Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 13, 2014

PENSYARAH PRO-ANWAR KATA PEMECATAN EXCO YANG DIBUAT OLEH KHALID TIDAK SAH...KAH KAH KAH


Seorang pensyarah yang pro- Anwar (Liberal) berkata pemecatan 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal.

Pensyarah tersebut berkhidmat di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bersih bersama S. Ambiga membuat kenyataan bahawa pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

Menurutnya hanya Sultan sahaja yang boleh memecat anggota Exco.

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP kerana gagal bekerjasama dengan menteri besar setelah pertemuan pada tengahari tadi gagal.

Lima daripada Exco yang terlibat sudah pun menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Kini Khalid disokong oleh 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara sedangkan Khalid telah memanggil kesemua exco tersebut ke bangunan SAS untuk berbincang samada mahu teruskan atau tidak.

Khalid terpaksa menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor apabila mereka degil dengan tidak mahu menyokong beliau sebagai menteri besar.

Walaubagaimana pun Anwar Ibrahim akan bertindakbalas terhadap tindakan Khalid yang seolah-olah mencoteng arang kemukanya.

Sementara itu PKR dan DAP mahu exconya meneruskan tugas exco seperti biasa sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.

Ini bermaksud Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat persetujuan PAS bagi menggulingkan Khalid sebagai menteri besar melalui undian.

Jika Pas tidak lagi menyokong Khalid jawatan menteri besar menjadi kepunyaan keluarga Anwar Ibrahim. 

No comments:

Post a Comment