas mahkamah ditangguhkan kata tadi hujah beliau baru 65 peratus saja.

Katanya Ketua Penal Hakim Tun Ariffin Zakaria memberikan masa sejam setengah untuk menyelesaikan hujahnya.

Menurut Shafee tiada masalah untuk beliau selesaikan hujah dalam tempoh berkenaan.

Selepas itu pihak peguam bela Anwar pula akan membuat hujah balas.
Sementara itu kalau nak ukur dari suasana di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya perbicaraan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah meleret masuk hari kelima terasa semakin membosankan.

Kalangan wartawan dan jurugambar yang sentiasa mengharapkan sesuatu menarik dijadikan bahan mereka mengeluh tiada sesuatu yang baru.

Suasana cukup sikit riuh dengan gelagat biasa sebilangan kecil kira-kira 30 orang penyokong Anwar dan penyokong Saiful Bukhari Azlan saling berbalas sorak antara satu sama lain.

Ada juga penyokong Anwar yang baca surah Yasin di situ.

Ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Shafee yang meneruskan hujah masuk mahkamah sekitar jam 8:35 pagi manakala Anwar 8.45 pagi ditemani isteri dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan Wong Chen (Kelana Jaya).

Penal Hakim masuk kamar jam 9.23 pagi dan TS Shafee mula hujah mengenai barang-barang bukti yang diambil dari lokap Anwar pada 2008 iaitu rambut, tuala good morning, berus gigi dan botol air mineral.

Shafee kata sekarang pihak pembela nak pertikai cara bahan bukti diperolehi tetapi masa perbicaraan di Mahkamah Rayuan dulu ia tak dibangkitkan atau dicabar.

Katanya pihak pembela juga ketika itu tak pertikai keterangan polis yang mengatakan Anwar gosok gigi.

Katanya semua bahan bukti itu yang ketika Anwar masuk, disimpan dalam plastik tetapi apabila Anwar meninggalkan lokap ia berterabur di atas lantai dan itu menunjukkan ia telah digunakan oleh Anwar.

Katanya seorang anggota polis yang bertugas ketika itu memberi keterangan dia nampak Anwar bawa masuk botol air mineral ke dalam lokap.

Saksi,pegawai polis Jude Pereira juga dalan keterangannya sahkan Anwar ada bawa botol mineral jenama Cactus.

Katanya kedua-dua saksi itu menyatakan apa yang mereka nampak dan tidak ada konspirasi berlaku dan bahan2 bukti itu tak boleh dianggap diambil secara tidak sah.

Shafee juga menegaskan penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bagi membantu siasatan liwat itu adalah sah kerana alasan penahanan ada dikemukakan kepadanya.

Katanya tidak berlaku pelanggaran hak.

Anwar ditahan oleh polis semasa keretanya meuju ke rumahnya di Bukit Segambut pada hari berkenaan.

Kesalahan yang didakwa dilakukan adalah serius maka tiada waran tangkap diperlukan.

Beliau berkata, pendakwaan juga berjaya membuktikan berlaku penetrasi berdasarkan kepada keterangan dua pakar kimia yang berjaya mendapatkan profil DNA.

Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa dalam laporan yang ditaip oleh Dr Osman dari Hospital Pusrawi ( di mana Saiful pertama jalani pemeriksaan) menyebut Saiful diliwat oleh seorang kenamaan (VIP).

Menurutnya Saiful memberitahu liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.

Kejadian liwat itu bukanlah yang pertama kali berlaku.

Katanya berdasarkan keterangan Saiful dia sudah tidak tahan lagi. 

Guan Eng : DAP Siap Sedia Keluar Pakatan Rakyat...Munafik Mana Boleh Dipercayai Cakapnya


DAP kini mengambil langkah bersiap sedia dan tidak gentar berhadapan dengan sebarang kemungkinan untuk keluar dari Pakatan Rakyat (PR)

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP bagaimanapun menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis.

"Sebenarnya PR hidup atau  mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen,” kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Beliau menjelaskan, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji.

“DAP berpegang kepada  prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR.

“Apa yang penting, bila kita bercakap perlu ‘cakap serupa bikin’ dan semua parti perlu ada amalan yang sama,” katanya.

Biar Betul Nih....AMK Akan Bertempur Untuk Halang Anwar Daripada Dibawa Ke Penjara!


Perancangan menerusi mesyuarat tertutup pada 25 Oktober di Bilik Mesyuarat Mawar, Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya yang dipengerusikan oleh Tian Chua, terdedah lagi. Jikalau sebelum ini, pemberi maklumat menyalurkan rancangan yang akan dibuat pada 28 dan 29 Oktober, tetapi kali ini, penyumber mendedahkan satu lagi perancangan jahat yang dibuat oleh PKR.

Khairul Anwar Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah, suatu ketika dahulu merupakan Ketua AMK Selangor telah ditugaskan untuk melaksanakan satu rancangan yang lebih ekstrim dan jahat memandangkan tugasan pada 28 dan 29 Oktober gagal dilaksanakan dengan jayanya.

Berdasarkan maklumat yang kami terima, AMK sedang mengatur perancangan membuat halangan semasa hakim membacakan keputusan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.

Jonah akan mengetuai sepasukan AMK yang akan menimbulkan huru-hara setelah satu lagi kumpulan yang belum lagi diketahui siapa ketuanya tetapi dipercayai Tian Chua sendiri, akan membuat provokasi dan mengganggu anggota-anggota polis yang bertugas.

Pasukan AMK yang dipimpin oleh Jonah akan bertempur dengan pihak polis untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada dibawa ke penjara. Kumpulan provokasi kedua pula akan selepas 'mengganggu dan menyibukkan polis' dengan serangan kumpulan yang diketuai oleh Jonah, akan menghalang laluan yang akan digunakan oleh pihak berkuasa bagi membawa Anwar ke penjara.

