DAP hari ini mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memaksanya supaya mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili parti itu memberitahu Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) KL, ini kerana ROS telah mengakui bahawa CEC yang telah dipilih itu boleh menjalankan kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya mengikut perlembagaan DAP.
Hakim Datuk Zaleha Yusof sehubungan itu, membatalkan permohonan DAP tersebut.
DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.
Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.
Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut.
No comments:
Post a Comment