Followers

rantau ku sayang

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan Bersih3.0 adalah tanggungjawab agama.
Rahim berkata demikian dalam Berita Utama (prime news), muka 8 akhbar New Straits Times hari ini.
Dalam berita bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir', Rahim berkata,bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya 'mengelirukan' rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong UMNO akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai Pas.
rahim
"Dia juga berkata UMNO itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat Pas sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong Bersih, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan 'sebelah mata'.
nikazizbersih
Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat Bersih 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur Bersih 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai 'pelawak'.
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda Pas Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.

Wednesday, March 7, 2012

Bukti kepimpinan PAS yang bebal... Baca ni!


Semalam PAS kata mereka tubuh jawatankuasa khas di peringkat pusat bagi mengawal selia urusan pentadbiran Kerajaan Kedah. Dua orang ADUN PAS yang meroyan nak jadi MB bersetuju terima balik perlantikan sebagai exco kerana PAS pusat akan kawal pentadbiran Ustaz Azizan. 

Hari ini setiausaha agung PAS pusing cerita pula dengan berkata tiada jawatankuasa yang boleh mengatasi kuasa exco dan MB. Kalau dah tahu jawatankuasa tidak ada kuasa apa ke jadahnya perlu ditubuh jawatankuasa tu? 
 
Dalam pada itu, Nik Aziz pulak menunjukkan sikap lepas tangan... Mursyidul Am jenis apa plak ni? Kononnya tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbiran kerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak. "Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Huhh, mudahnya berkata-kata.. Masak la rakyat Kedah. Dok ada MB yang jelas tidak berkaliber. 

Persoalanya, inikah corak dan rangka kerja PAS dalam menerima amanah rakyat untuk mentadbir negeri. Dalam masa berkempen dulu, menagih undi rakyat... Berbagai janji manis yang di taburkan. Mengaku bijak mentadbir negeri mahu pun negara, jika di beri kuasa.


Sekarang apa sudah jadi? Bukan CAB yang kata, PAS sendiri yang kata bersama bukti terbentuknya jawatan kuasa khas untuk mengawal selia urusan pentadbiran Kerajaan Kedah. Dimana ketua pentadbir negeri Kedah yang mereka sendiri lantik tidak boleh dipercayai. 

Pendapat CAB, kalau dah tak pandai memerintah negeri tu, lepaskan saja kuasa. Jangan kerana dek rakus dengan kuasa, bak kata pepatah 'Anjing kurap pun nak di bela'.

Ini menipu rakyat namanya!
 

Friday, February 3, 2012

Hadi Awang pun dah malas nk dengar cakap Nik Aziz...

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz berkata, keputusan Abdul Hadi berbuat demikian “adalah masalah dia”, dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu.

Sumber - BERNAMA

KATA CAB :
Kalau betul dah berhajat nak berhenti tu, berhenti je lah Pok Nik...
Hanya dengan sebab kena sergah je, Pok Nik sampai ni ari tak nak lepas-lepaskan jawatannya kan... Macam tu ko Pok Nik?
Heheheheee... Tuo dah tu weiii...
Masaalah Hadi Awang tu... Petama, sakit kepala mengadap Pok Nik yang dah nyanyuk tu yang tak nak berhenti-berhenti... Kedua, malu sangat dah eah... bila Pak Hasan Ali dok heret buruk PAS kesana kemari skg ni... Tak tercover dah beb!
Yang sebenarnya UNDI PAS = UNDI DAP yeop!!!

Wednesday, February 1, 2012

Dua gaya berbeza pemimpin Melayu PKR & Melayu PAS meraih undi demi DAP.. Tengok lah!


Terlonjak-lonjak, terkinja-kinja serupa kera kena belacan..

Begitu ghairah si Anwar ni nak meraih undi orang India hingga sanggup buat apa saja..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
NAK KAN UNDI, SANGGUP KE GERAI BABI.



"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin.

Wahida lepas gian di pentas PAS... Saksikan!


Huhuuu... Lama kita tidak menyaksikan Wahida isteri kepada Akhill Hay beraksi di pentas.

Kelmarin Wahidah kembali menyanyi semula di pentas PAS di sebalik imej berpurdah yang sungguh sopan dan melambangkan imej muslimah sejati dengan menayangkan aurat suara lunaknya yang mendayu-dayu.

Kata dah bersara demi menjaga maruah suami? Ni lepas gian ke Wahida?

Namun yang tak kenanya, Akhil dilihat gagal membimbing isterinya, si Waheeda.
Waheeda tampak gagal mengawal 'gian' dia untuk kembali beraksi dipentas. Nampak tangannya yang memegang mikrofon itu dan si kopiah putih yang tersenyum riang di belakang itu?

Puak pas yang kononnya alim di belakang dan di depan pentas takde sapa yang nak tegur ke? Adakah ini juga dihalalkan oleh mereka demi hiburan yang kononnya bercirikan Islam?


Ape-ape aje lah!


Sumber : Anak Seberang

Tuesday, January 17, 2012

Setelah di angkat bermacam-macam darjat,... Kini Ni Aziz di gelar 'KERAMAT HIDUP' pulok?


Kata CAB:
Dianggap wali sudah...
Dianggap Nabi pun sudah...
Kini dianggap keramat hidup pula?
Hantam saja la labuuuu. . . .
Keratan ini dari portal : http://www.freemalaysiakini.com


Tuesday, December 6, 2011

Nik Aziz MENGAKU pengikut PAS memang lembu..


Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah.

Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi'.



Sumber: MPP Online

Monday, October 3, 2011

VIDEO TERKINI ANWAR: PAS sering tutup mata kalau bercerita tentang ini... Klik tengok!

Inilah dia video promo Anwar Ibrahim kantoi melakukan aksi seks panas yang merebak di internet. Tak lama lagi video kebenaran ni akan dimainkan kat wayang mana pun tak tahu la, jangan lupa beli surat khabar, sebab tak tahu lagi panggung mana naik ditayangkan.
Rakyat Malaysia pun semakin tak sabar nak menyaksikan aksi ronggeng pemimpin pembangkang yang dirinya tak betul tapi nak perbetulkan orang lain pula. Tak hairanlah bahawa orang PAS sering tutup mata kalau bercerita tentang ketua mereka yang tak senonoh ni.

Jangan lupa, nantikan kemunculan video ini...!!!



Tuesday, September 27, 2011

Isu hudud: Bagi arahan tutup mulut pulak, puak-puak Pakatan Haram ni...


Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana  ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

alt

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.

Sumber: Agenda Daily-26/9/2011

Tuesday, September 13, 2011

Sutradara Bukit Kepong menjerit? Baca sini...


Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, beliau membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis.

Justeru itu, beliau menolak kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan kononnya Muhammad Indera mengetuai operasi itu bagi 'mengajar' anggota keselamatan yang mabuk.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif UMNO hanya kerana saya ahli UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini.

"Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melarikan diri tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban," katanya kepada pemberita di Studio Panca Delima di sini hari ini.

Beliau mengadakan sidang akhbar khas itu bagi mengulas kenyataan biadab Mat Sabu yang memperlekehkan pergorbanan anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mengagungkan pula pengganas komunis sebagai hero sebenar.

Mat Sabu semasa berceramah di Padang Menora, Tasik Gelugur dilaporkan berkata: "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan sebenar, yang serang itu Mat Indera.

"Jins Shamsuddin buat filem, Jins Shamsuddin ini orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula jahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung."

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.


Sumber-utusan

Monday, September 12, 2011

"Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah", kata Tok Mat.

Pemimpin pembangkang perlu memastikan setiap kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan fakta dan bukannya bertujuan meraih populariti dan undi semata-mata.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi mengelakkan berulangnya kes yang menimpa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu apabila beliau mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Katanya, sedangkan kenyataan semberono Mohamad atau Mat Sabu itu hanya menimbulkan kemarahan orang ramai terutama keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi itu.

”Ini jelas memperlihatkan keperibadian orang (Mat Sabu) yang bercakap. Ia jelas menunjukkan kedangkalannya. Saya tahu bahawa orang ramai boleh menilai kenyataannya itu.

”Bukan orang Melayu sahaja marah, malah kaum Cina dan India pun marah kerana pada zaman darurat dahulu ketika komunis cuba hendak mengambil tampuk pemerintahan negara ini ramai yang dibunuh oleh mereka.

”Malah kaum lain juga dizalimi apabila rumah-rumah mereka dibakar kerana enggan bekerjasama dengan komunis,” katanya lagi.

Jelas DS Utama Hj. Mohamad, isu yang dibangkitkan oleh Mat Sabu ini bukan hanya melibatkan satu kaum semata-mata tetapi melibatkan semua kerana komunis bukanlah penuntut kemerdekaan yang sebenar.

Tambahnya, kenyataan itu hanya menambah luka kepada ahli keluarga pasukan keselamatan yang terlibat dalam tragedi itu selepas Mat Sabu dengan semberono mengatakan penyerang balai polis itu yang terdiri daripada komunis adalah hero.

”Inilah kuasa Allah hendak ditunjukkan kepada rakyat bahawa kerana tamak dan haloba mereka untuk mendapatkan kuasa dan simpati dari pengundi, mereka lupa apa yang mereka perkatakan.

”Tindakan mereka ini bukan hanya akan memakan diri sebaliknya akan menimbulkan kebencian kepada orang ramai,” tegasnya.

Sumber N9kini.com