Manakala kumpulan penyokong yang lain, yang sekarang ini sedang giat dikumpulkan menjelang tempoh 96 jam, akan dikumpulkan di hadapan Istana Kehakiman untuk menimbulkan kekecohan selain mengalihkan perhatian daripada gangguan yang dibuat oleh kumpulan provokasi pertama dan kumpulan provokasi kedua yang mempunyai 'tugas' lebih besar.

Berdasarkan maklumat yang sama, AMK Johor sudah berjanji akan menghantar sebuah bas yang dipenuhi penyokong. Begitu juga dengan AMK Perak manakala AMK Selangor akan menghantar dua buah bas dan AMK Wilayah Persekutuan pula sebuah bas.

Jonah didedahkan sebagai ketua dan perancang utama pada provokasi terbaru dan terakhir nanti. 

Luahan Rasa Menyampah Lim Guan Eng Terhadap PAS


Apabila baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara terbuka menggelar empat orang EXCO PAS sebagai pengkhianat ekoran kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, khalayak umum melihatnya sebagai penghinaan yang amat memalukan PAS.PR Bakal Berpecah

Gelaran hina itu juga dianggap ramai sebagai cerminan rasa muak dan menyampah DAP dengan pelbagai tingkah-laku PAS yang dikatakan sering membelakangi keputusan bersama yang disepakati pakatan pembangkang PR.

Bagi Guan Eng kelancangan mulutnya itu dikira wajar dan diharapkan akan menyedarkan PAS keperluan mematuhi kesepakatan bersama PR, sedangkan pada PAS gelaran buruk itu cukup melukakan apatah lagi bila ia diluahkan oleh rakan pimpinan yang pernah diiktirafnya sebagai Khalifah Umar zaman moden.

Mungkin disebabkan memendam rasa terhina dengan gelaran pengkhianat itulah kemudiannya membawa kepada tindakan protes oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sekali lagi memboikot mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang diadakan awal minggu lepas.

Rupanya tindakan boikot Presiden PAS itu seumpama menyiram minyak ke dalam api apabila hari ini Guan Eng secara sinis memberi amaran PR berdepan kemungkinan akan berpecah disebabkan ada anggota gabungan tidak berdaftar itu gagal memberi komitmen yang sepatutnya.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kalau pun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan liwat ia tiada gunanya selagi ada komponen PR yang cakap tidak serupa bikin, tidak menunaikan janji dan tidak berpegang pada komitmen yang disepakatinya.

Malah Guan Eng juga mengakui sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi mahu berurusan dengan parti tersebut yang tidak tetap pendirian dan sering berubah-ubah keputusan. Bunyi luahannya macam terlalu kecewa persis seorang jantan yang sudah berputus asa dengan kesetiaan kekasih gelapnya.

Walau pun Guan Eng tidak menyebut secara langsung parti mana yang dimaksudkan, umum tahu ia merujuk kepada PAS, rakan pakatan kelas ketiga dalam PR yang pernah dilabelkannya sebagai pengkhianat tempohari dan selama ini pengkhianat itulah yang sering menjayakan pelbagai program keramaian PR.

Luahan sinis Guan Eng itu jelas membayangkan perasaannya yang semakin menyampah dengan sikap PAS. Kejantanannya sudah tercabar dan hanya menunggu masa sahaja untuk betul-betul meledak barangkali dalam waktu-waktu terdekat ini.

Baru sahaja pemimpin PAS digelar sebagai pengkhianat, kini dianggap pula sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin dan dituduh pula gagal memberi komitmen untuk PR. Entah apa malang nasib PAS selepas dipergunakan bertahun-tahun sekarang dicerca dan dihina sedemikian.

Setakat ini kita tidak tahu apa reaksi rasmi PAS dengan kenyataan sinis Guan Eng itu. Marahkan mereka atau masihkah nak memendam rasa?

Tapi rasanya tak mustahil entah esok atau lusa akan ada pemimpin PAS yang memujuk hati berkata cercaan itu hanya kenyataan peribadi Guan Eng semata-mata dan tiada kaitan dengan pendirian rasmi DAP dan selepas itu PAS taat kembali mengikuti kehendak DAP, tak gitu? 

Sunday, November 2, 2014

TIDAK ADA SEORANG PUN YANG PEDULI......


Beginilah nasib presiden parti yang dikatakan parti Islam. Apalah nasibnya dalam pakatan yang ibarat melukut di tepi gantang. Tiada seorang pun pemimpin rakan tahaluf siyasinya yang datang memberikan semangat untuk mempertahankan saman oleh ahli PKR terhadapnya kerana memfitnah. Tak disangka seorang presiden yang bergelar ulama sanggup membuat fitnah.

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)? 

Konspirasi Tak Menjadi Sebab TAK BERI KETERANGAN SEBAGAI SAKSI


Dengan 14 orang peguambela, Anwar Ibrahim masih takut lagi dengan Shafie Adullah.

Apa yang menarik dalam perbicaraan kes liwat II peguam anwar terpaksa berbelit-belit dan menggunakan bidang teknikal semata-mata untuk menolak hukuman penjara sebagaimana yang mereka lakukan di Mahkamah Tinggi pada 2012.

Dan untuk menimbulkan kebencian selain mewujudkan perasaan tidak percaya kepada kes tersebut, para pemimpin PKR dan DAP sedang mengusahakan cerita, wang rakyat dibazirkan untuk membayar khidmat Shafie Abdullah.

Bagaimana pula dengan lebih 70 kali penangguhan yang dibikin Anwar Ibrahim sepanjang proses mahkamahnya, tidak dikira sebagai membazirkan wang rakyat?