Followers

rantau ku sayang

Thursday, September 27, 2012

Beranikah Mahfuz Jahit Mulut Nik Aziz Dan Karpal?

Sebagaimana maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan seorang “loyalist” yang begitu setia dan sangat menghormati pada pemimpin tertinggi yang pernah menjadi “boss”nya.
 
Itu tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau dilihat begitu taat dan sangat patuh kepada sebarang dasar atau arahan yang diberikan padanya sama ada perkara tersebut susah atau senang, Najib tidak pernah merungut atau gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
 
Kita semua tahu bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan “mentor” atau “guru” kepada Najib di mana beliau mendidik Najib sejak bertugas di dalam barisan kabinet kerajaan.
 
Namun begitu, mungkin gentar dengan suara Tun M yang begitu lantang membantu dan menyokong kepimpinan Najib, PAS telah menghantar Naib Presidennya yang paling bodoh untuk menjadi “batu api” di antara “Sifu” dan “anak murid”nya itu.
 
Mahfuz baru-baru ini mendakwa bahawa Najib tidak berani untuk “menjahit” mulut Tun M dan tidak mampu berbuat apa-apa terhadap sebarang kenyataan mantan Perdana Menteri itu berkenaan isu politik negara.
 
Mahfuz berkata, kononnya kenyataan Tun M itu dilihat menghentam Najib dan kepimpinannya.
 
Persoalannya, apakah Mahfuz lupa bahawa Tun M baru saja menegaskan bahawa Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang baik dan negarawan genius itu memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak?
 
Apakah Mahfuz cemburu dengan kekuatan yang ada pada Najib apabila Tun M dilihat begitu banyak membantu secara langsung dan tidak langsung, serta sering menjadi penasihat yang setia kepada kepimpinan Najib?
 
Saya yakin bahawa Najib tidak pernah terlintas pun untuk menjahit mulut Tun M, sebaliknya saya yakin Perdana Menteri itu sangat berterima kasih atas sokongan dan nasihat dari seorang mantan Perdana Menteri yang disegani oleh kawan dan lawan itu.
 
Berbanding di dalam PAS, Mahfuz sepatutnya melontarkan persoalan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada dia berani untuk menjahit mulut Mursyidul Am, Nik Aziz, yang dilihat semakin celupar mendendangkan lagu songsang di dalam partinya.
 
Sedangkan Nasharuddin Mat Isa yang hanya bekas Timbalan Presiden PAS pun tidak ada sesiapa pun yang berani jahit mulutnya dari terus menerus mengkritik PAS yang terpesong dari landasan perjuangan sebenar, inikan pula nak menegur Nik Aziz.
 
Itu belum lagi disebut bagaimana PAS begitu takut untuk menjahit mulut Karpal Singh dan kepimpinan DAP yang jelas menolak serta menghina Islam dan begitu kebal “memkeldaikan” PAS sewenang-wenangnya selama 4 tahun!
 
Apakah PAS berani menjahit mulut DAP dan PKR yang jelas menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah secara terbuka di media? PAS tak kisah kehilangan maruah begitu mudah?
 
Sewajarnya Mahfuz menjaga mulutnya sebelum dijahit oleh Nik Aziz, Abdul Hadi atau Mat Sabu memandangkan perkara-perkara yang keluar dari mulut Ahli Parlimen Pokok Sena itu begitu bodoh dan tidak melambangkan seorang pemimpin yang bijak.
 
Mahfuz sebenarnya perlu menjaga mulutnya agar kata-kata yang terbit darinya tidak menjadi liabiliti besar dan memalukan kepimpinan PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang tolol dalam memperkatakan sesuatu isu.
 
Mahfuz perlu sedar bahawa begitu ramai para penyokong PAS yang penat kerana terpaksa mempertahankan kesalahan mulutnya yang “busuk” bagaikan “longkang najis” serta menjadikan PAS sebagai bahan gelak ketawa dan sindiran rakyat.
 
Atau Mahfuz begitu bodoh untuk berfikir dan menilai tentang diri sendiri, dan sebaliknya cuba menyerang seseorang yang jauh lebih bijak dan berIQ lebih tinggi darinya. Saya harap Mahfuz pergi ke kedai dan beli cermin paling besar untuk dirinya…

No comments:

Post a Comment