Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 19, 2014

DAP terus pulas tangan PAS...ugut nak keluar Pakatan


Biasanya sebuah parti membuat pendirian bersama.Apa lagi dalam soal dasar dan arah tuju yang serius sebegini.

Atas sebab itu ramai yang melihat kenyataan DAP negeri Sarawak ini seolah memberi gambaran tentang pendirian DAP induk secara keseluruhan.

Lagipun ini berkenaan isu Hudud yang seluruh parti itu tidak pernah berselindung terus menerus bersatu suara menentang hajat PAS selama ini.

Siapa yang boleh lupa kenyataan sensasi mendiang Karpal Singh langkah mayatnya dulu jika PAS nak laksana Hudud dan negara Islam.

Lainlah nanti jika DAP Pusat menafikan ia ada kaitan dengan keputusan yang dibuat oleh DAP Sarawak.
Sabtu,mesyuarat jawatankuasa DAP negeri Sarawak secara terbuka sudah tunjuk belang beri kata dua kepada PAS.

Mesyuarat itu memutuskan akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika golongan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum Hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada muktamarnya Jun tahun depan.

Rasanya adalah selamat untuk mengandikan apa yang dimaksudkan sebagai golongan ulama PAS ialah Datuk Seri Haji Hadi Awang dan orang-orangnya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata mereka hanya akan kekal dalam Pakatan Rakyat jika jika kumpulan PAS liberal menguasai parti dalam pemilihan berkenaan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Sebagai langkah awal mesyuarat DAP Sarawak hari ini memutuskan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Kata Chong Chieng Jen PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.-

PAS dibawah pimpinan Hadi diketahui umum tidak akan tunduk pada desakan DAP.

Kata dua DAP ini jelas ada kaitan dengan pendirian PAS Kelantan tetap nak laksanakan Hudud.

PAS negeri itu bercadang untuk membawa usul persendirian mengenai Hudud dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment