Tindakan pihak tertentu yang mendakwa mangsa tragedi MH17 diberikan penghormatan lebih mulia berbanding prajurit yang gugur dalam pencerobohan Lahad Datu tahun lalu di sifatkan sebagai 'keterlaluan'.
Kolonel (B) Muhammad Maidin berkata, rakyat di negara ini sepatutnya bersikap terbuka dan menghargai penghormatan yang diberikan oleh kerajaan tanpa perlu menyentuh sensitiviti mana-mana pihak terutamanya waris anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam menumpaskan pengganas Sulu yang mencerobohi Lahad Datu.
"Tidak patut kita mempersoalkan apa yang dilakukan kerajaan.
"Sebab ini melibatkan mangsa yang tidak bersalah bayangkan sahaja kalau kita yang menjadi salah seorang keluarga mangsa macam mana perasaan kita.
"Jadi janganlah kita pada masa ini mahu persoalkan ini keterlaluanlah," katanya ketika dihubungi kepada Antarapos.
Selain itu, Muhammad turut membidas pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melontarkan tuduhan sedemikian.
"Ini menunjukkan kerajaan bertanggungnjawab dan prihatin.
"Saya tidak nampak hanya lebih diberikan kepada mangsa MH17 sahaja tidak kepada parajurit Lahad Datu, kerajaan yang menentukan. Kita juga sepatutnya memberi penghormatan," jelasnya
Sesi perbahasan Konvensyen PKR semalam dikejutkan dengan dakwaan seorang perwakilan kononnya mangsa tragedi MH17 diberikan penghormatan lebih mulia berbanding prajurit yang gugur dalam pencerobohan Lahad Datu tahun lalu.
"Kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, berbanding dengan kematian MH17 yang di atur begitu rapi," kata perwakilan Perak yang juga Ahli Parlimen Lumut Mohamad Imran Abdul Hamid.
"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya.
Jumaat lalu, seluruh negara bersatu dengan bertafakur dan berdoa sempena kepulangan 17 jenazah dan tiga bekas abu mayat mangsa MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan lalu.
Mereka antara 278 anak kapal dan penumpang yang terkorban akibat tembakan peluru berpandu oleh pihak bertelagah di negara itu.
Mohamad Imran mendakwa anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam menumpaskan pengganas Sulu yang mencerobohi Lahad Datu tidak diberikan penghormatan sedemikian.
Rumusan itu bagaimanapun tersasar kerana kesemua anggota pasukan keselamatan yang terkorban diberi penghormatan tertinggi di negeri masing-masing manakala anggota keluarga mereka di bela oleh kerajaan, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

No comments:
Post a Comment