Followers

rantau ku sayang

Sunday, September 16, 2012

PANAS Berapi!!! Khatib bermimpi Rasulullah Sokong Anwar???



Inilah rupa Khatib yang berkhutbah di masjid, tapi seakan-akan beliau sedang berceramah Pas. Beliau jugalah yang bercerita tentang mimpi bahawa baginda Rasulullah SAW akui Anwar Ibrahim sepatutnya jadi PM untuk cemerlangkan Islam di Malaysia.

Walaupun Khatib ini sampaikan dengan cara yang berbeza. Kononnya dari mimpi Musyridul Am Ikhwanul Muslimin, namun kita tahu apa niat sebenar Khatib totok Pas ini, hanyalah mahu umat Islam di Masjid berkenaan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam PRU yang akan datang. 

Khatib ini dipanggil Hafizul oleh orang kampung, namun nama sebenarnya ialah Mohd Halizal B. Allias. Bekas Guru Tahfiz dan tinggal di Taman Tunku Putra, Kulim. Pada hari berkenaan, beliau telah dijemput sebagai Khatib jemputan. Ini bukan kali pertama orang luar datang membaca khutbah, dah banyak kali. Dah banyak kali Pas mencemarkan mimbar Masjid dengan cerita politik mereka. 

Mungkin kali ini Allah SWT mahu tunjukkan betapa teruknya puak-puak ni, lalu mereka terKANTOI buat kali pertama!! Sampai bila mereka mahu kotorkan masjid dengan politik? Apakah mereka ingat, Islam tu mereka yang punya boleh diubah dan dibuat sesukahati?

Allah maha berkuasa.. Islam bukan parti politik dan bukan cerita untuk ke Putrajaya, Islam adalah amanah dan kehidupan yang perlu kita amal dan jaga bukan untuk dijaja!!

Pada yang belum pernah dengar rakaman audio sumbang Khatib lembu ni, sila klik video kat bawah.

Pada yang masih belum faham atau ragu-ragu mengenai perkara ini boleh baca kat SINI



McTheory : 
 Agama dengan Puak Bulan Purnama ni.. setan sungguhh!!

1 comment: