Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 13, 2014

Isu MB: Pengguna Internet Sokong & Tentang Khalid


Sebahagian besar pengguna internet melahirkan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Ini adalah cara yang sangat kejam PKR gunakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim. Ahli PKR yang mempunyai hati yang bersih dan peka dengan apa yang berlaku telah meninggalkan parti itu," kata Napsiah Wan Salleh.

Azie Surip berkata: "Anda (Khalid) ada kami, dan rakyat menyokong anda sebagai MB."

"Saya semakin sayang kepada Khalid lebih lagi pada masa sekarang," kata Clare Rain.

Panglima Leo pula menulis: "Beliau menjalankan tugas dengan baik dan mentadbir negeri Selangor sebagai sebuah syarikat. Namun usah pandang rendah kepintarannya dalam berpolitik."

"Secara peribadi, dia telah menggoncang Pakatan Rakyat dan PKR ibarat 'cacing kepanasan' yang tiada hala tujuan. Tabik MB Khalid."

Hetish Sharma berkata: "Tan Sri, jangan mudah berundur. Tentang mereka habis-habisan, hingga ke akhirnya."

"Anda seorang pemimpin yang hebat. Kami akan tetap menyokong anda," kata Krisnah Rao.

Bagaimanapun, Khalid turut tidak terlepas dari dikritik.

Terdapat juga pengguna internet lain yang tidak bersetuju dengan desakan agar Khalid terus memegang jawatan sebagai menteri besar.

"Jika dia mahu kekal sebagai menteri besar, biarlah dia pegang jawatan tersebut hingga September, atau cari sebuah pulau di Lautan Pasifik. Di sana dia boleh mengisytiharkan dirinya sebagai menteri besar seumur hidup," kata Mohamaed Salleh Hamid.

"Segera hapuskan dia dengan apa jua cara," kata Teoh Thiam Cheng.

Kenny Teoh berkata: "Saya amat menghargai apa yang telah dilakukan TSKI ke atas Selangor, namun apa yang dilakukannya sekarang adalah tidak wajar....seperti seorang lelaki gila yang mengamuk dan berdendam. Jangan bimbang, semuanya akan kembali seperti biasa selepas pilihan raya negeri."

Sam Foo turut bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil berkata: "Ada agenda tersembunyi di sini, jika suara majoriti meminta anda untuk melepaskan jawatan, anda harus berbuat demikian dengan berlapang dada, dan bukannya dipecat oleh parti anda sendiri."

Pada Sabtu, Khalid yang menjadi menteri besar sejak Mac 2008, telah dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR, selain memaksanya meninggal jawatan tersebut unt Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

No comments:

Post a Comment