Salah seorang kenalan Facebook kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengakui bahawa beberapa keping gambar kontroversi yang tersebar di laman sosial baru-baru ini sebagai asli dan tulen.
Akaun Facebook bernama Fairuz Azhan itu turut meminta orang ramai supaya memikirkan kejadian tersebut dengan pemikiran yang waras.
"Memang akaun Zairil yang ori (asal) sebab gambar-gambar keluar 'timeline' frensnya (kawan FB) termasuk saya. Jelas gambarnya bukan 'photoshop', gambarnya merupakan video gambar-gambar percintaan mereka dengan kata-kata cintan cantun (romantik).
"Kena 'hack' (ceroboh)? Pertama kali kena 'hack' dan selama 5 minit? Sila guna akal / fakta, bukan sentimen," tegas beliau.
Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa (CEC) DAP itu dikatakan cuba menghantar gambar berkenaan secara sulit kepada penerimanya namun gagal tanpa sedar.
"Jelas bahawa sebenarnya Zairil niat nak buat 'private post' (penghantaran sulit) tetapi terbuat 'public' (umum). Dalam post yang sama, Zairil 'tag' akaun Dyana yang peribadi, 'Dyana So'. Post jam 6.50 pagi semalam, 'removed' jam 6.55 pagi bila tersedar.
"Memang la takkan upload (muatnaik) sendiri tapi kalau dah tersilap, benda nak 'send private' tersend jadi 'public', jadilah macam ni. Kenapa tak logik Zairil ada 'affair' (hubungan) dengan Dyana? Sila jelaskan... Selama ini aku diam je jaga aib 'as a gentleman'. Since (sejak) dah buka aib sendiri... barakallah,' katanya.
Sebelum ini, Zairil berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran foto yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita di laman web sosial.
Foto-foto tersebut, yang menunjukkan seseorang yang kelihatan seperti dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang kelihatan seperti calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mula muncul di Facebook, Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment