Followers

rantau ku sayang

Monday, September 8, 2014

Rakyat Pulau Pinang MAHU Guan Eng Di TANGKAP !!!


Bertempat di IPK Jalan Penang , rakyat Pulau Pinang yang terdiri daripada Gabungan NGO Islam Pulau Pinang serta rakyat Pulau Mutiara khususnya orang-orang Melayu hari ini berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Kehadiran mereka adalah disebabkan sikap besar kepala Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang baru-baru ini mencabar KPN disebabkan tindakan pihak PDRM menangkap anggota PPS yang ditubuhkannya secara haram.

Ekoran daripada itu memorandum ini dihantar supaya pihak Polis segera menangkap Lim Guan Eng orang yang bertanggungjawab menubuhkan PPS dan membela pasukan haram ini.

"Tidak cukup sekadar menangkap anggota bawahan PPS kerana kepala besar mereka dibiarkan BEBAS , ini bukan soal rasis tetapi soal keselamatan dan Guan Eng seharusnya bertanggungjawab dan beliau harus ditangkap memandangkan sehingga ke hari ini masih lagi mempertahankan kumpulan haram terbabit" kata salah seorang peserta yang sama-sama hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang semalam.


Berikut adalah kandungan memorandum tuntutan agar Lim Guan Eng ditangkap untuk siasatan kes PPS dan ucapan menghasut serta memerangi PDRM.

 DARIPADA :

1) GABUNGAN NGO ISLAM PULAU PINANG

2) RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Berikutan penangkapan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos 2014 yang lalu, kami barisan NGO Islam Negeri Pulau Pinang (GNIPP) dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan yang tegas, cekap dan professional yang ditunjukkan oleh pihak PDRM semasa menjalankan penangkapan dan mengendalikan soal siasat untuk kes tersebut.

Kami menyokong penuh tindakan PDRM menangkap anggka PPS demi memaskitan keselamatan negeri ini terus terjamin selain memastikan keharmonian negeri terpeliharan dan memastikan tidak ada pihak yang boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara. Penangkapan ini membuktikan bahawa pihak PDRM tidak mengabaikan ratusan laporan polis yang telah dibuat sebelum ini berkaitan isu PPS.

Namun begitu, setelah seminggu berlalunya penangkapan ke atas anggota PPS, kami mendapati pihak PDRM tidak mengambil sebarang tindakan ke atas YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau adalah ketua dan pimpinan tertinggi negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penubuhan dan pergerakan PPS ini.

Justeru pada hari ini kami ingin mendesak agar pihak PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Lim Guan Eng dengan menangkap beliau dengan kadar segera atau dua faktor:

1) Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PPS, meluluskan dana dan peruntukkan wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS dan beliau adalah orang yang terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS.

2) Beratus laporan polis telah dibuat berkaitan ucapan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghasut rakyat membenci Ketua Polis Negara khususnya dan PDRM amnya. Ucapan Lim Guan Eng ini boleh mencetuskan hura-hara dan mengganggu-gugat keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Oleh yang demikian, kami berharap PDRM dapat menggunakan peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan 1948 , Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 atau akta-akta lain yang berkaitan untuk menangkap Lim Guan Eng dengan kadar segera dan mendakwa beliau di mahkamah. 

No comments:

Post a Comment