Followers

rantau ku sayang

Friday, August 22, 2014

Kesepakatan Pakatan Rakyat Diuji Pada PRK Pengkalan Kubur


Keteguhan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan tahaluf siyasi yang mengikat PAS, DAP dan PKR sejak 2008 akan diuji pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor selepas mengealami detik keretakan terutama di Selangor.

Penganalisis Politik Kelantan Dr Kamarul Yusof berkata, PR terutama PAS akan diuji menggerakkan dua rakan parti komponennya pimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

"Maka PRK ini adalah penanda aras kepada keutuhan perhubungan PAS dan PKR di Kelantan," katanya yang dipetik Malaysian Insider, hari ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor diumumkan kososng selepas kematian Ketua UMNO Bahagian Tumpat merangkap penyandang kerusi DUN tersebut, Datuk Noor Zahidi Omar.

Noor berjaya mengekalkan kerusi milik UMNO sejak empat Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dengan menewaskan Saharun Ibrahim dari PKR pada PRU13, Mei tahun lalu.

Laporan Malaysian Insider itu turut menjelaskan, PR perlu bekerja keras untuk merampas kerusi 'panas' itu ekoran prestasi tidak seimbang yang ditunjukkan pakatan tersebut pada empat PRU lepas.

Katanya, kejayaan PAS mendapatkan DUN Pengkalan Kubor adalah kerana tersebarnya gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar yang memoerlihatkan kecederaan lebam di mata pada 1999.

Calon PAS ketika itu Wan Husain Wan Ahmad mengalahkan calon BN Mat Nawawi Mat Jusoh dengan majoriti 2,432 undi.

"Bagaimanapun, hampir tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dalam dunia politik, apatah lagi sekiranya tidak timbul sebarang pertikaian di antara PAS dan PKR mengenai siapakah di antara mereka yang lebih berhak untuk diletakkan sebagai calon mewakili PR di kerusi ini.

"Dan juga siapakah di antara mereka yang mampu menonjolkan tokoh lebih berwibawa bagi memaksimakan potensi kemenangan di kerusi ini,".

No comments:

Post a Comment