Pengarah Komunikasi Kementrian Kewangan,Mohamad Ezam Mohd Nor berkata,adalah wajar Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik tanah air.
Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PKR berkata,beliau sangat bersetuju dengan NGO Anak Muda Malaysia (Lensa) yang mahukan Anwar Ibrahim bersara daripada politik,kerana perjuangan politiknya (Anwar Ibrahim) sudah tersasar jauh.
Salah satu sebab saya (Ezam Nor) meninggalkan PKR adalah kerana perjuangan parti itu,yang bertunjangkan kepada individu.
Selagi itu berlaku,ianya akan menrugikan PKR dan negara,kita perlukan parti pembangkang tetapi kita perlukan parti pembangkang yang dinamik yang melihat isu negara dan tidak heret soal peribadi.
Anwar Ibrahim bawa isu peribadi kepada rakyat,keluarga dan parti,jadi ini tidak wajarlah..!!
Mengimbas kenangan lama,Ezam Mohd Nor berkata,rakyat ;alaysia terutama anak muda haruslah berhenti darpada bersikap terlalu obses kepada individu,kerana kelak memakan diri.
Jangan terlalu obses...tida ada anak muda yang terlalu obses seperti saya terhadap Anwar Ibrahim.
Tiada orang yang masuk penjara dalam mempertahankan Anwar Ibrahim...anak-anak kecil saya terpisah dari saya dan perpisahan itu ada harganya,anak tidak rapat dengan saya sehingga kini.
Itulah obsesi saya kepada seorang pemimpin,hari ini saya sedar itu tidak betul tetapi saya terpaksa bayar harga yang mahal,saya hilang kasih sayang anak-anak,kata Ezam Mohd Nor.
Gesaan Lensa agar Anwar Ibrahim bersara daripada politik adalah reaksi daripada perhimpunan untuk menyokong Anwar Ibrahim,yang dipromosikan sebagai himpunan 'RAKYAT HAKIM NEGARA' anjuran AMK yang diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar Ibrahim di Mahkamah Perseketuan dalam kes LIWAT II.
No comments:
Post a Comment