Followers

rantau ku sayang

Sunday, December 18, 2011

Klik tengok! Anwar auta lagi - TUN M

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu, Tun Dr. Mahathir  mencabar Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Tun M berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.
"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," kata Tun M.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Sumber : Utusan.

Kata Kawan:
Ni la manusia yang tak sudah sudah auta, menabur fitnah dan memperbodohkan rakyat agar membencikan kerajaan yang ada. Kalau benar cerita ini, jawab... Sahutlah cabaran Tun M. Tak guna bercakap kosong tanpa bukti. 'Berani Kerana Benar' dan 'Berani Buat Berani Tanggung' laaa...

Friday, December 16, 2011

KES LIWAT SAIFUL: Tunggu saja la 9 Januari nanti Anwar oiii!!!

Anwar tetap menafikan bukti-bukti yang telah dikemukakan dalam mahkamah, walaupun bukti tersebut mempunyai bukti-bukti sahih yang telah dikemukakan termasuk rakaman CCTV kondo ditempat kejadian.

Bolehkah percakapan Anwar ni digunapakai dalam dakwaan dilemparkan kepadanya, bukti apa yang di nyatakan oleh ketua Pembangkang ni..??

Peguam mewakili Anwar kebanyakkannya daripada gerombolan peguam pakatannya yang memepertikaikan pertuduhan yang disabitkan dengan Anwar. Bukannkah itu adalah satu bukti yang tidak dapat diselindungkan kerana diwakili oleh peguam-peguam ahli pakatan PR yang adanya menjadi pemimpin dalam Pakatan PR.

Demi apa, bukankah untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang mereka yang sering manupilasi semua bukti termasuk pembongkaran rakan sahabatnya sendiri. Bukankah banyak diantara rakan karib Anwar yang melakukan pembongkaran sikap tingkahlaku buruknya yang sering tidak menunaikan janjinya.

Demi untuk menyelamatkan kegiatan sumbangnya, peguam-peguam upahan Anwar ditugaskan melakukan apa saja unutk menggagalkan pertuduhan yang dilemparkan kepada Anwar. Mungkin kerana telah menjanjikan kemewahan yang telah termeterai apabila Anwar berjaya menjadi PM.

Walaupun bukti sah telah dinyatakan didalam mahkamah, peguam Anwar tetap cuba untuk mencari kesalahan pada fakta telah dikemukakan. Sehingga kini peguam Anwar tidak berjaya melakukan tanggungjawap meraka untuk membuang kes terlibat dengan Anwar.

Ini juga membuktikan Anwar memang terlibat dengan kes liwat yang dihadapkan kepadanya. Persoalannya bolehkah Anwar dan peguam upahannya menghalang daripada kebenaran yang akan muncul tidak lama lagi...??


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan.

Misal kata, ia adalah satu kebenaran bolehkah Anwar menghalang perkara tersebut daripada terus dibongkarkan. Adakah perkara ini harus diselindungkan..??

Mengaibkan seseorang memanglah menjadi kesalahan tetapi adakah salah membongkarkan busung pekung Anwar yang sering diselindungkan olehnya..??

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.



Ingatlah bahawa Anwar dibuang dari UMNO kerana salah menggunakan kuasa dan telah banyak melenyapkan wang negara apabila beliau menjadi Menteri kewangan dahulu, pendek kata kaki songlap dan kuat rasuah.

Bolehkah pemimpin sebegini dijadikan pemimpin untuk menerajui kerajaan di Malaysia ni, buruk sangat tingkah laku termasuk memaki hamun bangsanya sendiri.

Bermakna cuma Anwar saja boleh mengaibkan orang lain tetapi orang lain akan menjadi kesalahan dan dosa besar apabila melakukan perkara tersebut...!!!


Sumber:  klboyzwangsa

Thursday, December 8, 2011

Tak sedar ke, PKR ditubuhkan untuk Anwar... Bukan Untuk Rakyat

Asalnya penubuhan PKR adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pasca 1998. Kesalahan salah guna kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Maknanya, penubuhan PKR adalah sama dengan sebuah keluarga yang menuntut kebebasan suami.

Tidak pernah ada dalam sejarah moden politik dunia, sebuah parti politik ditubuhkan hanya bertujuan untuk mendewakan seorang lelaki. Inilah doktrin sejak dahulu dalam PKR iaitu mahu mendewakan Anwar Ibrahim dan membebaskannya.

PKR ditubuhkan bukanlah berlunaskan mahu menjaga kebajikan rakyat jauh sekali mahu mencorak politik baru untuk kesejahteraan rakyat. Keadilan dan kebajikan rakyat bukan dalam manifesto PKR. Inilah fakta yang perlu diketahui.

Memandangkan doktrin PKR merekrut ahli adalah kerana Anwar Ibrahim bukan kerana kepentingan rakyat, dasar perjuangan PKR adalah untuk Anwar tidak pada rakyat. Pada PKR, rakyat hanyalah stigma dalam meraih sokongan untuk Anwar. Kebajikan dan kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan.

Sementalah kejayaan PKR mengambil alih Selangor pemberian air percuma cumalah mahu mengotakan janji pilihan raya. Jika tiada dalam manifesto, jangan harap mahu rakyat Selangor merasa. Oklah itu kita boleh bagi kredit dan ucap terima kasih. Walaupun PKR terpaksa, mencanang akan bagi air percuma adalah perkara wajib dalam ceramah-ceramah. Janji ada daripada tiada.

Tapi kini bolehlah kita persoalkan yang lain-lain. Mana janji-janji untuk ibu tunggal, untuk anak kecil mahu bersekolah, untuk warga emas dan paling pelik mana janji mahu merakyatkan ekonomi Selangor. Mana semua itu?

Itu semuanya RAKYAT Selangor tapi apa agenda untuk memenuhi kebajikan rakyat Selangor?

Tuesday, December 6, 2011

Nik Aziz MENGAKU pengikut PAS memang lembu..


Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah.

Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi'.



Sumber: MPP Online

Thursday, November 17, 2011

Sekitar Demonstrasi bodoh DAP yang cuba memperkudakan orang Asli.

Tok Mat Gentelman  bertemu dengan Orang Asli, mana ada isu apa apa pun , bila masa Tok mat cakap  mereka ini setinggan. isu ini diputar belit oleh DAP. Mereka akhirnya berpuas hati dan pulang dengan tenang. Tabik Spring kat MB... No hal lah . minggu lalau 10 hb , MB baru saja kekawasan orang Asli. Ok aja...  ni orang Asli mana ni ha ?? ha ha ha ......
Inilah dalang DAP dari ADUN Senawang, Mambau, Bukit Chedang yang jadi batu api  kepada orang Asli, Akhirnya orang Asli puas hati yang tidak puas hati pemipin DAPig pula. Apahal lu.........?????? ha ya..... apa;agi lu mahu talipon sudah sampia semua. Lu punya bini sudha lari lah botak , orang asli bawa lari.

Mereka inilah penghasut yang memutar belit dan mengupah orang Asli  untuk berdemonstrasi.

Yang lebih lebih adalah DAP.Isu sudah selesai lu orang apa tunggu lagi balik lah..... lu mau talipon lu punya bini lagi buat apa. Lu punya bini sudah ikut orang Asli ma.... lu gelap, orang Asli lagi ensem ma....

Sunday, November 13, 2011

Bard SAMM Nak Lancar Bersih 3.0 pulak... Bahalol!

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharim berkata perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan bila-bila masa bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihanraya di negara ini.

Beliau menambah perhimpunan kali ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri untuk melakukan perubahan segera atau berhadapan dengan satu lagi perhimpunan protes yang terbesar.

Badrul Hisham bagaimanapun memberitahu tarikh dan masa protes tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pengerusi SAMM ini turut mendakwa SPR tidak membuat sebarang perubahan awal untuk membaik pulih sistem pilihanraya termasuk penggunaan dakwat kekal yang tidak memerlukan perubahan kepada akta sedia ada.

Beliau juga mendakwa spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera dan memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera sebagai usaha terakhir Barisan Nasional melacur sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa.

Sumber: KLpos

Kata CAB:
Jangan nak mengarok tak tentu pasal la, bahalol! Cukuplah dengan publisiti bodoh kau yang dah ada tu!!! Sampai masa kau cabut... Teringat aku dengan perangai kau yang pengecut tu. Saksi video di bawah ni!

Saturday, November 12, 2011

Serkap jarang pembangkang Parlimen dibubarkan, cakap kosong belaka.. Klik saksi video ni!

Tarikh 11 November 2011 (11.11.11) telah pun berlalu tanpa Parlimen dibubarkan yang secara langsung menolak spekulasi berkaitan tarikh tersebut. Serkap jarang pembangkang sebelum ini nampaknya tak menjadi lagi.