PAS menyorokkan maklumat daripada wartawan dalam sidang media hariannya pada Khamis dengan alasan bimbang 'sabotaj' UMNO.
Pengarah Operasi PAS DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah enggan mendedahkan lokasi ceramah perdana mereka yang dijangka dihadiri pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat pada 23 September ini dengan alasan kononnya tidak mahu diganggu UMNO.
Katanya, tindakan itu juga dilakukan kononnya bagi mengelakkan ceramah 'sebelah-menyebelah' berlaku.
"Lokasi ceramah 23 September itu dirahsiakan, 22 September nanti baru kita akan umum. Kita tak bagitau awal nanti UMNO akan buat juga sebelah-sebelah.
"Kita pernah kena tahun 1983 di PRK Kemuning (Perak), dia buat sebelah-sebelah. Perangai UMNO ini jahatnya dari dulu, kini dan selamanya," katanya.
Dalam pada itu, PAS turut berjanji mahu membina sebuah jambatan baru di Teluk Jering, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk di sekitar kawasan itu.
Katanya, janji itu dibuat sebagai menunjukkan parti itu juga tidak ketinggalan dalam urusan pembangunan biarpun sebelum ini banyak janji yang dicanang untuk pembangunan di Kelantan, tergendala.
"Kita sudah membuat lawatan ke tapak (jambatan berkenaan) dan arahkan pihak pegawai pembangunan negeri supaya arahakan JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk buat langkah susulan.
"Sekiranya pihak persekutuan (kerajaan pusat) tidak membinanya jadi pihak kerajaan negeri akan membinanya jambatan dua laluan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment