DAP Johor berhasrat untuk memansuhkan undang-undang yang dikatakan menafikan hak dan kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Rahsia rasmi 1972.
Ketetapan itu dirangkumkan di dalam satu resolusi semasa Konvensyen DAP Negeri Johor beberapa hari lalu.
Resolusi tersebut juga dibahagikan kepada beberapa agenda utama antaranya Reformasi Politik, Reformasi Dewan Negeri, Keadilan Ekonomi, Pertanian dan Perikanan, Reformasi Kerajaan Tempatan, Reformasi, Pengangkutan Awam, Pengurusan Air, Masalah Alam Sekitar, Keselamatan Awam dan Pendidikan.
Dalam masa sama, agenda Reformasi Politik itu juga bercita-cita untuk memperkenalkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik iaitu setiap warganegara yang cukup umur 21 tahun layak mengundi dalam pilihanraya tanpa melalui pendaftaran sebagai pengundi.
Sementara itu, agenda untuk mencapai Keadilan Ekonomi turut dititikberatkan antaranya seperti memberi jaminan terhadap buruh asing tanpa mengambilkira status kewarganegaraan mereka.
Bahkan, DAP Johor kekal konsisten untuk memperjuangkan nasib Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan pengiktirafan rasmi dengan diberikan kemudahan-kemudahan sewajarnya.
Tambah Resolusi yang diterletak di bawah agenda Reformasi Dewan Negeri itu, kemudahan ruang pejabat untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN dikalangan pembangkang juga dituntut.
No comments:
Post a Comment