Tuesday, December 24, 2013
Isa Samad Tegur Ibrahim Ali Jangan Lupa Daratan!
Muka tak tahu malu atau tak sedar diri yang boleh kita tujukan pada Ibrahim Ali yang secara bodohnya konon mahu membela nasib orang melayu walhal selama kini Perkasa disuap, didodoi, dan disusukan oleh UMNO.
Tan Sri Isa Samad dalam kenyataannya di Malaysiakini menyelar kenyataan Ibrahim Ali yang disifatkan lupa daratan bahawa selama kini UMNO jualah yang membela nasib orang Melayu apatah lagi nasib dan masa depan ahli Perkasa.
Kenyataan Tan Sri Isa boleh dilihat sebagai teguran atas usul biadap Presiden Perkasa tu..dan memang patut pun Ibrahim kena sound!
Janganlah cuba nak jadi hero pak Brahim oii..Kalau tak bukan UMNO, takdelah Perkasa yang majoriti orang-orang UMNO jugak.
Mungkin Ibrahim Ali ni lupa sejarah ke apa?? Ke ambil kesempatan dalam usaha UMNO memacu transformasi.. Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin perlu ingat dalam kepala otak tu yang selama ini Perkasa dibela oleh UMNO yang bertunjangkan kekuatan agama, bangsa dan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment