Lupakan kalau membuat ramalan keputusan rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat diketahui Selasa.Nampaknya kemungkinan itu sudah tiada langsung.Perbicaraan mahkamah ditangguhkan tengahari Isnin selepas ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyampaikan hujah beliau.Beliau akan sambung lagi hujahnya esok Selasa.
Shafee yang ditemui wartawan selepas mahkamah ditangguhkan kata tadi hujah beliau baru 65 peratus saja.
Katanya Ketua Penal Hakim Tun Ariffin Zakaria memberikan masa sejam setengah untuk menyelesaikan hujahnya.
Menurut Shafee tiada masalah untuk beliau selesaikan hujah dalam tempoh berkenaan.
Selepas itu pihak peguam bela Anwar pula akan membuat hujah balas.
Sementara itu kalau nak ukur dari suasana di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya perbicaraan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah meleret masuk hari kelima terasa semakin membosankan.
Kalangan wartawan dan jurugambar yang sentiasa mengharapkan sesuatu menarik dijadikan bahan mereka mengeluh tiada sesuatu yang baru.
Suasana cukup sikit riuh dengan gelagat biasa sebilangan kecil kira-kira 30 orang penyokong Anwar dan penyokong Saiful Bukhari Azlan saling berbalas sorak antara satu sama lain.
Ada juga penyokong Anwar yang baca surah Yasin di situ.
Ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Shafee yang meneruskan hujah masuk mahkamah sekitar jam 8:35 pagi manakala Anwar 8.45 pagi ditemani isteri dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan Wong Chen (Kelana Jaya).
Penal Hakim masuk kamar jam 9.23 pagi dan TS Shafee mula hujah mengenai barang-barang bukti yang diambil dari lokap Anwar pada 2008 iaitu rambut, tuala good morning, berus gigi dan botol air mineral.
Shafee kata sekarang pihak pembela nak pertikai cara bahan bukti diperolehi tetapi masa perbicaraan di Mahkamah Rayuan dulu ia tak dibangkitkan atau dicabar.
Katanya pihak pembela juga ketika itu tak pertikai keterangan polis yang mengatakan Anwar gosok gigi.
Katanya semua bahan bukti itu yang ketika Anwar masuk, disimpan dalam plastik tetapi apabila Anwar meninggalkan lokap ia berterabur di atas lantai dan itu menunjukkan ia telah digunakan oleh Anwar.
Katanya seorang anggota polis yang bertugas ketika itu memberi keterangan dia nampak Anwar bawa masuk botol air mineral ke dalam lokap.
Saksi,pegawai polis Jude Pereira juga dalan keterangannya sahkan Anwar ada bawa botol mineral jenama Cactus.
Katanya kedua-dua saksi itu menyatakan apa yang mereka nampak dan tidak ada konspirasi berlaku dan bahan2 bukti itu tak boleh dianggap diambil secara tidak sah.
Shafee juga menegaskan penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bagi membantu siasatan liwat itu adalah sah kerana alasan penahanan ada dikemukakan kepadanya.
Katanya tidak berlaku pelanggaran hak.
Anwar ditahan oleh polis semasa keretanya meuju ke rumahnya di Bukit Segambut pada hari berkenaan.
Kesalahan yang didakwa dilakukan adalah serius maka tiada waran tangkap diperlukan.
Beliau berkata, pendakwaan juga berjaya membuktikan berlaku penetrasi berdasarkan kepada keterangan dua pakar kimia yang berjaya mendapatkan profil DNA.
Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa dalam laporan yang ditaip oleh Dr Osman dari Hospital Pusrawi ( di mana Saiful pertama jalani pemeriksaan) menyebut Saiful diliwat oleh seorang kenamaan (VIP).
Menurutnya Saiful memberitahu liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.
Kejadian liwat itu bukanlah yang pertama kali berlaku.
Katanya berdasarkan keterangan Saiful dia sudah tidak tahan lagi.
No comments:
Post a Comment