Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menafikan Kongres Tahunan Wanita PKR yang berlangsung pagi ini tidak mendapat sambutan.
Menurut Zuraida, kehadiran perwakilan yang hadir sudah menepati jangkaan mereka kerana lebih 400 perwakilan Wanita PKR berdaftar.
"Saya rasa itu (faktor tertentu menyebabkan kurang kehadiran perwakilan) bukan isunya. Kerana perwakilan yang dijangka hadir lebih daripada 400 orang.
"Dan saya rasa ia sudah hampir mencapai sasaran. Itu jumlah perwakilan yang berdaftar," katanya pada sidang media, hari ini.
Tambahnya, ruang kelihatan kosong kerana kebiasaannya Wanita PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bergabung ketika perasmian.
"Ruang yang disediakan lebih dari cukup. Saya rasa ruang yang diberikan ini terlalu besar. Sedangkan AMK di MBSA.
"Selalunya kita bergabung dengan AMK untuk upacara perasmian tapi kali ini kami berasingan itu yang kelihatan kosong. Dan saya rasa sebahagian lagi sedang dalam perjalanan," katanya.
Majlis perasmian dilaksanakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
No comments:
Post a Comment