Followers

rantau ku sayang

Tuesday, December 31, 2013

Demo Haram TURUN: Lelaki bawa bom buatan sendiri ditahan di Ampang...


Polis menahan seorang lelaki bersama objek yang disyaki sebutir bom paip buatan sendiri jenis Jerangkap Letupan Rekaan (IED) di Taman Halaman, Ampang semalam.

Objek berupa paip PVC yang diikat bersama sejumlah mercun botol dirampas daripada suspek semasa sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi.

Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok.

"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu," katanya..

Sumber berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan satu rekod dikehendaki berkaitan dadah serta bekerja dalam satu sindiket ah long.

"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru, kami juga sedang siasat kemungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urus niaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata beliau.

Psst: Apakah suspek yang akan menghuru-harakan Dataran Merdeka malam ini?

No comments:

Post a Comment