Followers

rantau ku sayang

Tuesday, December 24, 2013

Chegu Bard Isytihar Perang Dengan Hadi Awang?

Dendam kesumat Chegu Bard pada Hadi Awang nammpaknya tak boleh nak disorok dah. Biarpun tujuh bulan sudah PRU13 berlalu namun sakit hati dan pedih ulu hati bekas calon PKR ni makin menjadi-jadi.

Ibarat orang yang berdendam, Che’GuBard hari ini mengungkit semula tindakan Hadi Awang pada pilihan raya tersebut yang didakwa menjadi punca kepada kekalahannya dalam merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Che’GuBard berkata, Hadi Awang dalam satu ceramahnya semasa kempen PRU13 berlangsung mendakwa terdapat tiga calon PKR menjual pil kuda dan berfahaman komunis dan salah seorang yang dibayangkan oleh Presiden PAS itu ialah dirinya.

“Saya menuntut Tuan Guru (Hadi Awang) menyebut dengan jelas siapa yang komunis dan siapa penjual pil kuda sebenarnya dan apa buktinya. Jika gagal membuktikan dan menyebut dengan jelas maka Datuk Seri (Hadi Awang) perlu tampil memohon maaf secara terbuka seperti mana tuduhan itu dilemparkan.

“Kepada semua ini bukan masalah PAS dengan PKR. Ini adalah masalah saya dengan Tuan Guru Hadi Awang sahaja,” tegasnya melalui kenyataan itu.

Sah lah..Chegu Bard sudah isytihar perang dengan Presiden PAS. Namun, apa pula respon Kaj Jijah?? Azmin?? 

No comments:

Post a Comment