[VIDEO] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab dengan jelas ketika ditanya media soal perancangan parti itu untuk menukar calon menteri besar selain isterinya yang dicalonkan sebelum ini.
Pemberita membangkitkan soalan kemungkinan parti sudah mempunyai calon lain bagi menggantikan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah pemberita terus mengasak dengan pertanyaan sama ada cadangan pertukaran calon itu telah diutarakan kepada Pas.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut serta dalam sidang media tergempar malam tadi cuba mengalihkan isu dengan berkata, "saya rasa kita sedang selesaikan isu pemecatan (exco)," jawabnya ringkas.
Namun pihak media terus mengajukan soalan, kali ini tentang kesediaan PR pula untuk menukar calon yang akhirnya membuka mulut Ketua Pembangkang itu.
"Perkara itu bukan alasannya. Setakat ini yang menjadi kebimbangan kami... kami telah nyatakan pendirian kami kepada pimpinan Pas.
"Tapi isu yang kritikal sekarang adalah pemecatan terhadap enam exco," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut yakin sepenuhnya kesemua Adun PKR dan DAP akan kekal bersama-sama mereka dalam parti tersebut sekali gus menafikan desas-desus Adun-Adun itu bakal keluar parti.
"Mereka semua di sini (exco). Mereka di tingkat atas (Adun).
"Saya sangat yakin (sepenuhnya). Melainkan anda mempunyai sumber yang lain...kerana mereka semua di sini," katanya.
No comments:
Post a Comment