Followers

rantau ku sayang

Friday, September 26, 2014

Suara Tun Pada Pemimpin Mesti Tegas, Berani, Beriltizam - Tun M


Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.
  
"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," katanya dalam ucaptama bertemakan 'Kepimpinan dan Pengurusan Krisis' pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
  
Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.
  
"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya.
  
Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia untuk campur tangan dan menghapuskan sebarang amalan buruk. 
  
"Ini menuntut kepimpinan yang kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan," katanya. 

No comments:

Post a Comment