Followers

rantau ku sayang

Saturday, August 23, 2014

Selfie Ketika Tafakur: Apa bangang sangat Kau Azwan Ali Ni....Sedarlah Sikit


Gara-gara gambar ‘Selfie’ ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mahas nahas MH17, pengacara Azwan Ali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dilihat ingin mencari publisiti murahan.

Hasil tinjauan SuaraTV mendapati,  mereka merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.

“Post (gambar) ini sangat (tidak) sensitif, bayangkan mereka adalah keluarga awak dan apa awak rasa kalau org selfie tempat pengebumian keluarga awak?… gambar ni sangat melampau dan sensitif!…nak block saya silakan..itu saja yang awak mampu buat…lari dari bayang2 diri sendiri…” ujarnya.

Manakala salah seorang rakan kepada mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut berkata beliau marah dan sedih dengan tindakan tersebut.

“Kawan saya salah seorang mangsa terhempas disitu, saya x dpt menghadiri ke pengebumian beliau… Lagi saya sedih nampak kamu selfie diri sendiri di tempat penghormatan orang, sampai bila nak dicaci dimaki dibenci dek ramai?…x malu ke?..ana maruah lelaki anda?.” katanya. 

No comments:

Post a Comment