Followers

rantau ku sayang

Thursday, August 21, 2014

MB PAHANG BUAT DUA ORANG ULAMA TERKEDU!!!





Bertempat di Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur telah berlansungnya satu program Wacana Antarabangsa Intelek Islam berkaitan isu kecelaruan Aqidah.


Program tersebut merupakan program anjuran Yayasan Pahang dan pihak Kerajaan Negeri Pahang bagi membincangkan soal Aqidah Umat Islam masa kini.

 Panel yang hadir dalam program tersebut pulak bukan calang - calang orang. Yang satu datangnya dari Universiti Al-Azhar yang mahir dalam ilmu Usuluddin.

Manakala seorang panel datangnya dari Jordan, mahir dalam Ilmu Al-Kalam, Mantiq dan Usul Al-Fiqh serta pakar dalam fahaman Ibnu Taymiyya.

 Biarpun kedua - dua tokoh itu merupakan ulama yang terkenal dinegaranya serta nama mereka turut pernah didengar di Malaysia, namun ada juga yang mengejutkan.

Kehadiran YAB Menteri Besar Pahang dan kesudian Kerajaan Negeri menganjurkan program sedemikian benar - benar menyentuh hati kedua - dua ulama berkenaan.

 Salah seorang dari mereka melahirkan rasa kagum terhadap MB Pahang yang turut serta hadir dari awal hingga ke akhir wacana tersebut berlansung.

Malah, keprihatinan YAB Menteri Besar Pahang terhadap isu kecelaruan Aqidah Umat Islam di Malaysia pada hari ini juga menarik perhatian mereka biarpun ianya kali pertama mereka berjumpa dengan MB Pahang!!! 

No comments:

Post a Comment