Tidak bolehkah rakyat pelbagai keturunan dan agama di negara ini mencapai kata sepakat seperti dalam isu rokok di mana faktor kesihatan dan ketenteraman keluarga serta masyarakat dijadikan alasan untuk mengawal aktiviti minum arak?
Jika manusia bertamadun seantero seluruh dunia boleh berkempen dan mengekang nafsu merokok demi kepentingan manusia dan kemanusiaan sendiri, mengapa pendirian yang sama tidak boleh diambil untuk arak?
Di sisi sains dan keharmonian sosial, rokok dan arak sama-sama tertonjol kemudaratannya kepada manusia. Namun mengapa di Malaysia yang masih di tahap awal proses pembentukan jatidirinya, tidak mampu mengambil jalan pintas dan melarang aktiviti yang memudaratkan ini?
Sebaliknya, tiba-tiba muncul gerakan untuk “menghalalkan” pesta minum arak sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang mengiktiraf hak asasi manusia yang amat dahagakan sokongan politik.
DAP sengaja gunakan isu 'Oktoberfest' laung hak asasi manusia?
PKR dan DAP dengan sengaja, sedar dan berhemah mengambil tempat di saf hadapan isu ini demi melaungkan pendirian dan kebersatuan mereka mereka dalam isu Oktoberfest ini.
Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang. Teresa Kok dan beberapa pemimpin muda parti itu serta Elizabeth Wong dari PKR kelihatan bersama lebih 5,000 pengunjung pesta di Bandar Utama malam Jumaat lalu.
Turut meraikan majlis itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Kehadiran mereka bolehlah dirumuskan sebagai satu langkah politik. Berbeza dengan Langkah Kajang yang dianjurkan oleh PKR untuk membenci dan menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kehadiran pemimpin politik DAP dan PKR ini mungkin mahu menyatakan bahawa arak juga boleh menjadi unsur penyatu rakyat bukan Islam di Malaysia.
Maka tinggallah PAS keseorangan diri merengus betapa pesta sebegitu adalah mencabar sensitiviti umat Islam. Soalnya mana betul, arak itu bawa lebih banyak mudarat atau satu unsur yang boleh mengukuhkan perpaduan, sekurang-kurangnya dalam Pakatan Rakyat?
Sebaliknya, pemimpin Melayu-Islam dalam PKR, termasuk Menteri Besar baru Selangor, Azmin Ali, kelihatan tidak berselera menganggap isu itu sebagai sesuatu yang mencalar imej Islam di negara ini.
No comments:
Post a Comment