Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini di atas pertuduhan membuat satu transaksi tanpa kebenaran terhadap empat akuan penumpang pesawat MH370.
Nurshila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed turut didakwa di atas kesalahan mencuri, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank membabitkan wang berjumlah RM110,643.
Namun, mereka mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.
Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.
Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes.
No comments:
Post a Comment