Followers

rantau ku sayang

Thursday, October 16, 2014

Rafizi Patut Belajar Faham Maksud Buli – Dr Puad


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa UMNO juga membuli MCA berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengingatkan MCA agar tidak meminta berlebihan dengan kerajaan namun dalam masa yang sama gagal menarik sokongan kaum Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, Rafizi mungkin tidak faham apa maksud ‘buli’  dengan  mengeluarkan kenyataan sedemikian dan perkara ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PKR dan Dap terhadap rakan sekutu mereka Pas.

“Saya kira mungkin Rafizi agak keliru atau tidak faham apa maksud buli itu sebenarnya. Apa yang dikatakan oleh PM itu bukanlah soal membuli, tetapi apa yang Datuk Seri Najib katakan itu adalah untuk memberitahu kepada MCA dan masyarakat Cina khususnya, bahawa UMNO dan BN akan mempertahankan apa yang sedia ada dalam sosial kontrak itu. Ini termasuklah isu SRJKC.

“Tetapi dalam pada itu,  kita nak beritahulah pada mereka bahawa MCA dan masyarakat Cina kena buktikanlah dari sudut sokongan dengan apa yang telah kerajaan lakukan. Maksudnya,  janganlah minta lebih-lebih tetapi mereka  gagal untuk membawa sokongan kaum Cina kembali semula kepada BN,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNONamun ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PKR dan Dap terhadap Pas di mana apa yang dilakukan oleh dua parti tersebut terhadap Pas tidak berasaskan kepada persetujuan.

“Sebagai contoh, apabila Dap mengambil tindakan terhadap Iszuree Ibrahim di Pulau Pinang kerana mengkritik dasar pentabiran kerajaan negeri.  Begitu juga dengan kes di Selangor apabila mereka mengurangkan kerusi exco Pas daripada empat kerusi kepada tiga. Inilah yang dimaksudkan dengan membuli.

“Tetapi ini amat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh UMNO di mana kita tidak lakukan sepertimana yang mereka lakukan, biarpun parti komponen seperti MCA dan MIC berada di tahap yang lemah. Kita tetapkan memberikan kerusi menteri kepada MCA. Kita tidak mengurangkan malah menambahkan lagi kedudukan MCA di dalam kerajaan.

“Jadi, kesimpulannya apa yang dikatakan oleh PM itu bukanlah perbuatan membuli seperti mana yang didakwa oleh Rafizi. Apa yang dikatakan oleh PM itu adalah semata-mata untuk meminta agar MCA bekerja lebih kuat dalam usaha menarik sokongan kaum Cina kembali kepada BN,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment